WAN.FAUDZIN AJAK MP INDERA MAHKOTA - SAHUT CABARAN DEBAT ATAU KOSONGKAN KERUSI INDERA MAHKOTA


Saya ulang berkali-kali bahawa dia ini pengkhianat bukan saja kepaad parti, bahkan kepada rakyat terutamanya di Indera Mahkota. Orang Indera Mahkota kutip dia dengan berat hati untuk bertanding di IM kerana tempatnya di Temerloh sendiri dah tak mahu dia. Org situ kenal benar dengan Pudin ni.

Mantan MP Indera Mahkota yang juga mantan Pengerusi MPN Pahang, Ybhg Dato Seri Fauzi Abdulrahman dengan rela hati serahkan Kerusi IM yang mudah menang ini kepada mamat sekor ni. Dato Seri Fauzi sanggup terjun ke Kerusi kubu kuat Umno di Dun Sg Lembing semata-mata untuk memberikan tempat selesa buat si pengkhianat ini. Sukarelawan parti Keadilan di IM pun bertungkus lumus untuk memastikan beliau menang di IM kerana beliau bukannya tokoh yang dikenali di IM.

Bukan mudah untuk mempromosikan si pengkhianat ini. Kalau tidak percaya, cuba tanya member aku Bung Hatta Kamarulhatta Mohaned Ali bagaimana seksanya untuk membantu makhluk pengkhianat ini waktu itu. Akhirnya, beliau menang dan pengundi-pengundi di IM buat kenduri kesyukuran meraikan kemenangannya.

Rupanya perangai lama dia tak berubah. Belum sempat rakyat di Indera Mahkota puas menikmati kemanisan kemenangan yang membawa kepada wujudnya kerajaan baru PH, hanya 22 bulan sahaja, termakan dengan hasutan dan umpanan orang yang rakus dan tamak, MP Indera Mahkota ini tergamak meninggalkan para pengundinya dan mereka yang tidak tidur siang malam membantunya dulu. 

Demi perutnya yang sememangnya buncit itu, tanpa malu dan rasa bersalah, beliau khianat tinggalkan parti menyeberang untuk bersekongkol dengan puak yang dulunya dia gelar kleptokrasi untuk merampas kerajaan yang terbina dari mandat rakyat.
Apakah dengan menabur bantuan di IM di waktu ini kamu boleh hapuskan dosa pengkhianatan kamu?Orang-orang Indera Mahkota tidak lupa kepada pengkhianatan kamu.

Sebab itu, saya cabar MP Indera Mahkota ini berdebat secara terbuka di bumi Indera Mahkota agar beliau boleh buktikan beliau bukan pengkhianat. Jika beliau anak jantan, ayuh, sahut cabaran saya. Jika tidak, sila kosongkan Kerusi Parlimen Indera Mahkota dengan segera.

WFAUZDIN NS

No comments: