Pang Sock Tao galas amanah Kerajaan Perpaduan pertahankan KKB



 


Oleh: Noraini Nordin



SOROTAN BERITA PRK KKB: Calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Bharu diamanahkan kepada seorang wanita terpelajar yang memiliki personaliti menarik bernama Pang Sock Tao.



Calon dari parti DAP ini telah diumumkan namanya dalam satu majlis yang dihadiri ramai pimpinan pusat dari yang mewakili parti masing-masing.



Turut memeriahkan acara malam tadi di Kuala Kubu Bharu adalah jentera-jentera akar umbi dari seluruh negara.

Pang Sock Tao, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming adalah calon yang dipertaruhkan pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.



Dua perkara penting dapat dilihat dengan pengumuman Sock Tao sebagai calon menunjukkan DAP mengekalkan kerusi tersebut untuk kouta wanita, selain mempertahankan tradisi kerusi Kuala Kubu Bharu sebagai milik pemimpin kaum Cina sejak dahulu lagi.



Baik ketika MCA dan kemudian DAP memenangi Kuala Kubu Bharu sejak 2013, kerusi itu sentiasa disandang oleh pemimpin kaum Cina.



Tidak mudah berubah angin



Tindakan DAP mengekalkan tradisi itu memperlihatkan parti tersebut adalah parti yang berpendirian tetap dan tidak mudah berubah angin tanpa asas yang kukuh.



Sebagai negara majmuk yang memiliki pelbagai kaum dan agama, selari dengan Kerajaan Perpaduan juga begitu bentuknya, pendirian DAP dalam konteks PRK Kuala Kubu Bharu ini amatlah tepat sekali.



Ia memperlihatkan kecenderungan untuk mengekalkan keharmonian, kesepatan dan kestabilan yang selama ini sudah sedia terbentuk dan ingin terus dipertahankan.



Dengan ini, apa yang perlu diusahakan selepas ini ialah semua parti dalam Kerajaan Perpaduan sama-sama bekerja keras bagi memastikan kemenangan berjaya dipertahankan.



Dalam hal berkaitan, sesuai dengan komposisi pengundi Melayu adalah majoriti di Kuala Kubu Bharu iaitu 51 peratus berbanding Cina 30 peratus dan India 18 peratus, pendirian UMNO untuk menyokong sepenuhnya calon yang diketengahkan bagi mewakili PH juga amat dihargai.



Menyokong calon Kerajaan Perpaduan



Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan, pihaknya akan segera mengaktifkan 'war room' bagi membantu dan menyokong calon Kerajaan Perpaduan itu.

"UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.



"Saya sendiri telah menemui Ketua UMNO Bahagian, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian pada minggu lepas untuk mengaktifkan jentera UMNO.



"Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri telah bertemu dengan Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam mesyuarat berkelompok pada Ahad lepas.



"Dua malam lepas misalnya, kita telah bertemu dengan parti-parti Kerajaan Perpaduan. Sudah dua kali kita adakan pertemuan, bererti UMNO menyokong sepenuhnya calon Kerajaan Perpaduan, calon Pakatan Harapan pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu," katanya lagi.



Jika semua pihak bersatu hati dan bekerja keras, tiada sebab kemenangan di Kuala Kubu Bharu tidak boleh dikekalkan.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

 

Kerajaan kecewa UM jemput penceramah pro-Israel, beri komen jelik


 

Kerajaan rasa kesal terhadap Universiti Malaya (UM) kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat, terutamanya berkaitan perjuangan Malaysia terhadap nasib rakyat Palestin.



Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, beliau berasa terkesan dengan UM kerana menjemput seorang ahli akademik warga asing yang cenderung kepada rejim Zionis.



"Seorang profesor telah hadir, beri komen yang jelik dan apabila diteliti latar belakang akademiknya, dia adalah pro kepada rejim Zionis.. saya kesal dengan jemputan ini," katanya ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.



Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu sepatutnya tidak berlaku di UM kerana ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang melahirkan ramai pemimpin tertinggi negara.



"UM juga adalah IPT yang berada dalam kawasan Parlimen (Lembah Pantai) dan sebagai Ahli Parlimen kawasan ini, saya timbulkan rasa kesal. Insiden sebegini seharusnya tidak berlaku kerana UM merupakan alma mater ataupun tempat pengajian Perdana Menteri, beberapa mantan Perdana Menteri, mantan Speaker, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara.



"Kita tahu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah bersuara cukup lantang tentang isu Palestin ini," kata Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.



Laporan media menyebut UM menerima banyak kecaman kerana membenarkan seorang profesor sains politik, Bruce Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.



Semalam Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengarahkan UM membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah warga asing terbabit, dan pihak universiti juga diminta menyiasat perkara itu serta melaporkan segera butiran lanjut mengenainya.

·         UM

 

Tuduhan tidak bermoral PMX: AMK Pulau Pinang selar ADUN Pas

 

Oleh: Abdullah Zaid



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menyelar sikap biadap oleh seorang ADUN Pas yang mendakwa Perdana Menteri sebagai peliwat.



Ketuanya berkata, sikap tidak bermoral ADUN Permatang Pasir, Amir Hamzah Abdul Hashim @ Md Hashim itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan beliau datang daripada parti berimej Islam.



"Tindakan tersebut menunjukkan ketiadaan akhlak sekaligus mempamerkan ketidakmatangan yang sepatutnya menjadi asas bagi seorang pemimpin yang kononnya dari parti Islam.



"Lebih menyedihkan apabila seorang tokoh dan figura politik yang meletakkan nilai dan akhlak Islam sebagai asas dan tonggak perjuangan memilih untuk merendahkan, menfitnah dan mengaibkan martabat individu dengan tuduhan tanpa bukti yang kukuh dan asas," katanya dalam satu kenyataan.



Untuk rekod, tular tangkap layar pemimpin Pas itu mendakwa dalam satu ciapan mempersoal kesetiaan penyokong kerajaan dengan menuduh Perdana Menteri sebagai peliwat.



Ciapan tersebut sekali gus mengundang pelbagai kecaman dan kritikan warga maya termasuk ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol.



Susulan itu, Fadzli menyarankan agar pemimpin Pas itu meneliti semula karangan Presiden Pas Tan Sri Haji Hadi Awang berkenaan tuduhan liwat itu.



"Ia sebagai satu usaha untuk meningkatkan pemahaman tentang tuduhan qazaf yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," ujarnya.



Tegas Fadzli, pemimpin Pas itu seharus mengeluarkan kenyataan maaf serta merta di atas keterlanjurannya mengeluarkan tuduhan berkenaan.



"Kami juga menggesa beliau untuk segera bertaubat dan tidak bermudah-mudahan dalam melemparkan tuduhan qazaf terhadap seseorang tanpa pembuktian yang jelas dan nyata.



"Selain itu, kami juga menasihatkan supaya beliau bergiat aktif dalam menjalankan tanggungjawab seorang ADUN menyelesaikan permasalahan setempat dan rakyat di kawasan beliau yang masih lagi menjadi persoalan, bukannya sibuk bermain api politik dan permusuhan dengan menfitnah," ujarnya lagi.

 

[LANGSUNG] Sesi Townhall bersama Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplo...

RAKYAT KKB TOLAK PAS BERSATU! UCAPAN BERAPI YB MB SELANGOR!

YB SANY HAMZAN BALUN KAW KAW! MB LATO LATO YANG BISING SEPERTI TIN!



Pengarah Pilihan Raya Amanah, Mohd Sany Hamzan membidas Muhammad Sanusi Md Nor yang berikrar hendak memecah belahkan hubungan parti-parti dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim. Sebaliknya, dia secara sinis berkata Pengarah Pilihan Raya PN itu hanya pandai berkata-kata. "Bercakap ini tak kena bayar. Dia (sama) macam menyanyilah tak kena bayar. Kerajaan perpaduan hari ini masih lagi kukuh termasuk sokongan (parti) daripada Sabah dan Sarawak," katanya kepada Malaysiakini, hari ini. Semalam, Sanusi berkata pihaknya akan berusaha membuat hubungan parti-parti dalam kerajaan yang menurutnya kini retak “menjadi belah”. ================================================================================ Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menasihatkan Muhammad Sanusi Md Nor supaya menumpukan perhatian terhadap tugas dan tanggungjawabnya sebagai menteri besar Kedah berbanding 'menyibuk' tentang negeri lain. Fahmi yang juga jurucakap kerajaan perpaduan berkata ini kerana pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) terlalu banyak bercakap daripada membuat kerja. “Saya rasa daripada dia sibuk tentang negeri lain sibukkan diri dia untuk menyiapkan pelbagai projek yang telah beliau umumkan di negeri Kedah, sama ada projek litar atau apa saja dia ini sembang banyak tapi (projek yang) siap tak banyak. "Berbeza dengan menteri besar Selangor umum (projek pembangunan) dan kita dah lunaskan, tunaikan. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/703380 2. https://www.malaysiakini.com/news/703378 #mblatolatotukangbaca #mbPASkedahgagalhabis #paskedahgagalhabis Join this channel to get access to perks:    / @oraitnopochannel  



RESPON PEMIMPIN PAS ATAU MB PERLIS ANAK DITANGKAP BERKAITAN PENIPUAN TUN...





Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. “Saya dah maklum berita daripada SPRM dan serah kepada budi bicara SPRM, setakat tu sajalah,” jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita selepas sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, hari ini. Terdahulu, SPRM menahan reman enam orang termasuk anak lelaki seorang menteri besar bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu. ================================================================== Menteri Besar Perlis Shukri Ramli akan menjelaskan isu berkaitan penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000. “Esok saya jawab dalam dewan. “Setakat itu sajalah (komen saya),” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kangar hari ini.






TUUU DIAAA....


 

TAHNIAH PDRM- KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH



Siasatan Terhadap Pemilik Akaun Twitter Saifuddin Shafik Yang Membuat Komen Jelik Berkenaan Insiden Kemalangan Helikopter di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia.





KEMARUK KUASA.. DIA BOLEH BODOHKAN AHLI DIA....NAK KIRA PUN TAK TAU.. MACAMANA NAK PERINTAH NEGERI KA NEGARA.. PATUT MELINGKUP.




 Adoi. Pening kepala layan lebai. Tak sudah lagi cerita 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Dia punya 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗿𝘂𝗸 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 memang tak ada tandingan. Sama kemaruk macam 𝘇𝗶𝘆𝗼𝗻𝗶𝘀 nak rampas tanah Filastin.


Masih guna ayat sama, 𝗿𝗲𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Daripada musim 𝗣𝗥𝗡 6 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 sampai hari ni tak sudah main naratif referendum rakyat. Hakikatnya, puak ni 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝘀 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿.


Mujurlah aku dah pencen jadi walaun. Kalau tak, serius malu wei ada pemimpin 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹 macam ni. Untungnya walaun memang 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗹𝘂. Sebab tu orang sengal begini masih boleh kekal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MENANTU 600K

 


YB.. JANGAN JADI TOLOL..

 Kenyataan Media



Penipuan Ahli Parlimen Kuala Krau


Saya memandang serius terhadap ucapan YB Ustaz Kamal Ashasri Ahli Parlimen Kuala Krau berkaitan penukaran kerajaan Persekutuan boleh berlaku jika PN memenangi PRK Kuala Kubu Bharu.


2. Kenyataan ini adalah sangat dangkal dan tidak menunjukkan kematangan dan Intelektual YB sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat. Cukuplah dengan kisah lampau ala mestika mayat bertukar menjadi 8a8i.


3. Kenyataan YB juga dilihat sebagai usaha menimbulkan keresahan rakyat, dimana para penyokong PN selepas ini akan mengulang-ulang pertukaran kerajaan walaupun ianya tidak logik. Cukuplah mereka telah ditipu berkali-kali.


4. Kenyataan ini juga menyebabkan fokus penjawat awam terjejas kerana kuartir berlaku pertukaran pra matang seperti mana tindakan songsang yang berlaku pada tahun 2020 akibat rasuah "scheme of things". Cukup-cukup lah tebuk atap.


5. Kenyataan YB juga seolah-olah mencabar titah Tuanku Sultan Ibrahim semasa pembukaan Parlimen, dimana Tuanku bertitah agar :


“Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk.


“Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,”


6. Ucapan YB juga dilihat sebagai satu sabotaj kepada usaha-usaha memajukan enonomi negara, dimana para pelabur berasa gusar dengan pertukaran kerajaan yang mungkin menyebabkan pertukaran polisi. Cukup-cukup lah sengsara zaman 33 bulan.


7. Saya menyeru untuk YB menghentikan tindakan pembodohan ini serta merta. Menang atau kalah adalah pilihan rakyat, namun membodohkan rakyat, sabotaj ekonomi dan melanggar titah YDPA seperti ini adalah tidak boleh diterima.


Terima kasih,


Malaysia Madani


Muhammad Fairul al-Qasas

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau



PECAT INDIVIDU BAWA MASUK BRUCE GILLEY KE UM





Bekas menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik memandang serius kebiadapan seorang ahli akademik US Bruce Gilley yang menuduh Malaysia sebagai pendukung Holocoust sehingga mencadangkan agar orang hertanggung jawab membawa Bruce Gilley masuk ke UM dipecat. 


Gesaan itu agak keras, tetapi wajar memandangkan implikasi gara gara apa dilakukan Bruce Gilley boleh mendatangan imej teruk kepada negara khas kepimpinan Anwar yang bermati-matian memerangi keganasan zionis Israel untuk membebaskan Palestin.

 

Kata Mazlee yang juga bekas MP Simpang Renggam Naib Cencelor Universiti Malaya (UM) perlu bertanggungjawa sehingga "seseorang" letak jawatan.


Tidak perlu simpan oknum berkenaan kerana ia mendatangkan masalah dan boleh mengelirukan mahasiswa dan juga orang awam dengan kenyataanya itu. Bioleh jadi juga oknum itu agen pembangkang?


Bruce Gilley dalam satu hantar X menyebut Malaysia sebagai pendukung Holocaust, yang mana pernyataan itu  disifatkan melamau.


Syabas kepada Dr Mazlee kerana berani menyuarakan sesuatu dan sudah tentu pengalamannya sebagai menteri pendidikan sedikit sebanyak mengenalkan beliau dengan apa yang berlaku di pusat pengajian tinggi khasnya di Universiti Malaya. 


Opolagetik dari pihak UM tidak bererti isu itu tuntas, begitu juga walaupun ahli akademik itu sudah meninggalkan negara ini namun najis ditinggalnya "bertepek" di bumi ini. Trims.

Foto: Kenangan bersama Dr Mazlee sewaktu iftar.



LEBAI SUKA BUAT NUJUM

 


Rafizi Ramli


Dah mula dah.



Setiap kali ada PRK, PN akan guna ayat:


“.. kalau kami menang kerajaan akan tumbang..”


Tak kisahlah bila campur tolak jumlah wakil rakyat tu jauh sangat lagi kerajaan nak hilang majoriti, dengan selambanya dia jawab:


“… doh cukop jumloh…”


Drama cukop jumloh bermula lagi 🤣



PMX MENGIRINGI YDP AGONG KE JAMUAN HARI RAYA.

 










Hari ini, saya mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berkenan berangkat memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Putrajaya.


Usai tiba, kami terus menyantuni tetamu, bertegur sapa dan bergambar bersama tetamu, selain mencuba juadah tradisional dan moden yang disediakan.


Alhamdulillah, semangat perpaduan dapat diraikan dalam penuh suasana harmoni bagi meraikan Aidilfitri.


Terima kasih atas jemputan.


#MalaysiaMADANI




TUNTUTAN PALESU MELIBATKAN RAJA PERLIS.

 

Najib Bakar




Kes anak MB Perlis dan 5 konco-konconya. Salah satu adalah tuntutan palsu berkaitan Raja Perlis.


Tudia.


Depa kata depa bekalkan minuman kepada Raja Perlis di Hospital Kangar. Tapi benda tu tak wujud pun.


Tengok berapa jumlahnya. RM19,505.10.


RM19 ribu bang. Harey!


Tengok kuantiti air berapa. 666. Kalau omputih 666 tu maksudnya shayton. 


PN Best kan?


*Aku sertakan design mineral water yang mahai tu untuk tindakan walaun, bernama UN-BODOW. 🤣



SELALUNYA MATA RABUN SELEPAS PENCEN


Nasib Anwar Ibrahim apabila dia jadi PM, beliau diserang dan dikecam oleh segenap

penjuru dari berbagai golongan, dari makcik penjual sayur, driver lori, apa lagi oleh para haiwan peliharaan pembangkang. 


Itu masih boleh dianggap tak apa lagi, tetapi bila bekas seorang Hakim juga turut mengusik Anwar dengan gesa agar kerajaan memohon maaf kepada mangsa operası lalang yang berlaku tahun 1980 an dahulu dikira sudah melampau.


Hari ini juber Kabinet Fahmi Fadzil jelaskan kabinet tidak bincang gesaan bekas hakim berkenaan. Tepat sekali kalau kabinet memekakan telinga dari mendengar gesaan bertujuan hendak menganggu kerajaan Madani itu kerana penangkapan itu berlaku dizaman bukan Anwar jadi PM, jadi dimana munasabahnya kalau kerajaan dibawah pimpinnya hendak minta maaf kepada mangsa operası lalang itu. Kenapa minta Anwar bertanggungjawab. Orang lain berak kenapa suruh Anwar basuh.


Soalan mudah kenapa bekas hakim itu  teralpa dan lupa hendak membuat desakan ketika orang mengarahkan tangkapan itu jadi perdana menteri kali kedua lalu. Apa ketika itu mata bekas hakim itu rabun? Trims.



TAKDIRRRR....



     Zunar Cartoonist Fan Club

PASPORT


Adrian Lim Chee An




Satu-satunya syarat memohon pasport Malaysia adalah membuktikan diri seorang warganegara Malaysia.


Sebab itu antara dokumen yg diperlukan semasa memohon pasport adalah membawa kad pengenalan. Kad pengenalan itu adalah bukti kamu seorang warganegara.


Sama ada kamu fasih berbahasa Melayu atau tidak, sama ada kamu walaun atau walanon, sama ada kamu kaya atau miskin, sama ada kamu tinggi atau pendek, sama ada kamu gemuk atau kurus, itu semuanya “immaterial”. Semua itu bukan syarat kelayakan permohonan pasport.


Semua warganegara Malaysia adalah layak memohon dan menerima pasport, kecuali jika kamu gagal membuktikan diri seorang warganegara Malaysia (contoh: tidak ada atau tidak bawa MyKad).


Malah jika kamu ada kes jenayah di mahkamah sekalipun, kamu masih layak mempunyai pasport, melainkan mahkamah tarik pasport kamu seperti yang berlaku kepada Muhyiddin dan Najib.


Dalam kes pasport ditarik, pasport itu tidak terbatal. Ia cuma “disimpan” oleh mahkamah, untuk tujuan mengelak OKT melarikan diri. Ianya akan dikembalikan pada suatu masa yang ditetapkan oleh mahkamah.


Masalah warganegara tidak fasih berbahasa Melayu masih layak menerima pasport, ini bukanlah perkara baru.


Ia berlaku sejak zaman Merdeka lagi.

Berlaku di zaman Mahathir.

Berlaku di zaman Najib.

Berlaku di zaman Mahathir 2.0.


Malah semasa Muhyiddin Yassin jadi PM dan Hamzah Zainuddin jadi Menteri Dalam Negeri, orang yang tidak fasih berbahasa Melayu pun boleh memohon pasport.


Bukan sikit, tapi ramai warganegara tidak fasih bahasa Melayu menerima pasport.


Sekiranya kefasihan berbahasa Melayu mahu dijadikan syarat permohonan pasport, perkara ini perlu dibuat melalui pembentukan Akta-akta baharu atau pindaan kepada Akta-akta sedia ada.


Namun, pindaan sebegitu tidak pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan terdahulu.


Nota: Saya sokong semua warganegara Malaysia wajib fasih berbahasa Melayu. Pada masa yang sama sokong juga kenyataan KP Imigresen kerana kedudukan undang-undang sedia ada sememangnya TIDAK BOLEH menafikan seseorang memohon pasport atas dasar “tidak fasih berbahasa Melayu”.



APA STATUS SUASATAN TERHADAP SUFI KAMARI ?

 


Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) kalau boleh kami nak tahu apa status siasatan terhadap Suffi Kamari ni atas 𝘵𝘸𝘦𝘦𝘵nya yang biadab terhadap (mantan) YDP Agong ke-16 dulu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




Najib Bakar


Part 3, kisah Suffi Kamari report polis terhadap aku.


Part 1 - https://www.facebook.com/share/p/z8uBG1iRFRvhNH4Q/?mibextid=oFDknk


Part 2 - https://www.facebook.com/share/p/Pz61ESDM1rMezv8q/?mibextid=oFDknk


*Status ini juga mahu diviralkan semula supaya pihak polis dapat memberi maklumbalas tentang status kes.


Ok, chapter 3, masa dok kecoh-kecoh si Suffi ni bagi aku 24 jam supaya mintak maaf, ada la kawan-kawan share screenshot twit Suffi tentang YDPA.


Terkejut jugaklah aku. 


Selamba dia merendahkan YDPA, memperlekehkan Istana Negara semata-mata tak puas hati DSAI dilantik jadi PM.


Jadinya, sehari selepas aku dipanggil beri keterangan, aku print twit si Suffi ni, bawa semula ke IPD Gombak untuk buat laporan.


Boleh tengok video yang aku sertakan di komen posting.


Aku buat laporan polis pada 4 atau 5 Mac 2023 kalau tak salah, dan pada 23 Mac 2023, Suffi dipanggil ke Bukit Aman.


Bila laporan berkaitan YDPA, yang menyiasatnya adalah unit D5 di Bukit Aman.


Cuma aku nak habaq, setakat hari ini, tiada sebarang makluman tentang perkembangan kes.


Aku harap posting ni viral semula, supaya pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )  boleh maklumkan, apa status kes ini sekarang ya?


Adakah no further action (NFA)? Atau sedang tunggu giliran masuk mahkamah?


Kalau NFA, eloklah maklumkan supaya kami semua dapat tutup chapter ini. 


Bukanlah aku nak mengarah pihak polis, aku bukan Suffi. Aku cuma nak tahu status siasatan sahaja.


Sebab masa aku buat report tu, pihak polis ada bagitau depa akan update status kes kepada aku.


Ok, sebelum aku tutup trilogi kisah Suffi ni, silalah tatap gambar muka Suffi berselfie depan Bukit Aman sebagai peneman hampa nak tidoq malam nanti. 😆




.

KERAJAAN UMUM STRUKTUR GAJI BARU PENJAWAT AWAM 1 MEI

 

Terbaik, struktur baru gaji penjawat awam akan diumumkan PMX pada 1 Mei nanti.



Maksudnya, revise gaji. Nak mudah faham lagi, naik gaji.


Macam mana untuk pekerja swasta? Kementerian Ekonomi sedang usahakan dasar gaji progresif.


Lagi?


Kerajaan fokus tentang sektor yang high growth high value.


Contoh?


Sektor semikonduktor selama ni kita jaguh dalam pemasangan, testing, dan pembungkusan.


Sekarang kerajaan fokus untuk naik ke higher value chain dalam sektor semikonduktor, seperti design dan architecture.


Design architecture semikonduktor selama ni dikuasai oleh US dan UK.


Bila semakin banyak high growth high value sector di Malaysia, skill pekerja boleh naik ke paras lebih tinggi, dan hasilnya, gaji yang diterima lebih tinggi.


Ni yang sedang diusahakan kerajaan.


Impaknya bukan dapat dirasa esok. Akan ambil sedikit masa.


Memang akan ada keributan sedikit pada awalnya.


Terutama bila subsidi pukal dihapuskan dan dijadikan subsidi bersasar. Hence, di situ datangnya fungsi PADU.


Kesemua ni berkaitan antara satu sama lain. Kalau hampa nampak lah.


Yang penting, at the end of the storm, there's a golden sky. And the sweet silver song of a lark.


Walk on. Through the wind.


Walk on. Through the rain.


Though your dreams be tossed and blown.


Walk on, walk on. With hope in your heart.



BUKA MULUT JA MOHONH- SANUSI KANTOI


 

MENANTU HADI KENA CEKUP - KATA BERSIH- BUANG LA BERSIH TU.PADAN MUKA.


 

Peniaga mesin vending IPR di UiTM Machang Kelantan raih jualan antara RM13,000 hingga RM21,000 sebulan!


Najib Bakar



 Peniaga mesin vending IPR di UiTM Machang Kelantan raih jualan antara RM13,000 hingga RM21,000 sebulan! 


Alhamdulillah, rezeki peniaga ni. Memang laku keras di sana.


Model perniagaan mesin vending IPR ni sangat berkesan kepada peniaga kecil untuk keluar dari garis kemiskinan.


Sebelumnya peniaga ni meniaga kuih dapat untung bersih RM500 saja sebulan.


Memang mesin vending IPR yang diletakkan di universiti laku keras. Dengan harga makanan yang murah serendah RM2, ia dapat menyelesaikan;


Satu, dapat beri pendapatan lumayan kepada peniaga kecil.


Dua, dapat beri pilihan kepada pelajar yang sentiasa lapar, terutama di tengah malam waktu kedai dah tutup.


Tiga, peniaga tak perlu upah pekerja untuk tunggu di gerai.






Empat, sewa lokasi mesin vending ditanggung kerajaan.


Lima, peniaga tidak perlu bayar sewa mesin vending, juga turut ditanggung kerajaan.


Power dak?


Tahun 2024, akan lebih banyak mesin vending IPR dibuka di seluruh negara. Kepada yang dah mohon, saya doakan ada rezeki hampa.


Kalau dapat peluang, jangan sia-siakan. Insya Allah, dengan kerja kuat, Allah akan bantu permudahkan.


Terbaik Kementerian Ekonomi dan Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli !


*Aku share juga mulut huduh Sanusi mengenai mesin vending IPR.



PEGAWAI NGA KOR MING CALON PH DI KKB, KEPUTUSAN DAP TINDAKAN TERPUJI



Semalam DAP telah mengumumkan secara rasmi cakonnya yang akan bertanding dalam PRK Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei depan.


Calon yang dinamakan itu ialah Pang Sock Tao, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming.


Agaknya sebab itulah Nga Kor Ming menjadi satu-satunya menteri kerajaan madani, bahkan yang paling awal turun membawa jajan kepada pengundi KKB dengan mengumumkan peruntukan berjumlah RM5.2 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 18 April lalu:


Bagaimanapun, dengan keputusan mencalonkan Pang ini, pujian harus diberi kepada DAP kerana ia adalah suatu tindakan yang berani.


Pertama, walaupun ada cadangan daripada seorang pemimpin PH/PKR Selangor, Borhan Abu Samah agar DAP meletakkan calon Melayu di KKB berdasarkan situasi politik semasa dan peratusan pengundi Melayu yang tinggi di kawasan itu, tetapi DAP nampaknya menolak idea perkara tersebut.


Dengan meletakkan Pang sebagai calon, DAP terlihat tidak berganjak daripada pendirian untuk terus melindungi dan mengutamakan kepentingan penyokong terasnya iaitu kaum Cina.


Tambahan, wakil rakyat KKB sejak dulu lagi sama ada semasa DAP atau MCA, ia adalah kerusi yang sentiasa dipegang oleh kaum Cina.


Ertinya, DAP tidak terpesong daripada pendirian mengutamakan status quo untuk kaum Cina, sambil menampakkan pendirian tidak terbuai dengan sentimen politik semasa mungkin memberi ancaman kepadanya.


Walaupun mungkin berdepan cabaran yang hebat berikutan pencalonan Pang itu, terutama jika PN meletakkan calon Melayu, ketegasan pendirian DAP dalam hal ini wajar diberikan sanjungan.


Parti itu ada pendirian yang tegas dan tidak mudah goyang dengan sentimen semasa.


Yang kedua, sebagaimana kita tahu sejak kebelakangan ini, Nga Kor Miing adalah sosok dalam DAP yang sering menjadi sebutan di kalangan orang Melayu berikutan beberapa isu yang terkait dengannya seperti cadangan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan Unesco dan isu stoking bertulis kalimah Allah.


Cadangan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan Unesco oleh Nga Kor Ming mendapat tentangan yang menyeluruh daripada orang Melayu, terutamanya UMNO sehingga akhirnya cadangan tersebut “termati” begitu saja.


Dalam isu kalimah Allah pula, Nga Kor Ming adalah pemimpin DAP yang paling awal menyerang Dr Akmal Saleh dalam isu tersebut dengan mengatakan UMNO akan lebih kehilangan sokongan dalam PRU akan datang sehingga Ketua Pemuda UMNO itu kemudiannya melabel Ahli Parlimen Teluk Intan itu sebagai “menteri bodoh.”


Dengan itu, keputusan DAP meletakkan pegawai Nga Kor Ming sendiri sebagai calon adalah tindakan yang amat berani, terpuji dan jarang ada parti lain punya keberanian sebegitu.


DAP nampaknya tidak tertekan dan langsung tidak ambil pusing dengan pertelingkahan Nga Kor Ming dengan Dr Akmal dan UMNO, lalu dengan berani meletakkan pegawai menteri yang tidak disukai UMNO itu sebagai calonnya di KKB.


Malah, dengan meletakkan Pang juga, DAP terlihat sama sekali tidak takut jika Pemuda UMNO atau Dr Akmal tidak datang membantu sepanjang tempoh kempen di KKB nanti.


Pendirian ini membuktikan DAP sangat yakin dengan kekuatan yang dimilikinya di kalangam pengundi Cina, sambil hanya mengharapkan sedikit sokongan daripada pengundi Melayu dan India bagi memastikan kemenangan diperolehi.


Apa pun, sementara PN dijangka meletakkan calon Melayu daripada Bersatu dan PRK KKB pasti akan menjanjikan persaingan yang sengit dan mendebarkan berbanding enam PRK yang diadakan pasca PRU15 sebelum ini, keputusan DAP meletakkan pegawai Nga Kor Ming sebagai calon adalah tindakan yang jauh lebih mengundang tarikan ramai.


Yang pasti, KKB akan menjadi subjek perbualan yang menarik sehingga 11 Mei depan, tetapi jika kalah dalam keputusannya nanti, masa depan DAP serta PH akan menjadi isu gantian yang lebih menarik untuk diperkatakan, mungkin berpanjangan sehingga PRU16 akan datang. – ShahbudinHusin 25/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/25/pegawai-nga-kor-ming-calon-di-kkb-keputusan-dap-tindakan-terpuji.html



TAK BOLEH BAHASA BUKAN SYARAT.


 

JANGAN ADA DALIL RASUAH DEMI MASLAHAT....DULU DOK ULANG 47 KES ...LA APA MACIAM.....ISLE TERANCAM DENGAN RASUAH


 

PN BEST

                  Zunar Cartoonist Fan Club





 

AKAN DIUPDATES DISEBELAH PETANG...TALIAN MASIH LAGI TERPUTUS.

 


AKAN DI UPDATE DISEBELAH PETANG. HARAP MAAF.

CALON PH