Campur tangan Pas dalam pilihan raya Singapura: Ancaman kepada ASEAN

 



DR SHAHNOR BASRIApril 27, 2025

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura merupakan salah satu hubungan paling strategik dan kompleks di Asia Tenggara, berlandaskan sejarah, ekonomi, dan kerjasama serantau yang mendalam.

Dalam konteks ini, tindakan segelintir pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) yang cuba mempengaruhi perjalanan pilihan raya di Singapura bukan sahaja biadab dari sudut diplomasi antarabangsa, malah mencerminkan ketidakmatangan politik yang boleh mencetuskan ketegangan diplomatik dan merosakkan solidariti ASEAN.

Fenomena ini menimbulkan persoalan besar tentang tahap komitmen Pas terhadap prinsip asas hubungan antarabangsa, norma diplomatik, dan kepentingan nasional Malaysia dalam kerangka geopolitik serantau.

Pencabulan Prinsip Tidak Campur Tangan

Cubaan mana-mana pihak untuk mencampuri urusan politik dalaman negara jiran adalah pelanggaran terang-terangan terhadap prinsip asas non-interference yang menjadi tunjang Piagam ASEAN (ASEAN Charter, 2007). Artikel 2(2)(e) Piagam tersebut menegaskan dengan jelas kewajipan negara anggota untuk menghormati kedaulatan dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Tindakan pimpinan Pas bukan sahaja mengkhianati semangat ASEAN, malah memperlekehkan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip antarabangsa yang telah sekian lama membentuk dasar luar negara ini.

 

BAITULJANNAH

Cari Pasangan Yang Berkongsi Nilai Anda

Baituljannah membantu Muslim bertemu pasangan yang tepat untuk mereka

MULA MENEROKA

Sepertimana diingatkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Bernama, 2023), hubungan serantau mesti dipelihara berasaskan hormat-menghormati dan kesaksamaan kedaulatan.

Cubaan mempengaruhi keputusan politik di Singapura bukan sahaja satu bentuk pelanggaran adab diplomatik, tetapi juga menandakan kecetekan pemikiran strategik pimpinan Pasyang gagal memahami kepentingan jangka panjang Malaysia di peringkat serantau.

Ancaman Kepada Hubungan Dua Hala Malaysia-Singapura

Malaysia dan Singapura berkongsi hubungan dua hala yang kompleks melibatkan perdagangan bernilai lebih RM200 bilion setahun (Ministry of International Trade and Industry Malaysia, 2024), pelaburan, tenaga kerja, serta kerjasama keselamatan rentas sempadan. Ketegangan hubungan ini akibat provokasi politik tidak bertanggungjawab boleh memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi, pelaburan, dan pergerakan rakyat kedua-dua negara.

Sebagai contoh, Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang tenaga hijau, pertahanan siber dan pertanian yang dimeterai pada 2023 (Wisma Putra, 2023) merupakan bukti betapa pentingnya kepercayaan diplomatik antara kedua-dua negara. Mengheret hubungan ini ke dalam kancah politik sempit adalah tindakan berbahaya yang boleh mengorbankan kepentingan nasional demi keuntungan politik domestik jangka pendek.

Mencemarkan Imej Malaysia Di Mata Dunia

Malaysia selama ini berusaha keras membina imej sebagai negara sederhana (moderate state) yang mengutamakan diplomasi damai, menghormati undang-undang antarabangsa, dan menyumbang kepada keamanan serantau. Ketika Malaysia memegang Pengerusi ASEAN pada tahun 2015, dasar luar Malaysia dipuji kerana konsisten menekankan prinsip “kesatuan dalam kepelbagaian” (ASEAN Chairmanship Report, 2015).

Sebaliknya, tindakan pimpinan Pas membayangkan sebuah wajah Malaysia yang tidak menghormati sempadan kedaulatan, tidak peka terhadap norma antarabangsa, dan bersedia menggugat hubungan baik demi kepentingan politik sempit. Ini bukan sahaja menjejaskan imej Malaysia di mata dunia, malah membuka ruang kepada negara-negara lain mempersoalkan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip ASEAN.

Dalam dunia globalisasi hari ini, persepsi antarabangsa adalah aset strategik. Sebarang tindakan politik dangkal yang menjejaskan reputasi Malaysia akan memberi implikasi negatif kepada pelaburan asing, kerjasama perdagangan, dan hubungan strategik jangka panjang.

Merosakkan Solidariti dan Kesatuan ASEAN

ASEAN bukan sekadar sebuah organisasi serantau; ia adalah satu komitmen bersama untuk mempertahankan keamanan, kestabilan, dan pembangunan serantau. Deklarasi Bangkok 1967 dan Piagam ASEAN 2007 menggariskan bahawa negara anggota wajib menghormati kedaulatan dan tidak campur tangan dalam urusan dalaman satu sama lain.

Dengan cuba mengganggu proses demokrasi Singapura, Pas telah membuktikan dirinya sebagai elemen yang melemahkan solidariti ASEAN. Dalam era ketidakstabilan geopolitik global — dari ketegangan Laut China Selatan hingga ke ancaman perubahan iklim — rantau ini tidak mampu membiarkan tindakan tidak bertanggungjawab merosakkan kekuatan kolektif ASEAN.

Pas, dalam keghairahan populisme domestik, gagal menunjukkan kepekaan terhadap keperluan diplomasi serantau yang bijaksana.

Pas Perlu Cermin Diri: Gagal Tadbir Negeri Sendiri

Lebih ironik, parti yang cuba mengajar negara lain tentang demokrasi ini sendiri gagal menunjukkan prestasi pentadbiran yang memuaskan dalam negeri-negeri di bawah pentadbirannya. Laporan Audit Negara 2024 menunjukkan pelbagai ketirisan kewangan, kelemahan pengurusan sumber air, dan peningkatan kadar kemiskinan di Kelantan dan Terengganu.

Apakah kredibiliti Pas untuk berbicara tentang integriti politik di negara lain sedangkan mereka sendiri gagal menunaikan amanah rakyat di negeri-negeri mereka? Inilah manifestasi hipokrasi politik yang perlu ditolak keras.

Kesimpulan: Hormat Kedaulatan, Pelihara Persahabatan, Tegakkan Prinsip Diplomasi

Pimpinan Pas perlu insaf bahawa hubungan antarabangsa bukanlah gelanggang politik murahan untuk meraih sokongan domestik. Hubungan Malaysia-Singapura adalah hubungan strategik yang memerlukan ketelitian, kebijaksanaan, dan rasa tanggungjawab tinggi.

Malaysia harus terus mempertahankan prinsip diplomasi damai, menghormati kedaulatan negara jiran, dan memperkukuhkan solidariti ASEAN. Pencabulan prinsip ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mesti dikutuk dan ditolak secara tegas demi menjaga nama baik negara di mata dunia.

“Diplomasi yang matang membina negara; politik sempit memusnahkan masa depan.”

Penulis merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam yang berpengkalan di Jordanmembezakan antara agama dan kuasa.

(*) Penulis merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam yang berpengkalan di Jordan.

 





Calon Pas kalah kepada PSM di 3 PDM, pukulan memalukan untuk PN


 


BORHAN AHMADApril 27, 2025

Calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas kalah kepada calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam pilihan raya kecil Air Kuning.

Selain itu, Pas kehilangan 3 PDN yang dimenangi dalam pilihan raya umum lalu apabila hanya berjaya mengekalkan satu dari empat PDM yang dimenanginya sebelum ini.

Calon PSN tewaskan calon PN di PDM Banir Utara apabila mendapat 39 undi berbanding calon Pas yang hanya mendapat 22 undi.

Calon Umno dari BN menang di PDM ini apabila mendapat 153 undi.

Di PDM Kampung Coldstream pula calon Pas hanya mendapat 23 undi berbanding calon PSM yang mendapat 66 undi manakala calon BN apabila mendapat 708 undi.

Calon Pas juga paling corot di PDM Ayer Kuning Selatan apabila hanya mendapat 31 undi berbanding calon PSM yang mendapat 107 undi manakala calon BN yang mendapat 346 undi.

 

BAITULJANNAH

Opss tak jumpa jodoh lagi?

Jodoh Tak Datang Sendiri, Kena Mula Cari!

KETAHUI LEBIH LANJUT

Dalam PRK ini, calon Pas hanya menang di PDM Tanjong Keramat dari 20 PDM yang ada di Air Kuning.

Pada peringkat awal, calon Pas dari PN dijangka akan mendapat undi simpati dari pengundi Cina ekoran kes pemusnahan ladang durian di Raub.

Namun, tindakan Pas memainkan isu babi dari perpektif perkauman telah menyebabkan 90% pengundi Cina menyokong calon BN, sembilan peratus mengundi calon PSM dan hanya satu peratus yang mengundi calon Pas.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir menang PRK DUN Ayer Kuning, Perak dengan majoriti 5,006 undi, berbanding hanya majoriti 2,213 dalam pilihan raya lalu.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi.

Mohamad Yusri yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, meraih 11,065 undi, mengatasi Abdul Muhaimin yang memperolehi 6,059 undi, manakala calon PSM, Bawani KS mendapat 1,106 undi.

 

Pas kini hanya kucing basahan selepas terjun Sg Bidur mencari najis babi


 

Pas dan Perikatan Nasional (PN) bukan lagi harimau bertaring tetapi sekadar kucing basahan akibat terjun ke sungai Bidur untuk mencari najis babi.

Demikian kata penganalisis dari Umno, Datuk Dr Noor Azizan (gambar bawah) mengulas keputusan pilihan raya kecil Air Kuning.


Description: https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2025/04/dr-azizan.jpg

“PRK Ayer Kuning membuktikan satu perkara: Pas dan PN bukan lagi harimau bertaring , tapi sekadar kucing basahan akibat terjun sungai Bidor,” kata Noor Azizan dalam analisis awalnya selepas BN diumumkan menang selesa di Air Kuning.

Bagi beliau, walaupun Pas dan PN sibuk mencari alasan, “fakta tetap fakta — BN tambah majoriti, 𝘀𝗮𝗽𝘂 𝟭𝟵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬 𝗣𝗗𝗠 tanpa ampun.”“𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗽𝗲𝗱𝗶𝗵, 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝗻𝗼𝗻𝗻𝘆𝗮𝘀𝗼𝗹𝗶𝗱𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗮𝗿𝗮𝗵,” kata beliau dalam analisis awal yang disiarkan dalam Facebook beliau.Bagi Pengarah Strategik Umno itu, sekarang bukan lagi zaman o“Pengundi hari ini lebih bijak: mereka pilih akal, bukan amarah,” katanya.Bagi Dr Azizan, 𝗣𝗥𝗞 𝗶𝗻𝗶 memberikan 𝘁𝗮𝗺𝗽𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀 kepada Pas dan PN kerana “𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗸𝗲𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝟮𝟰 𝗷𝗮𝗺.“Kalau masih tak sedar, tunggulah PRU depan, mungkin terus tenggelam,” katanya.Ketika calon BN berusaha bertemu seramai mungkin pengundi di Air Kuning, para pemimpin Pas sibuk mencari najis babi yang didakwa mereka melimpah dari ladang babi di situ.rang percaya sembang kosong dan fitnah murahan.

 

Antara aksi pemimpin Pas yang diketuai Ketua Penerangannya, Fadli Shaari adalah meredah sungai di Air Kuning untuk mencari najis babi.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir menang PRK DUN Ayer Kuning, Perak dengan majoriti 5,006 undi, keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mohamad Yusri yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, meraih 11,065 undi, mengatasi Abdul Muhaimin yang memperolehi 6,059 undi, manakala calon PSM, Bawani KS mendapat 1,106 undi.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi pada PRKL kali ini mencatatkan penurunan sebanyak 15.4 peratus berbanding 73.47 peratus yang direkodkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

 

 



KEH..KEH..KEH...


 

KUMPULAN PEMALAS KATA DIA.

 


NI KEJAYAAN ...KEPALA ETS BARU


 

KEH KEH ..YANG HANG BINGAI PI HIDU TAIK BABI BUAT APA. KERJA BODO PIANG.


 

PARTI LEBAI PATUT BERSYUKUR RAMAI ANAK MUDA TIDAK PULANG DAN MEREKA SANGGUP DI 'NERAKA' KAN



W. FAUDZIN


Memang patutlah kalah.  Hasrat bertanding hanya untuk sekat pihak lawan dapat capai undi lebih, meskipun jumlah undi parti sendiri pun merosot.  Mahu sedapkan hati.


Semua tahu, BN mensasarkan jumlah undi lebih 18K sekiranya peratusan keluar mengundi sehingga 75%.  Tapi yang keluar mengundi hanya 58% jauh dari sasaran, maka majoriti BN yang diperolehi lebih 5K sudah dikira munasabah dan memadai untuk telanjangkan lebai yang nyata dan jelas turun jumlah undi yang mereka perolehi.


Alasan lebai, ramai anak muda tidak balik untuk mengundi, maka lebai kalah.  Walhal, terbukti anak2 muda yang balik mengundi pun telah memangkah BN.  BN menang saluran undi anak2 muda.  Erinya, kalau lebih ramai anak muda pulang mengundi, parti lebai akan lebih teruk kalah.  Bersyukurlah kerana anak2 muda ini sanggup 'masuk neraka' kerana melanggar "fatwa" lebai Hadi yang mewajibkan mengundi.  


Pada pendapat aku, parti lebai kalah kerana parti ini tidak bijak berpolitik.  Kaum melayu Islam benci parti ini kerana selalu sangat tunggang agama.  Maka, semakin ramai melayu tolak parti ini, buktinya hampir semua kawasan majoriti melayu, BN menang bergaya. Parti lebai kelarah ini hilang sokongan melayu.


Mereka juga hilang sokongan kaum bukan melayu terutamanya kaum Cina kerana parti lebai ini bersungguh-sungguh tunggang isu babi.  Sanggup bawa rombongan ke ladang babi, ambil sampel air sungai bawa ke makmal kononnya untuk menunjukkan air di situ tidak bersih kerana ladang babi berkenaan.  Bayangkan, kalau cara ini mereka lakukan di Kelantan, ambil contoh air paip atau air yang disedut dari dalam tanah, yang setiap hari diminum oleh rakyat Kelantan itu untuk dikaji bersih atau tidak, alangkah bagusnya.  Malangnya, mereka lebih serius dengan air di ladang babi tempat orang berbanding air keperluan rakyat di negeri mereka.


Seperti biasa, ceramah maki hamun, fitnah, lakukan dosa qazaf, baca doa qunut nazilah, persendakan bacaan talkin, serta menganjing pihak lawan secara keterlaluan, menambah kebencian pengundi kepada parti lebai kelarah ini.  Ditambah pula dengan sikap tidak ikhlas dan sambil lewa parti sekutu mereka di dalam membantu parti logo bulan yang semakin gerhana ini.  Muhyidin sempat ke luar negara lagi dan di mana Jemin semburit ? 


Cukuplah dulu aku cerita tentang parti malang ini.  Tapi aku tabik spring kepada rakan2 cytro dan cybertroopers kerajaan madani yang sentiasa menangkis fitnah dan hujah2 bodoh puak lebai kelarah ini siang dan malam.  Tahniah sahabat !!  


WFAUZDIN NS



KEMPEN MENGANJING TIDAK DITERIMA PENGUNDI YANG CERDIK

 

Norman  Radzuan 



Kamu mulakan kempen



 ‘menganjingkan’ BN/PH  HAHA kan 😝 mereka. Kemudian kamu kempen cari najis BABI bukan cari orang susah. 



Akhirnya semalam kamu balik kena HAHA 😝. Amacam kalah dengan majoriti lebih besar…nak menganjingkan kan lagi tak lepas ni?


Betul la kata Shahril, pembangkang ini aset kerajaan Madani. Siapa punya idea bukan2 kempen mereka kali ini. Saya lihat dah mcm Sukan Sekolah PN buat kempen… Rumah merah ‘booo’ (HAHA) Rumah Kuning tepi padang. Lepas tu acara cari harta karun dlm sungai.


Kalian ini berjuang utk apa sebenarnya? Islam tak ajar menganjingkan lawan politik. Islam tak ajar hina bangsa lain. Islam tak ajar tidak adil dgn bangsa lain. Islam tak ajar sombong kononnya orang Melayu yang bukan bersama parti kamu itu sesat atau kafir. Islam tak ajar fitnah tidak kira lah apa kaum dan agamanya.




LIGA PRK DAN ORANG TAK SPM DAN ORANG BIJAK

 


LIGA PRK...MASA DEPAN BELUM TENTU...TETAPI PMX BUAT YANG TERBAIK...PERASUAH JANGAN LARI. MEMANG TAK LEPAS. KAMU BUAT KAMI TANGKAP .




NAK TARIK PENGUNDI, TAPI KAMU HINA PENGUNDI KAWASAN ITU- BODOH BETUL PEMIMPIN PAS. KAMU PAS..INGAT RAKYAT KAWASAN TU PERCAYAKAH KAMU AKAN MENYELESAIKAN YA ? NEGERI KAMU PUN SUSAH NAK MAMPOS. KIOK..

 






Che Ibrahim


PASCA PRK AYER KUNING


1. Satu isyarat perpaduan PHBN adalah momentum baru politik negara, perlu dikekal dan diperkasa kalau nak menang selesa PRU 16 nanti. 


2. PN sekadar mampu bertahan mengekalkan undi tegar, tidak ada keupayaan atau petunjuk ada lonjakan baru kecuali kekal sebagai pembangkang, namun ada kecenderungan untuk semakin merudum dan hilang sokongan. 


3. PSM menunjukan pencapaian yang mengejutkan, ada lonjakan baru melebihi 100%, namun masih ditahap hilang deposit. Mungkin undi kecewa pembangkang (baca Bersatu) beralih arah ke PSM




MANUSIA DAN KUASA

 

MANUSIA DAN KUASA



Sering disebut bijak pandai, untuk menilai keperibadian seseorang, tunggu bila kuasa ada dalam tangannya.

Orang yang selama ini peramah, mudah bergaul, senang didekati, terlihat baik dan tidak sombong, jika begitu keperibadian aslinya, dia pasti tidak berubah meski setelah beroleh kuasa.

Tetapi manusia ‘fake’ yang selama ini mewajahnya dirinya sebagai peramah, mudah didekati dan tidak sombong, sudah tentu akan berubah sebaik saja memperolehi kuasa.

Sebab itu, kita biasa mendengar, ramai orang bila sudah beroleh kuasa, wajahnya serta-merta berubah jadi ketat, mulai sombong, tidak membalas mesej dan tidak menjawab panggilan telefon kawan-kawan lamanya.

Tidak kurang mereka yang ‘fake’ itu turut bertindak keluar daripada Grup Whatsapp yang mereka agak aktif di dalamnya sebelum ini – alasan biasa ialah kini sibuk dan memori telefon telah penuh.

Yang ‘terpaling fake’ pula biasanya akan menukar nombor telefon supaya mereka yang biasa berhubung dengannya tidak lagi mengganggu selepas dia kini sudah ada jawatan dan kekuasaan.

Begitulah dunia dan hubungan antara manusia dan kuasa.

Kuasa boleh merubah keperibadian manusia dan kuasa juga menyebabkan ramai manusia lupa kata janjinya sebelum beroleh kuasa.

Sebelum beroleh kuasa, macam-macam janji diluahkan – daripada janji untuk memberi keselesaan kepada rakyat jelata sehinggalah  kepada kebebasan bersuara.

Tetapi, apa jadi bila sudah ada kuasa?

Selain kebebasan bersuara tidak dilonggarkan, bahkan lagi diketatkan, janji diabaikan dengan pelbagai alasan, malah keghairahan menggunakan kuasa itu ternampak makin berleluasa.

Mereka ini yang dulunya mengecam pihak yang ada kuasa kerana sering menggunakan kuasa dan kadangkala terbabas sehingga menyalahguna kuasa demi mempertahankan kuasa, nampaknya kini turut mengulangi perangai yang sama.

Lantaran itulah tiada pembaharuan kelihatan sehingga kini, yang ternampak hanyalah episod ulangan belaka, cuma watak dan sasarannya saja yang berbeza.

Meskipun kerap diulang semula apa yang mereka pernah kata sebelum berkuasa dahulu, mereka yang kini seronok dengan kuasa itu kelihatannya tetap tuli untuk mendengar suara-suara daripada bawahan.

Yang ghairah dilakukan ialah sikit-sikit tercuit, maka kuasalah akan digunakan.

Pemimpin jatuh dan kerajaan tumbang sudah kerap berlaku, baik di Malaysia serta di pelbagai negara lain di dunia ini dan punca biasanya ialah salah dalam mengurus kuasa sehingga rakyat akhirnya jadi tertekan dan tidak suka.

Jadi, ketika ada kuasa, jangan terlebih seronok dengan kuasa kerana selain boleh diguna untuk kebaikan, kuasa juga adalah umpama syaitan yang bila-bila masa boleh juga membawa kejatuhan. – ShahbudinHusin 26April2025.


30 Hornet Baharu TUDM Daripada Kuwait Dipenghujung Proses Kelulusan Amer...

AS MAKIN PANAS !! Malaysia Semakin Berani Menyatakan Minat Pada Jet Peju...

PMX dan YBM Pendidikan kasih kepada Maktab Mahmud

KEBANJIRAN PELAJAR YANG HADIR BERSAMA DS ANWAR BERCAKAP BERKAITAN DENGAN...



Penguasaan digital, termasuk kecerdasan buatan (AI), kini menjadi keperluan untuk kekal bersaing dalam pasaran global yang sentiasa berubah.
Perubahan ini menuntut keberanian dan kesiapsiagaan semua pihak—termasuk warga pendidik, pelajar institusi pengajian tinggi, serta murid-murid di peringkat sekolah.
Dalam menghadapi perubahan ini, kita tidak boleh melupakan asas utama pembinaan insan yang seimbang—penguasaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Asas ini bukan sahaja penting untuk membina individu yang berilmu, tetapi juga membentuk manusia yang baik dan berbakti.
Saya ingin tekankan bahawa matlamat penguasaan ilmu bukanlah semata-mata untuk kejayaan peribadi, malah ilmu yang dimiliki akan memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya.
Sebelum saya beredar, saya sempat menyampaikan bantuan sebanyak RM500 kepada 2,000 pelajar dalam kawasan Parlimen Tambun, dimana bantuan ini adalah hasil Strategik Majlis Santunan Kasih KPKT dengan kerjasama Berjaya Care Foundation.
Semoga ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja




PRK AYER KUNING: BN menang selesa dengan peningkatan ketara - analisa te...

DATO KAMAL ANALISA KEMENANGAN BN-PH PRK DUN AYER KUNING

HRC LIVE!! - PUNCA PN-PAS KALAH - SATU PANDANGAN & ANALISIS FAKTA | PRK ...




Gabungan Madani berjaya mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning di Perak, dengan BN berjaya menewaskan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya kecil (PRK) itu. Penganalis mengatakan bahawa daripada , penelitian lanjut pada angka-angka keputusan menunjukkan bahawa Madani tidak seharusnya berpuas hati dengan kejayaannya. YANG PENTING MENANG SATU UNDI PUN MENANG





PRK Ayer Kuning: PM Anwar Ucap Tahniah Kemenangan Calon BN


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Apr – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Menurut Anwar, kemenangan itu akan membolehkan suara rakyat diterjemahkan dengan santun dan penuh keterampilan dalam pentadbiran.

“Tahniah kepada Dr Mohamad Yusri yang mewakili BN atas kemenangan di Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning yang baru selesai.

“Insya-Allah, suara rakyat pasti diterjemah dengan santun dan berketerampilan,” katanya dalam kenyataan ringkas malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi foto kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Ayer Kuning apabila Dr Mohamad Yusri menang dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru.

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, meraih 11,065 undi untuk menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS (1,106 undi).


LIHAT SEMUA SALURAN MENGUNDI. KALAH TETAP KALAH.



 Tak perlu sakitkan hati, MB Perak seru teruskan politik kasih sayang



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning bukti penerimaan rakyat terhadap pendekatan kasih sayang.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN negeri berkata, pengundi-pengundi terbukti menerima rayuan mereka.




“Pengundi-pengundi faham dan menerima rayuan kita. Mari kita teruskan kasih sayang ini… semua rakyat negeri Perak dan Malaysia cintakan keamanan.



“Kita berikrar tanpa perlu menyakitkan hati mana-mana pihak. Terbukti sudah cara kempen Kerajaan Perpaduan diterima pengundi Ayer Kuning, negeri Perak dan Insya-Allah, Malaysia,” katanya bersemangat.


Berucap di Bilik Gerakan BN, di Tapah malam ini, beliau turut memberitahu BN turut mencatatkan bagi segmen pengundi muda serta menjadi pilihan rentas kaum.


“Dalam saluran anak muda juga berlaku peningkatan.


“PDM-PDM orang Melayu juga berlaku peningkatan undi. Pengundi-pengundi Cina juga memberi kepercayaan kepada kita,” katanya lagi.



PAS KATA PENGUNDI TOLAK BN PH. TAPI PAS DITOLAK LEBIH JAUH..54% KELUAR MENGUNDI MEMANG KECIL.TAPI TETAP TOLAK PASPN.


 KENYATAAN RASMI


KEPUTUSAN PRK AYER KUNING ISYARAT PENOLAKAN TERHADAP KERAJAAN




PAS Malaysia mengambil maklum keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning yang telah berlangsung. Walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi ini, keputusan yang diperoleh menjadi gambaran jelas kepada banyak hakikat penting yang wajar diberi perhatian serius, khususnya oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.


Keyakinan yang dilaungkan oleh Menteri Besar Perak bahawa akan berlaku gelombang besar ‘transfer vote’ sehingga mampu mencapai majoriti 18,000 undi ternyata jauh meleset. Hakikatnya, Perikatan Nasional (PN) kekal teguh dengan undi teras sekitar 5,000 hingga 6,000 pengundi, menunjukkan bahawa sokongan akar umbi kepada PN tetap utuh dan tidak terjejas walaupun diasak hebat oleh kekuatan jentera kerajaan.


PRK ini juga membuktikan bahawa tiada perpindahan undi daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) kepada BN dengan jumlah yang besar. Sebaliknya, rakyat secara kolektif telah menghantar isyarat penolakan terhadap prestasi kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dilihat gagal menyantuni keperluan rakyat. Lebih ketara, kemerosotan kadar keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina memperlihatkan bahawa pengundi teras PH sendiri tidak bersedia untuk mengalihkan sokongan kepada BN, satu mesej penolakan yang sangat jelas terhadap kerjasama politik antara dua parti ini.


Sejarah menunjukkan bahawa Ayer Kuning adalah kubu kuat UMNO dan BN. Oleh itu, kemenangan BN tidaklah mengejutkan. Namun, majoriti undi yang semakin mengecil dalam PRK kali ini adalah satu peringatan keras buat BN bahawa keyakinan rakyat terhadap mereka semakin menipis. Ia merupakan tanda-tanda awal perubahan arus politik yang tidak boleh dipandang ringan.


Dalam realiti ini, PAS mengingatkan bahawa Perikatan Nasional perlu terus memperkukuh peranan semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri Perak. Segala isu yang dibangkitkan sepanjang kempen PRK Ayer Kuning — yang banyak dinafikan oleh kerajaan negeri — perlu terus diperjuangkan agar suara rakyat tidak tenggelam di dalam dewan. Lebih-lebih lagi dengan dominasi BN dalam kerajaan negeri, harapan rakyat kini bergantung kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dari PN untuk membawa aspirasi dan keperitan sebenar rakyat.


PAS menegaskan bahawa Perikatan Nasional akan terus istiqamah memperjuangkan hak rakyat, membela nasib semua golongan dan membina keyakinan menuju gelombang perubahan yang lebih besar dalam pilihan raya akan datang.


Sekian.


#PemudaPAS #KitaMemimpin



UNDI MEROSOT...PADAN MUKA ....BANDUAN ..ZAHID 47....UMDAP....AKHIRNYA UNDI MEROSOT DAN KALAH..JAGA LAGI TAIK BABI