‘DAP tak mahu kaki putar belit macam Najib Razak’




Tenaga kerja diperlukan bagi melawan berita palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap DAP, tegas Adun Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof.
Edry yang merupakan antara puluhan pemimpin DAP yang menjadi mangsa berita palsu, tampil mempertahankan keputusan parti untuk mengambil pekerja rasmi bagi melawan penyebaran fitnah. 
“Parti DAP memerlukan tenaga (kerja) untuk menjawab balik (fitnah) kerana kepalsuan dan kebatilan ini hanya boleh dilawan dengan kebenaran dan kita memerlukan orang untuk menyebarkan kebenaran. 
“Jadi sebenarnya jawatan penulis sosial media yang ditawarkan DAP adalah jawatan profesional,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini. 
Bekas perdana menteri, Najib Razak menerusi hantaran baru-baru ini mendakwa DAP mahu ‘rekrut 100 cybertrooper’ menerusi penyiaran iklan kerja kosong di sebuah laman sesawang pencarian kerja. 
Bagaimanapun, dalam sidang media yang sama, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menafikan dakwaan Najib itu, sambil menegaskan bahawa DAP hanya mahu mencari pekerja rasmi. 
Mengulas lanjut, Edry dalam pada itu turut sempat berseloroh apabila mengajak Najib untuk turut memohon kerja kosong yang ditawarkan DAP memandangkan beliau kini kehilangan kerja selepas kalah pilihan raya umum lalu. 
“Sebenarnya Najib Razak yang telahpun kehilangan kerja sebagai perdana menteri pun boleh memohon (kerja ditawarkan DAP). Memandangkan beliau banyak masa terluang, beliau boleh memohon. 
“Cuma kalau beliau memohon sekarang, saya percaya parti akan tolaklah kerana kita mahu penulis sosial media yang profesional, buka kaki putar belit macam Najib Razak,” ujarnya. –

No comments: