KAWASAN MELAYU TAPI PN LETAK CALON CINA....

 

Hahahaha bodo punya walaun dok kena kencing😂,

Pertahankan hak melayu lah last last undi gelakan yang menentang hudud.



POLITIK TAK ADA OTAK

 


Gino Marvela.

Nak peringatkan kepada seluruh umat Malaysia, politik itu biar berpada. Jangan taksub sebegini... Tambah lagi, apakejadah orang nak hack FB dia...bukan sapa-sapa pun. Hanya nak ketua lebai berkuasa, sanggup gadaikan isteri sendiri ? 


Tok ketua lebai bila dh berkuasa & berduit, depa dok buat rumah besaq + tambah bini sampai 4. Yang mamat ni apa dapat ?


Pilihanraya negeri ini bukan nak tukaq sapa jadi kerajaan pusat & sapa jadi PM. Ini nak tukaq sapa yg benar2 mampu mentadbir negeri ja. Hukum dah jalan Mansor oiii...rakyat dah mula kira berapa hari lagi bini hang jadi janda.


Apa punya mangkuklah dia ni...


#ajergampang

#lebaikelarah



LAAA...SANUSI PUN TAKUT- PATUT KEDAH NEGERI MISKIN. IDEA MB TARAK -APA KATA MAHIADIN..



Rafizi Ramli.


 Rakyat berhak nak dengar dan bandingkan idea ekonomi siapa yang lebih baik. 


Jadi, saya ajak bekas Menteri Kanan Azmin debat tapi dia tolak.


Ingat panglima besar PN, MB Sanusi nak terima tapi dia pun tolak.


Ada cadangan nama lain ke dari PN?




DIA NAK MOHONG SIAPA AGAKNYA.


 

LAMA DALAM PAS AKHIR BLAH BERSAMA 12 ANAK DIA MASUK UMNO


 

PRN BUKAN TEMPAT TUKAR KERAJAAN PUSAT. IANYA PERLUKAN PRU.

 


SKANDAL AKSB- TANDER KEPADA SEORANG TAUKE CINA DAN GAGAL


 

ADIK TOK GURU PESAN JANGAN UNDI NIK AMAR


 

KATA WALAUN- KAMI RINDU HARGA AYAM YANG MAHAL ZAMAN PN.


 

AHLI POLITIK RASUAH AKAN DIPECAT SERTA MERTA


 

BEKAS PEMAIN BOLASEPAK VS ANAK SPEAKER


 

Anwar doa kemenangan calon di Gombak, tolak politik picisan

 


Pengerusi Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan calon calon Kerajaan Perpaduan (Perpaduan) di kawasan Gombak iaitu di DUN Sungai Tua, DUN Hulu Kelang dan DUN Gombak Setia akan berjaya dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.


Beliau yang turun bagi menunjukkan sokongan padu kepada calon Perpaduan menentang Pengerusi Perikatan Nasional Selangor dan perancang Langkah Sheraton Azmin Ali, berarak ke pusat penamaan calon di Sekolah Sungai Cincin Gombak pagi tadi berkata, kemenangan calon Perpaduan akan menjadi bukti rakyat menolak politik pengkhianatan, adu domba dan perkauman.





"Pagi ini di acara utama bersama Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah dan Menteri Luar mengiringi calon-calon dari Gabungan Perpaduan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Hulu Kelang dan Gombak Setia yakni Datuk Seri Amirudin Shari, Juwairiya Zulkifli dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin.


"Alhamdulillah, cuaca cukup baik sambil diapit para pendukung yang telah berada di sini sedari awal pagi. Insya-Allah, kemenangan bergaya bagi Gabungan Perpaduan untuk rakyat Selangor mengangkat semangat perpaduan dan menolak politik picisan," katanya di Facebook.


DUN dalam parlimen Gombak menyaksikan pertembungan 3 pengerusi negeri, Amirudin Shari (Pengerusi PH Selangor), Megat Zulkarnain Omardin (Pengerusi BN Selangor) dan Azmin Ali (Pengerusi PN Selangor), kempen di kawasan itu dijangka sengit sehingga hari mengundi pada 12 Ogos depan.


Rafizi iringi calon DUN Sikamat




 Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli pagi tadi mengiringi calon DUN Sikamat, penyandang Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun ke pusat penamaan calon di Dewan Coral Heights, Sikamat.


"Saya hadir di Negeri Sembilan untuk berikan sokongan kepada sahabat saya, Aminuddin Harun yang bertanding di DUN Sikamat.

Doa saya semoga kempen dan urusan kita dimudahkan.


"Kepada calon-calon, banyakkan berkempen dan ambil vitamin banyak-banyak," pesan Rafizi dalam catatannya di Facebook.


Aminuddin berhadapan cabaran calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Raihan Muhamad Hilal dan dua calon Bebas, Bujang Abu serta Mohammed Hafiz Baharudin.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Aminuddin menang kerusi DUN berkenaan dengan memperoleh majoriti 3,413 undi selepas mendapat 9,832 undi dalam saingan empat penjuru.


Padu Lokman Adam Kan Dah Kantoi

HUTANG PENEROKA FELDA, TAK BOLEHKAH MAHIADDIN BERKONGSI PAHALA DENGAN ANWAR?

 

Selepas saling berbalas ancaman untuk menyaman dan menuntut pampasan antara satu sama lain, Mahiaddin Md Yasin semalam memfailkan samannya terhadap Anwar Ibrahim berhubung isu hutang peneroka Felda.

Mahiaddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berikutan dakwaan Perdana Menteri bahawa kerajaan terdahulu pimpinan beliau tidak menghapuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion seperti mana yang dijanjikan.

Dalam pernyataan tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi, Mahiaddin mendakwa kenyataan Anwar membayangkan beliau “berbohong” mengenai penghapusan hutang peneroka Felda itu.

Pengerusi PN itu menuntut RM400 juta secara keseluruhannya untuk ganti rugi teladan dan teruk, serta jumlah yang tidak ditentukan untuk ganti rugi am.

Mahiaddin juga mahu Anwar mengeluarkan kenyataan-kenyataan terhadapnya itu daripada laman media sosialnya.

Sebelum ini, peguam Mahiaddin mengeluarkan surat tuntutan kepada Anwar bagi mendesak Perdana Menteri menarik balik kenyataannya yang antara lain menggambarkan hutang peneroka Felda tidak pernah dijelaskan, meski telah dibuat pengumuman.

Bagaimanapun, Anwar membalas dengan menuduh Muhyiddin “memutar-belit” kenyataannya dan menuntut agar Muhyiddin memohon maaf kerana mengambil kenyataan itu secara luar konteks.

Anwar menuntut pampasan RM200 juta daripada Mahiaddin atas tindakannya itu.

Peguam Anwar juga menuntut Mahiaddin menarik balik surat tuntutannya dan jika tidak, mereka mengancam akan memulakan tindakan undang-undang.

Dalam penegasannya, Anwar mendakwa bahawa kerajaan PN pimpinan Mahiaddin gagal menyediakan sebarang peruntukan dalam Belanjawan 2021 dan 2022 untuk menyelesaikan isu hutang Felda sebagaimana diumumkan sebelum itu.

Perdana Menteri berpegang kepada fakta bahawa hanya dalam Belanjawan Madani tahun ini saja barulah peruntukan RM990 juta disediakan sebagai bayaran awal untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Bagaimanapun, di sebalik kesibukan menghadapi PRN enam negeri, Mahiaddin nampaknya lebih dulu mengemukakan saman terhadap Anwar di mana samannya itu difailkan semalam.

Meneliti kemelut ini, apa yang menjadi pertikaian hanyalah tentang siapa yang sebenarnya menyelesaikan hutang peneroka Felda itu.

Memang pengumuman mengenai pelupusan hutang Felda dibuat oleh Mahiaddin, tetapi ia tidak disertai dengan pembayaran atau wang dan sebab itu tiada peruntukan dimasukkan dalam Belanjawan 2021 dan 2023.

Hanya apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, barulah peruntukan pembayaran itu dimasukkan dalam belanjawan dan pengumuman pelupusan hutang itu dibuat sekali lagi.

Dalam hal ini, menyorot tulisan bekas Ketua Setiausaha Sulit Mahiaddin iaitu Marzuki Mohamed, beliau sendiri mengakui peruntukan kewangan itu tidak dimasukkan dalam belanjawan kerana katanya, Mahiaddin telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Ogos 2021.

Jadi, kenapa Mahiaddin hendak marah dan mahu menyaman Anwar, sedangkan bekas pegawainya sendiri mengakui memang pembayaran tidak dilakukan?

Soalnya, kenapa selepas meletakkan jawatan, Mahiaddin tidak pernah membangkitkan tentang perkembangan hutang peneroka Felda itu?

Bukankah Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz masih kekal sebagai Menteri Kewangan selepas beliau meletakkan jawatan?

Lebih daripada itu, selepas meletakkan jawatan, selain kerajaan dan anggota kabinet adalah barisan yang sama, tidakkah Ismail Sabri Yaakob yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri adalah pilihan Mahiaddin sendiri?

Kenapa beliau tidak pernah bertanya kepada Ismail Sabri atau Tengku Zafrul dan tiada pula membangkitkannya di Parlimen?

Sepatutnya, apabila Anwar bercakap sekali lagi tentang pelupusan hutang Felda serta melakukan pembayaran dengan penerbitan sukuk, Mahiaddin wajar berbangga kerana usaha awal beliau telah disempurnakan akhirnya oleh PMX.

Apa yang Mahiaddin mahu sebetulnya – hutang diselesaikan dan peneroka Felda dibebaskan daripada beban hutang atau ingin namanya dijaja serta disebut ke sana sini dalam isu tersebut?

Tidak cukupkah dengan catitan malaikat yang mungkin menulis beliau sebenarnya telah berkongsi pahala dengan Anwar dalam berbuat kebaikan kepada peneroka Felda yang masih miskin dan susah itu? – ShahbudinHusin 29/07/2023.



NASIB SANUSI - DARI MB KE PENJARA jika sabit

 





NASIB SANUSI - 

DARI MB KE PENJARA

jika sabit


Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

NAK MELAYU KA NAK ISLEY .

 

Demo nok Melayu ko nok Isley? Guane boh?


Raja Gelap 


.


RAFIZI RAMLI- AZMIN DAN SANUSI TAK BERANI BERDEBAT -KITA AJAK RADZI JIDIN-TAMAN MEDAN

Rafizi: Saya tak sangka alasan Azmin macam ini @hwagor



Rafizi: Saya tak sangka alasan Azmin macam ini Tiba-tiba, Azmin balik semula. Tak sampai 6 bulan pun. Ucapan yang menarik daripada saudara Rafizi Ramli yang mengatakan beliau telah menjemput Azmin untuk berdebat atas pentas yang sama dalam topic ekonomi. Dua orang Menteri Ekonomi dalam sejarah Malaysia. Tetapi, alasan daripada Azmin adalah begini ... Credit: Jelajah Madani



REGA AYAM MURAH DAH KECOH

 

Bila kecoh harga ayam turun dan sudah tak dapat buktikan ayam mahal, walaun buat cerita konon harga ayam turun tu sempena PRN. Untuk pancing undi je katanya. Lepas PRN harga akan naik balik.


Gila punya cerita. Yang turunkan harga tu pasaraya, bukannya sempena karnival jualan seperti Jualan Rahmah dan sebagainya. Berlaku pun bukan hanya satu tempat tapi seluruh negara. Apa cara kerajaan dapat kawal semuanya?


Masalah walaun ni tak faham ekonomi. Bukan takat walaun, lebai pun sama. Kalau nak reka cerita pun tengoklah pada fakta dan keadaan semasa. Jangan main hembus je.


Kalau tengok, inflasi negara menurun dengan agak banyak. Daripada 2.8% kepada 2.4%. Penurunan sebanyak 0.4%. Disebabkan itulah harga ayam pun makin stabil.


Turunkan kadar inflasi adalah salah satu perkara yang PN tak mampu, atau mungkin tahu mahu buat dulu yang menyebabkan hidup rakyat dibelenggu kesusahan. Tapi bila kerajaan sekarang dapat buat, walaun spin. Buruk sangat perangai. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


WAJAH SEBENAQ MB HANGPA- HANGPA SOKONG LAGI HANGPA BODOW..


 

MANIFESTO PN KA NIH ?

 

Ahmad Shahril.



Huiyoo....tak mustahil sebab abang besar Parti GELAKAN  bertanding banyak kerusi di pulau pinang...apa macam walaun.


PAK LEBAI AMBIL JURUSAN YANG SAMA DI UNIVERSITI KRISTIAN.

 TIPU SIJIL? 


Saya terima request due diligence calon. Kot ada tipu sijil lagi. 


Ada ramai little birds hantar profile 4 calon PN sama je universiti, jurusan pun sama. Semua Sarjana pula. 


Kelayakan 4 calon ini:


“Sarjana Pentadbiran Peniagaan Marshal, University Huntington, Amerika Syarikat” 


Biar betik? Takkan la semua sama sebijik2. 


Bila saya due d juga, dah lah Universiti ni universiti private untuk Kristian. Awat la Pak Lebai ni semua mengaji kat sana? Tak tergugat iman ka….? 


Tup tup, keluar. Depa kata ini kesilapan teknikal saja. Designer lupa nak tukar kelayakan mereka. 


Kus semangat 😅 takde la tipu sijil no? Kita husnuzon. 


See walaun.… Akak dah siap back up ni. Jangan cakap akak tak payung ✌🏼😊


LM.




~LM~



WALAUN CARI GULA MAHAL TAK JUMPA


 

WALAUN BUKAN MAU FAHAM. KENA MOHONG DENGAN LEBAINPAS KELANTAN PULOH TAHUN DAH


 

DSAI BERI SOKONGAN PADA PENAMAAN CALON PAGI INI


 

PENEROKA FELDA KINI BOLEH BERNAFAS LEGA


 

PEMBAHRUAN BANDARAYA DENGAN PEMULIHAN GERAI PENIAGA KECIL


 

REPORT LA NUSI .APA BARANG....


 

TU DIA


 

KEH..KEH...

 



Aku tengok tadi, polis buat speed trap pun walaun nak salahkan Kerajaan Madani. Pelik pelik je cara walaun berfikir.


Aku pun tak setuju cara polis yang menyorok nak tangkap mereka yang pandu laju. Tapi bak salahkan kerajaan memang tak kena la. Macamlah sebelum sebelum ni tak pernah ada speed trap.


Tapi kalau nak kaitkan dengan kerajaan Madani pun saman ni tak ada yang luar biasa. Semua negara di dunia ini ada undang-undang had kelajuan. Siapa bawa laju, memang akan disaman.


Bukan macam zaman PN dalam kerajaan dulu. Jual burger pun kena saman. Bukan setakat tu, orang ke masjid solat jemaah pun ditahan, gari dan disaman. Terancam betul Islam masa tu.


Masa tu tak pulak walaun salahkan kerajaan. Jerit Islam terancam pun tak ada. Sekarang ni, semua nak disalahkan kerajaan. Bebal sangat cara walaun berpolitik. Lemah! Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


DASAR EKONOMI



Meh kita tengok fakta. 


BN melalui PM6 (2009) “Dasar Model Ekonomi Baru” dilancarkan selepas 12 bulan PM berkuasa. 


PH melalui PM7 (2018) “Dasar Kemakmuran Bersama” selepas 15 bulan. 


PNBN melalui PM8 & PM9 (2020) TIADA pelancaran mana2 dasar ekonomi dalam 33 bulan. Depa sambung mana ada. 


UG melalui PMX (2022) “Dasar Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat” hanya selepas 8 bulan. 


Ok lah, this UG. Paling cepat setakat ni. 


Cannot be too hard on them. Kita kena be fair dalam menilai. Note to myself. 


*****************************************


Yang paling banyak bunyi sekarang, konon Malaysia tiada hala tuju ekonomi, Kerajaan lembap etc. ialah kalangan penyokong Kerajaan 33 bulan. 


Dengan tujuan nak tumbangkan Kerajaan dan nak memerintah kembali. Walhal masa mereka polisi ekonomi pun entah ke mana, orang siap angkat bendera putih. 


PM nya pun takut nak jumpa reporter dan investor. Rupanya ada skandal Jana Wibawa. 


Tak payah la pass balik negara ni pada depa. Setakat ni, kekalkan la apa yang ada. 


~LM~



Satu lagi Inisiatif keraja Kerajaan Perpaduan Madani.


Sebelum ni kerajaan datangkan Inisiatif Pendapatan  Rakyat yang bertujuan membantu rakyat golongan miskin dan B40 untuk memiliki perniagaan sendiri.


Kini ada inisiatif baharu, di mana semua golongan rakyat berpeluang untuk menjana pendapatan sambil jimatkan bil elektrik mereka. Bagaimana?


Dengan sewakan bumbung rumah mereka kepada syarikat yang memasang panel solar. Jadi mereka dapat jimatkan elektrik sambil jana pendapatan.


Kalau nak pasang sendiri panel solar ni memanglah mahal melampau. Jadi melalui inisiatif ini, semua rakyat jadi mampu, selagi ada rumah sendiri. 


Beginilah baru boleh kata Menteri Ekonomi yang berkesan. Bukannya yang setakat pergi lawatan sambil belajar di HQ Starlink guna duit rakyar atau jadi janitor jadi-jadian di Masjidil Haram. Atau pergi Sandakan buat video kabur.


Kalaulah PN yang masih mentadbir negara masa ni, jangan harap inisiatif begini boleh wujud. Mungkin angka bunuh diri dah jadi semakin tak terkawal.


Tapi kenapa aku kata gagal?


Ini kegagalan Kerajaan Perpaduan Madani ini bagi menyediakan ruang kepada lebai dan walaun bedil kerajaan. Nampaknya mereka makin kehabisan peluru dan. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


WALAUN BUKAN BOLEH LIHAT HARGA NI. AUN MERACAU

 


Apabila anda pergi ke Pasaraya. Sila perhatikan minyak masak tulin yang berat 5kg. Harga siling ialah RM30.90 .. Sekarang harganyai cuma RM27.99 ianya harga ada discount dalam RM3.


PATUT le TITM warning awal2. Ada cerita rupanya ...





 

KISAH DIA MACAM NI

 

ANA TAHU.


Konspirasi tangkap nusi tu macam ni cerita dia. 


6 bulan lepas ada satu group manusia ni berkumpul. Rancang nak tangkap nusi.


Depa bincang macamana nak buat. Lalu datang idea agar tangkap nusi bila dia hina sultan.


Lalu mereka bermesyuarat tiap-tiap malam untuk pastikan nusi hina sultan.


Selama 6 bulan tiap malam tanpa miss mereka bermesyuarat. 


Akhirnya dalam satu ceramah nusi tengah syok nak kutuk Amir tak cukup inci, tak sedaq dah terhina Sultan Selangor.


Lalu kumpulan konspirasi ni bersorak kegembiraan.


Sekian.



[LANGSUNG ulangan] Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih Desa Negeri Terenggan...


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih Desa Negeri Terengganu, Kompleks Sukan Ketengah Bandar AMBS Dungun.

Anwar Ibrahim & Zahid Hamidi: Sentuhan Kasih Desa Peringkat Negeri Teren...

DULU PECAH-BELAHKAN MELAYU DAN KINI PECAH-BELAHKAN MALAYSIA, TINDAKAN TEGAS SUDAH WAJAR DIAMBIL TERHADAP TUN MAHATHIR

 

Orang yang hilang kuasa kadang-kadang perangainya lebih kurang sama saja macam mereka yang putus cinta.

Mereka cenderung berkelakuan luar biasa, tidak dijangka dan berbeza dengan kebiasaan yang dilalui ketika cinta belum membawa luka.

Dalam kehidupan seharian, baik melalui pembacaan, tontotan, pengalaman sendiri atau kawan-kawan, kita tentu sudah biasa dengan mereka yang angau disebabkan putus cinta.

Tetapi, dalam politik dan konflik perebutan kuasa, meskipun terdapat juga kes-kes mereka yang angaunya lebih kurang sama dengan mereka yang putus cinta dan kita dapat menerima seadanya semua itu,!apa yang dipertontonkan kepada kita sejak Tun Mahathir Mohamad hilang kuasa dan hilang deposit dalam PRU15 lalu, barangkali lebih kronik lagi keadaannya.

Dalam erti kata lain, perlakuan setelah kalah dan hilang kuasa lebih dahsyat kalau dibandingkan dengan perlakuan mereka yang angau akibat putus cinta.

Ketika memegang jawatan Perdana Menteri, meskipun sebelum itu dijoloki dengan gelaran ultra Melayu, tetapi Tun Mahathir kemudiannya benar-benar menampilkan dirinya sebagai pemimpin negara yang berjiwa Malaysia.

Selain kerapkali menganjurkan kepada rakyat agar hidup harmoni dan bersatu padu, beliau juga sering mempertahankan keunikan kaum-kaum yang mampu hidup dengan aman damai di negara ini.

Bagaimanapun, di sebalik mempamerkan jiwa Malaysianya itu, beliau dilihat lebih dikelilingi tauke-tauke bukan Melayu ketika berada di puncak kuasanya.

Tauke-tauke tersebut – tanpa ingin menyebut nama mereka satu persatu – diberi banyak sekali peluang melalui perolehan kontrak kerajaan, lesen-lesen, pemilikan tanah dan sebagainya, bukan saja untuk menjadi kaya, bahkan melangkau sehingga mencapai status bilionaire.

Anak-anak beliau berjaya dalam perniagaan, bahkan ramai orang menyebut mereka juga berstatus bilionaire, sebahagiaannya dan tidak mustahil keseluruhannya, adalah disebabkan perkongsian berniaga dengan ahli perniagaan bukan Melayu.

Di dalam politik, meskipun pernah memimpin parti berteraskan Melayu iaitu UMNO dan Bersatu hingga berjaya menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, sebahagian penyumbang kepada kesuksesan Tun Mahathir ialah dengan cara memecah-belahkan Melayu dan bergantung kepada sokongan bukan Melayu.

Ketika berbalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan UMNO 1987 dan ia berlarutan sehingga PRU tahun 1990 di mana sebelum itu Ku Li dipecat dan tidak dibenarkan menyertai UMNO Baru yang ditubuhkannya pada 1988, kemenangan BN pada PRU tahun tersebut adalah disebabkan sokongan yang diperolehi melalui parti-parti bukan Melayu yang mendokong kerajaan.

Kemudian pada tahun 1998 apabila Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan membuangnya daripada UMNO, kemenangan BN pada PRU tahun 1999 juga adalah disebabkan undi dan sokongan pengundi bukan Melayu.

Sejarah telah mencatatkan bahawa pada PRU tahun 1990 disebabkan Tun Mahathir berbalah dengan Ku Li, BN telah hilang Kelantan dan pada PRU tahun 1999, akibat beliau memecat Anwar, BN hilang negeri Terengganu.

Jika tanpa sokongan undi bukan Melayu, kalau pun tidak “belayar malam”, kedudukan kuasa Tun Mahathir ketika itu pasti hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Menjelang PRU14, disebabkan ingin menjatuhkan Najib Razak, Tun Mahathir kali ini memecat pula dirinya sendiri daripada UMNO bagi tujuan memecahkankan parti itu, lalu menubuhkan Bersatu yang kemudian mendorongnya “merangkak” mencari Anwar di mahkamah bagi membolehkan beliau bekerjasama dengan PH.

Untuk kali kedua, Tun Mahathir akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri sekali lagi, tetapi harus diingat, kejayaannya itu juga dicapai dengan cara menjadikan UMNO dan pengundi Melayu berpecah, lalu bergantung kepada sokongan pengundi bukan Melayu dan juga DAP.

Disebabkan kerakusan ingin kekal berkuasa itulah yang menjadikan orang Melayu berpecah dalam banyak parti seperti Semangat 46, PKR dan Bersatu.

Melihat semua peristiwa itu dan membandingkan dengan perlakuan Tun Mahathir hari ini, tidak sukar menyimpulkan bahawa semua gerak laku dan gerak fikir beliau sekarang adalah disebabkan hilang kuasa dan hilang deposit, ditambah lagi kerana Anwar yang menjadi Perdana Menteri ketika ini adalah musuh nombor satu dalam sisa-sisa nafasnya yang makin menua.

Tun Mahathir kini tiada pilihan lain selain memainkan sentimen Melayu dan Tanah Melayu ini milik orang Melayu serta menanamkan kebencian agar orang Melayu membenci bukan Melayu sebagai pendatang semata-mata kerana terdesak ingin kekal relevan bersama harapan agar usahanya menjatuhkan Anwar berakhir dengan kejayaan.

Soalnya, kenapa baru sekarang Tun Mahathir mahu membenci bukan Melayu dan mempertikaikan keberadaan mereka di negara ini?

Kenapa ketika disokong oleh bukan Melayu sehingga berjaya kekal sebagai Perdana Menteri dalam PRU tahun 1990 dan 1999 serta ketika disokong sekali lagi oleh bukan Melayu dan DAP untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018, semua perkara itu tidak berbangkit?

Kalau hari ini beliau begitu mempertikaikan keberadaan dan tingkah laku orang bukan Melayu, mengapa ketika berpeluang berkuasa selama hampir 24 tahun sebagai Perdana Menteri, tiada sebarang usaha positif dilakukannya?

Bahkan, kenapa beliau melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan pada 2018, meski ketika itu Mahiaddin Md Yasin begitu mengidamkan jawatan tersebut dan hampir-hampir merajuk kerana kecewa?

Apa yang nyata, melihat dan meneliti tulisan-tulisan Tun Mahathir di media sosial akhir-akhir ini mengenai Melayu dan keberadaan bukan Melayu di negara ini, tidak diragui lagi beliau kini sudah melangkaui garis merah yang merbahaya kepada masa depan Malaysia.

Sekaligus, ia turut memperlihatkan beliau tiada lagi ciri-ciri seorang negarawan yang patut dihormati.

Jika dulu strateginya ialah memecah-belahkan Melayu kerana ingin kekal berkuasa dan beroleh kuasa, beliau kini nampaknya sedang di laluan untuk menghancurkan negara ini dengan tulisan-tulisan yang mengajak kepada perpecahan, kebencian serta permusuhan antara kaum.

Jika ini dibiarkan berterusan, Malaysia yang aman harmoni dengan kemajmukan dan kepelbagaian ini pasti akan hancur akhirnya.

Dalam hal ini, terlanjur kerajaan mahu mengemaskini Akta Hasutan dengan menjadikannya hanya berperanan melindungi Raja-Raja Melayu, elok rasanya ia dimasukkan sekali bagi tujuan melindungi perpaduan dan keharmonian berpanjangan di Malaysia ini.

Hakikatnya, walaupun negara ini berbilang kaum, semua mereka dengan harmoni dan senang hati menerima kedudukan Yang Dipertuan Agong selaku ketua negara.

Apa-apa unsur yang bertujuan menggugat semua yang harmoni di bawah payung baginda itu adalah juga bermaksud menggugat keselamatan dan masa depan negara.

Anwar selaku ketua kerajaan ada tanggungjawab besar untuk menghentikan semua elemen yang boleh menjurus kepada kemusnahan itu dan beliau wajar bertindak segera sebelum keadaan jadi parah serta tidak terkawal lagi. – ShahbudinHusin 28/07/2023.