KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA

Saya telah menerima laporan yang dibuat oleh individu bernama Muhammed Yusoff Rawther melalui media massa dan media sosial.

Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tanpa asas tersebut.

Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen.

Setiausaha Sulit saya, Shukri Saad akan membuat laporan polis pagi ini berhubung isu yang dibangkitkan dan peguam saya, Ramkarpal Singh juga akan mengutuskan surat tuntutan daripada Muhammed Yusoff Rawther.

Keluarga Muhammed Yusoff Rawther melalui Mohideen Abdul Kader turut mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan yang dilakukan olehnya selepas lebih setahun kejadian yang didakwa.

Tindakan yang dilakukan ini adalah muslihat menjatuhkan imej saya menjelang Kongres Nasional Keadilan ke-14 dan proses peralihan kuasa pimpinan negara.

ANWAR IBRAHIM

5 Disember 2019

No comments: