Sokong BN, tapi tak faham apa satu
(Oleh Ermizi Muhamad)PERMATANG PAUH 7 MEI: Sebilangan penyokong Barisan Nasional (BN) yang berkumpul di persimpangan jalan utama Kubang Semang dekat Sekolah Kebangsaan Seri Penanti gagal memberikan penjelasan mengapa mereka menyokong calon BN, Suhaimi Sabudin.
Antara yang ditemui Keadilan Daily, Nazrul Naiman, 18, gagal menyatakan pendirian sebaliknya memaklumkan hanya menyokong BN kerana keluarganya menyokong parti itu sejak dulu lagi.
Mohd Aziz, 19, pula menyatakan kehadirannya bersama sekumpulan penyokong BN di kawasan itu sekadar suka-suka dan mengikut kawan-kawan sahaja.
“Saja suka-suka, ikut budak-budak dekat sini,” katanya ringkas.
Ditanya adakah menerima bayaran daripada pihak-pihak tertentu, Aziz cuba mengelak dan enggan mengulas lanjut.
“Tak ada,” ringkasnya sambil tertawa.
Seorang lagi penyokong BN, Mohd Zaki mengakui tidak jelas tentang dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan.
Kehadiran mereka ini turut dipersoal majoriti besar penyokong Pakatan Rakyat apabila mereka mendakwa, penyokong-penyokong BN itu terdiri daripada golongan muda dan bukan anak-anak tempatan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=6644
No comments:
Post a Comment