AMARAN ANWAR BERKESAN, SEMUA BERJALAN BAIK JIKA HADIR MESYUARAT
Awalnya saya merasakan amaran Anwar agar jangan sesiapa menguji kesabarannya sewaktu beliau berucap di Konvensyen Keadilan di Ipoh malam kelmarin akan dipandang sepi oleh puak yang sebelum ini kelihatan amat berani melanggar disiplin parti.
Ternyata sangkaan saya meleset. Tidak sampai 24 jam Anwar melaungkan amaran tersebut, Azmin tidak semena2 boleh hadir mesyuarat Biro Politik dan kemudiannya bertemu Anwar. Kalau Azmin akhirnya hadir di dalam mesyuarat dan bertemu Anwar, maka tidak perlulah kelian berkata Anwar yang mengalah. Hakikatnya, Anwar bersedia berbincang asalkan kamu tidak ego dan sombong. Bukan Anwar yang datang melutut kepada kamu.
Betullah kata2 Samsul Iskandar, Anwar ini seperti "dewa yang amat pemaaf". Kita tahu, bukan sedikit yang tidak berkenan dengan cara Anwar yang selalu bersangka baik dengan sesiapa pun hatta orang itu telah menikamnya berkali2. Itu memang kelemahan Anwar kalau kita mahu cari kelemahannya.
Saya bukan tidak suka melihat perdamaian tetapi saya bimbang kalau perdamaian itu akan dikhianati lagi. Sewaktu kita mengadakan Konvensyen selepas pemilihan parti yang lalu, saya yakin adanya perdamaian apabila melihat kesemua pimpinan parti berada di atas pentas saling berpegang tangan. Tapi, apa telah terjadi selepas itu? Siapa yang khianat dan tidak lagi menghormati Presiden? Siapa yang tidak mahu hadir mesyuarat parti? Siapa yang mendesak Presiden untuk bertemu dengan puak-puak mereka sahaja? Akhirnya saya kecewa dengan 'lakonan" yang dipersembahkan di konvensyen tersebut.
Kali ini dikatakan berlaku lagi 'gencatan senjata" dan dianggap bermulanya perdamaian di Kongres Nasional di Melaka hujung minggu ini. Itu harapan yang diberikan lagi. Apakah akan dilakonkan sekali lagi drama lama yang akan membuatkan kita rasa mual untuk menontonnya?
Kalaulah tidak kerana ingin melihat Anwar akan menjadi PM ke 8, saya pun tidak berselera untuk hadir kongres yang saban tahun melagukan irama perdamaian yang sama. Kali ini saya tidak menaruh harapan apa2 kerana saya tidak mahu dikecewakan lagi oleh pemimpin aparat yang tamak dan rakus.
WFAUZDIN NS