BAHASA BADAN PERTEMUAN ANWAR - AZMIN






Pertemuan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Datuk Seri Azmin Ali (DSAA) mempamerkan bahasa badan yang menarik untuk diperhatikan.

Pertama, kedudukan tempat duduk yang bersebelahan, memaparkan pendekatan pertemuan menjurus kepada aspek Kerjasama.

Oleh kerana itu jika dapat diperhatikan bahasa badan mereka memaparkan penerangan dan perbincangan.

Kedua, Proxemics. Proxemics ialah berkaitan jarak. Jika diperhatikan tangan kedua-dua figura ini diletakkan pada sofa.

Kedudukan jarak yang rapat, menunjukkan perbincangan adalah harmoni. Jika semakin menjauh, jarak mereka juga akan mula dijarakkan.

Masih berkaitan proxemics, DSAI dilihat bersandar dan DSAA mencondongkan badannya sedikit ke hadapan memberi isyarat DSAI lebih superior dan postur badan DSAA lebih kepada memberi laporan kepada ketuanya.

Ketiga,silang kaki. Dapat kita lihat, kaki beliau berada di atas, memberi isyarat belly button jelas menghala ke arah DSAA menunjukkan beliau positif dalam perbincangan tersebut.

Seandainya kaki kanan berada di atas, pasti belly button beliau terhalang dek kerana blocker yang wujud.

Silang kaki juga menandakan elemen resesif iaitu DSAI lebih berpengaruh dan tercermin beliau berada kedudukan yang lebih superior berbanding DSAA.

DSAA yang kedua-dua kakinya di lantai, menandakan beliau masih melihat DSAI sebagai ketuanya.

Pada pandangan saya secara keseluruhan, hubungan mereka berdua masih boleh diselamatkan dengan syarat, kedua-dua mereka berpegang semula pada asas perjuangan asal mereka, iaitu berkhidmat untuk rakyat.

Shahrom Hassan - 
Body Language Guru.


No comments: