Beliau menegaskan UMNO hanya ada persefahaman politik dengan PAS, melalui Muafakat Nasional. Dalam erti kata yang lain, kerajaan PERIKATAN NASIONAL dibina tanpa asas kukuh dan bergerak di atas landasan yang rapuh. Justeru tidak hairan jika setiap pemimpin gerombolan Kerajaan Tebuk Atap atau Pintu Belakang ini masing-masing menyimpan impian untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Muhyiddin. Mohamad secara tidak langsung berkata UMNO akan melakukannya pada Pilihan Raya Umum akan datang. Kita tidak pasti sama ada kenyataan ini boleh dipercayai atau tidak. Ini kerana, sebelum ini UMNO bermati-matian menafikan ia terbabit dalam usaha membentuk Kerajaan melalui Pintu Belakang. Namun apa yang pemimpin mereka nafikan itu ternyata satu pembohongan. Pemimpin-pemimpin mereka terlibat sepenuhnya dengan kudeta melalui Langkah Sheraton itu.
APA ADA PADA KERAJAAN TANPA MANDAT RAKYAT DAN MANIFESTO?