Mesyuarat MT Umno dipercepat, Muhyiddin, Shafie tak sempat hadir

Mesyuarat MT Umno dipercepat, Muhyiddin, Shafie tak sempat hadir

Mesyuarat MT Umno dipercepat, Muhyiddin, Shafie tak sempat hadir


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak spekulasi berhubung mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadual Selasa ini (24 Nov), sambil menyatakan ia didalangi pihak yang mahu mengeruhkan perpaduan parti.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 Nov memandangkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan kini berada di luar negara.

“Semua pihak telah dimaklumkan mengenai tarikh mesyuarat tersebut dan ia diawalkan untuk memberi masa bagi persiapan Perhimpunan Agung Umno pada 8 hingga 12 Dis nanti,” katanya kepada media selepas Program Berkhatan Perdana Wilayah Persektuan di Putrajaya hari ini.

Mengenai kertas siasatan oleh Lembaga Disiplin berhubung beberapa pemimpin parti, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata siasatan masih berjalan dan apabila siap, laporannya akan diserah kepada MT untuk membuat keputusan.

“Terserah kepada MT untuk mengambil tindakan atau tidak… ia hanya khabar angin,” katanya.


P/S: Tiga hari lepas Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu tarikh mesyuarat dipercepatkan.

Nazri menempelak tulisan anak kepada bekas Setiauasaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akramsyah Sanusi di blognya yang mendakwa bahawa mesyuarat itu dipercepatkan dari 27 November kepada 24 November.

Tujuan mesyuarat itu diawalkan, didakwa, bagi menghalang timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal menghadirinya kerana mereka masih berada di luar negara. Muhyiddin hanya akan pulang pada 25 November, sementara Shafie masih menunaikan umrah di Mekah.

“Bagaimana budak ini (anak Sanusi) tahu agenda mesyuarat itu walaupun dia bukan anggota Majlis Tertinggi.

“Saya sendiri tidak tahu Majlis Tertinggi sepatutnya bermesyuarat pada 24 November dan bukannya 27 November,” katanya kepada Malaysiakini.

Sekarang terbukti ada yang tidak kena dalam Umno. Stail konspirasi era Mahathir pecat Anwar dulu sudah kembali. Kita tunggu siapa yang kena lepas 24 November ini ………….