Jika
bebas, ia adalah peluang terakhirnya untuk berjuang menawan Putrajaya
bersama PR dengan imejnya yang sudah dibersihkan tetapi jika didapati
bersalah pula, beliau mungkin menghuni penjara sekali lagi.
Bedasarkan
keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman lima
tahun penjara keatas Anwar, jika bersalah, ada kemungkinan hukuman itu
akan dikekalkan tetapi ramai juga menjangka lebih berat daripada itu.
Sejak
Anwar dipecat daripada kerajaan pada 1998 dan menggerakkan kekuatan
pembangkang, isu yang paling utama ialah mengajak rakyat melakukan
reformasi dan perubahan.
Jika
dilihat apa yang berlaku hari ini, hasrat kepada perubahan itu sudah
meresap ke dalam jiwa dan keinginan majoriti rakyat. Hampir semua
kelompok masyarakat bercakap tentang perubahan dan yakin dengan adanya
perubahan saja negara ini menjadi lebih baik, perangai pemimpin lebih
baik dan kekayaan negara diurus dengan lebih baik.
Tidak
cukup dengan rakyat biasa, pengundi atas pagar dan penyokong PR yang
mahukan perubahan, ahli dan penyokong UMNO juga semakin ramai yang
"letih" dengan kerajaan yang ada.
Dalam
PRU 13 lalu, memang rakyat telah menunjukkan keinginan untuk berubah.
52 peratus yang menolak kerajaan adalah bukti ke arah itu tetapi BN
kekal memerintah hanya kerana sistem pilihanraya yang digunakan dan
pecahan kawasan Parlimen yang tidak seimbang.
Menjelang detik 10 Februari dan
berhadapan dengan PRU 14 akan datang, isu perubahan sekali lagi menjadi
bualan. Ada yang percaya dengan memenjarakan Anwar menjadikan peluang
BN lebih cerah untuk mengekalkan kuasa.
PR dikatakan akan pecah dan tiada lagi lagi pemimpin yang boleh menyatukannya sebagai Anwar berjaya melakukannya selama ini.
Tetapi
pemenjaraan Anwar juga menjadikan simpati rakyat lebih tinggi dan
perbualan mengenai hukuman itu dan sistem kehakiman tidak terhenti
sampai bila-bila. Ia mungkin sama seperti rakyat terus bercakap tentang
motif pembunuhan dalam kes Altantuya walaupun mahkamah paling tinggi
telah memutuskan Azilah Hadri dan Sirul Azhar bersalah.
Dalam
masa yang sama, jika sudah dipenjara juga akan menjadikan UMNO dan BN
tidak boleh lagi mempergunakan kelibat Anwar untuk menakut-nakutkan
rakyat seperti menggambarkan beliau sebagai ejen Amerika, ejen Yahudi,
pejuang plural dan sama rata dalam agama, pro Cina, alat DAP dan
pelbagai kaitan yang lain.
Cabaran
pertama yang bakal dihadapi oleh UMNO dan BN jika Anwar dipenjara ialah
pilihanraya kecil Permatang Pauh serta perbualan antarabangsa mengenai
hukuman yang diterimanya. Kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang
dihantar ke penjara juga boleh mengundang persepsi negatif seantero
dunia mengenai sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi.
Oleh
itu, ada juga yang berpendapat, lebih baik Anwar dibebaskan kerana
selain isu mengenai dirinya boleh terus didendangkan, perbualan rakyat
mengenai ketidakadilan kerajaan dan sistem kehakiman yang didakwa
tempang juga dapat dihentikan.
Selain
itu, sejarah juga sudah membuktikan bahawa Anwar seharusnya dihadapi
secara politik serta berdepan dan bukannya dengan penggunaan
undang-undang atau kehakiman sebagai alatnya.
Apa
yang berlaku dalam konteks kebangkitan rakyat hari ini sebahagian
besarnya ialah kerana simpati dan penolakan terhadap undang-undang dan
kehakiman yang ditekan secara berlebih-lebihan keatas Ketua Pembangkang
itu.
Anwar
sendiri, walaupun tidak suka dan cuba mengelak untuk ke penjara sekali
lagi, lebih-lebih lagi dalam usianya yang semakin tua ketika ini, tetapi
tetap realistik dalam konteks perubahan rakyat jika Penjara Sungai
Buloh atau Penjara Kajang bakal menjadi kediamannya sekali lagi.
Menurut
Anwar, di sebalik pelbagai masalah yang berlaku dalam dalam PR ketika
ini, sokongan undi popular 52 peratus itu kekal menjadi milik mereka.
Dengan
yakin juga beliau berkata, tentunya berdasarkan simpati yang lebih
tinggi, kebangkitan rakyat dan penolakan terhadap penggunaan
undang-undang dan kehakiman yang didakwa tidak adil - sokongan undi
popular akan meningkat kepada 60 peratus jika takdirnya ke penjara lagi pada 10 Februari ini.
Seiring
dengan keinginan rakyat kepada perubahan, penolakan terhadap UMNO dan
BN serta kepimpinan Najib Razak yang sudah seperti "lemak tepu" dan
tidak mungkin boleh berubah lagi walau sudah kerap dikritik dan ditegur,
pemenjaraan Anwar sebenarnya amat baik sekali untuk rakyat.
Hanya dengan keputusan penjara pada 10 Februari ini,
kalau boleh lebih berat daripada hukumah lima tahun yang dijatuhkan
oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini, satu-satunya pemangkin yang boleh
meletuskan lagi perubahan.
Berbanding
Anwar yang lepas bebas, perubahan yang boleh membawa natijah kebaikan
kepada rakyat sebenarnya jauh lebih utama dan diharap-harapkan oleh
sesiapa saja.
Oleh
itu, marilah kita sama-sama berdoa semoga Anwar tetap ke penjara kerana
itulah yang sebenarnya terbaik buat kita semua. (SH 08/02/2015)
wrlr: Ada buruk dan baiknya jika terpenjara.....Kita akan lihat PAS dimana...DAP dimana dan PKR dimana....Adakah Hadi dapat mengepalai PR atau PAS akan dibawa keluar dan berjuang sendirian menentang BN....Kita lihat detik ini...dan aku tidak akan mendoakan musibah untuk orang lain...kerana deritanya berada di penjara hanya tuan tubuh yang memahaminya...Jadi jangan doakan insan lain walau seburuk mana ia....kerana itu adalah pengakhiran hidup bebas di dunia yang sementara ini....