Sumbangan program Makanan Asas di Ranting KEADILAN Ampang

 



Beberapa Ranting KEADILAN di Parlimen Ampang mengagihkan bantuan Makanan Asas baru-baru ini sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan.

Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, bantuan Makanan Asas diagihkan secara ‘touch & go’ memandangkan PKP 3.0 telah berkuatkuasa pada 7 Mei.

Katanya, sebanyak 80 set sumbangan makanan asas telah diedarkan kepada penduduk di pintu masuk berdekatan blok D Flat Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang.

"Ramai yang terkandas apabila pengumuman PKP 3.0 dibuat mendadak. Program ini disasarkan kepada keluarga muda dan mereka yang tidak dapat balik ke kampung tahun ini.

"Pek sumbangan mempunyai makanan asas seperti mi segera dan susu, berserta ubat paracetamol yang amat berguna untuk kegunaan kecemasan. Dalam pek makanan juga mengandungi risalah untuk menggalakkan pendaftaran vaksin Covid 19," katanya.

Turut serta dalam program itu adalah Ketua Ranting Ampang Campuran, saudara Sunder dan Ketua Ranting KEADILAN Taman Kosas, saudara Harjit Singh.

Harjit berkata, PKP kali ini telah menyebabkan lebih ramai lagi kehilangan sumber pendapatan.

"Kita tidak boleh lagi beraya dengan mewah seperti dahulu. Walaupun dengan makanan asas, saya berharap sedikit sebanyak kami boleh mengurangkan beban keluarga," katanya.

Ketua Kampung Kuala Ampang, Patrick Ang yang juga Ketua Ranting di situ juga terlibat dalam agihan sumbangan golongan asnaf


Andre menyampaikan bantuan di rumah anak yatim

Sebelum ini, beliau telah membuat sumbangan Ramadan kepada penduduk-penduduk beragama Islam yang menetap di sekitar Hulu Kelang.

"Walaupun Kampung Kuala Ampang merupakan pertempatan kaum Cina, KEADILAN tidak meminggirkan sesiapa juga dalam hal-hal kebajikan," katanya.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai turut sering ke Ampang untuk menjalankan program-program kebajikan.

Andre melawat Rumah Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu di Kampung Lembah Jaya Selatan dan memperuntukkan sumbangan kewangan serta makanan asas kepada 65 kanak-kanak yang menetap di sana.

“Sumbangan ini merupakan tanda keikhlasan KEADILAN untuk meraikan Hari Raya dengan bermakna di Ampang, tempat saya membesar.

"Saya amat berterima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan di Ampang yang tidak pernah leka dalam agenda reformasi sepanjang satu tahun pandemik ini,” katanya.

 

PdPR: Jangan bebankan guru, perkenal pedagogi baharu, sediakan elaun khas

 



Sesi persekolahan normal yang ditunda berikutan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijangka akan membebankan para guru dengan keadah pengajaran maya dan pembelian data internet.

Bagi mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya lebih peka dalam sesi tahun ini selepas beberapa percubaan PdPR sebelum ini.

"Pelbagai isu timbul sepertimana sebelum ini. Isu kemiskinan digital yang menyebabkan kesenjangan pemilikan peranti dan juga kesenjangan akses kepada pembelajaran talian akan kembali.

"Walaupun kini sudah ada DidikTV, namun keberkesanannya masih diragui bukan sahaja oleh ibubapa, malah oleh majoriti guru-guru. Begitu juga bahan-bahan dari DidikTV yang sepatutnya ditempatkan di dalam portal milik KPM seperti Delima dan EduwebTV, tidak pula ditempatkan di sana.

"Ianya diletakkan di laman web Tonton milik syarikat TV swasta walaupun yang terlibat menghasilkan bahan-bahan tersebut adalah para guru KPM sendiri.

"Lebih malang kerana kecuaian seorang dua guru, sesetengah ibubapa dan warga net pula akan segera menyalahkan para guru dan menuduh mereka makan gaji buta.

"Hakikatnya majoriti para guru berhempas pulas untuk memastikan anak-anak murid mereka terdidik. Tiada istilah makan gaji buta sewaktu PKP dan PdPR bagi para guru," kata Maszlee dalam satu kenyataan

Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu lagi, guru-guru dalam sesi pengajian lepas telah berkorban kepada anak-anak murid yang tidak mempunyai talian internet atau peranti dengan mengedarkan helaian kerja atau kerja rumah untuk dibuat oleh murid-murid.

Katanya, ada juga yang melakukan pelbagai inisiatif sendiri demi memastikan tiada hari yang dilalui oleh anak-anak murid tanpa diisikan dengan perkara yang bermanfaat.

Oleh itu, Maszlee mencadangkan para guru yang menghadapi cabaran PdPR diberi elaun tambahan untuk memudahkan pengajaran mereka. Lebih-lebih lagi jika terpaksa membeli data internet tambahan.

"Di atas dasar inilah semenjak tahun lalu, saya telah berkali-kali membawakan isu insentif kepada para guru ini diberikan, samada di dalam sidang Parlimen, perbahasan Belanjawan 2021, mahupun di dada-dada media.

"Para guru amat memerlukan insentif ini demi menampung usaha mereka mendidik anak-anak murid. Di atas dasar ini jugalah, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) yang saya terajui, di dalam kenyataan medianya bertarikh 9 Mei 2021 telah mendesak agar kerajaan memberikan insentif tambahan kepada para guru apabila berlangsungnya PdPR untuk perbelanjaan data dan alat bantuan mengajar (ABM) mereka," katanya.

Sehubungan itu, Maszlee mencadangkan KPM memberikan bimbingan dan panduan yang cukup tentang pedagogi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian kepada guru-guru, terutamanya mengenai pengalaman di negara-negara maju yang terkenal dengan kualiti pendidikan mereka yang terkehadapan.

Begtu juga, katanya, kerja-kerja pengutipan dan penyelarasan data sekolah tidak boleh dibebankan kepada para guru, malah seharusnya dilakukan oleh pegawai tadbir di peringkat PPD, JPN, dan KPM.

"KPM sepatutnya telah mempunyai aplikasi pelaporan yang dipermudahkan melalui aplikasi telefon bimbit samada yang menggunakan sistem Android mahupun iOS.

"Sistem aplikasi inilah yang telah cuba dibangunkan melalui Jawatankuasa Dataraya (Big Data) yang telah dimulakan pada 1 Julai 2019, tetapi malangnya telah dibubarkan selepas bertukar kerajaan di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN). Alangkah baiknya jika diteruskan usaha tersebut demi memudahkan kerja para guru," katanya.

Oleh itu, Maszlee menggesa pihak KPM yang diterajui oleh Senator Dr Radzi Jidin dan kedua-dua timbalannya, Datuk Dr Mah Hang Soon, dan Muslimin Yahaya untuk tidak mengabaikan kebajikan dan kepentingan para guru sewaktu PdPR dilaksanakan nanti.





KEADILAN Ampang semakin kukuh pasca Langkah Sheraton - Shahrom Hassan

 



Telahan mendakwa KEADILAN Cabang Ampang goyah atau 'mati' pasca Langah Sheraton dan selepas kehilangan bekas Ketua Cabang, Zuraida Kamaruddin tidak benar sama sekali.

Pengarah Komunikasi KEADILAN Ampang, Shahrom Hassan berkata, sebaliknya Cabang berkenaan semakin kukuh dengan penyertaan banyak ahli-ahli baharu sejak setahun lalu.

Oleh itu, beliau menafikan dakwaan yang dibuat Zuraida dalam temu bual bersama Utusan Malaysia 10 Mei lalu kononnya KEADILAN tidak lagi berfungsi di Ampang.

"KEADILAN Ampang menegaskan bahawa parti masih utuh dan bergerak dengan fokus kepada agenda Reformasi dan kepentingan rkayat. Ini dapat dilihat melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah dijalankan sama ada melalui KEADILAN Cabang Ampang mahupun pertubuhan NGO yang menyokong perjuangan Reformasi pasca Langkah Sheraton

"Sokongan dari rakyat semakin kuat dengan penambahan keanggotaan ahli-ahli dan Ranting-ranting baharu, sekaligus membuktikan sokongan rakyat kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN dan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor semakin kukuh.

"Peningkatan anggota baharu ini secara tidak langsung telah menutup kelompongan ahli sebanyak 1% yang bertindak mengikut Zuraida selepas Langkah Sheraton," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Shahrom menyifatkan dakwaan Zuraida tersebut sebagai langkah terdesak melihat kebangkitan pengundi Ampang menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.

"Kami memahami kenyataan beliau dengan tajuk rencana 'PKR Sudah Mati?' tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar retorik dan terdesak.

"Kami percaya rakyat khususnya di Ampang sedar mengenainya. Rakyat sememangnya menolak pengkhianatan dan sedar kerajaan 'tebuk atap' telah gagal dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat," katanya lagi.

Untuk rekod, KEADILAN Ampang sejak setahun lalu sering bekerjasama dengan beberapa NGO bagi meneruskan program khidmat masyarakat dan memberi bantuan.

Salah satu NGO yang sering membuat program di sana adalah KitaBudakAmpang yang diterajui Datuk Hans Isaac serta beberapa NGO lain.

 

ADAKAH AZMIN MASIH DILINDUNGI?

 

Jamzuri Ardani


Sekali lagi pihak polis cuba nak selamatkan Azmin Ali.  Dalam kenyataan polis, disebut mereka adalah ahli keluarga dan tiada rekod pergerakan keluar masuk pada hari tersebut.


Soalannya:

1. Adakah mereka adalah ahli keluarga yang tinggal serumah? Bukankah SOP jelas menyebut hanya ahli keluarga yang tinggal serumah sahaja dibenarkan berkumpul?


2.  Apakah pergerakan keluar masuk ahli keluarga juga direkodkan? Kenyataan itu juga hanya menyebut tiada rekod pergerakan keluar masuk pada 13hb Mei sahaja. 


Bagi saya ini adalah satu bentuk manipulasi undang-undang bagi melindungi golongan pembesar. 


Selagi undang-undang dan peraturan tidak dilaksanakan secara saksama, jangan salahkan rakyat kalau masih ramai yang tidak patuhi SOP.




VIDEO : Youtuber ditahan keluar perkataan lucah kritik kerajaan. APA JADI PADA BELIAU KINI ?

Panas! Pemimpin UMNO nafi terlibat dalam himpunan anti kerajaan di Batu Pahat

 


Panas! Pemimpin UMNO nafi terlibat dalam himpunan anti kerajaan di Batu Pahat

AHLI Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menafikan terbabit dalam insiden rusuhan membantah kerajaan di Parit Raja, Batu Pahat, semalam.

Puad menerusi posting di Facebook hari ini berkata ada individu yang cuba kaitkan beliau dengan kejadian perhimpunan bakar suar dan pamer kain rentang “Kerajaan Gagal” di Parit Raja. – TMI

Insiden Parit Raja: Isyarat Parlimen perlu bersidang segera


Oleh B. Suffian

Insiden yang berlaku di Parit Raja, Batu Pahat, Johor sebelum ini memberi isyarat yang jelas bahawa Kerajaan Perikatan Nasional perlu membuka Parlimen segera dan tidak berselindung di sebalik ‘darurat’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, di samping dakwaan ‘darurat melawan Covid’ yang dilihat tidak berkesan, kerajaan gagal mendengar keluhan rakyat di bawah.

“Sebenarnya, suara rakyat boleh diangkat menerusi wakil-wakilnya di parlimen. 

“Apabila kerajaan gagal melaksanakan nasihat Yang di-Pertuan Agong yang menyatakan Parlimen boleh bersidang pada fasa darurat ini, banyak suara-suara rakyat marhaen tidak dapat diangkat kepada kerajaan menerusi saluran dewan rakyat. 

“Lebih ramai rakyat akan menggunakan saluran-saluran alternatif untuk menyampaikan hasrat dan luahan hati mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Media baru-baru ini  melaporkan, pihak polis menyiasat kejadian perhimpunan, membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ dalam kejadian di Parit Raja. 

Mengulas lanjut, Sheikh Umar berkata, jika kerajaan terus ‘bodoh sombong’ dengan menyekat saluran demokrasi menerusi sidang Parlimen, rakyat marhaen akan memilih ruang demokratik yang lain. 

Menurutnya, ia untuk ekspresi dan luahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap kegagalan kerajaan. 

Lihatlah sahaja di Parit Raja, ujarnya. 

“Bila hal ini terjadi, Kerajaan tidak patut menyalahkan orang. ‘U deserve’,” katanya. 

Jelas Sheikh Umar, Parlimen perlu dibuka semula dan bersidang segera.

Kata beliau, ini ketika keadaan ekonomi rakyat sedang sakit, dasar-dasar kerajaan tidak konsisten, double standard dalam banyak hal melibatkan pengurusan Covid-19, campur tangan dalam urusan perlantikan pihak polis dan banyak lagi isu lain yang timbul. 



Dr Musa dakwa pemimpin KKM gagal ‘jinakkan’ Coronavirus

 


Panas! Dr Musa dakwa pemimpin KKM gagal ‘jinakkan’ Coronavirus

Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin mencadangkan beberapa penyelesaian sebagai pelan tindakan untuk mengelak penularan pandemik Covid-19 daripada terus mencatatkan peningkatan.

Beliau berkata, cadangan penyelesaian itu berikutan kegagalan pemimpin di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kini dilihat gagal untuk ‘menjinakkan’ Coronavirus sejak bermulanya gelombang ketiga pada bulan September 2020.

Beliau berpandangan agar pemimpin tertinggi yang terbabit dapat melepaskan peranan masing-masing dan ‘berehat’ untuk seketika kerana adalah mustahak untuk segera memulihkan semula kestabilan dan keharmonian sosio-ekonomi bagi masa depan negara.

“Oleh kerana pemimpin tertinggi di KKM sekarang telah gagal menjinakkan Coronavirus sejak bermulanya gelombang ketiga pada bulan September 2020, adalah mustahak untuk kestabilan dan keharmonian sosio-ekonomi masa depan negara agar mereka melepaskan peranan mereka dan dibiarkan berehat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, katanya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus memberi mandat kepada Kumpulan Pakar Penasihat Kesihatan dan Sains Covid-19 (EAG) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Kesihatan KKM sebelum ini, Tan Sri Prof Emeritus Abu Bakar Sulaiman untuk mengambil alih kepemimpinan Bilik Situasi atau Pusat Persediaan dan Respons Krisis (CPRC).

Dr Musa berkata, Tan Sri Abu Bakar akan dibantu lima anggota perubatan terkenal iaitu Ketua Akademi Perubatan Malaysia (AMM), Prof Dr Rosmawati Mohamed dan bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Mary Cardosa.

Tiga lagi individu ialah bekas Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan dan wakil Persatuan Doktor Kesihatan Awam Malaysia (PHPAM), Datuk Dr Fadzilah Kamaluddin, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh serta bekas Timbalan Ketua Pengarah KKM dan Doktor Penyakit Berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee.

Menurutnya, dalam masa sama usaha pihak EAG akan terus diperkaya dengan sokongan dan pandangan daripada doktor akademik, tentera, persatuan profesional perubatan lain dan sektor penjagaan kesihatan swasta.

“Sejak Januari 2021, EAG dengan batuan 10 Kumpulan Kerja teknikal telah membentuk strategi Covid-19 yang berkesan untuk membendung pandemik Covid-19 dengan pendekatan berasaskan sains,” katanya.

Beliau berkata, penyelesaian Covid-19 hanya berputar pada empat tonggak utama pengurusan pandemik antaranya ialah memperoleh kepercayaan rakyat selain menetapkan semula strategi Finding (Kenal Pasti), Testing (Ujian), Tracing (Kesan), Isolation (Kuarantin) dan Support (Sokongan) atau dikenali FTTIS dengan tindak balas yang pantas.

Dua lagi tonggak pengurusan pandemik ialah penyelesaian secara digital dan otomasi selain terus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap vaksin dengan kadar suntikan yang lebih cepat.

Dr Musa berkata, EAG harus diberikan kuasa untuk mengoperasikan rancangan induk itu untuk melindungi perkhidmatan kesihatan rakyat dan menguatkan daya tahannya.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan secara sistematik perlu melegakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk terus memberi manfaat kepada penghidupan rakyat, ekonomi negara dan melindungi mereka dari gangguan sosial dan psikologi seterusnya mengeluarkan rakyat daripada wabak berkenaan.

“Buat rancangan kesiapsiagaan untuk gelombang Covid-19 di masa depan atau pandemik lain dengan kerjasama awam-swasta yang lebih kukuh.

“Manfaatkan inovasi Revolusi Perindustrian Keempat (IR4) untuk menyokong kebaikan masyarakat, terutamanya dengan menangani cabaran kesihatan dan sosial.

“Negara sekarang berada di puncak bencana nasional yang belum pernah terjadi sebelumnya jika Perdana Menteri tidak membuat keputusan yang tepat dan berani ini negara akan terperangkap dalam gelombang pandemik yang berterusan dan kitaran PKP yang berpanjangan akan menggadaikan nyawa dan merosakkan kehidupan rakyat dan negara tercinta,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Perdana Menteri harus mengendalikan menteri-menteri Kabinet untuk memastikan bahawa mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tegas mematuhi 3C dan 3W dan memberikan contoh yang baik untuk diteladani oleh rakyat.

“Perdana Menteri mesti memilih seorang pakar Komunikasi Risiko yang berpengalaman dan bijak berbicara, paling baik jika dia seorang pakar Kesihatan Awam untuk memberi penerangan Covid-19 yang menyakinkan dan memberi inspirasi kepada rakyat dan memperkasakan mereka untuk melakukan tindakan yang betul di dalam rangka untuk membantu kerajaan membasmi kuman Covid-19,” katanya. 

GAMBAR GAMBAR WALAUN NI : DULU HENTAM PH..SEKALI NETIZEN HENTAM DIA..TERUS TUTUP TWEETER. HANG TENGOK LAGI BENDA TAK ELOK...PADAN MUKA HANG

 

Kantoi! Pemimpin PAS Selangor didakwa ‘like’ gambar dan video lucah ‘gay’

Kantoi! Pemimpin PAS Selangor didakwa ‘like’ gambar dan video lucah ‘gay’

Seorang pemimpin PAS telah menyahaktif akaun Twitter dan Facebooknya setelah netizen didakwa mendapati ahli politik itu “like” banyak video dan gambar di laman pornografi gay.

Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir, atau lebih dikenali sebagai Roslan SMS, menutup akaun media sosialnya berikutan posting asalnya mengkritik Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, yang menyebabkan penemuan itu oleh netizen, lapor World of Buzz.

“Semuanya bermula ketika Roslan memuat naik tweet anggota Parlimen Segambut Yeoh, yang mencadangkan agar Majlis Keselamatan Negara mengizinkan anggota keluarga terdekat untuk mengunjungi kubur orang yang mereka sayangi di daerah yang sama pada Hari Raya.

“Setelah dia menulis tweet ini, Roslan memetik tweet itu dan memberitahu Yeoh untuk tidak berlebihan jika dia mahu memenangi suara orang Melayu.

“Walaupun ada beberapa netizen yang menyokong pernyataannya, ada banyak yang mengecamnya, mengatakan bahawa semua yang dilakukan Yeoh adalah membuat pernyataan berdasarkan kemanusiaan dan bukan politik.

“Situasi mula berubah apabila secara tak langsung netizen perasan banyak posting-posting lucah ‘gay’ di ‘like’ oleh beliau.

“Mengejutkan rakyat Malaysia, terdapat banyak video dan gambar pornografi gay di bahagian” suka “ahli politik di Twitter,” kata World of Buzz.

Roslan akhirnya menyahaktif kedua-dua akaun media sosialnya ketika pengguna Twitter menuntut penjelasan daripadanya..



PERANGAI MACAM ISRAEL..

 



Asrie


Kat Israel, bila populariti PM mula murudum ... dia akan serang Palestin untuk mendapatkan sokongan rakyat Israel.


Kat Malaysia, bila ada pemimpin Bani Melayu yang mula hilang populariti ... mereka akan serang DAP untuk mendapatkan semula sokongan orang Melayu.


Kesimpulan:  Sama je perangai pemimpin politik Bani Melayu dengan pemimpin politik Bani Israel.



DUDUK DI PUTRAJAYA DUIT RAKYAT

 




Rozy Razid


Kalau tak kerana keluarnya surat ni, hakak tak tau pon jemin tinggal kat Putrajaya.. Tu duduk kat rumah rasmi kerajaan yang kerajaan bayarkan bil api air dia ke? #hakaktanyaje



ANWAR BERJAYA KUMPUL RM500K DALAM MASA 24 JAM

 

Alhamdulillah, dalam tempoh 24 jam kami dapat mengumpulkan dana sebanyak RM500,000 untuk kebajikan warga Palestin.

Lantaran keadaan terdesak di Semenanjung Gaza, kami telah mengirim segera kepada mereka

Saya menggesa pertubuhan tempatan serta komuniti antarabangsa untuk segera menghulurkan bantuan semampu yang mungkin dalam membela warga tertindas di sana.

Sekalung penghargaan kepada semua penderma dan staf yang telah membantu.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Pengerusi PH

15/05/2021.





Jangan pandang ringan amarah orang muda, kata pakar kepada Putrajaya

 

Tunjuk perasaan disertai belia yang berlaku di Parit Raja, dekat Batu Pahat, Johor pada malam Hari Raya Aidilfitri.

PETALING JAYA: Pakar mengingatkan Putrajaya untuk mengambil perhatian terhadap kemarahan dalam kalangan belia yang semakin memuncak kerana pengangguran dan tindak balas kerajaan terhadap pandemik Covid-19 yang lemah.

Mereka berkata anak muda ini akan cenderung untuk terus menghentam kerajaan melalui media sosial dan mengadakan demonstrasi jalanan sekiranya Putrajaya tidak bersikap tegas.

Khamis lalu, satu klip video tunjuk perasaan di Parit Raja, dekat Batu Pahat, Johor dikongsi dalam talian dan tular di media sosial.

Ia menunjukkan sekumpulan pemandu dan penunggang motosikal menghalang persimpangan jalan raya yang sibuk, membakar suar dan kain rentang dengan tulisan “Kerajaan Gagal” di atasnya.

Tweet dengan hashtag #KerajaanGagal, yang bermula pada 16 April, telah menjadi tren sejak sebulan lalu.

Azmi Hassan, bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata belia ingin mengetahui apa yang kerajaan ingin lakukan dalam memerangi Covid-19.

Beliau berkata Putrajaya harus mencontohi Britain, yang “mempunyai rancangan terperinci mengenai bila dan apa yang perlu dibuka dan dalam keadaan yang bagaimana”. Dia merujuk sekatan perniagaan dan aktiviti lain.

“Belia kita juga mahu melihat rancangan negara yang jelas,” katanya kepada FMT.

Katanya mereka mahu kerajaan menunjukkan bahawa mereka tahu apa yang sedang dilakukan. “Mereka tidak mahu pusingan-U.”

Merujuk kepada pengumuman SOP Hari Raya dan perintah sekatan di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia berkata: “Mereka memahami alasannya. Tetapi sebelum Raya, perdana menteri mengumumkan sekatan sepenuhnya walaupun sebelum ini berjanji tidak akan ada PKP di seluruh negara.

“Dari kaca mata dan persepsi belia, kerajaan tiada pemikiran yang jelas tentang bagaimana untuk memerangi Covid-19 dan membantu mereka berdepan masalah.”

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata ekonomi yang lemah mengundang kebimbangan kehilangan pekerjaan dalam kalangan belia yang, tambahnya, juga marah dengan keadaan darurat selain mengekang kebebasan bersuara.

Tambahnya mereka turut menolak dakwaan amalan dwistandard dalam penguatkuasaan SOP.

“Mereka faham mengapa kompaun dikenakan tetapi mula memberontak kerana amalan dwistandard tersebut,” katanya kepada FMT.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata kebanyakan rakyat, termasuk belia, menyokong SOP dan “perintah sekatan yang betul” tetapi masih mencari “arah dan arahan yang jelas”.

Beliau mendesak kerajaan untuk menghentikan amalan dwistandard dan membentuk dasar yang akan membantu belia “kembali kepada kehidupan normal”.

Seluruh negara diletakkan di bawah PKP dari 12 Mei hingga 7 Jun. Ia diumumkan dua hari selepas kerajaan memberi jaminan kepada rakyat bahawa tidak akan ada sekatan di seluruh negara.


SETELAH KELUARKAN BANYAK KENYATAAN B0D0H, HADI AWANG MELENTlNG DlUSlK NE...



Dikhabarkan kerana tidak tahan dengan serangan bertalu-talu dari pengguna media sosial, YB Marang Dato' Seri Abdul Hadi Awang dikatakan tengah melenting. Netizen telah membalun beliau kerana kenyataan-kenyataan beliau baru-baru ini yang ingin memburu dan menghukum pengkritik Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan ugutan beliau kepada penjawat awam untuk mematuhi segala perintah PN. Ini ulasan dan laporan kami di YB Viral.






PAS GAGAL DALAM KERAJAAN GAGAL

 May be an image of 2 people, headscarf and text that says "Masjid tutup dan dihadkan cabutan judi ditambah Sokong darurat RUU 355 senyap Lupakan hudud Kes Adib lenyap sokong PM tiada majoriti PAS BERSAMA GAGAL ERAJAA KERAJAAN GAGAL GAGAL"



Manusia yang baik tidak harus bersama manusia jahat. Tidak akan berjaya ' mencuci najis dengan berada dalam tong najis'.

Jelas kumpulan Muhyiddin dan Azmin itu telah khianat kepada parti masing-masing dan dosa paling besar kedua2 makhluk itu adalah khianat kepada mandat dan kepercayaan rakyat pada PRU14 yang lalu. Perancangan pengkhianat ini bersama Mahathir adalah satu perancangan yang jelas bertentangan dengan adab dan akhlak demokrasi.

Sewajarnya pengkhianatan mereka ditegur oleh parti yang mengaku parti Islam ini. Bukankah parti Islam ini pernah merasai dan menjadi mangsa perbuatan khianat? Lupakah lebai Hadi dan Lebai Berahim kepada kisah kerajaan negeri Perak di bawah YB Nizar telah dikhianati sehingga tumbangnya kerajaan pilihan rakyat? Apa Pas sebut waktu itu? Khianat itu haram, gaji haram, kerajaan kudeta dan macam2 lagi yang keluar dari mulut lebai waktu itu.

Mengapa sokong pengkhianat mandat rakyat sekarang? Kerana Dap? Bukankah sewaktu YB Nizar jadi MB Perak dulu Dap paling ramai dalam Dun Perak? Waktu itu mengapa pertahankan kerajaan YB Nizar sehingga sanggup berbaring dan berguling2 atas jalan raya depan istana Perak? Pertahankan Dap?

Usah jual hukum wahai lebai. Mengaku sahaja lah bahawa kamu gagal di dalam menahan hawa nafsu apabila diuji dengan kesenangan dan kuasa. Apabila nampak ada jalan untuk jadi mewah dan senang, maka kamu lupa prinsip dan sanggup jadi 'pelacur politik'. Bahkan, hari ini kamu sanggup tinggalkan Umno kawan waktu kamu susah dulu hanya kerana Muhyiddin beri kamu jawatan duta khas yang hanya makan gaji buta?

Saya simpati dengan penyokong2 Pas yang selama ini yakin pemimpin mereka akan bawa agenda Islam ke mana sahaja. Malangnya, apabila berada di dalam 'tong najis', habis kesemua serban dan jubah dipenuhi najis.

WFAUZDIN NS

 

PAS GAGAL DALAM KERAJAAN GAGAL




Manusia yang baik tidak harus bersama manusia jahat.  Tidak akan berjaya ' mencuci najis dengan berada dalam tong najis'.  


Jelas kumpulan Muhyiddin dan Azmin itu telah khianat kepada parti masing-masing dan dosa paling besar kedua2 makhluk itu adalah khianat kepada mandat dan kepercayaan rakyat pada PRU14 yang lalu.  Perancangan pengkhianat ini bersama Mahathir adalah satu perancangan yang jelas bertentangan dengan adab dan akhlak demokrasi.


Sewajarnya pengkhianatan mereka ditegur oleh parti yang mengaku parti Islam ini.  Bukankah parti Islam ini pernah merasai dan menjadi mangsa perbuatan khianat? Lupakah lebai Hadi dan Lebai Berahim kepada kisah kerajaan negeri Perak di bawah YB Nizar telah dikhianati sehingga tumbangnya kerajaan pilihan rakyat? Apa Pas sebut waktu itu?  Khianat itu haram, gaji haram, kerajaan kudeta dan macam2 lagi yang keluar dari mulut lebai waktu itu.


Mengapa sokong pengkhianat mandat rakyat sekarang?  Kerana Dap? Bukankah sewaktu YB Nizar jadi MB Perak dulu Dap paling ramai dalam Dun Perak?  Waktu itu mengapa pertahankan kerajaan YB Nizar sehingga sanggup berbaring dan berguling2 atas jalan raya depan istana Perak? Pertahankan Dap?


Usah jual hukum wahai lebai.  Mengaku sahaja lah bahawa kamu gagal di dalam menahan hawa nafsu apabila diuji dengan kesenangan dan kuasa.  Apabila nampak ada jalan untuk jadi mewah dan senang, maka kamu lupa prinsip dan sanggup jadi 'pelacur politik'.  Bahkan, hari ini kamu sanggup tinggalkan Umno kawan waktu kamu susah dulu hanya kerana Muhyiddin beri kamu jawatan duta khas yang hanya makan gaji buta?


Saya simpati dengan penyokong2 Pas yang selama ini yakin pemimpin mereka akan bawa agenda Islam ke mana sahaja.  Malangnya, apabila berada di dalam 'tong najis', habis kesemua serban dan jubah dipenuhi najis. 


WFAUZDIN NS



PU BENGONG NI TAK TAHUKAH DI PENANG ADA SOLAT BERGILIR IKUT SOP.BODO RUPANYA

 

IBRAHIM MAT ISA

May be an image of one or more people and text that says "Mungkin ini yang dikatakan oleh sesetengah pihak selama ini " Pulau Pinang dah macam Singapura" PENGUMUMAN KHAS Solat Sunat Aidil Setelah Y.Bhg. AidilFitri Kehadiran Pulau Pinang ditetapkan seperti dibawah: Imam 9.45pg 10.30pq 11.00pg-11.45pg HARI RAYA AIDILFITRI PRAYER GUIDE 2021 When Can Book? Imamy ertujuan solat. 6. jemaah setiap RAYA AIDILFITRI PRAYER 17,192 spaces adalah selama minit. .Setelah selesa solat setiap jemaah endaklah segera pulang tanpa dalam masjid/ JHEAIPP ingin mengucapkan Jabatan prayer sessions Maaf Session (Entry mt dan batin. 2021 Tuesday, am am Session (Entry am Session (Entry Singapura .40 am) am"

Raya raya pun buat posting salahkan orang lain.

Tak boleh solat bukan salah Anwar Ibrahim la bangkai wooiiii..

PU kuda kayu!


 May be an image of text

PEJUANG ISLAM DI PALESTIN BERMAIN 'GAME'?

 



FB IBRAHIM MAT ISA

Saya percaya tidak semua roket yang dilepaskan oleh pejuang adalah yang 'original'. Bahkan kebanyakkannya adalah roket 'dummy'. Ia bukan perkara baru, pejuang pernah menggunakannya pada perang 2014 dahulu.

Mengapa strategi ini digunakan:

1. Menguji terlebih dahulu kemampuan Iron Dome Israel.

2. 'Meletihkan' Iron Dome sebelum senjata sebenar digunakan.

3. Menakutkan musuh dengan jumlah roket yang sangat banyak dilepaskan.

4. Merugikan Israel. Harga sebuah Roket Al-Qassam lebih kurang( kenyataan HAMAS dalam perang 2014) USD800, manakala harga sebuah Peluru Berpandu Penangkis (Iron Dome) milik Yahudi Zionis adalah sekitar USD 50,000. Ini bermakna dalam beberapa hari ini sahaja jika 1000 roket pejuang dilancarkan, kos mereka hanyalah USD80000, manakala Israel perlu menghabiskan sejumlah USD50,000000 untuk menangkisnya. Itu belum lagi harga bateri Iron Dome yang sangat mahal!

Namun saya percaya pihak Israel tahu tentang perkara ini. Cuma mereka tiada pilihan. Setelah roket pejuang dilepaskan, Iron Dome sudah tidak mampu lagi memilih antara yang 'Ori' dan 'dummy'!

ISRAEL AKAN HANCUR?

Mungkin belum lagi... Ya, mereka akan mengalami kerugian pelbagai. Tetapi petunjuk kehancuran itu masih belum kelihatan. Apatah lagi mereka mempunyai 'payung besar' termasuk PBB dan lain-lain. Belum lagi dikira dengan kelemahan umat Islam itu sendiri. Perjuangan bermusim dan hanya mengikut sentimen tertentu dan bukan secara istiqamah dan menyeluruh.

Sejarah juga menunjukkan pembebasan Palestin setelah bebasnya Bumi Syam yang lebih terfokus kepada Syria. Sebab itu jangan sesekali abaikan isu Syria. Ia juga menjadi petunjuk pembebasan Al-Aqsa. Bukankah ia telah dilakukan dizaman Saidina Umar dan Solahuddin Al-Ayyubi? Bukankah wilayah-wilayah di Syria dibebaskan dahulu sebelum dapat membebaskan Al-Aqsa?

NASIHAT...

Sebagai umat Islam, kita adalah satu ummah. Persaudaraan kita bukan hanya dengan umat Islam Palestin sahaja. Tetapi juga dengan saudara kita di Syria, Myanmar, Afrika Tengah, Afghanistan, Iraq dan seluruh pelusuk dunia. Persaudaraan berlatarkan aqidah. Nilai darah dan nyawa mereka adalah SAMA!

Kesakitan yang kita perlu rasa bukanlah hanya mengikut tempat sahaja seperti sekadar di Palestin, tetapi tidak ditempat lain yang juga nyawa dan maruah saudara kita dicalari...

Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِير قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَرَى المُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ والحُمَّى». رواه مسلم

Ertinya: "Dari An-Nu’man bin Basyir, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Kamu melihat orang-orang mukmin di dalam saling berkasih sayang, mencintai, dan bersimpatnya seperti satu tubuh. Jika (sebahagian) anggotanya sakit, maka sebahagian tubuh lainnya akan turut (ikut merasakannya) sehingga tidak boleh tidur dan demam.” (HR. Muslim).

Ayuh, perjuangan ini bukan bermusim. Perasaan, kesakitan dan ingin membantu ini sepanjang masa. Sehinggalah tiada lagi ummah atau saudara kita yang dizalimi dan menderita dimana sahaja mereka berada.

Maka perjuangan ini masih panjang...

Source: Capt (rtd) Mohd Asri bin Abdul Khalek. Pengerusi NGO Green Project Malaysia