MB Kedah 'hina' penganut Hindu, menyalahi norma politik Islam

 

Penghinaan Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kepada bantahan pemimpin MIC dan DAP menggunakan ungkapan 'mabuk todi' tidak melambangkan perjuangan politik Islam, lebih-lebih lagi dari parti yang melabelkan diri dipimpin golongan agamawan seperti Pas.

Ahli Parlimen Setia Wangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tidak sewajarnya seorang MB yang berkhidmat untuk semua kaum melayan isu perobohan kuil penganut Hindu dengan penghinaan perkauman.

"Kita perlu ingat isu-isu berkaitan rumah ibadat merupakan isu yang sensitif dan boleh membangkitkan isu perkauman. Selaku Menteri Besar, sepatutnya MB Kedah memahami kesan perobohan kuil ini terhadap emosi penganut Hindu.

"Selepas itu, beliau tanpa rasa segan silu pula menggunakan perumpamaan 'minum todi' ekoran bantahan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin MIC dan DAP terhadap isu perobohan kuil Hindu.

"Sikap seperti ini jelas tidak memberi imej seseorang yang memperjuangkan politik Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Nik Nazmi bagaimanapun maklum faktor undang-undang yang menjadi asas perobohan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah baru-baru ini yang dipertikaikan.

Namun kewujudan rumah ibadat selain untuk penganut Islam yang sukar mendapat kelulusan memerlukan kematangan politik seorang MB untuk bertindak secara bijaksana.

"Saya percaya rundingan yang teliti boleh diadakan dengan wakil kuil, supaya perobohan ini tidak kelihatan terlalu tergesa-gesa," katanya lagi.

Sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di Kedah, kuil tersebut tidak dijadikan tumpuan pembangunan kawasan kerana memerlukan penyelesaian yang menyeluruh.

Di negeri-negeri pentadbiran PH, perobohan kuil biasanya dilakukan selepas struktur dipindahkan ke tapak baharu dan diberi hak milik tanah.

 


SURAT TERBUKA BUAT WARGA PERAK-PUTAQ ALAM BETOI


Kepada semua sedare sedari teman orang Perak sekalian.


Adapun teman nulis sorat ini nak menceritekan kesah negeri kite di bawah pimpinan Menteri Besor Faizal Azumu. 


Lepas ini teman panggil Peja aje sebab itu yang lebih dikenali. Kesah yang teman nak coretkan ini bukanle soal politik, sebab semue daripada kite dah tahu macam mana dia khianat kepada mandat yang kita berikan pada pilihan raye lepas. Menang bersama dengan PH dan atas kebesaran nama Tun Dr Mahathir, sekarang ditingggalkannnya hanya semate-mate nak kekal jadi Menteri Besor. 


Kalau nak diikutkan, dek kerana bekeroje dengan Dato Seri Mukhriz masa jadi Menteri Besor Kedah, itulah tempat dia menempa name dan naik dalam politik. Tapi sebabkan nak berkuase dan dah seronok jadi Menteri Besor, orang yang berjasa dan banyak mengangkat dia ditinggalkannye.


Macam yang teman kaborkan, bukan soal politik yang nak teman sampaikan sebab bab politik ni, kite tunggu pilihan raye, taulah kite nak ngajornye.


Peja ni ada setiausaha politik, Namanya Dato Iskandar yang cukup masyhur dengan nama KANDO. Dia ni dulu pegawai khas Peja masa Peja keroje dengan Dato Mukhriz di Kedah. 


Dia nilah yang ngepung Peja pagi petang siang malam. Bukan bermakna dia tak bagi orang lain jumpe Peja, tapi segala urusan dialah yang ke depan menguruskannya terutama dalam bab berniage dan menguruskan segala hal tanah, balak, kuari dan macam-macam lagi le.


Sorang lagi, yang jadi partner Kando ni ialah, seorang budak India, namanya Ram Katigesu yang menjage urusan MB Inc.


Dua orang inilah yang jadi orang kiri kanan Peja. Walaupun kita tahu budak India Ram ni yang jadi kawan minum Peja. Kalau dengor cerita Aziz Bari, memang malu nengonya Menteri Besor Perak, budak Melayu Islam, mabuk minum arak.


Minum pulak tu bukan takat biasa-biasa tapi sebotol belas-belas ribu ringgit. Minum pulak di merata tempat. Cigar room Majestic Hotel Kuala Lumpur. Di Haven, Tambun. Minum pulak dengan tauke-tauke balak dan pemaju hartanah beso-beso.


Tapi teman tak nak sentuh bab peribadi dia pasai minum mabuk ni. Itu biorle dia tanggung dan jawab depan Allah nanti.


Kenapa teman sebut nama Kando dengan Ram. Sebab dua orang inile yang menjadi orang kepercayaan Peja untuk menjalankan urusniaga dema.


Jadinya surat teman ini, teman teruskan dengan kesah Kando dan Ram yang teman gelo KARAM iaitu Kando campur Ram.


KESAH KARAM 1


Masih tak kome ingat isu tanah bukit Kledang yang habis ditarah masa awal-awal Peja jadi Menteri Besor? Tanah itu dijual kepada syarikat pemaju yang banyak projek kondominium mewah di Pulau Pinang. Nama syarikatnya ECK Sdn Bhd.


Tanah 10 hektar itu milik MB Inc dijual melalui rundingan terus di bawah harga pasaran. Urusniaganya dijalankan oleh Ram Katigesu.

MB Inc juga menggunakan syarikat guaman dari Penang, Allen Chee Ram yang mana pegawai kanan MB Inc, Ram Katigesu ada kepentingan.


KESAH KARAM 2


PCB atau Perak Corporation Berhad adalah syarikat yang tersenarai di bursa saham. Kira jadi syarikat yang berniaga bagi pihak kerajaan negeri Perak le. PKNP la boss PCB ni. 


Jadinya banyak pembangunan PKNP dibuat melalui PCB. Nak dijadikan cerita dilantikle Pengerusi PCB yang baru begelo Tan Sri. Teman tanya kenkawan siapa Tan Sri ni, kata deme itulah Tan Sri Rashid Manaf, pak sedara si KANDO.


Jadi kome piker le dengan penglibatan setiausaha politik Menteri Besor dengan macam-macam perniagaan dan urusan tanah-tanah PKNP, Pak Sedara dia diletakkan jadi Pengerusi syarikat yang banyak menjalankan projek bagi pihak PKNP.


KESAH KARAM 3


Kesah ketiga ni teman rangkumkan semua jadi bior kome tahu macam mana sekarang dema tengah buah jualan Perak On Sale.


Sekarang betebor surat kelulusan permit atas nama pembangunan ladang hutan kepada bebudak Peja. Ada yang di Hutan Simpan Kledang Siong Kuala Kangsar, Hutan Simpan Piah, Kuala Kangsar, Hutan Simpan Sungai Kuak. Kawasan yang diluluskan bukan sikit-sikit. 


Setiap satu syarikat diberikan 400 hektar. Kome bayangkan berapa luas kawasan.

Walaupun surat kelulusan itu atas nama pembangunan ladang hutan tapi maksud sebenornya ialah nak ngeluorkan balak dari kawasan itu. 400 hektar satu syarikat, berapa deme nak kaut untung atas angin.


Bukan takat kawasan balak, bebudak ini juga sedang mencari orang untuk beli kelulusan keluarkan batu batan granite dalam hutan simpan Segari Melintang.


Cume yang peliknye banyak kelulusan ni dalam kawasan Kuale Kangsor. Sebab apa, sebab KANDO aktif politik di sana ke? Atau macam udah heboh dia akan jadi calon Parlimen pade pilihan raye akan datang.


Tak cukup dengan itu, sebab Perak sekarang dikuasai geng Bersatu khianat, SADC udah menjadi lubok deme ngangihkan tanah-tanah. Pengerusi Jawatankuasa Tanah SADC bukan orang baru tapi dah masak dengan selok belok macam mana nak buat pengagihan iaitu Zainol Pazi.


CEO SADC, Yahanis semua orang tau ahli Bersatu yang bertanding di Belanje, Parit dulu. Jadi udah tentu dia duduk di situ, kena dengor le apa kata KANDO. Kalau idak tak ade le Menteri Besor pakai kereta Luxus dan dia pun sebagai CEO pun pakai Lexus. Tapi dengornya skrg tengah diserokop dekat garaj SADC. Ngape nak serokop, sebab beli tak ada kelulusan Lembaga Pengarah ke?


Di sini teman tunjukkan satu contoh le macam mana dema ngangihkan tanah SADC kepada budak budak dema.


KESAH KARAM 4


Ini pulak pasal pasior. Dengan kehebatan KANDO jalankan perniagaan, pasior pun sekarang udah boleh dieksport. Lumut PORT benarkan penggunaan jeti bagi tujuan eksport pasior ini. Mana peronah pasior sungai kite dieksport sebelum ini.


Tapi disebabkan macam rancangan Roda Impian, wang besar, wang besar saya putar Halim.... Hari ini kegiatan mengeksport pasior berjalan dengan rancaknya. Teman berani cakap macam itu sebab ada surat dengan gambor yang teman kongsikan dengan kome semua.


746 ekar tanah atas nama kerja-kerja membaikpulih dan membangunkan ladang rakyat diberikan kepada penama MOHD HERMAN BIN MD HAASSAN.


Semua orang tau budak ini ahli ARMADA dan bukan usahawan pun selama ini. Tetiba dapat tawaran usahakan 746 ekar tanah SADC.

Sekarang tengah menjaja surat ini siapa yang nak buat bayor pada dia.


Itu sebab teman kata deme tengah berjual Perak On Sale macam kata orang Putih yang jajah negara kite dulu.


Kesah-kesah yang teman paparkan ini, belum lagi sentuh cerite-cerita besor lain. Bior teman senaraikan dulu, nanti kome boleh tunggu surat teman lagi lepas ni untuk tau kesahnya.


Antara

isunya:


1. Macam mana Peja gunakan kuasa dia pecah-pecah keluasan tanah bawah 100 ekar untuk dia luluskan tak payah bawa masuk mesyuarat Exco.


2. Projek-projek yang Peja ‘jual’ kata ini Tuanku Sultan punya.


3. Ada kertas cadangan kelulusan Exco yang tak disembah kepada Sultan.


4. Isu Bujang Holding, Puncak Emas, waste management dan penjualan ladang SADC di Palembang.


5. Penggondolan tanah tinggi Kinta.

Buat permulaan cukup teman kongsikan kesah PERAK KARAM ini dahulu. Sekadar nak ulang kesah Peja mabuk minum brandy teman tak akan sampaikan sebab itu hal peribadi dia.


Tapi inilah rupa wajah kerajaan pimpinan orang khianat kepada perjuangan untuk tatapan kome untuk buka mate siapa sebenornya mereka.


Sekian, wasallam.


- Dikongsi oleh Qasseh Suzaini QS.



PERBANDINGAN KETOKOHAN ANWAR DAN MUHYIDDIN

 

MENTERI BODOH, RAKYAT MULA LUPAKAN MN, PN


NORMA BARU POLITIK COVID 19 MUSUH POLITIK BOLEH BEKERJASAMA


MOKHTAR SENIK BUAT PERUMPAMAAN MENYIMPANG YANG MENYERLAHKAN KEBODOHANNYA


Image may contain: text

Melucukan bila Mokhtar Senik kata, jika mahu bawa Islam, kena melalui parti Islam. Tentulah maksud beliau wajib menyertai parti beliau, iaitu parti lebai yang menjual agama sekarang ini.

Ostat yang popular dengan kisah "Fikah" iaitu tunjuk "Scud" dalam mesengger serta kisah "Leena" iaitu peristiwa vellfire pecut lari dari stesen Petronas membawa perumpamaan jika mahu pergi ke Kg Guai, Temerloh, perlu naik bas yang menuju ke Kg Guai, Temerloh. Tidak sampai ke Temerloh jika naik bas ke Kemaman, katanya. Lepas tu, ostat katik ni pun menggelar orang lain yang juga berstatus Ustaz sebagai "benak". Inikah ungkapan dari seorang yang bertaraf ulamak parti yang dikatakan bawa Islam itu?

Aku melihat yang paling benak dan bodoh adalah Mokhtar anak Senik ini sendiri. Perumpamaan yang dia bawa itu pun sudah cukup untuk memperbodohkan dirinya. Dia rasa dia cerdik kerana memberi tazkirah kepada walaun bodoh.

Kalau bas yang mahu dijadikan perumpamaan, kita boleh pilih mana2 bas yang

terbaik

asalkan menuju ke destinasi yang kita mahu tuju. Mokhtar Senik hanya bercakap soal bas ada sebiji sahaja, sedangkan sekarang ini banyak destinasi yang mempunyai banyak syarikat bas. Jika kita tidak mahu pilih bas yang buruk, selalu rosak tengah jalan dan pemandunya sering mabuk, bawa bas berpusing2 tiada hala tuju, elok kita pilih bas yang cantik dan dipandu oleh pemandu yang berdisiplin dan tidak mabuk. Jangan pilih bas hanya kerana bas itu berwarna hijau dan ada tulisan jawi, sedangkan bas tersebut sentiasa rosak, dan dipandu oleh pemandu yang selalu bawa bas tiada hala tuju. Macam orang mabuk. Kita tanya lain, dia jawab lain.

Maksudnya, Islam bukan boleh terlaksana hanya kerana ada nama Islam pada parti. Jenama bukan penentu. Kerajaan Turki berjaya bukan kerana parti pemerintahnya ada jenama Islam. Kerajaan negeri Kelantan kekal sebagai kerajaan yang tidak membangun, miskin dan tidak mampu bayar gaji kakitangannya sendiri tanpa berhutang dengan Pusat dan wakil2 rakyatnya mewah dengan kereta baru Mercedes, walaupun kerajaan itu diperintah oleh parti berjenama Islam. Adakah itu ciri2 Islam yang dimaksudkan oleh Mokhtar Senik?

Paling dahsyat, parti yang berjenama Islam ini jugalah yang bersekongkol dengan puak pengkhianat bagi merampas mandat rakyat di Putrajaya kerana mereka gila kuasa dan jawatan.

Kesimpulannya, pilihlah bas yang baik dan selamat, bukannya melihat kepada warna hijau bas dan bertulisan jawi semata2 tetapi dipandu oleh pemandu yang tidak tahu ke mana mahu dibawa bas berkenaan. Anda akan sesat.

WFAUZDIN NS

 

WOII...HANG TAK TAHU MALU KAH?


rina hamzah

 Ustaz ni tak buat kerja tanam cendawan dah ker? Tak malu ker dia ni masih melolong macam polong Tak cukup makan. Acah-acah baik nak tegakkan islam anyg saya tahu dia ni rajin tegakkan dottttt dalam messenger. Pilihlah tar senik ko nak tegakkan islam atau tegakkan dottttt jangan munafiq boleh Tak?dah tak jadi Dewan Ulamak dah kan...


Image may contain: 1 person, text

Mungkinkah Umno bergabung dengan DAP?

 

Sebilangan pemimpin Umno membuat spekulasi mengenai gabungan dengan parti lain, termasuk DAP, untuk membentuk kerajaan Perak yang baru.

PETALING JAYA: Pemimpin Umno yang mencari jalan untuk membentuk kerajaan Perak yang baru tidak menolak kemungkinan adanya pakatan politik baru, tetapi penganalisis politik berkata gabungan seperti itu hanya bersifat sementara dan tidak akan bertahan lama.

Oh Ei Sun.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, besar kemungkinan adanya gabungan antara Umno dan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) kerana tidak ada satu pun parti pun yang mempunyai majoriti di DUN.

Beliau berkata, gabungan Umno-PH “pasti akan lebih kuat buat masa ini daripada kerajaan Perak yang digulingkan, kerana ia memiliki lebih banyak kerusi”. Bagaimanapun, gabungan seperti itu hanya bersifat sementara, kerana perbezaan ideologi yang ketara antara parti.

Umno, dengan 25 kerusi, adalah parti terbesar dalam DUN Perak daripada 59 ahli. PH menguasai 24 kerusi melalui DAP (16), Amanah (5) dan PKR (3).

Bagaimanapun, bekas pensyarah Azmi Hassan berkata, kerjasama antara Umno dan DAP tidak mungkin wujud, walaupun hanya di Perak.

“Jika itu berlaku, tidak diragui ia akan menjadi kerajaan negeri yang stabil dengan memiliki majoriti besar. Tetapi saya rasa ia akan menjadi janggal dan tiada kesinambungan,” katanya.

Azmi berkata, kenyataan spekulasi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung kerjasama dengan pembangkang mungkin mengenai PKR dan Amanah.

Syed Arabi Idid.

“DAP tabu kepada akar umbi Umno”, katanya, dan Umno (menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional) juga ingin memastikan DAP tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat.

Bagaimanapun, Oh berkata, “sekarang ini apa saja gabungan politik mungkin boleh berlaku, dengan syarat kepentingan politik diselaraskan pada masa kerajaan gabungan dibentuk.


Sementara itu, penganalisis lain, Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, walaupun Umno mesti membentuk gabungan dengan sokongan majoriti, DAP tidak boleh menjadi sebahagian daripada persamaan itu.

Jika PKR dan Amanah memutuskan untuk bekerjasama dengan Umno, hubungan dalam PH akan tegang. Sebaliknya, rakan Umno dalam BN, MCA “akan berasa dikhianati” apabila DAP akan menjadi sebahagian daripada kerajaan baru.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, pakatan DAP-Umno amat mustahil kerana masyarakat Cina tidak akan menerimanya.

Chin berkata, Zahid tidak boleh bercakap bagi pihak Umno, walaupun menjadi presiden, kerana beliau tidak mempunyai kawalan penuh terhadap semua ahli parti.



27 PH Johor teguh perjuangkan rakyat

 

27 PH Johor teguh perjuangkan rakyat


Pakatan Harapan (PH) Johor sepakat dengan membuat undian belah bahagi di Dewan Negeri (Dun) Johor bagi usul pengecualian cukai rumah kos rendah untuk tahun 2021.

Menurut Ketua Pembangkang Dun Johor, Aminolhuda Hassan ketika dihubungi berkata ia suatu manifestasi kesepakatan pembangkang bagi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Katanya, usul tersebut dibuat bagi meringankan bebanan golongan yang terkesan teruk seperti mereka yang tinggal di rumah kos rendah.

“Ini menunjukkan kesepakatan yang jitu di antara sesama kita (PH) bagi membawa suara rakyat dari pelbagai latar belakang dan kategori.

“Walaupun kita tewas ketika undian belah bahagi dibuat (27 menyokong, 29 menolak usul) namun kita telah membuktikan kita mengundi dan tidak akan mengalah mudah dalam memperjuangkan nasib rakyat.

“Anggaran ini membawa suara teguran dan cadangan kepada kerajaan. Walaupun kita tewas kita akan tetap terus memperjuangkan hak rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor ketika ditanya berkenaan dengan undia percaya kepada Menteri Besar (MB) Johor berkata ia adalah di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan Umno.

Tambahnya, tidak ada usul yang dibawa oleh Bersatu dalam sidang Dun semalam dan ia bukanlah permintaan daripada PH.

“Apa yang berlaku di Perak semua maklum, ia pertembungan antara Bersatu dan Umno dan kita (PH) telah membuktikan kekuatan yang ada.

“Sehingga habis sidang dewan tidak ada usul tergempar yang dibawa oleh Adun Bersatu mahupun Umno. Pakatan (PH) hanya mahu kebajikan kepada rakyat terus dimartabatkan.

“Ia terpulanglah kepada Bersatu dan Umno untuk menyelesaikan konflik mereka,” katanya lagi.

Undian yang berlangsung petang semalam telah menyaksikan ke semua 27 Adun pembangkang dari PH telah mengundi untuk menyokong cadangan agar pengecualian cukai untuk tahun 2021 diberikan kepada rumah kos rendah di negeri ini.


Ekonomi Malaysia di tahap paling parah akibat drama politik, kata Tok Mat

 

Mohamad Hasan berkata, Malaysia perlu meraikan ketibaan 2021 dengan memulakan pemulihan melalui agenda ekonomi berani, mantap dan inklusif.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, Malaysia memerlukan kerajaan stabil, Kabinet progresif dan dasar ekonomi berevolusi, bukannya menjadikan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk ekonomi “terencat”.

Katanya, pelbagai drama politik membawa ekonomi Malaysia yang suram ke tahap paling parah dalam sejarah negara.

“Tiga minggu dari sekarang, akan menyinsinglah fajar 2021. Kita akan mengakhiri 2020 dengan tiada pencapaian penting, apatah lagi lonjakan baru untuk kemajuan dan kebolehsaingan.

“Negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Kemboja terus menunjukkan pencapaian ekonomi yang berdaya saing, menarik pelaburan teknologi dan menjadi negara perindustrian yang penting. Singapura pula memecut laju meninggalkan Malaysia jauh ke belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Malaysia perlu meraikan ketibaan 2021 dengan memulakan pemulihan melalui agenda ekonomi berani, mantap dan inklusif, selepas membuang banyak masa serta peluang pada tahun ini.

“Agenda reset ekonomi mesti segera beralih kepada pertumbuhan berganda, pelaburan bermutu dalam sektor teknologi dan inovatif serta membuka pasaran dengan lebih agresif.

“Semoga semua ini akan segera berubah kerana Malaysia sebelum ini jauh lebih dinamik. Kita mesti segera menjadi yang terbaik semula di Asia Tenggara tanpa berlengah.”


POLITIK LONGKANG KEMBALI MENGALIR

[[LIVE]] 6.12.2020 Penjajaran Politik yang akan berakhir dengan bencana.

Isu DUN Negeri Perak Semakin Hangat - Lokman Adam

CUBAAN SINGKIR PAS

 Salam...


Zahid maklumkan pagi tadi.." tiada apa-apa masalah jika Kerajaan Negeri di bentuk oleh gabungan UMNO dan PH". 


Maka, hari ini...wujudlah persetujuan bersama antara UMNO dan PH di negeri Johor. Walaupun sblm itu ada ura-ura beberapa adun ingin membuat usul undi tidak percaya kpd MB, tetapi, yang lebih menariknya, bukan sahaja tiada sebarang usul UTP, malah belanjawan Negeri turut di luluskan. 


MB, selepas membuat pengumuman Belanjawan Negeri 2021 itu,  turut menyatakan akan berlaku perubahan EXCO negeri dan tidak menolak, beberapa ADUN PH turut di senaraikan. Di tanya samada PAS akan bersetuju dgn pembentukan semula exco2 negeri, beliau menjawab " PAS bukanlah penentu kuasa di sini. Saya tak perlu melayan kehendak2 seseorang. Kami memerlukan kekuatan dan persahabatan yang jitu untuk mengukuhkan kerajaan negeri. Saya memang ada menawarkan jawatan exco (lantikan) kepada PAS, tetapi jika mereka menolaknya...itu bukan menjadi masalah kepada saya dan Kerajaan negeri. Malah, Presiden Parti..turut bersetuju dan menyokong perancangan ini". 


Apa sebenarnya yg korang nampak?...yg jelas saya nampak, PAS kini sedang DI HALAU secara halus dari persahabatan dgn UMNO. Sejujurnya pula.."kami penyokong2 UMNO, dgn ini bersetuju dan menyokong padu agar MUAFAKAT NASIONAL ini DI BUBARKAN DENGAN SEGERA!!!". 


Tq.


Yg ikhlas, jujur dan benar,


Mohd Asri Bakar.




PENGUNDI YANG MEMILIH WAKIL RAKYAT : ANDA BUKAN MEMILIH PENYANYI KERANA BAKAT, TAPI MEMILIH WAKIL YANG BERKHIDMAT!


Kak Ida Abdullah


#1 mesti hapuskan pencaturan OT95 dan kuncu2 dlm politik negara


#2 mesti hentikan politik tunggang agama dan penyesatan ummah PAS


#3 ahli politik terbabit dalam rasuah dihalang menjadi calon dalam PRU. Protest rakyat amat penting dalam memastikan setiap calon tiada kes rasuah tak kira Adun atau MP


#4 setiap calon yang ingin bertanding mesti mempunyai rekod kesihatan yang baik atau dalam kawalan. Calon penyakit kronik mesti dihalang dari bertanding


#5 setiap calon yang ingin bertanding mesti dikenali oleh pengundi akan biodata mereka.


Rakyat Malaysia tak boleh lagi mengambil sikap siapa saja yang bertanding akan menang kerana parti yang mereka wakili.  Tak boleh letak berok, tiang lampu bertanding dan dimenangkan kerana mewakili parti. Calon itu mesti mendapat pengiktirafan dan perkenan rakyat! Dia mesti bekhidmat untuk memajukan kawasan yang ditandinginya BUKAN untuk mendapat projek kerana jawatan wakil rakyat yang diperolehinya!

Bagaimana semua ini boleh tertunai? Hanya dengan reformasi rakyat! Selagi rakyat tidak mereformasi sikap dan pemikiran mereka, mereformasikan negara adalah mustahil ditangan wakil yang tidak layak dengan hobi mereka yang gemar merompak!

Dari sekarang anda WAJIB buat homework ahli politik Malaysia sebagai saringan untuk memastikan mereka dinafi undi jika mereka bertanding.

INGAT!!! AHLI POLITIK MEMANG TAK MALU, TAPI ANDA SEBAGAI PENGUNDI WAJIB ADA RASA MALU AGAR TIDAK MEMILIH YANG TIDAK BERMUTU.

AHLI POLITIK TIADA HARGA DIRI APABILA MENIPU DAN MERASUAH, PENGUNDI PUNYA HARGA DIRI UNTUK MEMILIH WAKIL YANG MESTI BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN NEGARA!

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia keluar mengundi dengan penuh tanggungjawab BUKAN suka-suka warna jari sebagai bukti tanggungjawab sudah terlaksana. Setiap undi anda beri, akan memberi kesan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Mengundilah dengan penuh kasih kepada negara dengan memilih mereka yang akan mengurus negara dengan sebaik-baiknya BUKAN merompak apa yang ada kerana mereka berpeluang melakukannya!

Jadilah pengundi yang mempunyai informasi mengenai calon yang bertanding di DUN dan kawasan Parlimen anda. Jika dia pernah jadi wakil tetapi tidak menjalankan tugas dengan baik, hanya muncul semasa PRU, HARAMKAN UNDI ANDA KEPADANYA WALAUPUN DIA MEWAKILI PARTI YANG ANDA SUKA! Ini penting kerana parti politik MESTI buktikan semua janji mereka, walk their talk! Bukan janji setiap 5 tahun tapi hanya tunai sebahagian di tahun ke 5 kerana ingin dicalon dan jadi wakil lagi! Jangan terpedaya dengan 1 penggal tak dapat buat apa-apa!

WAKIL YANG TIDAK PERFORM, BUANG SAHAJA! Anda buang pun pencen mereka jalan juga! Anda beri peluang, anda yang terbuang kerana apabila masuk penggal kedua, keangkuhan sudah menjadi watak mereka!



CUBA BAGI PAS JADI MB


Hamdan Taha.

 Bila pas buat kenyataan terbuka tidak akan bersama membentuk kerajaan baru di perak....maknanya jelas pas tidak mahukan mb dari umno seperti mana pada hari kerajaan perak nak di bentuk selepas pru 14...

Saya masih ingat wakil pas  berunding dengan umno untuk bentuk kerajaan tetapi bila di tanya oleh tuanku pas kata dia tidak setuju pun sokong mb dari umno....maka akhirnya terbentuk kerajaan PN...

Kali ni selepas undi tidak percaya berlaku peja terpaksa akur gagal dan perlu berundur....sepatutnya bersatu dan pas bersedia pula memberi sokongan pada calun dari umno....tetapi tidak berlaku begitu....

Pas tidak akan sokong umno...bersatu juga tidak akan sokong umno.....tapi jika umno kata kami nak sokong razman jadi mb.....melompat pas akan sokong pula bentuk kerajaan baru....maknanya pas dan bersatu tidak boleh bersama umno.....terbukti dua parti itu tidak boleh bersama sama dengan dengan umno....

Umno pula jika nak juga jadi mb kena fikir kerja sama baru.....ada amanah....ada pkr....jika tak mahu pun dap....



PEJA LEBIH JANTAN DARI MUHYIDDIN?


Di Perak, hanya ada satu usul Percaya kepada MB Perak, terus Speaker Dun lakukan walaupun keputusannya memakan diri.  

Peliknya, di Parlimen bawah kerajaan tebuk atap, tedapat tidak kurang dari 20 usul Tidak Percaya telah dibuat, dan terdapat juga dua usul Percaya kepada PM telah dibuat, namun Speaker buat pekak badak.  

Maksudnya apa?  Maksudnya, apa yang kita saksikan sepanjang Parlimen bersidang sekarang, sokongan kepada kerajaan dalam setiap pengundian bajet di peringkat kementerian, kerajaan tebuk atap ini tidak berupaya mendapatkan sokongan undi menyokong melebihi separuh.  

Itu baru pengundian bajet untuk rakyat, belum lagi pengundian untuk menentukan Muhyiddin ini sebenarnya mendapat sokongan majoriti  atau tidak sebagai PM.  Seteruk-teruk si Peja, MB Perak yang terguling itu, beliau masih anak jantan kerana berani berdepan dengan undian menguji sokongan ke atasnya di Dun Perak.  

Kalau Peja sebagai Timbalan Presiden Bersatu itu anak jantan, bagaimana dengan Presidennya?  Apakah di peringkat persekutuan,  Umno masih ada maruah untuk terus mendokong PM tahap murahan begini? 


WFAUZDIN NS





KERAJAAN NEGERI PERAK


Bob Kelanang

Ade yang kata Kerajaan Negeri Perak dah tumbang MB die... ade yang kata tak tumbang... Ape pun persoalan yang timbul... MB sedia ada sebelum nih (Faizal Azumu) dah takder sokongan majoriti...

Nak lantik MB dari UMNO pun tak cukup korum gak... Nak lantik MB Melayu dari DAP pun tak cukup korum gak.... Sebab PAS ader tiga kerusi...

Payah gak ni... 

Sultan pastinya akan suruh bergabung dan dapatkan suara majoriti... Kalau payah jugak nak dapat... Sultan boleh lantik jer sesapa yang Sultan berkenan yang pada pandangan Sultan boleh membawa suara majoriti.... Tentunya Sultan lebih dekat dengan calon dari UMNO... tapi siapa orangnya??

Nak kata Sultan akan lantik calon Melayu dari DAP... jauh panggang dari api la...

Jangan sampai Sultan yang pilih sendiri... masa tu kalau dah dilantik yang Sultan pilih sendiri... korang semua xbole nak bantah atau kritik... Nanti jatuh derhaka kat Sultan... Hahahaa... kena balik la kat korang....


Padan muka korang la...

YANG PASTI... Sultan takkan lantik calon pilihannya dari parti PAS... itu papa kompom... 

KOH KOH KOH...

Ade paham ka???




JANGAN KHUATIR, LEBAI AKAN BUAT 'U-TURN" di PERAK


Apa yang berlaku di Perak, simple je nak faham.

Yang bawa usul percaya kepada MB Perak itu adalah Adun Umno.  Yang sokong pula dari Umno juga Pas termasuk Exco Pas yg juga Pengerusi Pas Perak, Yb Razman.  Kenapa mereka sokong usul tersebut sedangkan mereka tahu besar risikonya?

Mereka sokong sebab mereka 200% percaya usul tersebut akan diterima majoriti dalam dewan dan MB yang ada akan terus kekal, sekaligus menghancurkan cita2 Pembangkang untuk menukar MB.  Sudan tentu lebai Razman telah melakukan solat Istikharah sebelum menyokong usul tersebut agar Allah tunjukkan kebenaran.  

Mungkin benar, sebelum itu majoriti menyokong MB si Peja.  Tetapi mereka lupa, Allah berkuasa membalikkan hati seseorang.  Akhirnya, jerat makan tuan.  MB Perak jatuh bukan kerana Pembangkang, jauh sekali dari Dap yang dituduh sentiasa menentang kerajaan Melayu Islam.  MB Perak dari Bersatu tersungkur akibat usul yang tidak cerdik dari puak mereka sendiri.  Ego dan sombong untuk menunjukkan kekuatan ditambah pula dengan ucapan lebai Razman ebelum itu yang memainkan isu perkauman, akibatnya Allah balas dengan keaiban.  

Seperti yang selalu saya sebut, pengkhianat akan tetap dikhianati akhirnya.  Sekarang, rakyat boleh menilai sejauh mana perpaduan kerajaan PN yang lahir dari penghianatan ini.  Lebai kata, mereka tidak akan bersama dalam kerajaan baru nanti.  Korang percaya?

Sesiapa yang mengenali perangai lebai, mereka akan tahu lebai akhirnya seperti biasa akan menjilat kahaknya kembali.  Perbuatan ini lazim bagi lebai apabia di hadapannya terbentang kuasa dan kedudukan.  Kalau hukum agama pun lebai boleh jual, apa sangatlah setakat jilat kahak sendiri.

Percayalah, jika ditakdirkan nanti MB baru adalah dari Umno, lebai akan menyinsing jubahnya dan melutut semula untuk jadi Exco.  Waktu itu, mereka sanggup tinggalkan Bersatu asalkan nafsu mereka dipenuhi.  Kalau tidak percaya, kita lihat nanti....


WFAUZDIN NS



JIKA UMNO BOLEH JATUHKAN PEJA KERANA RASA TIDAK PUAS HATI.KENAPA PERASAAN SAMA TERHADAP MUHYIDDIN MASIH MAHU DIPENDAM?

 

Asas utama mengapa UMNO bertindak menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja ialah kerana tidak puas hari dengan beberapa tindakan bekas Menteri Besar Perak itu.

Rasa tidak puas hati itu pada asasnya didorong oleh dua sebab yang utama – perlantikan Setiausaha Politik dan penjualan ladang milik kerajaan negeri kepada sebuah syarikat Singapura di bawah harga pasaran.

UMNO benar-benar tidak puas hati, tersinggung dan marah dengan tindakan Peja melantik Adun UMNO Pengkalan Hulu dalam Bahagian Gerik, Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politiknya tanpa meminta izin atau berunding dengan mereka terlebih dahulu.

Lebih membuatkan UMNO marah lagi ialah bila Peja mempertahkan perlantikan itu dengan mengatakan ia adalah dalam bidang kuasanya dan tidak memerlukan beliau berunding dengan sesiapa.

Bagi penjualan ladang milik kerajaan negeri pula, UMNO melalui Najib Razak mendedahkan, ladang seluas 15 ribu hektar dan bernilai RM1.03 bilion itu telah dijual kepada sebuah syarikat Singapura dengan harga RM342 juta saja.

Ladang itu juga, tambah Najib, memberi keuntungan tahunan sebanyak RM40 juta kepada kerajaan negeri Perak sebelum ini.

“Itulah sebabnya UMNO menarik balik sokongan terhadap Peja,” dedah Najib melalui media sosialnya.

Bermakna, dengan jumlah kerusi Dun terbanyak di Perak dan disebabkan wujud perasaan tidak puas hati terhadap Peja, UMNO tanpa berfikir panjang lagi telah bertindak menjatuhkan seorang ketua kerajaan negeri.

Dari segi politik, itulah tindakan yang bijak di mana UMNO tahu menggunakan kuasa atau kelebihan yang ada padanya bila mereka tidak lagi dihormati.

Menyamai dengan apa yang berlaku di Perak, UMNO juga ada banyak perasaan tidak puas hati terhadap Muhyiddin Yassin di peringkat pusat.

Dari segi pengagihan jawatan dan kementerian, walaupun UMNO dan BN mempunyai 42 kerusi iaitu terbanyak juga jumlahnya, tetapi pemberian itu nyata tidak dilakukan dengan adil.

Selain tidak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, menteri kanan untuk UMNO pula hanya diperuntukkan satu berbanding Bersatu diberikan dua.

Begitu juga dengan kementerian kanan dan strategik, semuanya dibolot oleh Bersatu atau mereka yang keluar daripada UMNO dan PKR untuk menyertai parti pimpinan Muhyiddin itu.

Dari segi penjualan aset kerajaan, sebagaimana di Perak, kerajaan PN turut melakukan penjualan meragukan dan ia memang menimbulkan rasa tidak puas hati UMNO terhadapnya.

Yang terbaru ialah bila PNB menjual pegangan 56.3 peratus sahamnya dalam CCM Bhd kepada sebuah syarikat bukan Bumiputera, Batu Kawan Bhd.

Bagi UMNO, tindakan PNB itu adalah menyedihkan kerana CCM merupakan syarikat yang menguntungkan, selain memperlihatkan PNB yang sepatutnya berperanan melindungi kepentingan Bumiputera telah bertindak berlawanan dengan fungsinya dalam urusniaga yang dijalankan itu.

Yang paling UMNO tidak puas hati dengan Muhyiddin ialah berkaitan tuntutan mereka untuk pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium selama enam bulan lagi.

Dalam perbahasan Belanjawan 2021 baru-baru ini, Najib selaku Pengerusi BNBBC jelas menyatakan sokongan mereka terhadap belanjawan adalah dengan syarat dua tuntutan itu mesti dipenuhi oleh kerajaan.

Menjelang pengundian peringkat dasar, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memberi komitmen untuk memenuhi tuntutan tersebut sehingga belanjawan akhirnya diluluskan dengan mudah.

Namun, apa yang berlaku tidak seperti yang dijanjikan di mana bukan saja tidak moratorium wajib yang diperkenalkan, janji pengeluaran KWSP yang diperkenalkan masih tertakluk dengan beberapa syarat dan kriteria melecehkan.

Ia menyebabkan UMNO tanpa malu-malu melabelkan program i-Sinar KWSP itu sebagai i-kecewa, i-malap, i-kencing dan sebagainya.

Sehingga semalam pun, Presiden UMNO, Zahid Hamidi masih bersuara meluahkan rasa tidak puas hati berkaitan pengeluaran KWSP itu dan menuntut ia dipermudahkan sebagaimana dijanjikan.

Najib pula, dalam posting di media sosialnya, turut tidak henti-henti menuntut pengeluaran KWSP oleh pencarum dipermudahkan di kala rakyat kesusahan dan memerlukan wang sekarang ini.

Isunya di sini jika kerana tidak puas hati terhadap Peja boleh membuatkan UMNO bertindak menarik sokongan dan menjatuhkannya, mengapa tidak dilakukan hal yang sama terhadap Muhyiddin?

Bukankah rasa tidak puas hati UMNO terhadap Muhyiddin jauh lebih besar lagi berbanding perasaan tidak puas hati terhadap Peja?

Bukankah sikap tidak menghormati dan membuli UMNO oleh Muhyiddin juga jauh lebih menyakitkan daripada apa yang dilakukan Peja?

UMNO nak tunggu apa lagi sebenarnya? 

(Shahbudindotcom 06/12/2020)



JANGAN INGAT PARTI SENDIRI SAJA KUAT

 

Hamdan Taha


Hari yang menarik buat saya hari ini...berjumpa dua penyokong dan ahli pas yang berjawatan di peringkat kawasan dan negeri...


Dia kata kes perak ini menyebab kami ahli pas ni hilang kepercayaan pada umno..


Umno ni masih tak sedar bahawa dia parti paling kuat dan abang besar dalam gabungan sudah berlalu...


Dia kata menjelang pru ke 15 jika umno tidak bersama PN umno akan kalah teruk dalam pru kerana orang melayu telah hilang kepercayaan kepada umno...


Jika umno bersama PH orang melayu akan tolak umno...tanbahan pula bersama Dap...


Saya jawap kes perak itu pas perlukan maklumat yang lebih tepat kenapa Peja perlu di tukar,umno tidak akan buat sesuatu kerja tampa ambil kira untung rugi politik dan yang lagi penting ialah tuanku sultan tidak murka atas tindakan umno....jadi pas kenalah buat kerja lebih sikit....jangan tergantung maklumat hanya pada razman pesuruhan jaya pas sahaja....


Ke dua jangan lah kata umno akan kalah dalam pru apabila orang melayu tolak mereka....jangan lupa pru tahun 99 umno telah di tolak oleh orang melayu ketika itu...hanya total sokongan 35 peratus sahaja sokongan orang melayu kepada BN....tapi keputusana pru BN dapat 2/3 kerusi dalam dewan rakyat.....kenapa kerana orang bukan melayu solid sokong BN....


Saya masa tu bertanding nak dapat undi cina dan india satu undi pun tak merasa....peti undi melayu kebanyakan saya menang tapi mejoriti tak besar....peti undi bukan melayu saya kalah sampai 1200 undi....saya dapat 28 undi saja....


Jadi jika umno bergabung dengan PH barangkali betul sokongan undi melayu merosot sedikit....tapi mereka pula dapat undi melayu PH dan undi mejoriti bukan melayu...


Masa tu PN hanya parti gabungan di semenajung antara BERSATU DAN PAS sahaja...di sabah baru ada parti parti lain....satu sudut untung lah pas dan bersatu semua tempat boleh masuk bertanding termasuk bukit bintang....jika tidak siapa nak bertanding di sana...tak kan bagi free kat dap menang tampa bertanding....


Jadi harap orang pas dan bersatu jangan lah rasa diri tu dah kuat....paling penting sebenarnya semua parti kerjasama....


Jangan rasa kita saja kuat....


Bab peja tu kenapa dia kalah dan di singkir tu bab lain.....


Rakan saya ni kata kenapa lah umno tak berlapang dada menerima bersatu....sebagai rakan.....saya jawap dah berlapang dada lah tu...tu sebab dia jadi PM dan semua mp bersatu pengang jawatan menteri hebat hebat belaka.....macam kata umno tak bagi kerjasama lagi....jika ikut nisbah pembahagian secara adil umno lah yang lebih bukan bersatu....tapi dah lapang dada....maka dapat lah semua tu ke bersatu...


Lagi satu sahabat ana nak bagitu kat anta....masa pas bertanding solo pas dapat 18 jer kerusi dengan jumlah kerusi yang di pertandingkan hampir 200 kerusi....anta tau ke bila pas merasa kerusi paling banyak dalam parlimen sehingga pas dapat jadi ketua pembangkang....bila tu ketika pas bersama Dap dan parti keadilan tahun 1999....pas bertanding lebih kurang 60 kerusi sahaja...menang 24.....pas tahun 2018 paling banyak hilang wang pertaruhan....tapi ketika bersama Dap satu kerusi pun tak hilang wang pertaruhan


Saya kata kita penyokong ni jangan dengar semua cakap pemimpin tu....hari ni mana ada pemimpin tahapnya maksum....kena ikut semua cakap dia....awat pas tak sabar sabar tunggu arahan tuanku baru keluarkan kenyataan....ini sejam lepas peja kalah terus buat kenyataan pas tak mau ikut kerajaan baru...bukan umno yang tolak pas..tapi pas dah buat keputusan begitu....bersatu pun sama...


Tiba tiba umno nak buat kerjasama dengan PH bersatu dan pas marah marah dan maki hamun...aiiiii pelik....kenapa nak marah dam sibuk hal orang pulakkk



KERAJAAN JAUH LEBIH STABIL


Image may contain: 3 people, text that says "UNI AWT Sinar comumy Harian Kami sedia bekerjasama dengan UMNO: PH Perak BY NORMAWATI ADNAN 6 DECEMBER 2020 AT 13:15 IPOH Parti gabungan Pakatan Harapan (PH) sedia bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan baharu yang lebih stabil di Perak."

 faezuddin puad


Jika ianya direalisasikan di Perak maka rakyat akan mendapat sebuah kerajaan yang jauh lebih stabil daripada kerajaan PN.

Selepas itu Johor, Melaka, Kedah, Sabah dan Persekutuan boleh pakai formula yang sama.
Hanya sebuah kerajaan yang stabil mampu keluarkan rakyat daripada masalah Covid-19 dan masalah ekonomi.