BUDAK BALING DAGING KHINZIR DITANGKAP

 dari sumber facebook...baca dulu..faham...

Budak yang disyaki baling daging khinzir ini Islam ke?
PEMUDA UMNO DISYAKI DIUPAH BALING DAGING BABI KE DALAM MASJID DITANGKAP!biar betul ?????

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga/ Air, Pulau Pinang awal semalam.


Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan memberitahu Bernama lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek kepada polis.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Telaga Air Ahmad Taufiq Saedon berkata lelaki itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

"Ketika kejadian lelaki itu membaling bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu," katanya

No comments: