Bekas menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik memandang serius kebiadapan seorang ahli akademik US Bruce Gilley yang menuduh Malaysia sebagai pendukung Holocoust sehingga mencadangkan agar orang hertanggung jawab membawa Bruce Gilley masuk ke UM dipecat.
Gesaan itu agak keras, tetapi wajar memandangkan implikasi gara gara apa dilakukan Bruce Gilley boleh mendatangan imej teruk kepada negara khas kepimpinan Anwar yang bermati-matian memerangi keganasan zionis Israel untuk membebaskan Palestin.
Kata Mazlee yang juga bekas MP Simpang Renggam Naib Cencelor Universiti Malaya (UM) perlu bertanggungjawa sehingga "seseorang" letak jawatan.
Tidak perlu simpan oknum berkenaan kerana ia mendatangkan masalah dan boleh mengelirukan mahasiswa dan juga orang awam dengan kenyataanya itu. Bioleh jadi juga oknum itu agen pembangkang?
Bruce Gilley dalam satu hantar X menyebut Malaysia sebagai pendukung Holocaust, yang mana pernyataan itu disifatkan melamau.
Syabas kepada Dr Mazlee kerana berani menyuarakan sesuatu dan sudah tentu pengalamannya sebagai menteri pendidikan sedikit sebanyak mengenalkan beliau dengan apa yang berlaku di pusat pengajian tinggi khasnya di Universiti Malaya.
Opolagetik dari pihak UM tidak bererti isu itu tuntas, begitu juga walaupun ahli akademik itu sudah meninggalkan negara ini namun najis ditinggalnya "bertepek" di bumi ini. Trims.
Foto: Kenangan bersama Dr Mazlee sewaktu iftar.