Peningkatan gaji sektor awam, isyarat kepada sektor swasta - PM


 Oleh: Abdullah Zaid


Tekad kerajaan meningkatkan kadar upah atau gaji yang lebih bermaruah kepada penjawat awam perlu dijadikan satu isyarat kepada sektor swasta untuk melakukan langkah yang sama.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat-syarikat besar misalnya yang mencatat keuntungan dan produktiviti tinggi digesa untuk meningkatkan gaji pekerja sebagai timbal balik kepada usaha mereka.


"Saya juga minta sektor swasta, ada yang complaint (mengadu) syarikat untung hingga RM400 juta setahun, tapi upah pekerja tak meningkat langsung.


"Jadi saya harap signal yang diberikan oleh (kajian meningkatkan upah) penjawat awam juga disambut sektor swasta yang mencatatkan keuntungan baik," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini.


Sementara itu, Perdana Menteri turut optimis semangat yang ditunjukkan oleh kementerian dan penjawat awam dalam menyelesaikan masalah berbangkit sejak Kerajaan Perpaduan mengambilalih pemerintahan negara mampu meletakkan Malaysia di landasan yang terbaik.


Hal itu katanya, masalah yang berbangkit sejak puluhan tahun lalu kini telah mampu diselesaikan oleh kerajaan dalam beberapa bulan sahaja.


"Sebagai contoh, isu 8,600 tandas dapat diselesaikan dalam masa lima bulan. Bermakna jika ada komitmen, tekad dan ikhlas, perkara itu boleh dibuat.


"Oleh itu, dengan pengalaman lama saya dalam kerajaan, jika bawa semangat dalam pimpinan dan penjawat awam, kita boleh cipta sejarah baharu," ujarnya lagi.

[terkini] AMANAT TERKINI PMX DS ANWAR KEPADA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI!

23 MP LAIN BAKAL SOKONG ANWAR KERAJAAN PERPADUAN LAGI! CHECKMATE HADI AW...

TAK PERLU PAS BERADA DALAM KERAJAAN. MEREKA EGO DAN BODOH. HANYA MENIPU ORANG KAMPUNG


 

[bongkar] SPRM SAMAN 2 FIRMA GUAMAN TUNTUTAN USD6.5 BILLION 1MDB ERA PN!



Pada minggu lepas, Bloomberg melaporkan bank pelaburan Amerika Syarikat itu mengheret Malaysia ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London berhubung pertikaian perjanjian penyelesaian yang dipersetujui ketika bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkuasa, bagi menyelesaikan isu bond 1MDB bernilai USD6.5 bilion Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk mendesak peguam Rosli Dahlan dan Chetan Jethwani serta firma guaman mereka menyerahkan beberapa dokumen berkait siasatan penyelesaian antara Goldman Sachs dan kerajaan berkenaan isu bon 1MDB bernilai USD6.5 bilion.



KEH..KEH


 

BERSAMA MANTAN MENTERI PENDIDIKAN INDONESIA

 











Menerima kunjungan hormat mantan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Anies Rasyid Baswedan di Putrajaya pagi tadi. 


Pak Anies berada di Malaysia atas jemputan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) serta Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 


Dalam pertemuan ini, kami sempat bicara pelbagai isu antaranya melibatkan Malaysia dan Indonesia. 


Kami juga senada bahawa wujud keperluan untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara meliputi pelbagai kerjasama. 


Saya turut berkongsi kisah mengenai kewibawaan Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan negara Islam di rantau ini.


#MalaysiaMADANI



PMX BERSAMA WARGA JPM.

 






Saya hadir dalam pertemuan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali serta beberapa pimpinan lain.


Dalam amanat hari ini yang terkait Belanjawan 2024, saya nyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan yang terbuka mendengar pelbagai ulasan dan pandangan usai pembentangan di Dewan Rakyat Jumaat lalu dan sedia membuat penambahbaikan berdasarkan cadangan yang dilontarkan.


Intipati belanjawan ini perlu ditelaah semua pihak, antaranya sektor swasta yang perlu menyambut isyarat daripada kerajaan dengan melaksanakan agihan keuntungan yang lebih adil kepada kakitangan menerusi peningkatan upah dan ganjaran, khususnya syarikat dan konglomerat yang mencatat untung jutaan ringgit setiap tahun.


Pada masa sama, saya turut menyatakan hasrat supaya amalan berjimat-cermat menjadi budaya dalam kalangan penjawat awam bagi menghentikan ketirisan dan pembaziran, sama ada dalam skala besar atau sekecil urusan harian di pejabat.


Saya turut menzahirkan kekecewaan terhadap isu penindasan serta kekejaman terhadap rakyat Palestin yang masih berterusan sehingga saat ini.


Ketidakadilan ini amat mengesankan hati nurani saya, bahkan membingungkan apabila ia dibiarkan oleh kelompok kuasa-kuasa besar Barat yang menggelarkan diri mereka sebagai pelopor demokrasi, kebebasan dan liberalisme.


#MalaysiaMADANI



PAS SUDAH ADA TUN MAHATHIR, JANGAN BUANG MASA NAK BAWANYA SERTAI KERAJAAN



Tidak kira siapa yang memulakan bicara, sebarang usaha untuk membawa masuk Pas ke dalam kerajaan adalah suatu langkah yang sia-sia serta membuang masa.


Tidak lama sebelum ini, veteran DAP, Lim Kit Siang pernah mencadangkan agar Pas dibawa menyertai kerajaan perpaduan dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi terlebih dahulu.


Dalam interbiu dengan sebuah majalah asing baru-baru ini, Anwar Ibrahim pula mendedahkan bahawa bellau pernah mempelawa Pas menyertai kerajaan perpaduan.


Perdana Menteri turut mengatakan beliau tidak menolak Pas akan menyertai kerajaan pada masa depan, bergantung kepada jika parti itu sanggup menerima beberapa dasar utama serta menghormati Malaysia adalah negara berbilang kaum serta agama.


Soalnya, kenapa kita begitu mudah teruja dengan Pas?


Apakah Kit Siang dan Anwar tidak mengambil iktibar daripada pelbagai onar yang ditimbulkan Pas ketika bersama Pakatan Rakyat dahulu?


Kemudian, tidakkah mereka juga meneliti bagaimana Pas adalah parti yang tidak setia ketika bekerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional sebelum ini di mana secara diam-diam mereka menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Mahiaddon Md Yasin?


Seterusnya, ketika bersama PN sekarang ini, Pas secara senyap-senyap berbaik dan kerap pula mengadakan perbincangan dengan Tun Mahathir Mohamad, di sebalik Bersatu diketahui umum tidaklah begitu mesra dengan bekas Perdana Menteri itu.


Apakah semua perangai Pas itu tidak memberi iktibar bahawa parti itu lebih patut dijauhi daripada didekati?


Apa faedahnya parti yang tidak setia dan berpendirian tidak stabil begitu yang mahu dibawa ke dalam kerajaan?


Sekurang-kurangnya selagi Pas dipimpinan Hadi Awang, tiada faedah sama sekali untuk berbaik dan membawa mereka ke dalam kerajaan.


Selain itu, ketika Pas berada dalam kerajaan sewaktu era Mahiaddin dan Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, turut terbukti pimpinannya tidak menpunyai paras keupayaan yang baik, jauh sekali memuaskan, sama ada sebagai menteri atau timbalan menteri.


Mudah kata, pimpinan Pas, hanya sesuai jadi penceramah dan menjadi pembangkang, bukan pentadbir.


Sebab itu, Hadi Awang amat sesuai jadi duta bertaraf menteri yang tidak perlu masuk pejabat, sebaliknya hanya pergi berceramah, memberi kuliah dan selebihnya hanya duduk di rumah.


Kepada Anwar yang sudah sedia memiliki majoriti dua pertiga, lebih baiklah lupakan saja sebarang niat untuk berbaik dengan Pas dan jangan lagi bercakap untuk membawa mereka ke dalam kerajaan.


Kalau pun beliau ingin mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan atau mahu memecahkan blok pembangkang, jauh lebih berfaedah jika mendekati Bersatu berbanding Pas.


Setidak-tidaknya, tidak banyak parti dalam kerajaan perpaduan yang tidak boleh menerima Bersatu berbanding hampir semua parti dalam kerajaan sekarang secara umum diketahui menolak Pas.


Menimbul-nimbulkan hasrat untuk membawa Pas ke dalam kerajaan hanya akan membuatkan parti-parti yang bersama dalam kerajaan jadi curiga.


Tetapi, yang lebih penting mengapa Pas perlu dijauhi ialah kerana parti itu sudah ada Tun Mahathir yang mereka lantik sebagai penasihat kepada empat negeri yang ditadbirnya.


Jadi, biarkan saja Pas kekal sebagai pembangkang serta timbul dan tenggelam bersama sosok yang suka khianat dan tidak berpegang kepada janji itu. – ShahbudinHusin 16/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/10/16/pas-sudah-ada-tun-mahathir-jangan-buang-masa-nak-bawanya-sertai-kerajaan.html



MUDAH SUNGGUH PAS HUKUM "BERCANGGAH DENGAN ISLAM




Ahmad Mursi.


1. Macam Pak Mertua dia jugak (Hj Hadi). Mudah sungguh label "bercanggah dengan Islam".. GST dan SST. Alasan hukum "jadi kos dan pembeli miskin kena bayar".


2. Saya dah komen di wallnya. Tapi banyak juga komen2 yang dipadam.


3. Masa PAS jadi kerajaan, kenapa tak dihapuskan semua bentuk cukai GST dan SST kalau benar bercanggah dengan Islam?


4. Kerajaan perlu hasil untuk belanja pengurusan dan pembangunan negara. Selain menghukum haram, apa cadangan PAS untuk tambah pendapatan?


5. Apa sistem cukai yang PAS nak perkenal?


6. Atau PAS rasa menambah hutang negara lebih baik?


7. Masa PAS jadi kerajaan pusat budget defisit juga.


8. Kenapa tak dihapus cukai2 di 4 negeri PAS? Cukai pintu, cukai tanah, cukai kepala bakul. Itu semua tambah kos dan orang miskin pun kena bayar.


9. Ulamak2 PAS ni bila jadi pembangkang, teori ekonomi hebat2.. bila jadi kerajaan, tak ada apa pun. Makan gaji buta pun ada.


10. Ini bekas ahli majlis syura PAS. Cara PAS keluarkan hukum sangat meragukan.. terlalu boros dan simplistik.


Ahmad Mursi 



Sumber ps

Zaharudin Muhammad



MELAHIRKAN GENERASI ISLAM BERILMU DUNIA AKHIRAT.




Kerajaan Perpaduan serius dalam memartabatkan pembangunan syiar Islam di Malaysia.


Insya-Allah dengan peruntukan ini kita juga dapat melahirkan generasi baharu Islam yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi.


#Belanjawan2024

#MalaysiaMADANI



HA..HA...HATI BUSUK MACAM TANDAS JUGAK.

 Isu tandas, isu semua.




1. Tak tahulah apa yang dengki sangat.


2. Hal tandas ni hal semua. Tak ada manusia Tak ke tandas.


3. Yang bezakan dia ni pembersih atau pengotor.


4. Sedih saya bila dengar cerita budak darjah 1 terkencing dalam seluar sebab tahan nak kencing sebab geli guna tandas.


5. Tahan kencing, berak ni pun boleh jadi punca masalah kesihatan. 


6. Bila diperiksa profil si pengomen, oo orang PN...patut dengki sangat gayanya.


7. Ada juga komen kata Anwar cakna bab tandas sebab kes masuk penjara.


8. Silap tu. Boleh tengok Filem Anwar the untold story,  dalam tu pun ada komen bab tandas.


9. Rakan-rakan pelajar Kolej YA pun cakap Anwar memang cakna bab tandas. Belum lagi kira arahan Anwar agar pelajar bersihkan tandas semasa beliau jawat jawatan Menteri Pendidikan. 


10. Tandas bersih adalah lambang jati diri dan iman kita. Harap semua sokonglah benda baik. Nampak sangat busuk hati tu, sebab hati busuk melahirkan kelakuan dan kata-kata yang busuk. 




Akhir sekali surat Maryam tu tulin. Saya kenal mak nya, orang Sungai Buloh Selangor.



TAK PAYAH BELAJAR AGAMA..ANUGERAH DARI PAS SAJA.


Idi.

 Hu..takpayah b"lajar agama tinggi Pon boleh DPT ustazah..syarat join ngn Pas utk jdi ustazah... klau mak lampir ini ustazah ape iye.. ustazah lompat katak ke🤔😂😂😂😂




Kos institusi awam disakau.Ini zaman JKOM banyak sangat peruntukan.

 

Kos institusi awam disakau





Nik Hasyudeen


Di dalam mendidik rakyat berkenaan bertapa perlunya menstrukturkan semula subsidi, JKom telah menerbitkan satu poster menarik.


Untuk kira-kira RM 60 bilion yang merupakan peruntukan subsidi tahun 2023, kerajaan boleh membina:


1.  110 buah hospital pada kos RM 550 juta sebuah

2. 700 buah sekolah pada kos RM 87 juta sebuah

3. 242,000 buah rumah mampu milik pada kos RM 250,000 sebuah


Untuk meringkan kesusahan jangka pendek, kita merisikokan masa hadapan dengan infrastruktur keperluan rakyat yang tidak cukup.


Saya ada kongsikan video berkenaan ulasan saya terhadap penstrukturan semula subsidi 👇


Apa yang menarik perhatian saya ialah tanggungan kerajaan kerana nak menyelamatkan institusi-institusi rakyat kerana pelbagai masalah yang dihadapi oleh institusi-institusi berkenaan termasuk kerana disakau:


1. Tabung Haji RM 20 bilion

2. Felda RM 10 bilion

3. LTAT RM 2 bilion


Pinjaman yang dibuat di atas jaminan atau komitmen jaminan kerajaan ini bukan sahaja menyebabkan kerajaan tidak berupaya untuk menambahkan infrastruktur rakyat seperti di dalam poster Jkom itu tetapi kena membayar kos hutang-hutang berkenaan. 


Jika kosnya 3% sahaja pun, untuk RM 32 bilion (jumlah tanggungan di atas), ianya sudah berjumlah RM 960 juta setahun. Tu dah boleh bina sabuah hospital dan 4 buah sakolah. Kalau dikira pokoknya, bertambah sedihlah kita. Untuk Tabung Haji, kos sukuk yang ditanggung oleh UJSB ialah lebih dari 4% setahun. Jumlah di atas tidak termasuk kerugian dari LCS, rasanya.


Kita boleh rasa nilai sekiranya seekor ayam dicuri. Namun, apabila institusi kerajaan dan awam disakau, ramai dari kita tidak mampu menjiwai kerosakan dari jenayah berkenaan. Malah, pengakau pula dianggap hero sehingga ke hari ini oleh sebahagian dari ahli masyarakat. 


Marilah kita menghafal sifir Jkom ini agar ianya memudahkan kita mengira bala ke atas masyarakat jika harta kerajaan dan institusi awam disakau lagi. 


Inilah penting untuk kita melihat sesuatu berdasarkan prinsipnya. JKom nak ajar kita kira kos subsidi, kita gunakan formula berkenaan untuk mengira kos sakau pulak 👌



ESOK MENANG BIASISWA DAN PTPTN HAPUS


Bob Kelanang.


 Esok Menang Minyak Turun 

Bila dia janji nak turunkan harga minyak... 😅😅😅


SAMPAH PUN TAK TERURUS.JENUH JUAL TANAK TANAM MUSANG KING BAGI KE ORANG.





HIKMAH PENYASARAN SEMULA SUBSIDI

 



PMX


Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).


Kerajaan juga memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700,000 penerima STR.


#Belanjawan2024

#MalaysiaMADANI



NAK TEBUK ATAP LA NI ISU TAK JALAN. BUAT BERITA PALESU. APA PUNYA KONGKIAK.





[ADMIN] Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin menarik perhatian semua bahawa poster yang sedang diviralkan ketika ini adalah fitnah dan tidak betul.


Pihak Pejabat Menteri telah melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.


Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang diviralkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


10 Oktober 2023

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan



HEBAT SANGAT KAH FILEM INI?

 


Air Mata Di Hujung Sejadah 

HEBAT SANGAT KAH FILEM INI?


Kerana di Tik Tok hebah bercerita mengenai filem ini saya pun memaksa diri ke pawagam menontonnya. 


Maklumlah saya ini jenis mudah air mata mengalir dan filem drama keluarga terbaik bagi saya tonton adalah filem ‘Bisik Pada Langit’ yg saya tonton sebanyak 7 kali.


20 minit pertama di menonton filem ini saya mula rasa tertipu. Mungkin kerana high expectation sebelum menontonnya sehingga rasa sedikit geram bila lokasi luar negara hanya di dlm bilik dan mungkin menampilkan ‘green screen’ …. Arghh mcm bajet filem ni.


Storyline dia simple sgt mcm tonton drama Cerekarama dulu2. Babak2 akhir filem ini yg agak sebak sedikit tapi filem ini macam nak sampai tapi tak sampai, nak sampai tapi tak sampai….hingga kdg2 antiklimaks.


Filem Bisik Dari Langit jauh lebih hebat dan memberi kesan mendalam kpd saya. Filem AMHS indah di Tik Tok bukan di pawagam. Apapun siapa nak tonton silakan … lain org lain pandangan.


Konflik ceritanya agak simple… Perebutan anak. Di mana anak tersebut ( Baskara )diperlihara keluarga angkat yg bernama Arif dan Yumna. Akhirnya Aqilla (ibu sebenar ) tahu dan mahu bertemu dgn anaknya.


Ibu angkat sayangkan Baskara dan apatah lagi ibu sebenarnya. Maka bermula kedua ibu ini beremosi dgn air mata. 


👉 Bagi saya isu konfliknya gampang diselesaikan jika saya boleh masuk campur urusan dlm keluarga ini.


Mbak Yumna sayangkan Baskara bukan? Mbak Aqilla pastikan sayang Baskara? Kedua Mbak tidak mahu berpisah dgn Baskara bukan?


Begini Mbak Aqilla masih bujang kan, jadi lebih baik Mbak Yumna jemput Mbak Aqilla sebagai madu… jadi kedua kalian dpt bersama menjaga Baskara. 


Daripada salah seorang terkorban kasih sayang kpd anak tersebut kan bagus berkongsi kasih sayang dgn Baskara dan Mas Arif sekali. Bapa dan anak boleh dikongsikan bersama kasih sayang.


Yg sulit jika Mbak Aqilla sudah berkahwin…waduh waduh benda yg gampang disulitkan… Kan kedua Mbak butuh kasih sayang…Jadi jgn ribut2. 


Kalau saya jadi director dgn selesai konflik ini dgn cara begini bukan sahaja tiada yg menangis malah tiada yg nonton… 🫣🤭🤭🤭😂😂😂😂😂🏃🏃🏃



KISAH WAN SEMAIL GOLOK DAN LUCY





 PI MAI PI MAI TANG TU


Saya membesar tahun 90-an dengan menonton Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Those were the days, when our life was simpler. Tiada lagi Astro, Netflix dan Youtube. Cuma ada TV3, TV2 dan TV1. 


Setiap Ahad malam, kami sekeluarga, dari Atok sampai ke cucu, duduk depan TV bergelak ketawa. 


Pi Mai Tang Tu, hanya sebuah sitkom marhein. Kisah penduduk Flat Sri Wangi, yang rata2 rakyat biasa, yang struggle setiap bulan. 


Wan Mail Golok seorang PI, Budin pengutip botol, Mat Over penjual keropok, dan Mat Busu, pengangkut najis. Budak2 gen Z sure kenot brain.


Ada juga karekter Lucy si pendandan rambut dan Ravi owner sekolah memandu. 


Zaman tu sebelum zaman drama Megah Holding. Papa Milionaire dan lain2. Pra Mami Jarum juga, bila emas berlian, banglo dan sport car tak diperhati dalam TV. 


Dalam Pi Mai Tang tu, semua ok je jadi diri sendiri. Walau kais pagi makan pagi. Lepas kerja boleh gelak ketawa. Kita pun tak kering gusi tengoknya. 


Semalam kita dapat berita. Wan Mail Golok kahwin dengan Lucy, for real! 


Bila saya baca, terasa warm and fuzzy feeling, dalam jiwa. Ini karekter yang saya tonton masa kecil. Rupanya, mereka bercinta dalam alam nyata. Walaupun dah berusia. 


To me “Fairy Tales” tak semestinya kahwin dengan putera raja. Atau dapat Ratu Cantik Dunia. Cukup kita temui cinta melalui sahabat berpuluh tahun lamanya. Yang menjadi penunggu setia. 


On the other hand, saya rindu the Golden Age of Malaysia. When life was simpler, kita tengok rakan senegara bukan atas warna kulit, atau IC dia kaum apa. Tapi melalui hati, jiwa serta budi mereka. 


Wan Mail Golok dengan Lucy tunjukkan love transcends race and religion. Dan tak mengenal usia. 


Ini cerita cinta ala Malaysia. 


Tahniah kami ucapkan. Kepada Abang Sabri Yunos dan Sis Angelina Tan. 


Dari peminat Pi Mai Pi Mai Tang Tu sejak muda sampai la ni, dah tua2 semua 😅


Salam hormat,

Liyana Marzuki



SEKOR BEKAS PENYANYI DENGAN TABUNGNYA.

 


Ada sekor bekas penyanyi yg dah tak laku tu, dia berkempen kutip dana RM 10 untuk jatuhkan PMX.  Wahai penjual tayar buruk, hang ingat dengan duit tabung milo hang tu boleh jatuhkan PMX ? 


  Kalau dengan duit hang ingat Anwar boleh ditumpaskan,  dah lama Anwar itu berkubur.  Semua musuh2 dia tu semua taikun besar tau, bukan orang pengemis macam hang.  Elok kumpul duit bantu rakyat Palestine, dapat jugak pahala.


W.Fauzidin.


APA ITU CUKAI PERKHIDMATAN??




Che Ibrahim


Cukai Perkhidmatan ialah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu seperti hotel, kelab persendirian, restoran besar besar, hospital swasta, padang golf dll. 


Kerajaan telah umumkan kenaikan cukai perkhidmatan dari 6% kepada 8% ialah bagi perkhidmatan perkhidmatan selain makanan, minuman dan telekomunikasi iaitu spt perkhidmatan perhotelan, kelab malam, hospital persendirian, kelab golf dll. 


Adapun perkhidmatan juru bual, penyebar fitnah dan adu domba, tukang pump, pembodek, kaki spin atau yang seumpamanya tidak dikenakan cukai perkhidmatan wpun mereka dibayar atas perkhidmatan itu. 


Yang dok melalak cukai perkhidmatan naik tu adakah kerana mereka amat memerlukan perkhidmatan perkhidmatan ini terutama kelab malam, karaoke dan padang golf?



LEBIH BAIK DIAM KALAU TAK TAU NAK KRITIK




 Macamana naikkan SST, yang ada pengecualian pada F&B dan telekomunikasi yang banyak diguna oleh B40 dan M40, lebih membebankan daripada GST yang dikenakan pada semua barang? Dia kena jelaskan tu.


Aku tak nafikan GST memang sistem percukaian paling cekap. Satu dunia dah gunakan GST. Silap kerajaan dahulu ialah memperkenalkan GST pada kadar yang agak tinggi iaitu 6%. Kalau 3% mungkin boleh diterima lagi.


Tapi nak perkenalkan GST pada masa ini bukanlah pilihan terbaik. Dan lebih kelakar kalau kata naikkan SST lebih membebankan berbanding GST. Di mana logiknya? Kalau tak ada benda nak kritik, lebih baik diam. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PERAK TERIMA 5 PROJEK PEMBANGGUNAN EKONOMI IMPAK TINGGI

 


5 Projek Pembangunan Ekonomi Impak Tinggi Di Perak


1. Perlombongan REE di Hulu Perak

2. Pembangunan Zon Industri di Bagan Serai / Parit Buntar untuk syarikat multinasional di Penang meluaskan operasi

3. Bandar Perindustriam Maritim Lumut

4. Lembah Automotif Berteknologi Tinggi di Tanjong Malim

5. Silver Valley Technology Park Ipoh


Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia MIDA via Dagang News


ANWAR VS MUHYIDDIN VS ISMAIL SIAPA TERBAIK?


Norman Radzuan


 Perbandingan Belanjawan PMX Anwar vs Perikatan Nasional 

ANWAR VS MUHYIDDIN VS ISMAIL SIAPA TERBAIK?


Sampaikan salam buat Syed Saddiq dan Wan Fayhsal dgn pesanan jgn pening2 lagi.


1.0 PMX Berjaya Mengurangkan Belanjawan Defisit 


2021 - 6.5% ( Muhyiddin ) 

2022- 5.6% ( Ismail Sabri ) 

2023 - 4.9% ( Anwar ) 

2024 - 4.3% ( Anwar ) 


2.0 Subsidi Rakyat Tertinggi 


2021 - RM 28 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 77.7 Billion ( Ismail Sabri ) 

2023 - RM 64 Billion ( Anwar ) 

2024 - RM 81 Billion ( Anwar ) 


3.0 Bantuan Wang Tunai Tertinggi 


2021 - RM 6.5 Billion ( Muhyiddin ) - BPR

2022 - RM 7.8 Billion ( Ismail Sabri ) - BKM

2023- RM 8 Billion ( Anwar ) - BTR 

2024 - RM 10 Billion ( Anwar ) - BTR


4.0 Bonus Penjawat Awam Tertinggi 


2021 - Penjawat awam RM 600 , pesara RM 300 ( Muhyiddin )

2022 - Penjawat awam RM700 , pesara RM 300 ( Ismail Sabri )

2023 - Penjawat awam RM 700 , pesara RM 350 ( Anwar )

2024 - Penjawat awam RM 2000 , pesara RM 1000 ( Anwar ) 


5.0 Subsidi & Insentif Kepada Sektor Pertanian ( Petani & Nelayan )


2021 - RM 1.7 Billion ( Muhyiddin )

2022 - RM 1.7 Billion ( Ismail Sabri )

2023 - RM 1.6 Billion ( Anwar )

2024 - RM 2.6 Billion ( Anwar ) 


6.0 Bantuan Awal Pra Persekolahan


2021 - RM 328 Juta ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 450 Juta ( Ismail Sabri ) 

2023 - RM 450 Juta ( Anwar )

2024 - RM 788 Juta ( Anwar ) 


7.0 Penjimatan Perbelanjaan Mengurus Negara Terendah 


2021 - RM 322.5 Billion ( Muhyiddin )

2022 - RM 395.3 Bilion ( Ismail Sabri ) 

2023 - RM 386.1 Bilion ( Anwar ) 

2024 - RM 303.8 Billion ( Anwar ) 


8.0 Harga Lantai Belian Padi Tertinggi 


2021 - RM 1200 per tan ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 1200 per tan ( Ismail Sabri )

2023 - RM 1200 per tan ( Anwar ) 

2024 - RM 1300 per tan ( Anwar ) 


9.0 Peruntukkan Perumahan Rakyat Tertinggi


2021 - RM 1.2 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 1.5 Billion ( Ismail Sabri ) 

2024 - RM 2.47 Billion ( Anwar ) 


10.0 Peruntukkan Pendidikan Tertinggi


2021 - RM 50.4 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 52.6 Billion ( Ismail Sabri ) 

2023 - RM 55.2 Billion ( Anwar ) 

2024 - RM 58.7 Billion ( Anwar ) 


11.0 Peruntukkan Kesihatan Tertinggi


2021 - RM 31.9 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 32.4 Billion ( Ismail Sabri ) 

2023 - RM 36.3 Billion ( Anwar )

2024 - RM 41.2 Billion ( Anwar ) 


12.0 Dana Pembangunan Sabah & Sarawak Tertinggi


2021 - RM 9.6 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 9.16 Billion ( Ismail Sabri ) 

2023 - RM 12.1 Billion ( Anwar )

2024 - RM 12.4 Billion ( Anwar ) 


13.0 Peruntukkan Hal Ehwal Islam Tertinggi 


2021 - RM 1.4 Billion ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 1.5 Billion ( Ismail Sabri )

2023 - RM 1.5 Billion ( Anwar ) 

2024 - RM 1.9 Billion ( Anwar ) 


14.0 Nilai Ambang Muflis Tertinggi 


2021 - Nilai Ambang Daripada RM50,000 kepada RM100,000 

2022 - Nilai Ambang Daripada RM50,000 kepada RM100,000 

2023 - Nilai Ambang Daripada RM50,000 kepada RM100,000 

2024 - Nilai Ambang Tidak Melebihi RM 200 000


15.0 Sumbangan Guru takmir, Guru KAFA, Imam, Bilal Tertinggi 


2021 - RM 500 ( Muhyiddin ) 

2022 - RM 500 ( Ismail Sabri )

2023 - RM 600 ( Anwar )

2024 - RM 700 ( Anwar )




BARU PADAN MUKA HANGPA...

 



Ni la padahnya ambik lebai bengong jadi MP. Bikin kecoh dalam dewan reti la. Tapi kesusahan rakyat bukan dia peduli. Ada MB pun tau sembang je. Dah 66 tahun merdeka ohn masih ada masalah begini. Nasib la. Lain kali nak mengundi tu gunakan akal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KAH..KAH..KAH..PUNYA LA MISKIN MINDA.....

 


Walaun ni macam biasa la. Income B40, nafsu T20. Sebab tu walaupun Bajet Madani lebih 'merugikan' golongan T20, tapi walaun yang rata-rata B40 yang terlajak bising.


Paling bising pasal kenaikan cukai perkhidmatan dari 6 ke 8%. Mula-mula sekali, dia pun tak reti beza antara SST dengan GST. SST dikenakan pada jualan dan perkhidmatan, bukan pada barangan.


Cukai jualan dikenakan pada pengeluar, bukan pada pengguna. Eh dia kata pula nanti bila kos pengeluar naik, dia akan naikkan harga barangan yang dijual.


Kita terangkan lagi, cukai jualan tak naik. Yang naik cuma cukai perkhidmatan. Itu pun pengecualian kepada F&B dan telekomunikasi. Maknanya, kalau pergi makan di McD atau mamak, dan bill telefon atau prepaid tak ada perubahan.


Yang naik tu macam sewa hotel, bilik karaoke dan sebagainya. Walaun ada ke check in hotel tiap hari? Ada layan karaoke tiap hari ke? Dah tu kenapa nak bising?


Tak puas hati lagi, dia kata pulak bill elektrik pun ada caj cukai perkhidmatan. Maknanya dorang pun akan kena juga. Adoi la walaun...


Bil elektrik yang kena caj perkhidmatan kalau guna banyak je. Kalau bawah RM235 sebulan (tak silap aku), tak kena pun cukai tu. Bil elektrik walaun tinggi mana? Duduk istana ke?


Ini la akibat termakan cakap lebai tanpa nak check dulu fakta. Lebai tu T20 walaun oi. Dorang salam kaut je berapa banyak dapat. Duduk hotel memang selalu. Pakai pun Vellfire, jenis minum petrol. Sebab tu bising. Korang bukan level lebai.


Bil elektrik aku hampir RM700 sebulan. Bermakna aku akan kena tambahan kos dalam RM10 - RM15 sebulan. Tapi tak apalah. Aku terima. Peliknya aku tak bising tapi walaun pulak melebih.


Tahun depan mungkin aku pun tak dapat subsidi petrol lagi. Memang sakit. Tapi nak buat macam mana. Kerajaan sebelum ni yang walaun sokong tu dah sakau banyak duit. Jana wibawa la, duta gaji buta la. Hutang bertambah melampau-lampau.


Bila tengok belanjawan ni, banyak untuk sekolah, pendidikan, membantu orang miskin, pembangunan semua, aku pasrah. Terpaksa aku relakan. Pandai la aku adjust budget aku tahun depan.


Memang kalau ikutkan pedih juga. Income tax dah bayar banyak, tapi subsidi tak dapat. Tapi kita nak bina negara untuk anak cucu cicit kita. Kalau tak begini, negara mungkin bengkrap.


Kalau negara bengkrap, apa yang akan terjadi pada keturunan kita nanti? Aku tak sanggup bayangkan. 


Dan anak-anak aku yang masih sekolah pun belum tentu akan jadi T20. Mungkin M40. Malah mungkin juga B40. Kalau aku masih nak tamak hari ini, anak aku akan terima akibatnya hari esok.


Tolong berfikiran jauh. Fikirkan masa hadapan. Negara ni bukan kita punya. Kita pinjam dari anak anak kita. Kalau kita tak pelihara, takkan kita nak pulangkan sebuah negara yang rosak pada mereka? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.