Oleh: Noraini Nordin
SOROTAN BERITA PRK KKB: Calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu
Bharu diamanahkan kepada seorang wanita terpelajar yang memiliki personaliti
menarik bernama Pang Sock Tao.
Calon dari parti DAP ini telah
diumumkan namanya dalam satu majlis yang dihadiri ramai pimpinan pusat dari
yang mewakili parti masing-masing.
Turut memeriahkan acara malam
tadi di Kuala Kubu Bharu adalah jentera-jentera akar umbi dari seluruh negara.
Pang Sock Tao, Setiausaha
Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming adalah
calon yang dipertaruhkan pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
Dua perkara penting dapat
dilihat dengan pengumuman Sock Tao sebagai calon menunjukkan DAP mengekalkan
kerusi tersebut untuk kouta wanita, selain mempertahankan tradisi kerusi Kuala
Kubu Bharu sebagai milik pemimpin kaum Cina sejak dahulu lagi.
Baik ketika MCA dan kemudian
DAP memenangi Kuala Kubu Bharu sejak 2013, kerusi itu sentiasa disandang oleh
pemimpin kaum Cina.
Tidak mudah berubah angin
Tindakan DAP mengekalkan
tradisi itu memperlihatkan parti tersebut adalah parti yang berpendirian tetap
dan tidak mudah berubah angin tanpa asas yang kukuh.
Sebagai negara majmuk yang
memiliki pelbagai kaum dan agama, selari dengan Kerajaan Perpaduan juga begitu
bentuknya, pendirian DAP dalam konteks PRK Kuala Kubu Bharu ini amatlah tepat
sekali.
Ia memperlihatkan kecenderungan
untuk mengekalkan keharmonian, kesepatan dan kestabilan yang selama ini sudah
sedia terbentuk dan ingin terus dipertahankan.
Dengan ini, apa yang perlu
diusahakan selepas ini ialah semua parti dalam Kerajaan Perpaduan sama-sama
bekerja keras bagi memastikan kemenangan berjaya dipertahankan.
Dalam hal berkaitan, sesuai
dengan komposisi pengundi Melayu adalah majoriti di Kuala Kubu Bharu iaitu 51
peratus berbanding Cina 30 peratus dan India 18 peratus, pendirian UMNO untuk
menyokong sepenuhnya calon yang diketengahkan bagi mewakili PH juga amat
dihargai.
Menyokong calon Kerajaan Perpaduan
Menurut Ahli Majlis Tertinggi
UMNO, Datuk Ahmad Maslan, pihaknya akan segera mengaktifkan 'war room' bagi
membantu dan menyokong calon Kerajaan Perpaduan itu.
"UMNO juga akan
melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
"Saya sendiri telah
menemui Ketua UMNO Bahagian, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian pada minggu lepas
untuk mengaktifkan jentera UMNO.
"Presiden UMNO Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri telah bertemu dengan Ketua-Ketua UMNO Cawangan
dalam mesyuarat berkelompok pada Ahad lepas.
"Dua malam lepas misalnya,
kita telah bertemu dengan parti-parti Kerajaan Perpaduan. Sudah dua kali kita
adakan pertemuan, bererti UMNO menyokong sepenuhnya calon Kerajaan Perpaduan,
calon Pakatan Harapan pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu," katanya lagi.
Jika semua pihak bersatu hati
dan bekerja keras, tiada sebab kemenangan di Kuala Kubu Bharu tidak boleh
dikekalkan.
_________________________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat