Thursday, February 20, 2020

PEMUKA PEMUKA YANG TIDAK MAHU ANWAR PM 8




Siapakah yang tidak mahu Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8 ....apakah Tun Dr M atau pun UMNO dan PAS....walaupun Tun Dr M beratus kali selama hampir dua tahun ini memberikan kenyataan bahawa PM ke 8 ada lah Dato Seri Anwar Ibrahim....

Kenapa Pas dan Umno berkerja keras cuba membentuk sebuah kerajaan baru. Siapakah dalang yang merangka kerja mengumpul SD dan gerakan menyekat Dato Seri Anwar daripada menjadi PM ke 8. Mari kita namakan mereka mereka yang bermain di belakang Kerajaan yang di katakan akan di ujudkan

1. Dato Seri Hamzah Zainuddin

Siapa kah beliau ini,Ahli Parlimen larut bekas menteri di zaman dato najib dan orang yang bertangungjawap mengatur tiga Yb dari PKR dan Dap pada tahun 2009 untuk membentuk kerajaan Bn ketika itu. Beliau ini juga rakan kongsi kepada dato Kamarudin Jaafar MP Bandar Tun Razak. Mereka berjaya menjadi kaya raya bersama ketika itu di sebabkan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Vincen Tan. Lebih penting beliau ini lah yang mengadu dan membuat kenyataan terbuka mengatakan isteri beliau telah di goda oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Beliau dan Tengku Adnan adalah pelakun utama dalam peristiwa pemecatan Dato Eeri Anwar sehingga beliau mendapat jawatan menteri.

Boleh kita faham kenapa dia sekarang orang utama menjadi dalang menyekat Dato Seri Anwar sebagai PM. Bagi beliau jika DSAI menjadi PM keselamatan beliau terancam. Harta kekayaan akan tergugat....

2. Dato Hishamudin Tun Hussin

Beliau sebenarnya anak bangsawan dan belum pernah berada dalam kehidupan yang susah. Berpuluh tahun beliau telah bersedia menjadi PM selepas Dato Najib. Nafsu dan keinginan menjadi PM  menguasai diri beliau. Tiba tiba Bn kalah PRU 14,menjadikan kehidupan dan impian beliau musnah. Dari awal beliau telah mengeluarkan barget untuk menjaga beberapa ramai MP umno untuk di gunakan bila perlu. Beliau tidak mahu bertanding jawatan dalam umno. Mokzani,Azmin dan Tun M membuka sedikit ruang supaya Hisham berusaha menarik MP Umno seramai mungkin untuk di gabungkan dengan Azmin ujud kerajaan baru. 

Kenapa Hishamudin begitu berhajad. Selain dari keinginan dan cita cita beliau takut beberapa kes di kemterian pertahanan terbongkar. Dua kes yang besar,satu pembelian heli yang telah di bayar 100 juta tetapi tidak ujud. Kedua pembelian kapal yang duit kerajaan sebanyak 6 bilion telah di bayar tetapi sampai hari ini tidak sampai. Kementerian telah membuat lapuran SPRM ,tetapi kerana beliau telah berkerjasama dengan Azmin Ali dan Mokzani kes melibatkan Hisham di perlahankan. Apa akan jadi jika DSAI  menjadi PM....

3. Dato Seri Azmin Ali....

Timbalan Presiden PKR  yang elit dan kemaruk untuk menjadi PM. Saya yakin dan percaya selepas krisis besar bersama DSAI  beliau tahu jalan untuk beliau menjadi PM adalah terbatas. Beliau menyimpan perasaan marah dan dendam kepada DSAI  bukan baru. Apabila 2008 kerajaan PR menang di Selangor dan PKR dengan cadangan DSAI  mencadangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB di situlah dendam kesumat beliau kepada DSAI  dan Wan Azizah.

Apabila Tan Sri Khalid di gugurkan dan beliau masih tidak di namakan sebagai MB bukan saja dendam tetapi kebencian sudah ujud dalam diri beliau kepada DSAI  tampa di sedari oleh ramai orang. Bagi Azmin beliau berjaya menjadi PM bukan kerana PKR dan Parti jauh sekali kerana Anwar Ibrahim. Beliau berusaha sendiri sehingga beliau sanggup jumpa Dato Najib bersendirian di rumah Dato Najib ketika itu PM ( saya di ceritakan sendiri oleh Dato Seri Najib ketika pertemuan saya bersama Dato Najib bersendirian).

 Azmin merayu kepada Dato Najib dan Rosmah supaya memujuk Sultan Selangor memilih beliau sebagai MB. Akhirnya Dato Najib memberikan jaminan akan bercakap dan memujuk sultan Selangor. Azmi  berkata beliau telah berjaya memujuk PAS  dan Hadi.

Azmin juga pada tahun itu telah berjaya merengangkan hubungan Ustaz Hadi Awang dan DSAI . Kebetulan isu Saiful sedang berlaku,Azmin tampa di ketahui oleh sesiapa telah juga menyakinkan PAS sememangnya Anwar terlibat. Bermula dari situ hubungan Hadi dan Anwar sehingga hari ini putus dan sukar berbaik sangka.

Sekarang Azmin buat lagi dengan memujuk Tun M untuk terus kekal jadi PM dan membentuk kerajaan baru dengan usaha keras beliau dan Hisham di saksikan oleh Mokzani.

Allah maha kaya tiba tiba kes vedio beliau keluar dan tersebar. Kes vedio beliau ini lah telah membantutkan usaha menyekat Anwar. Malah sekarang Azmin dan team beliau sebenarnya sedang menuju jalan sempit...

Apa akan jadi jika Anwar berjaya menjadi PM ke 8....sudah tentu penjara Sungai Buluh sedang menanti.....

4.  Hadi Awang

Beliau lebih bersifat peribadi dengan DSAI. Semua ini berlaku antaranya kejayaan Azmin Ali memecah belah kan Anwar dan Hadi. Apabila PAS tidak lagi bersama PKR  maka PAS bimbang jika DSAI  menjadi PM pengaruh dan gerak kerja Anwar semasa menjadi PM boleh mengagalkan usaha PAS dan Umno untuk PRU ke 15. Bagi Hadi dan PAS berdepan dengan Tun M lebih mudah tetapi berdepan dengan Anwar dalam PRU  agak sukar menumbangkan PH.

5. Umno dan pemimpinnya ...Zahid dan yang lain lain. Mereka tidak mahu Anwar jadi PM  kerana mereka ada masalah yang terlalu banyak. Ketahanan menjadi pembangkang tidak ada,tetapi sebenarnya mereka takut dengan tindakan dan siasatan SPRM . Semua dari mereka adalah orang yang petingkan diri mengatasi parti dan agama.....

Sekian
Hamdan Taha




No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers