Kerajaan Terus Sokong Pelaburan Berkualiti Tinggi – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif AT&S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft (AT&S), Dr Michael Mertin di Putrajaya pada 4 Jun 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 4 Jun – Perkembangan semasa operasi syarikat AT&S Malaysia di Kulim, Kedah antara perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif AT&S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft (AT&S), Dr Michael Mertin.

Sehingga kini, syarikat itu menggaji kira-kira 2,700 tenaga kerja di Kulim, menurut hantaran di media sosial yang dikongsikan Anwar hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif AT&S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft (AT&S), Dr Michael Mertin di Putrajaya pada 4 Jun 2026. Foto PMO

Menerusi hantaran itu, Anwar berkata, Malaysia merupakan antara hab pengeluaran utama syarikat tersebut selain Austria, China dan India, sekali gus mencerminkan keyakinan berterusan pelabur global terhadap keupayaan dan daya saing negara.

“AT&S merupakan antara peneraju global dalam pengeluaran substrat litar bersepadu (IC) bernilai tinggi dan papan litar bercetak, selain membangunkan teknologi perhubungan canggih yang menyokong pelbagai industri strategik termasuk peranti mudah alih, automotif, aeroangkasa, perubatan, perindustrian serta pengkomputeran berprestasi tinggi bagi aplikasi kecerdasan buatan (AI),” ujar beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif AT&S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft (AT&S), Dr Michael Mertin di Putrajaya pada 4 Jun 2026. Foto PMO

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus memberikan dukungan yang jelas dan konsisten kepada pelaburan berkualiti tinggi yang mampu memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai semikonduktor global serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat.

“Keyakinan yang ditunjukkan oleh pelabur antarabangsa seperti AT&S merupakan cerminan kestabilan politik negara, pengurusan ekonomi yang berhemat serta kejelasan dasar Kerajaan MADANI,” kata Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif AT&S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft (AT&S), Dr Michael Mertin di Putrajaya pada 4 Jun 2026. Foto PMO


PRU DUN: Pakatan Harapan Perkukuh Persiapan Jentera Di Johor, Negeri Sembilan – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Harapan (PH) bersiap sedia dengan persiapan menghadapi PRU DUN Johor dan Negeri Sembilan pada 5 Jun 2026. Foto JPKK Pulau Meranti

PUCHONG, 5 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Harapan (PH) kini sedang giat mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, segala aspek persiapan jentera akan digerakkan secara optimum memandangkan notis pembubaran DUN bagi kedua-dua negeri itu dibuat dalam tempoh singkat.

“Setakat laporan semalam, kita buat (persiapan jentera) sedaya upaya kita walaupun untuk Johor itu notis yang singkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Harapan (PH) bersiap sedia dengan persiapan menghadapi PRU DUN Johor dan Negeri Sembilan pada 5 Jun 2026.

“Saya menyeru rakan-rakan dalam pimpinan kerajaan tumpu soal ekonomi, masalah rakyat. Kita (sebenarnya) ada masa untuk tumpu dua tiga bulan lagi bagi memulihkan (keadaan), kemudian pilihan raya. Tetapi Johor mahu (PRU DUN) segera,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti, dekat sini hari ini.

PH katanya, bersiap sedia dengan persiapan berkenaan selain mengadakan perbincangan dengan kedua-dua jentera di negeri-negeri yang telah melaksanakan pembubaran DUN.

Mengulas mengenai Mesyuarat Biro Politik KEADILAN semalam, Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata intipati utama perbincangan adalah tertumpu kepada soal perkembangan PRU DUN di kedua-dua negeri berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Harapan (PH) bersiap sedia dengan persiapan menghadapi PRU DUN Johor dan Negeri Sembilan pada 5 Jun 2026. Foto JPKK Pulau Meranti

“Kita bincang perkembangan di Johor (dan) keperluan untuk perkasa pasukan, kemudian juga kemungkinan masa itu pembubaran Negeri Sembilan. Sekarang sudah bubar, jadi kita persiapkan pilihan raya Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Isnin lepas, Menteri Besar Johor, mengumumkan pembubaran DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi, berkuat kuasa pada 1 Jun setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pula mengumumkan DUN Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi dibubarkan hari ini setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.



BOH LEBAI PAS GAMAKNYA LA....

 

TMJ tak senang ahli politik main isu Melayu ditindas masa pilihan raya, siapa dimaksudkan?

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan segelintir ahli politik yang sering memainkan naratif Melayu ditindas dan kaum lain mahu mengambil alih negara.

Baginda menganggap naratif menakut-nakutkan rakyat seperti itu tidak masuk akal kerana sentimen sedemikian tidak mencerminkan realiti kehidupan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Dalam video yang dimuat naik oleh Leond Clipz, TMJ menyifatkan permainan isu kaum dan agama sebagai taktik yang sering digunakan untuk meraih sokongan politik.

Baginda mengkritik perbuatan tersebut, menyifatkan apabila naratif tersebut dijaja, ia adalah ucapan berbaur kebencian.

“Jika anda lihat, setiap kali pilihan raya semakin hampir, anda akan melihat orang-orang ini berkata kita perlu selamatkan orang Melayu. Orang Melayu telah ditindas. Orang Cina akan mengambil alih. I’m like what the hell are you talking about.

“Itu pada dasarnya adalah ucapan kebencian. Itu seperti memberikan naratif yang sama sekali berbeza. Tetapi sesetengah orang yang tidak berpendidikan, akan mempercayainya,” kata TMJ dalam video tersebut.

Baginda berkata tiada siapa yang mengarahkan orang Melayu menukar agama mereka, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai motif di sebalik naratif kononnya orang Melayu ditindas.

Realitinya menurut baginda, masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini masih saling menghormati antara satu sama lain.

“Maksud saya, tiada siapa yang menyuruh kita menukar agama atau kita mahukan hak yang sama rata (dengan kaum lain) atau perkara seperti itu. Orang Melayu mempunyai keistimewaan yang berbeza dan kita hanya perlu bersyukur, tetapi kita perlu juga berusaha lebih keras.

“Realitinya, masyarakat masih menghormati agama setiap kaum dan kita perlu akuinya.

“Tetapi anda lihat, setiap kali ahli politik berucap, mereka selalu bercakap tentang bagaimana kita perlu melakukan ini untuk orang Melayu. Orang Melayu mesti melakukan ini, orang Melayu mesti melakukan itu,” kata baginda.

Justeru baginda berkata, peranan institusi diraja penting sebagai semak dan imbang ketika ahli politik terus memainkan sentimen yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Video pendek itu tular dan berjaya mendapat perhatian ramai apabila TMJ secara terus menyentuh taktik politik yang sering menggunakan naratif ketakutan kaum bagi meraih sokongan.




Kerajaan Persekutuan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

 


PUCHONG: Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf dan akan terus berkhidmat kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pendirian rasmi kerajaan itu dibuat mengikut saluran perundangan dan perlembagaan biarpun terdapat usaha memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar, menggantikan Tuanku Muhriz.

Anwar turut mohon supaya sebarang pandangan lain mengenai isu berkenaan perlu dibuat mengikut saluran sah mengikut perlembagaan bagi mengelakkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Ini kerana, katanya, menggugurkan atau memakzulkan mana-mana raja akan memberikan implikasi sangat besar terhadap negara dan keamanan tanah air.

"Krisis di Negeri Sembilan tentunya sedikit menggusarkan kerana institusi Raja ada peraturan, kaedah dan cara kemuliaannya. Jika digugat begini rupa, ia mesej yang sangat tidak baik.

"Saya tidak menafikan hak sesiapa ikut saluran undang-undang dan perlembagaan negeri tetapi hujah harus kuat. Sebab ini kita pandang berat dan saya sudah memberi pandangan ini kepada pihak berkenaan

"Kita harus ikut saluran mahkamah yang buat keputusan tadi dan dan kita juga sudah beri nasihat tetapi diteruskan pengisytiharan di hotel," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Tunku Nadzaruddin dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam majlis yang berlangsung di sebuah resort di Melaka, sebentar tadi.

Pemasyhuran itu diisytiharkan dalam majlis ringkas oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Pemasyhuran itu bagaimanapun dijangka menghangatkan lagi krisis pertikaian takhta di Negeri Sembilan.

Pada April lalu, empat undang, termasuk Datuk Mubarak Thahak (Sungai Ujong) yang kedudukannya dipertikai, mengumumkan pemecatan Tuanku Muhriz dan mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimanapun menegaskan pemecatan Tuanku Muhriz tidak sah dan tidak diiktiraf atas alasan Mubarak tiada kuasa sah sebagai Undang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan komited mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.

"Kita sebagai Kerajaan Persekutuan, walaupun tidak terbabit secara langsung, harus memberikan nasihat (kepada Raja-Raja Melayu).

"Terutama bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia, sistem raja ini bukan hanya namanya, tetapi kemuliaannya, beberapa kaedah dan peraturannya. Sebab ini kita tetap pertahankan kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan raja.

"Saya juga menyokong penuh tindakan Aminuddin yang menyatakan oleh kerana simpang siur tidak tentu arah ini, sebaiknya diadakan pilihan raya dan Tuanku Muhriz juga sudah beri perkenan," katanya.


Tunku Nadzaruddin dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

 


ALOR GAJAH: Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar dimasyhurkan oleh Undang Yang Empat sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang dilangsungkan di sebuah resort di sini, hari ini.

Pemasyhuran diisytiharkan dalam majlis ringkas oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar dimasyhurkan oleh Undang Yang Empat sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang dilangsungkan di sebuah resort di Melaka, hari ini.
Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar dimasyhurkan oleh Undang Yang Empat sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang dilangsungkan di sebuah resort di Melaka, hari ini.

"Bahawasanya selaras dengan Perkara 11 Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan 1959, kami Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dengan kuasa yang ada pada kami berkenaan memilih dan memasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12, berkuat kuasa serta-merta.

"Bersesuaian dengan pengisytiharan Undang Yang Empat yang dilakukan pada 19 April 2026. Sekian dimaklumkan," katanya ketika pengisytiharan itu.

Pengisytiharan itu kemudiannya disambut Tunku Nadzaruddin.

"Bahawasanya beta Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar menjunjung kasih kepada Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin serta Datuk Syahbandar Sungai Ujong atas pemilihan dan pemasyhuran beta sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12," katanya.

Majlis itu disusuli dengan bacaan doa dan laungan "daulat tuanku" oleh hadirin.

Turut hadir ahli politik veteran Rais Yatim, yang juga pengkaji adat perpatih serta bekas menteri besar Negeri Sembilan lebih 40 tahun lalu.

Pemasyhuran itu hari ini dijangka menghangatkan lagi krisis pertikaian takhta dengan dengan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Negeri Sembilan.

April lalu, empat undang, termasuk Mubarak (Sungai Ujong) yang kedudukannya dipertikai, mengumumkan pemecatan Tuanku Muhriz dan mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar baru berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar Aminuddin Harun bagaimanapun menegaskan pemecatan Tuanku Muhriz tidak sah dan tidak diiktiraf atas alasan Mubarak yang membuat pengisytiharan tiada kuasa sah sebagai Undang.

Terdahulu media melaporkan berlaku kekecohan di pintu utama Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin pagi ini apabila dua Undang dihalang pihak polis daripada memasuki premis berkenaan.

Insiden sekitar jam 8.40 pagi itu berlaku apabila Undang Luak Johol dan Jelebu tiba untuk menghadiri satu sidang khas bersama pemimpin adat negeri yang lain, dikatakan bagi membincangkan dan menamatkan pertikaian diraja Negeri Sembilan yang berlarutan.

Kekecohan terbabit berlangsung kira-kira 10 minit sebelum Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri datang ke pintu utama menemui pegawai.

Syed Razman memberitahu pegawai kanan itu bahawa dia sudah bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, yang dikatakan mengarahkan polis tidak menghalang undang berkenaan masuk.

Undang Luak akhirnya dibenarkan memasuki premis itu namun mereka terpaksa memendekkan perjumpaan berkenaan kerana ketiadaan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar yang dinamakan sebagai "Yang di-Pertuan Besar baharu".

Sehubungan itu majlis berkenaan ditukar ke hotel berkenaan yang pada awalnya turut menyaksikan Undang Yang Empat turut dihalang mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin.

Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar.
Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar.



PRN Johor: PAS makin terdesak pujuk Umno, makin kalut & keliru - kejap MN, kejap PN, kejap entah apa


 

Ada apa Pas dengan Umno bertemu semalam? Ini respon Ahmad Zahid

 


Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil menjawab mengenai pertemuan beberapa pemimpin Umno dengan pemimpin Pas malam tadi.

Zahid berkata, pertemuan itu sekadar perbincangan mengenai kemungkinan kerjasama yang boleh dibuat demi memastikan kestabilan politik dalam negara.

Bagaimanapun beliau berkata, pertemuan itu tidak membabitkan presiden parti.

“Pertemuan itu tanpa presiden parti, ia sekadar perbincangan bagaimana soal kolaborasi yang harus kita lakukan kerana kita tidak mahu kestabilan politik di negara ini tergugat,” katanya selepas ‘Walkabout’ Karnival Hari TVET Negara 2026, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, UMNO sememangnya kerap mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk rakan dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pertemuan itu sekadar pertemuan biasa.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan dikatakan antara individu yang menghadiri mesyuarat itu di sebuah hotel, di Kuala Lumpur.




PRU DUN Johor: PM Anwar Dijadual Lancar Jentera PH Johor Malam Esok

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan jentera Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026.

JOHOR BAHRU, 5 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dijadual melancarkan jentera PH negeri bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-16, malam esok.

Menerusi hantaran di Facebook Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Batu Pahat hari ini, pelancaran itu dijadual berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Cina, Batu Pahat pada 8 malam.

“Pelancaran jentera PRN PH Johor. ‘We are ready’ (Kami sudah bersedia),” menurut hantaran itu.

Pakatan Harapan (PH) dijangka bertanding kesemua 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor ke-16 sekitar Julai 2026.

Timbalan Pengerusi PH yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu juga dijangka hadir pada pelancaran itu.

Sebelum ini, PH Johor mengumumkan bakal bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini.

Pada PRU DUN Johor 2022, BN memenangi 40 kerusi DUN, PH (12), Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).

DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lepas selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.




@sinarharianofficial ADUN Endau keluar Bersatu, kembali kepada UMNO

 


PH DIANGGAP UNDERDOG! TETAPI HARAPAN BOLEH RAMPAS JOHOR DENGAN DUA SIFIR INI!


 

SEKEJAP SOKONG SEKEJAP TIDAK


 

Pemuda DAP seru Anwar bubar parlimen


 

"2 KALI KALAH, MASIH TAK SEDAR LAGI" ! LOKMAN BALUN KJ ?


 

DULU PUN UMNO BUAT GAK DI KELANTAN

 


Che Ibrahim


Teringat Zaman Pemuka



Umno melantik Sultan Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh dulu dulu...



Saya ni bukan macai DAP.



Alif Jamil.






Saya cuma ingin mengajak rakyat supaya berfikir dgn waras tentang permainan sebenar politikus yg terpaling melayu diatas. 


Ahli² politik parti melayu yg siang malam menjaja tentang bahayanya DAP untuk negara ni tapi akhirnya apa yg mereka pertaruhkan dalam pilihanraya ? 


Cuba tengok dalam gambar tu , 


Berapa kerat sahaja calon melayu yg mereka letak untuk bertempur dgn DAP ? 


Kalau parti² melayu betul mahu memperkuatkan kuasa politik org melayu , maka pilihanraya kali ini silakan letak calon² melayu dan lawan DAP disetiap penjuru. 


Jangan hanya berani berkokok atas pentas dgn nama ketuanan melayu tapi akhirnya letak jugak calon bukan melayu untuk lawan DAP.





KALAU UMNO NAK KENA PEKENA DENGAN PAS.. IKUT LA

 

Che Ibrahim


PHBN BERKAWAN ATAU BERLAWAN?









Kalau jadi sengoti pakatan Pas - UMNO dalam PRN Johor dan N9 ni, ambo nak minta so kara dari PMX.... Tapi malas sebut ssini. 


Adapun pilihan UMNO untuk bersama Pas atau bergerak solo, ambo hormati pilihan UMNO. Dah demo tak minat nak bersama PH, nak buat guana.....

Dlm politik ni dia ada 2 pilihan jah, berlawan atau berkawan, selebihnya terserah kepada rakyat yang memilih.





RETORIK PENYATUAN MELAYU


Che Ibrahim



 Antara penyatuan melayu dan penyatuan parti parti politik melayu, semuanya hanya retorik.






SELEPAS DUN JOHOR DAN NS DIBUBARKAN, ELOK JUGA JIKA MELAKA MENGAMBIL LANGKAH SAMA



5 Jun 2026


DUN Negeri Sembilan telah diumumkan bubar berkuatkuasa hari ini, 5 Jun 2026.


Pengumuman pembubaran dibuat Menteri Besar, Aminuddin Harun dalam satu sidang media mengejut yang dilakukan jam 11 malam tadi.


Aminuddin berkata, Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah memperkenankan permintaan beliau untuk membubarkan DUN, pada pertemuan sebelum itu.


Dengan pembubaran itu, PRN Negeri Sembilan perlu diadakan dalam tempoh 60 hari’daripada sekarang.


PRN Negeri Sembilan yang lalu diadakan pada Ogos 2023, bermakna belum sampai tiga tahun.


Pada 1 Jun lalu, DUN Johor lebih dulu diumumkan bubar oleh Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.


Berdasatkan situasi ini, dua negeri iaitu Johor dan Negeri Sembilan akan berdepan PRN yang dipercayai akan diadakan serentak sebelum 1 Ogos 2026.


Bagaimanapun, satu lagi negeri yang patut lebih dulu mengadakan PRN ialah Melaka.


Ini berikutan PRN Melaka sebelum ini diadakan pada November 2021 dan ini bermakna tempoh penggal lima tahunnya sudah hampir berakhir.


Memandangkan PRN Johor sebelum ini diadakan pada Mac 2022, Melaka seharusnya lebih dulu diadakan PRN berbanding Johor.


Tetapi disebabkan BN ada perkiraan lain iaitu untuk membentuk momentum kemenangan menuju PRU16, maka sebab itulah PRN Johor diberi laluan terlebih dahulu.


Ikut perancangan, selepas PRN Johor ini barulah diadakan pula PRN Melaka.


Pun begitu, berikutan krisis politik dan kemelut melibatkan Undang Yang Empat yang berlaku di Negeri Sembilan, ia memaksa DUN negeri itu akhirnya dibubarkan sebagaj jalan penyelesainnya.


Yang pasti kini, dua negeri iaitu Johor dan Negeri Sembilan wajib diadakan PRN, manakala Melaka hanya menunggu masa ia dibubarkan.


Ketua Menteri Melaka sebelum ini dilaporkan berkata, DUN negeri itu akan dibubarkan menjelang September 2026.


Dalam hal ini, oleh kerana DUN Johor dan Negeri Sembilan telah dibubarkan, lebih elok dan munasabah jika Melaka juga membubarkan DUN negeri itu dalam waktu terdekat ini.


Jika boleh pembubaran itu sebaiknya dilakukan sebelum SPR bermesyuarat untuk menentukan tarikh PRN di Johor dan Negeri Sembilan.


Ini bagi membolehkan PRN Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dapat diadakan serentak untuk menjimatkan masa, kos dan bertujuan lebih memudahkan SPR menyusun kerjanya. 


Sudah tentu hanya membuang masa, menambahkan kos dan menyusahkan SPR kiranya pilihan raya di tiga negeri itu diadakan secara berasingan, walhal ia boleh dijadikan serentak.


Bolehkah Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh mempertimbangkannya? - ShahbudinHusin 05Jun2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1302957445160705&id=100063393840098




TAK SEDAR UMNO KALAH..KITA HUMBAN UMNO LAGI

 


Jason Yew


DUN Negeri Sembilan Bubar: Masa Rakyat Hukum Gila Kuasa UMNO






1. Pagi ini saya terbaca berita bahawa DUN Negeri Sembilan sudah dibubarkan.


2. Saya ucap tahniah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Ini langkah yang berani dan tepat.


3. Pakatan Harapan di Negeri Sembilan sudah mentadbir dengan baik. Negeri pun stabil. Tapi seperti biasa, ada pihak yang tidak senang duduk bila orang lain buat kerja.


4. Kita tahu punca sebenar kemelut ini. Semuanya sebab ada parti yang sentiasa gila kuasa dan tarik sokongan. 


5. Inilah perangai UMNO Negeri Sembilan. Mula-mula mereka sokong. Kemudian, bila nampak peluang tebuk atap, mereka tarik sokongan. 


6. Mereka fikir kerajaan negeri ini hak milik mutlak mereka. Kononnya kerajaan tidak boleh hidup kalau tanpa UMNO.


7. Tapi mereka silap. MB bertindak bijak pulangkan balik mandat kepada rakyat. Biar rakyat yang hukum.


8. Sekarang DUN sudah bubar. Terkial-kiallah mereka nanti. Sindrom syok sendiri ini memang sudah lama ada dalam UMNO Negeri Sembilan.


9. Saya amat bersetuju bila MB Aminuddin kata PH akan bertanding kesemua 36 kerusi DUN. Tak payah lagi beri muka, berunding, atau bergantung harap pada parti yang kerjanya asyik mahu tikam dari belakang.


10. Saya harap rakyat Negeri Sembilan bijak membuat pilihan. Ajar sikit parti politik murahan yang jadi punca ketidakstabilan ini. 


11. Beri mandat penuh kepada Pakatan Harapan yang benar-benar ikhlas bekerja untuk rakyat. 


#PRNNegeriSembilan #mbnegerisembilan #aminuddinharun #pakatanharapan #keadilanuntuksemua





PELUNCURAN JENTERA PH LAWAN AMENO




 


RATU BIASA CERDIK.. RATU KONGKIAK PUN DIJAGA... NI RATU TAK GUNA SEDUIT.

 




Penat dah zikir UMDAP .Tiba tiba Bersatu disingkir oleh PAS.Sekarang nak jadi UMPAS.Hari hari mengutuk Kes Zahid tiba tiba nak peluk zahid pulak dah.

Relax lah jangan koyak..😀😀🤭