DR MAHATHIR MANGSA TIPU HELAH AZMIN ALI.*




*OLEH: Mantan Wartawan Utusan Melayu*



1. Selepas komplotnya bersama Hishammuddin Hussein terbongkar, *Azmin Ali akhirnya secara tidak sedar ketika menjawab soalan media mengakui bahawa memang dia merupakan dalang* yang cuba menghalang perjanjian peralihan kuasa Pakatan Harapan dapat dilaksanakan. 

2. Azmin dilaporkan berkata, dia mahu agar Dr Mahathir Muhamad terus menjadi Perdana Menteri untuk satu penggal walaupun *perkara itu bertentangan dengan persefahaman PH* sejak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

3. Kenyataan Azmin itu juga sangat jelas untuk *menyeret Dr Mahathir menjadi seorang yang sekali lagi memungkiri janji dan tidak boleh dipercayai* bukan sahaja di antara Dr Mahathir dan Anwar, tetapi juga di antara Dr Mahathir dan PH secara keseluruhannya.

4. Jawapan Azmin untuk sekaligus membuktikan *kenyataan awal PH dan PKR sebelum ini bahawa memang wujud komplotuntuk menghalang peralihan kuasa dan seterusnya menghancurkan kerajaan PH.*

5. Azmin juga dilaporkan berkata, pihak yang mahu peralihan kuasa secara tertib sepertimana perjanjian PH cuba dilabel sebagai “golongan terdesak”. Kenyataan Azmin itu sangat aneh apabila *masyarakat melihat bahawa beliau sebenarnya yang terdesak serta bimbang* sekiranya Anwar menjadi PM, beliau tidak lagi mendapat ‘melindungi’ daripada beberapa kes rasuah selain kes skandal video semburit di antara beliau dengan pasangannya, Haziq Abdul Aziz.

6. Untuk rekod, *sehingga kini kes skandal video semburit itu masih belum selesai* siasatan sepertimana kenyataan Polis baru-baru ini. Cuma Azmin sahaja yang menyebutkan dan yakin yang dirinya tidak bersalah walaupun siasatan tetap berjalan.

7. Oleh itu kenyataan terbaru Azmin untuk melanggari persefahaman dan perjanjian PH bagi melaksanakan peralihan kuasa secara jelas membuktikan *beliau merupakan dalang komplot yang selama ini membuat politik Malaysia tidak stabil.*

8. Sebelum ini *Azmin menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Mukhriz Mahathir* sekiranya Dr Mahathir mahu mengambil beliau sebagai PM, namun *tembelang itu telah pecah apabila rupa-rupanya dalam masa sama Azmin telah menjanjikan jawatan sama kepada Hishammuddin.*

9. Permainan belakang tabir Azmin ini telah benar-benar *merosakkan reputasi PH selain menconteng arang di muka Dr Mahathir sendiri.* Pemimpin PH dan rakyat keseluruhnya wajib menolak pengkhianat seperti Azmin dan Hishammuddin!

*(Kuala Lumpur, 22 Oktober 2019)*
dr fb sahabat Hafiz Ismail


No comments: