BELUM TERLAMBAT UNTUK LATHEEFA UNDUR DIRI, TOLAK JAWATAN KP SPRM




TANDA TANGANI PETITION BANTAH LANTIKAN LATEEFA KOYA



https://www.change.org/p/rakyat-tidak-suka-lantikan-kp-sprm-latheefa-koya-tidak-layak-jadi-kp-sprm-baharu?use_react=false



Image result for latheefa koya

Makin hari makin melebar sudut pelbagai pihak mempertikaikan perlantikan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.
Daripada perlantikan itu dilihat menodai janji manifesto PH, latar belakang politiknya dipersoalkan dan keraguan terhadap sikap tidak berpihaknya dalam menjalankan tugas nanti, malah terbaru sudah ada yang secara nakal turut mencecehkan hal-hal kehidupan peribadinya sebelum ini.
Itu belum beliau mula menjalankan tugasnya lagi. Tidak mustahil lebih banyak pendedahan mengejutkan mengenai dirinya disebarkan dalam media sosial selepas ini.
Dengan segala macam yang berlaku ini, apa juga tindakan Latheefa selepas ini akan terus dipersoal, diragui serta dipertikaikan.
Oleh kerana jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM bukan jawatan politik, sudah barang tentu ada kesukaran untuk Latheefa membalas balik setiap keraguan dan dakwaan yang ditujukan terhadapnya itu.
Dengan itu, beliau sebenarnya lebih terdedah kepada gambaran buruk tanpa dapat menepis atau menjawabnya, walau sebaik dan setegas mana sekali pun tindakannya melaksanakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM kelak.
Sebelum ini, walaupun telah banyak kali pihak luar daripada SPRM dilantik sebagai peneraju agensi pencegah rasuah itu, tetapi inilah pertama kali lantikan dibuat daripada kalangan orang politik.
Dengan itu, Latheefa akan lebih terdedah kepada peneropongan umum berbanding mereka yang memegang jawatan itu sebelumnya.
Malah jika kerana terlalu dijadikan sasaran mata masyarakat itu beliau gagal melaksanakan tugasnya dengan baik, reputasi dirinya selepas tempoh dua tahun menerajui SPRM nanti jauh lebih memusnahkan kehidupan masa depannya.
Terutama bila hal-hal kehidupan peribadinya turut diungkit dan diperkata, rasa kesian pun ada terhadap nasib Latheefa sekarang ini.
Tidak berbaloi sebenarnya beliau menerima semua bala ini hanya kerana dirinya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Lainlah jika beliau diberikan jawatan politik seperti menteri atau timbalan menteri misalnya, kecaman, keraguan, malah hal-hal peribadi sekali pun jika dibangkitkan, ia tidak menjadi masalah kerana boleh menjawab dan menepisnya dengan mudah setiap hari.
Kadang-kadang hairan juga dengan Tun Mahathir, kalaulah benar beliau kagum dengan ketegasan Latheefa Koya sebagai peguam dan aktivis sosial, sepatutnya peguam itu lebih layak diberikan jawatan politik seperti menteri atau timbalan menteri.
Setidak-tidaknya dapatlah beliau menggantikan mana-mana menteri dan timbalan menteri yang tidak berguna dan “menghabiskan beras” yang ada dalam pentadbiran kerajaan sekarang.
Dalam hal ini, adalah baik dan belum terlambat sebenarnya jika Latheefa mengundur diri – walaupun beliau sudah menerima tawaran perlantikan itu – demi kebaikan diri dan masa depannya sendiri.
Beliau patut memikirkan bukan saja kedudukan dirinya dalam tempoh dua tahun memegang jawatan itu, bahkan apa jadi kepadanya selepas tempoh khidmat berakhir nanti.
Tempoh dua tahun berkhidmat yang bakal dihimpit kiri dan kanan serta belum tentu mampu melaksanakan tugasnya dengan baik, tidak mustahil lebih merugikan reputasi diri yang dibina selama ini serta hari-hari mendatang yang bakal dilalui.
Fikirlah baik-baik, Latheefa. (Shahbudindotcom 06/06/2019)

No comments: