Innalillahi wa innailaihi raji'un.
Mendapat perkabaran hiba dan duka.
Pengasas Parti Keadilan Rakyat, Dr Syed Husin Ali baru sahaja meninggal dunia.
Didoakan supaya roh beliau dirahmati Allah swt dan dipermudahkan segala urusan.
Al Fatihah.
Innalillahi wa innailaihi raji'un.
Mendapat perkabaran hiba dan duka.
Pengasas Parti Keadilan Rakyat, Dr Syed Husin Ali baru sahaja meninggal dunia.
Didoakan supaya roh beliau dirahmati Allah swt dan dipermudahkan segala urusan.
Al Fatihah.
ISLAH
Dunia politik hari ini semakin hilang nilai moral dan etika, dengan gejala politik kebencian, fitnah, dan kuasa yang semakin meluas. Penyimpangan ini sering membawa kepada permusuhan sesama sendiri.
Lebih mendukacitakan, terdapat kelompok yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi berpegang kepada politik assabiah, menghasut pengikut untuk menyokong parti secara membuta tuli. Kerakusan kuasa mendorong mereka menggunakan ayat-ayat suci Allah untuk menjustifikasi tindakan mereka, memburukkan dan menanamkan kebencian terhadap parti lawan.
Marilah kembali kepada nilai-nilai moral dan etika yang sebenar dalam politik. Mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW yang penuh dengan kasih sayang dan keadilan adalah kunci untuk mengatasi perpecahan dan permusuhan. Ayuh bina budaya politik yang berasaskan kebenaran, integriti, dan keharmonian demi kesejahteraan umat dan kemajuan negara.
Ada beberapa isu di sini.
CnP
Satu dia sendiri kata semalam harga besi akan meningkat kepada 4000 ringgit yang mana palsu. Ada berita tentang ramalan harga besi naik 4000 ringgit, tapi tahun 2021 waktu PN jadi kerajaan. Patut dia tanya Din PDF apa yang dia buat masa tu sampai harga besi di jangka naik tahun 2021.
Kedua, bila speaker persoalkan sumber berita, dia tak boleh cakap dari mana. Nampak sangat dia tak buat due diligence, masuk dewan main semberono tak buat homework.
Ketiga bila kena tegur dengan Batu Pahat, dia spin nafi kata harga besi akan naik 4200, padahal dari awal-awal lagi dia sendiri sebut.
Akhirnya lepas kena corner dengan speaker baru dia mengaku dapat dari media FB dan tarik balik kenyataan tentang harga besi. Media FB mana tak tahu, entah2 dari huruharakah yang selalu sebar fake news dan delete post.
Inilah dia kualiti lebai dan lebainita dari PN, incompetent dan memalukan.
Nak tau kenapa Mahat pecat Mazli?
Sebab Mazli nak tamatkan kontrak pembekal internet sekolah yg dah lama mendominasi tapi servis tak bagus. Banyak aduan.
Mazli nak terminat dan buat tender terbuka. Malangnya syarikat tu krony madet, dia tak kasi. Kau letak jawatan aja.
Itulah dia. Amacam?
CnP
Pengajur kalau kena tangkap belakang dia yang payung semua nanti, yang ikut kalau kena tangkap, masuk ke dalam makan pishang laa, hidup jadi kelam kabut nanti, Kena buang kerja, naik turun mahkamah, buat kerja sia-sia, Negara kita aman Damai dah, jagan ikut cara pembangkang yang nak buat huru hara dan msabotaj ekonomi negara..
Menitik Malam.
KENALI KELICITAN POLITIK SI MUALAF PAS.
MSO
Setiusaha Agung UMNO Asyraf Wajdi Dusuki menempelak angan-angan dan ilusi Annuar Musa yang membayangkan SPR akan membuat fatwa tidak ada pilihan raya di enam kerusi diwakili Bersatu menyebabkan akan ada 11 orang ahli parlimen UMNO akan mengundi PM ke 11.
Ketika berceramah di Sungai Bakap sekejep tadi, Asyarf jelaskan apa dikatakan si maulaf Pas itu bohong, kerana dia mengetahui situasi yang berlaku dalam UMNO atas kedudukannya sebagai Setiausaha Agung.
"Saya sebagai Setiausaha Agung tahu sangat apa yang berlaku dalam parti," tegas Asyraf.
Menurut Asyarat tidak mungkin ada ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti kerana mereka sudah diikat bersyarat apabila menanda tangani ikar taat setia kepada parti dan implikasi jika mungkir.
Katanya semua calon UMNO diminta menanda tangani berikrar akan setia kepada parti dan sekiranya mereka ingkar akan dikenakan penalti sebanyak RM100 juta.
Justeru apa dibayangkan Annuar itu hanya ilusi sahaja atau angan-angan oleh seorang mualaf yang memimpikan syurga.
Manakala di sisi lain apa dibayangkan Annuar itu dia mahu reverst psykologi dengan mengharap SPR akan umumkan kekosongan enam kerusi parlimen berkenaan dimana dua di Kelantan untuk membolehkan dia bertanding dalam pilihan raya kecil.
Otak Annuar ini memang licit dan mereka yang bodoh mudah tersihir.
Annuar kini kemaruk untuk masuk parlimen apabila dalam pilihan raya lalu dinyahkan oleh UMNO di Ketereh, manakala hasratnya untuk bertanding di Ketereh atas tikit Pas disambar oleh Klil.
Waspada dan kenal cara tipu muslihat dan psikologi Annuar Musa yang kemaruk hendak bertanding. Saya telah mengenali sejak lebih 30 tahun, kenal sangat warna, bau dan jenis najisnya.
Dalam hal ini sekali lagi saya nak peringatkan kepada Pas, sekiranya berlaku kekosongan kerusi Pas jangan sesekali berikan laluan kepada Annuar bagi mengelakkan berlaku krsis Pas dengan istana di Kelantan nanti. Trims.
MMMS
Syahir macam concern betul pasal inflasi Malaysia meningkat kepada 2.0% dari pada 1.8% untuk Mei 2024. Katanya akan ada impak untuk kuasa membeli rakyat.
Yang dia tak cerita masa PN jadi kerajaan, inflasi kita naik sampai 4.7% 2 kali, Mac 2021 dan Ogos 2022. Untuk setiap 4% inflasi, harga barang akan jadi 2 kali ganda dalam masa 18 tahun. Sebab itu jangan tanya kenapa nasi ayam dulu RM5 sekarang sudah jadi RM6.5, mostly naik zaman PN memerintah.
Rakyat tak lupa, di samping inflasi yang teruk, kes ramai kena buang kerja, nak cari telur pun tak ada di pasaran. Ayam jadi 11 ringgit sekilo, tapi PN sibuk scheme of things.
Inflasi 2% ini masih lagi dalam kategori healthy inflation, kalau tak ada inflasi pun tak boleh juga, sebab ekonomi akan terbantut. Teringat ada lebai bangga inflasi negeri dia bawah 1.0 ( dia ingat dia cerdik) . Dan kerajaan memang sudah jangkakan kenaikan inflasi dalam julat 2.0%-3.5% selepas rasionalisasi diesel. Nak kritik boleh, tapi tengok juga apa yang kamu buat masa kamu ada kuasa.
Kalau tengok trend production minyak kita pun makin sikit setiap tahun dan jumlah subsidi yang di bayar makin naik setiap tahun, at one point benda ini akan jadi not sustainable overlong run.
Pemimpin yang bertanggungjawab akan berani buat keputusan yang tidak populis, kalau tak jadilah tukang baca PDF yang takut jawap soalan live wartawan. Tambahan pula isu pemanasan global jadi kita kena cari sumber tenaga alternative lain macam solar ataupun kereta elektrik demi masa depan anak-anak kita walaupun harganya lebih mahal dari tenaga fosil.
MMMS
Lebai kata Langkawi bukan pulau perlancongan Islam, nak jaga hati siapa???
Untuk statistik, pelancong Singapura adalah tertinggi iaitu sebanyak 12,645,364 orang diikuti Indonesia (3,166,295), Thailand (2,073,162), China (1,407,471), Brunei (904,841) dan India (780,532) manakala bakinya adalah lain-lain negara.
Bila kerajaan bagi pengecualian visa untuk pelancong dari China dan India, Un buat isu perkauman. Sekali lebai pun cakap benda yang hampir sama.
Un macam biasa, mana ada rasa malu, sebab tu apa-apa yang mereka tadbir semuanya pakat lingkup.
MSO
SPR telah menetapkan 17 Ogos sebagai hari mengundi untuk kerusi Nenggri manakala 3 Ogos sebagai hari penamaan calon. Kerusi itu dikira kosonga apabila Speaker DUN Kelantan mengumumkan ia kosongan ekoran notis daripada parti Bersatu.
Timbul sedikit kemusyikalan apakah pengumuman itu sahih menurut semangat perlembagaan atau tudak kerana yang menghatar notis kekosongan parti Bersatu manala bekas Adun Nenggrri itu Azizi bertanding atas tikit Pas?
Saya percaya dan yakin selepas pilihan raya kecil Nenggeri itu selesai isu berkaitan kekosongan yang menimbulkan kemusykilan itu akan dibawa ke mahkamah.
Usaha bekas Adun Azizi untuk cegah pilihan raya dengan mengemukakan petisyen dimahkamah gagal. Trims.
Zunar
Al Fatihah dan terima kasih buat pelukis komik lagenda Malaysia, Rizalman.
Pelukis dan pengusaha komik, Rizalman atau nama sebenarnya Mohamad Razali Osman menghembuskan nafas terakhir hari ini (28 Jun 2024). Jasa beliau dalam lukisan dan perusahaan komik di Malaysia sangat besar. Ketika industri komik masih di peringkat awal di tahun 70'an, beliau sudah menerbitkan komik yang popular dan berjaya seperti Bujal, Salina dan Bambino.
Selainn itu, beliau banyak juga menghasilkan komik bercorak masyarakat dan penyiasatan. Beliau juga turut menyumbangkan komik kepada Utusan Pelajar dalam 1970an, akhbar-akhbar utama termasuk Mingguan Malaysia. Walau tidak pernah bertemu secara bersemuka,
saya mengucapkan setinggi2 terima kasih kepada Almarhum kerana majalah Bambino adalah majalah pertama yang menerbitkan kartun pertama saya, masa di bangku sekolah. Dan seterusnya majalah Bujal, melalui ruangan AGEBU (Aku Geng Bujal). Alfatihah dan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat. Takziah kepada seisi keluarga.
Zunar
Tadi sempat menziarah Dr Syed Husin Ali, seorang tokoh penjuang veteran, bekas Timbalan Presiden PKR dan juga sahabat saya.
Beliau sekarang dirawat di Hospital Selayang kerana Pancreatic Cancer. Sama2 lah kita mendoakan kesihatan beliau. Amin.
Tazkirah Jumaat
BAHAYA TAKFIRI
Usta Zuliadin Abdullah
Saya tidak mengenali secara peribadi oknum atau ustaz ini. Saya mengikuti petikan ucapan atau tazkirahnya menerusi klik-klik videonya. Cara penyampaian jelas, dan dia ada sedikit keberanian dan kejujuran untuk menyatakan kebenaran. Berani kerana saya yakin dia diserang oleh pihak satu lagi kerana penjelasannya "against" pihak itu.
Saya difahamkan dia ini bekas imam atau pengajar di Darul Quran di Russila Terengganu. Ertinya orang yang rapat dan mesra dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Rusila adalah negara atau territory ampuh Abdul Hadi.
Beliau banyak memberi pencerahan atau tazkirah berhubung salah anggap dalam politik. Tepatnya berhubung unsur takfiri yang berlaku sekarang ini. Mungkin waktu ini beliau tidak lagi sehaluan dengan Ayah Chek atas sebab-sebab penolakan unsur takfiri itu, atau beberapa fatwa atau fakeh politik Abdul Hadi yang bercanggah dengan prinsip Islam difahaminya.
Penjelasannya sangat jelas dan nyata. Apa dimaksudkan takfiri itu ialah, ada golongan yang mengkafirkan atau menolak usaha Islam pihak lain. Lebih bahaya apabila golongan itu menuduh pihak tidak sehaluan dan sewarna panji politik dengannya sebagai kafir, menentang Islam dan melawan hukum Allah dan sebagainya.
Ustaz ini berpendapat cara pihak yang mengkafirkan pihak lain itu salah dan boleh menimbulkan perpecahan. Secara berterus terang beliau memperkatakan tentang sikap politik PAS yang menyerang UMNO dan pihak tidak sekomponen dengannya sangat merbahaya.
Katanya suatu masa dahulu pihak itu (PAS) juga yang mengeluarkan faktwa, sembelihan daripada orang orang UMNO tidak sah, akad nikah oleh orang UMNO juga tidak sah, kerana mereka menganggap taraf dan status orang UMNO itu sama dengan taraf orang kafir. (Secara peribadi masalah ini saya hadapi dan rasai sendiri, dimana perkahwinan oleh jurunikah menjadi ahli parti UMNO ditolak oleh PAS).
Lebih parah lagi, jelas ustaz ini, ada sebilangan kecil pemimpin PAS beranggapan sesiapa tidak bersama jemaah mereka, terkeluar daripada Islam. Parti itu mendabik dada hanya PAS yang benar, yang Islam manakala pihak lain adalah kafir. Hatta kepada orang-orang Amanah yang dahulu adalah anggota dan pemimpin PAS dianggap sebagai kafir yang perlu diperangi setelah tidak bersama PAS.
Sikap dan pemahaman demikian sangat bahaya kerana ia menimbulkan perpecahan kemudian boleh melemahkan Islam. Agama tidak jadi paksi kebersatuan orang Melayu lagi apabila agama dieksploitasi untuk kepentingan politik.
Ustaz ini juga menafikan penjelasan atau tazkirah siasah yang beliau berikan bukan bermaksud untuk melawan presiden parti PAS, Abdul Hadi Awang, tetapi demi menceritakan yang benar.Syabas diucapkan atas keberaniannya menghadapi segala risiko di atas keberanian ini. Kebenaran itu bukan mudah untuk dicapai, tetapi yakin dan percaya ia tetap akan hadir.
Beliau menyebut dahulu sudah berkembang fahaman salah (takfiri) sehingga menuduhkan golongan tidak bersama harakah mereka sebagai kafir. Sehingga sembelihan, pernikahan dan jika mengimani sembahyang ia dianggap tidak sah. Walaupun kejadian itu kini sudah tiada, namun elemen takfiri ini wujud dalam bentuk berbeza, namun natijah tetap sama dibuat untuk kepentingan politik. Ia kelihatan lembut tetapi maksudnya tetap keras.
Dalam sebuah klik videonya, beliau memberi contoh, pihak tidak bersama PAS dianggap menentang Allah, menentang hukum Allah atau tidak Islam. Perkara ini disampaikan dalam ceramah dan juga khutbah Jumaat. Ia masih serius.
Beliau sebut contoh ada dua orang ketua Pemuda PAS kawasan mengeluarkan kata-kata tidak tergamak hendak disebut disini kepada mereka tidak menyokong PAS. Apa yang menjerap ke dalam jiwa dan kalbu anak-anak muda PAS itu adalah hasil doktrininasi (takfiri) yang boleh memusnahkan perpaduan.
Justeru saya bersetuju dengan penerangan Ustaz ini dan semoga dipeluaskan menerusi media rasmi kerajaan. Lantaran itu adalah sangat wajar dan tepat kalau aktiviti untuk menangkis faham ini dibendung sebelum keadaan jadi lebih buruk. Perlu bertindak awal dengan tegas bagi menjamin tragedi seperti Memali (1985) yang meragut 14 nyawa berulang. Apa yang berlaku di Memali kira-kira 39 tahun lalu perlu dielak jangan sampai berulang kali kedua.
Dan pihak PAS sendiri yang bertanggungjawab menetaskan fahaman songsang dan kebencian itu perlu sedar. Mereka perlu mengambil pendekatan atau modal politik lebih harmoni dan rasional serta professional. Praktikan politik sejahtra yang menjadi moto perjuangan parti itu. Pemimpin utama PAS selepas ketiadaan Hadi dan Tuituman diharap boleh perbetulkan keadaan ini.
Yakin dan percayalah PAS tetap akan mendapat sokongan Melayu dan umat Islam sekiranya mereka bersikap professional, waras dan teguh memperjuangkan Islam tanpa mencampuri perkara mungkar, kurafat serta bertindak secara ekstrime. Trims.
Aku baru tahu.
Rupanya kit 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗽𝗮𝘀𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝘃𝗶𝘀𝗮 kalau pergi ke 𝗧𝘂𝗿𝗸𝗶𝘆𝗲. Sebab 𝘢𝘪𝘳𝘱𝘰𝘳𝘵 Turkiyé 𝗱𝗶𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 oleh MAHB. Jadi kita rakyat Malaysia bolehlah 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶.
Ikut logik lebai dan walau kalau 𝘢𝘪𝘳𝘱𝘰𝘳𝘵 dimiliki syarikat asing maka 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺. Israhell boleh sesuka hati masuk sini sebab BlackRock ada saham dalam MAHB.
Baru ada saham, itupun bukan 𝘥𝘪𝘳𝘦𝘤𝘵 BlackRock tapi melalui GIP (yang BlackRock 𝗮𝗸𝗮𝗻 ambil alih) walaun dah kata begitu. Apatah lagi 𝘢𝘪𝘳𝘱𝘰𝘳𝘵 Turkiyé yang 100% 𝗱𝗶𝗻𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗔𝗛𝗕.
Begitulah bila pemimpin tak rajin nak 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮. Main 𝗸𝘂𝘁𝗶𝗽 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗙𝗕 je, itupun yang walaun tulis. Terpampang ketidak cerdikan mereka. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Desa HM
Pemberita:
Berita ni , bulan April 2021, sekarang Jun 2024. Soalannya, berapakah bilangan keluarga B40 yang telah berjaya diubah menjadi T20 setelah menperolehi hasil dari menternak lalat?...
MP: Dari mana sdra dpt berita ini..
Pemberita: Saya baca dlm fb Desa HM YB...
YB: Huhh... tu berita sampah.
😜
MSO
Ketinggian ilmu anda, kepetahan anda berceramah, kelucuan jenaka anda, populariti anda, kekaguman budak budak kepada anda TERMUSNAH dengan sekali anda menabur fitnah kerana benih fitnah mudah tumbuh dan jadi subur.
Kata para punjangga fitnah itu lebih tajam dari mata pedang. Kata saya kalau pedang itu tertusuk ke perut sendiri parahnya sepanjang abad. Trims.
MSO
Kebebasan bersuara di zaman kerajaan Madani ini dinafikan? Itulah yang dilaung²kan. Tetapi hakikatnya benarkah begitu?
Tengok laporan ini, pihak penganjur mengadakan sidang akhbar khas untuk adakan demonstrasi menentang perdana menteri disiarkan secara meluas dalam akhbar arus perdana.
Hal seperti ini tidak berlaku 20 tahun lampau. Bahkan ada kala mastermind demo ditangkap awal awal lagi.
Di zaman pakcik aktif berdemostrasi dahulu tidak ada layanan diberikan media sebebas hari ini. Pemberitahu demonstrasi disampai secara bisik dari telinga ke telinga sahaja. Aplikasi penyampai maklum seperti WhasAap, Telegram, Tiktok dan sebagainya tidak ada.
Kalau pun ada blog itu sangat terhad. Pun begitu jumlah kehadiran sungguh membanggkan ada cecah puluhan ribu memenuhi ruang dan jalan raya.
Dengan ada kebebasan ini dan sebaran meluas kita harap jumlah yang berdemonstrasi tentang Anwar Sabtu ini akan cecah jumlah ratusan ribu. Sekiranya jumlah sekitar 112 atau 113 orang saja elok henti tak payah buat kerana mencemarkan tangan saja.tok Dor dan OT99 ada turun juga ke? Trims.
MSO
Ada kawan hantar klik video ini sambil dengan catatan “orang cerdik dah pupus dalam Pas”. Saya terus tonton dan dengar.
Rupanya ahli parlimen betina ini bercakap tidak guna otak dan pakai hentam kromo sahaja kata harga besi naik sampai RM4200 dalam parlimen tadi hingga ditegur seorang wakil agar taril balik.
Tidak pelik kalau wakil ini pakai data dan fakta karut marut atau fake, bukankah sebelum ini dia yang mengatakan peruntukan negeri Kelantan rendah sedangkan peruntukan Kelantan tertinggi dibawah kerajaan Madani.
Benarlah kata kawan saya tadi, bahawa sudah tak ada orang cerdik dalam Pas, timbalan presiden sendiri pun tidak kenal antara diesel dengan petrol antara ISO dengan MSO. He he.
Manakala presiden pula, lain ditanya lain dijawab. Nasib kaulah labi. Trims.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan bekas Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim untuk mendapatkan injunksi sementara bagi menghalang diadakan pilihan raya kecil atau PRK bagi kerusi DUN itu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain berkata, mahkamah tidak boleh menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan PRK kerana badan itu menjalankan tugas berperlembagaannya.
Dengan keputusan mahkamah itu, SPR tidak terhalang lagi daripada mengadakan mesyuarat hari ini (28 Jun) bagi menentukan tarikh PRK DUN Nenggiri.
Perkembangan ini adalah suatu berita baik bagi semua pencinta kebenaran dan mereka yang membenci pengkhianatan, tidak kira daripada sebelah mana sekali pun.
Sebagaimana peruntukan Akta Lompat Parti dan bersekali dengan pindaan perlembagaan Bersatu, Mohd Azizi kini tergugur kedudukannya sebagai wakil rakyat dan pengundi akan mengundi semula bagi memilih Adun baru Nenggiri.
Dengan keputusan mahkamah itu, ia sekaligus mengesahkan Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah telah membuat keputusan yang betul apabila mengisytiharkan kekosongan kerusi Nenggiri.
Bersama perkembangan ini, Speaker Parlimen, Johari Abdul semakin tiada pilihan lain selain daripada turut mengisytiharkan kekosongan di enam kerusi Parlimen yang wakil rakyatnya turut dimuktamadkan terhenti keahlian daripada Bersatu.
Kemungkinan selepas ini menyusul enam PRK di kawasan Parlimen semakin sukar untuk dielakkan.
Jika Johari membuat keputusan yang berbeza dengan Speaker Kelantan, ia dengan sendirinya akan terlihat pelik sehingga bukan saja manusia yang ada akal akan rasa kebingungan, malah semut di tepi longkang yang tidak berakal pun akan turut pening, lalu terjatuh ke dalam air dan akhirnya mati keras begitu saja.
Hanya pentaksub melulu yang tidak setuju PRK diadakan, walhal mereka sebelum ini begitu lantang mengecam pengkhianatan yang dilakukan Geng Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim.
Hakikatnya, berikutan tergubalnya Akta Lompat Parti, hanya dengan kerusi diisytiharkan kosong sajalah pilihan yang ada sebagai hukuman kepada wakil-wakil rakyat yang mengkhianati parti sendiri.
Tanpa parti yang membenarkan mereka bertanding, mereka atas nama peribadi bukan saja tidak mungkin menang, malah untuk dapat 1000 undi pun tentunya sukar.
Jadi kini, hak itu wajar dikembalikan kepada parti semula.
Ini bukan saja tertuju kepada Bersatu, tetapi andainya ada wakil rakyat PH atau UMNO pun yang menarik sokongan daripada kerajaan madani selepas ini, itulah juga hukumannya.
Barulah bersih politik negara kita ini. – ShahbudinHusin 28Jun2024.

Masalah air di DUN Sungai Bakap yang menjadi senjata politik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor dalam ceramah menghentam Kerajaan Perpaduan hakikatnya telah pun dibincangkan dalam mesyuarat di kalangan Menteri sejak tahun lalu.
Cuma masalah utama, kata Rafizi tidak sebagaimana penyelesaian dicadang Sanusi – bina loji rawatan air – masalah tersebut lebih besar kerana tidak cukup sumber air mentah di kawasan utara.
Air mentah katanya, perlu diambil daripada Kuala Kangsar, Perak dan memerlukan pelaburan berbilion ringgit. Manakala cara yang dicadangkan Kerajaan adalah dengan membuka kawasan perindustrian baharu di Selatan Pulau Pinang dan masalah pelaburan besar ke atas sumber air akan diatasi.
“Kita tahu masalah air bukan soal paip, loji air semata mata. Masalahnya sumber bekalan air. Satu memang tak cukup, kedua cuaca makin panas. Bila panas, sungai, tasik, memang air tak cukup macam dulu.
“Kalau buat 5 – 6 loji, dia (Sanusi) nak ambil air di mana?
“Air Sungai Muda kita kena hati hati sebab ada jelapang padi (yang perlukan air). Sanusi sebut ambil air sana-sini. Menang PRK Sungai Bakap, lepas itu kita tak ada beras?
“Untuk penyelesaian secara bersepadu masalah air di utara Perak sampai ke selatan Pulau Pinang kita kena pelaburan besar bawa air dari Kuala Kangsar ke utara. Bukan soal paip, meter, ia soal sungai. Keputusan ini tak ada kena mengena dengan PRK Sungai Bakap,” katanya .
Menurut Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mencadangkan supaya diwujudkan kawasan perindustrian tenaga hijau di Pulau Pinang selatan dan sekali gus mengatasi masalah kemiskinan orang Melayu di utara Perak.
Dengan itu, katanya, masalah air akan selesai dan penduduk sekitar juga mempunyai peluang pekerjaan.
“Sebab untuk hidupkan utara Perak dan selatan Pulau Pinang perlukan pelaburan baharu kerana ini kawasan Melayu antara yang paling miskin di utara (Semenanjung).
“Kita perlu tumbuhkan lebih banyak industri. Datuk Seri Anwar ilhamkan buat satu kompleks perindustrian baharu yang berteraskan tenaga hijau.
“Sebab sekarang semua nak masuk, pelabur asing tanya ada tenaga hijau? Kalau tak ada tak mahu.
“Kita kena cari kawasan baru yang mesti datang dengan tanah untuk solar. Tetapi ada tanah, elektrik, namun air tak ada tak guna. Kita terpaksa peruntukan RM4 bilion bina sistem alihkan air dari Sungai Perak ke utara,” katanya.
Selain itu, Rafizi turut memberitahu bahawa Malaysia telah berada di landasan pemulihan ekonomi yang meyakinkan sejak diambil alih oleh Kerajaan Madani.
Katanya, modal asing telah kembali ke pasaran saham dan imej PM Anwar kembali meyakinkan pelaburan langsung asing (FDI) yang tidak masuk sejak 2020 lalu.
“Dalam tempoh 18 bulan lepas, Kerajaan Perpaduan telah tumpukan dasar dan program, dan alihkan peruntukan untuk kita bina balik momentum ekonomi.
“Kalau siapa main saham boleh tengok bursa saham di negara kita adalah bursa terbaik di rantau ini untuk tahun ini. Lima bulan pertama 2024 dari 15 kaunter saham paling tinggi di Asia Tenggara, 12 dari Malaysia. KWSP dalam laporan setakat Mac, keuntungan boleh diagihkan kepada pencarum naik 33% berbanding tahun lepas.
“Itu petanda awal, pelabur, pasaran saham telah beri reaksi bagus,” katanya lagi.

Kenyataan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang ‘bersedih’ ekoran pelaksanaan dasar penyasaran subsidi diesel yang didakwanya tidak mengendah nasib rakyat dianggap cubaan memperdaya rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, Presiden Bersatu itu dua tahun lalu pernah mencadangkan polisi serupa semasa menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Bahkan kata beliau, idea tersebut yang dinamakan Skim Subsidi Bersasar adalah polisi yang tidak jauh berbeza sebagaimana dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini.
“Semasa menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), beliau pernah mencadangkan Skim Subsidi Bersasar yang kononnya boleh menjimatkan RM20 bilion setahun.
“Cadangan subsidi itu hanya tertumpu kepada golongan B40 dan B60 tetapi berlainan pula dengan Kerajaan Perpaduan lebih fleksibel termasuk 33 jenis kenderaan yang layak menerima subsidi termasuk pengangkutan awam dan kenderaan jarak jauh,” kata Onn kepada Suara Keadilan.
Oleh itu, kata Setiausaha Politik Presiden KEADILAN itu, Muhyiddin tidak sepatutnya menggunakan isu penyasaran subsidi diesel sebagai modal politik kerana beliau tahu kerajaan tidak menghapuskan subsidi sebaliknya hanya menyasarkan agihan tersebut melalui inisiatif Sistem Kawalan Subsidi Diesel (SKDS) dan Budi Madani.
“Beliau sepatutnya perlu tahu bahawa kerajaan tidak menghapuskan subsidi sepenuhnya tetapi mengagihkannya dengan cara yang lebih tepat kepada golongan yang layak menerima manfaat.
“Polisi ini sewajarnya perlu disokong oleh pembangkang kerana mereka sendiri pernah bangkitkan idea subsidi bersasar sewaktu menjadi kerajaan (pemerintahan PN),” ujarnya lagi.
Untuk rekod, pada 30 Julai 2022, Muhyiddin pernah berkata Kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM20 bilion setahun melalui pelaksanaan skim subsidi bersasar.
Katanya, ketika itu hanya 20% subsidi yang disediakan kerajaan digunakan oleh golongan B40 manakala selebihnya dinikmati oleh golongan yang tidak sepatutnya.
“Hampir 50 peratus daripada subsidi kerajaan digunakan oleh orang dalam kategori yang berada, orang kaya, kenderaan besar dan macam-macam lagi.
“Jadi saya fikir asas untuk kerajaan membuat keputusan (skim subsidi bersasar) adalah sangat kukuh, supaya lebih peratusan dapat sampai kepada golongan sasar (B40),” katanya dipetik Bernama selepas Majlis Perjumpaan MPN Bersama Nelayan Terengganu di Pelabuhan LKIM Cendering, Kuala Terengganu.

Sindiran bekas Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin yang cuba memperkecilkan penurunan harga runcit telur ayam gred A, B dan C sebanyak 3 sen sebiji dilihat sangat tidak wajar.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha berkata, penurunan harga telur itu biarpun kecil di mata Muhyiddin namun hakikatnya memberi manfaat besar kepada pengguna dan peniaga.
Menurut Azha, penurunan harga itu sedikit sebanyak melegakan rakyat dalam usaha kerajaan mengurangkan beban kos sara hidup, terutama golongan B40 dan peniaga kecil.
“Kalau dilihat dari harga semasa, telur gred A sebiji 45 sen, turun 42 sen sahaja sudah merupakan 6.67% penurunan.
“Begitu juga gred B, sebiji 43 sen turun 40 sen (6.98%) dan gred C, 41 sen turun kepada 30 sen (7.32%), itu bagi saya okay dengan pengurangan ini. Muhyiddin nak besar mana lagi penurunan?” katanya kepada Suara Keadilan.
Malah jelas Azha, Ahli Parlimen Pagoh itu sepatutnya ‘menyemak’ terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa dakwaan mengenai prestasi kerajaan.
Jelasnya, berbanding pentadbiran Perikatan Nasional (PN), harga barang kini dilihat lebih terkawal.
“Perlu diingat sewaktu zaman PN dahulu telur pun tiada di pasaran, kalau ada sekalipun harganya jauh lebih mahal.
“Minyak masak 5kg sebelum ini RM35, sekarang sudah turun RM25, penurunan harga ini berlaku hanya selepas Kerajaan Madani memerintah bukan zaman Muhyiddin,” ujarnya lagi.
Semalam, Muhyiddin menyindir Anwar kerana menjangkakan pengumuman penting bakal dilakukan beliau pada Hari Raya Aidiladha tetapi hanya penurunan harga telur 3 sen sebiji.
Bagaimanapun, komen sinis Muhyiddin di media sosial itu dibalas netizen bahawa pada pemerintahan beliau banyak barang keperluan naik harga. Malah bekalan ayam dan telur pun terputus pada penghujung pemerintahan PN.