Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) kalau boleh kami nak tahu apa status siasatan terhadap Suffi Kamari ni atas π΅πΈπ¦π¦π΅nya yang biadab terhadap (mantan) YDP Agong ke-16 dulu. Guane boh?
Raja Gelap II
Najib Bakar
Part 3, kisah Suffi Kamari report polis terhadap aku.
Part 1 - https://www.facebook.com/share/p/z8uBG1iRFRvhNH4Q/?mibextid=oFDknk
Part 2 - https://www.facebook.com/share/p/Pz61ESDM1rMezv8q/?mibextid=oFDknk
*Status ini juga mahu diviralkan semula supaya pihak polis dapat memberi maklumbalas tentang status kes.
Ok, chapter 3, masa dok kecoh-kecoh si Suffi ni bagi aku 24 jam supaya mintak maaf, ada la kawan-kawan share screenshot twit Suffi tentang YDPA.
Terkejut jugaklah aku.
Selamba dia merendahkan YDPA, memperlekehkan Istana Negara semata-mata tak puas hati DSAI dilantik jadi PM.
Jadinya, sehari selepas aku dipanggil beri keterangan, aku print twit si Suffi ni, bawa semula ke IPD Gombak untuk buat laporan.
Boleh tengok video yang aku sertakan di komen posting.
Aku buat laporan polis pada 4 atau 5 Mac 2023 kalau tak salah, dan pada 23 Mac 2023, Suffi dipanggil ke Bukit Aman.
Bila laporan berkaitan YDPA, yang menyiasatnya adalah unit D5 di Bukit Aman.
Cuma aku nak habaq, setakat hari ini, tiada sebarang makluman tentang perkembangan kes.
Aku harap posting ni viral semula, supaya pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) boleh maklumkan, apa status kes ini sekarang ya?
Adakah no further action (NFA)? Atau sedang tunggu giliran masuk mahkamah?
Kalau NFA, eloklah maklumkan supaya kami semua dapat tutup chapter ini.
Bukanlah aku nak mengarah pihak polis, aku bukan Suffi. Aku cuma nak tahu status siasatan sahaja.
Sebab masa aku buat report tu, pihak polis ada bagitau depa akan update status kes kepada aku.
Ok, sebelum aku tutup trilogi kisah Suffi ni, silalah tatap gambar muka Suffi berselfie depan Bukit Aman sebagai peneman hampa nak tidoq malam nanti. π
.