TOLONG INGATKAN TUN M AKAN JANJI PH DAN JANJI BELIAU SENDIRI


OLEH: W.FAIDZIN . NS



Saya ulang kembali apa yang Tun M pernah katakan. Semoga Tun M mengingatinya kembali....

PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Kuasa kerajaan dan Perdana Menteri dalam urusan pelantikan beberapa jawatan penting akan dikurangkan melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.


Perdana Menteri berkata pelantikan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara akan ditentukan oleh jawatankuasa khas itu selepas cadangan penubuhannya dipersetujui.

Beliau berkata kedua-dua jawatan tersebut sangat penting kerana ia berkait dengan soal integriti serta memastikan pengurusan kerajaan mengikut aturan, satu elemen penting dalam menentukan usaha membanteras rasuah dapat dilakukan.

"Apabila kuasa melantik diletak di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen, kerajaan atau Perdana Menteri tidak lagi boleh campur tangan, malah tiada kuasa untuk mengambil tindakan, menjatuhkan hukuman atau menurunkan pangkat mana-mana jawatan di dalam jabatan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

No comments: