Kumpulan Pro-Ulama Bawa Budaya Samseng Dalam PAS...

Ini kumpulan kong kali kong nihhhh...tak leh pakai nih...Hatta Ramli dok di jalanraya dah..puak puak ni kencing bercabang lagi...


Ahli PAS tuduh Hatta dalang gulingkan Hadi ---oleh greenbox

Sekumpulan ahli PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai agar meletakkan jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.

Dengan menaikkan kertas pemidang tertulis "pecat Hatta dan konco-konco" dan "kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini.


Pakatan Rakyat (PR) dijadualkan akan bermesyuarat petang ini dan pimpinan ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP akan hadir ke ibu pejabat parti Islam itu petang ini.

Semalam Norzalilafadli menjemput media untuk hadir hari ini bagi menyerahkan memorandum terbuka bagi mendesak seorang ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat meletakkan jawatan.

Katanya ianya bertujuan mendedahkan nama dan bukti gerakan konspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama.

Ketika Dr Hatta berhempas pulas di Kuala Krai untuk membantu mangsa banjir di kawasannya, kumpulan ini mendesaknya meletakkan jawatan.

Hadi dijangka akan mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat pagi ini.

Dr Hatta pernah terlibat dalam mesyuarat pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) 31 Ogos tahun lepas di Kota Baru, Kelantan. – TMI

ULASAN GB

Sebelum ini GB pernah meminta agar PAS Perlu Serius Benteras Budaya Samseng Di Dalam Parti. Tetapi seruan GB tidak diindahkan. Almaklum ... GB cum ahli biasa PAS.

Akibat daripada tiada keseriusan untuk membenteras budaya samseng itu maka sekumpulan ahli PAS sekali lagi membawa budaya UMN O ke dalam parti, berhimpun untuk kononnya mendesak supaya mememcat beberapa orang pimpinan PAS yang tidak mereka sukai.

Budaya sedemikian belum pernah berlaku di dalam PAS sebelum ini.

Sebelum ini bila ada yang meminta Presiden PAS meletakkan jawatan, kumpulan pro-ulamak ini memberitahu tunggulah semasa muktamar kerana Hj.Hadi dilantik melalui muktamar. Tetapi kini kumpulan pro-ulama ini juga yang kini mendesak beberapa pimpinan tertinggi PAS meletak jawatan, dan mereka tidak pula perlu menunggu muktamar sebaliknya berhimpun menyerahkan memorandun ke Pejabat PAS.

GB pernah mengulas sebelum ini:

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.

PASMA dituduh penebuk kapal PAS, mereka dituduh membentuk jemaah di dalam jemaah. Sekarang hukum kebenaran dan keadilan berjalan siapa yang sebenarnya "penebuk kapal" yang bakal menghancurkan PAS? Siapa yang membina jemaah dalam jemaah jika bukan golongan yang dinamakan pro-ulamak ini?

Imej PAS terus tercemar dengan insiden-insiden di atas. Apatah lagi ianya disertai dengan beberapa pimpinan ulamak seperti Mokhtar Senik, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang, yang pernah satu ketika dikaitkan dengan gerakan Al-Maunah yang diharamkan dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Nor Azli Musa yang pernah diberi gelaran Ustaz Taliban.

Sekali lagi GB meminta agar PAS mengambil sikap yang serius terhadap hal ini sebelum parti terus menjadi hancur binasa akibat gejala samseng yang dilakukan oleh golongan pro-ulama ini.

Budaya liar dan keterlaluan ini wajar dibenteras sebelum ia menjadi lebih parah. Kita khuatir akan tiba di suatu masa, budaya liar ini menjadi dominan di dalam PAS sama seperti PERKASA dan yang sewaktu dengannya.

p/s sekadar makluman, tindakan golongan pro-ulamak di atas sentiasa mendapat liputan media massa UMNO ...tahniah!

No comments: