TAK MUNASABAH MAHIADDIN LEBIH DISUKAI DAN POPULAR BERBANDING ISMAIL SABRI

 

Berdasarkan dapatan atau tinjauan terbaru oleh Merdeka Center, sebagaimana dilaporkan media semalam, Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin didapati merupakan pemimpin politik paling popular dan disukai sekali.

Beliau dilaporkan mendapat 51 peratus undian daripada keseluruhan responden yang ditinjau pendapat mereka.

Populariti Mahiaddin dengan itu digambarkan mengatasi Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang mendapat undian 46 peratus, diikuti Anwar Ibrahim 33 peratus, Mohamad Hasan 32 peratus dan Ahmad Zahid Hamidi sekadar 13 peratus.

Selain menggambarkan kedudukan Mahiaddin sebagai paling disukai dan paling berpotensi untuk kembali sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang, dapatan Merdeka Center juga mencadangkan Ismail Sabri harus dikekalkan sebagai calon Perdana Menteri bagi BN.

“Adalah suatu langkah strategik yang baik untuk terus mengekalkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri memandangkan popularitinya lebih tinggi berbanding Zahid Hamidi,” tambah laporan itu lagi.

Menggambarkan Ismail Sabri lebih popular daripada Zahid Hamidi barangkali tidaklah begitu menghairankan kerana beliau memang telah disahkan sebagai “poster boy” dan calon Perdana Menteri bagi BN selepas PRU15 nanti.

Tetapi, meletakkan Mahiaddin lebih disukai berbanding Ismail Sabri mungkin membuatkan ramai yang tersengih sinis mendengarnya.

Sebagai pemimpin yang gagal ketika memegang jawatan Perdana Menteri selama 17 bulan, kemudian gagal lagi selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, tidak munasabah langsung kedudukannya boleh terangkat sebagai paling disukai dan paling popular sekali.

Ketika Mahiaddin melabel Ismail Sabri sebagai gagal dan Ismail Sabri membalas dengan mengatakan jika beliau gagal bererti Mahiaddin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara juga gagal.

Ini kerana, menurut beliau, Mahiaddin dan Majlis Pemulihan Negara adalah sebahagian daripada kerajaan yang dipimpinnya.

Bererti dalam hal ini, Mahiaddin dua kali gagal – pertama sebagai Perdana Menteri dan kedua, sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Lebih daripada itu, tindakan Mahiaddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana hilang sokongan juga menunjukkan beliau sendiri mengakui dirinya adalah pemimpin yang gagal.

Lalu, bagaimana pemimpin yang gagal boleh bertukar menjadi paling disukai?

Begitu juga dengan dapatan yang meletakkan Mahiaddin jauh meninggalkan Anwar dari segi populariti dan disukai, turut menunjukkan tidak ia tidak munasabah sama sekali.

Di pelbagai medium media sosial dan ke mana saja Anwar pergi dalam program bertemu rakyat, dibuktikan dengan gambar dan video bagaimana sambutan hangat yang diterimanya.

Dengan itu, bagaimana Anwar boleh digambarkan jauh lebih tidak popular berbanding Mahiaddin?

Ehhh….Merdeka Center dipunyai oleh siapa dan di belakang tabirnya pula ada siapa? – ShahbudinHusin 31/10/2022.

 

TUUU DIAAA KERAJAAN MELAYU ISLE....KACAU..TU PUN TAK BOLEH KAWAL ?


 

BYE..BYE ZURAIDA - MASA DEPAN ZURAIDA DIKIRA SUDAH DIKEBUMI SEBELUM KUBURNYA DIGALI

 

Nasib dan masa depan politik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin setelah keluar daripada Bersatu dan sebelum itu bangga bertindak khianat kepada PKR, nampaknya terus jadi tidak menentu.

Parti Bangsa Malaysia atau PBM yang mahu dijadikan landasan perjuangan barunya dilihat tidak menjanjikan laluan cerah buat masa depannya.

Zuraida yang sebelum ini cuba diangkat menjadi Presiden PBM bukan saja berbalah dengan Larry Sng yang mendakwa dirinya juga sebagai Presiden PBM, malah dua hari lalu turut digantung keahliannya daripada parti itu bersama 12 pimpinan parti yang lain.

Larry Sng mendakwa, tindakan penggantungan itu diambilnya kerana pembabitan mereka terbabit secara berterusan menggugat kepentingan parti dan kepimpinannya.

Selepas tindakan penggantungan itu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS pula mengesahkan Larry Sng masih merupakan Presiden PBM yang sah.

Kata RoS, pertikaian yang berlaku dalam PBM adalah masalah dalaman parti itu dan ia tidak membabitkan mereka sebagai sebuah agensi kerajaan.

Bermakna dalam hal ini dan setakat ini, bukan saja Larry Sng diakui sebagai peneraju PBM yang sah, bahkan tindakannya menggantung keahlian Zuraida bersama 12 pemimpin lain juga adalah sah.

Dalam keadaan tersebut, memandangkan hari penamaan calon hanya tinggal beberapa hari saja lagi, persoalan paling besar kini ialah Zuraida mahu bertanding atas tiket apa bagi mempertahankan kerusi Parlimen Ampang pada PRU15 ini?

Sudahlah permohonan PBM untuk menyertai BN telah ditolak, kini dengan penggantungannya itu, Zuraida seolah-olah hilang sama sekali tempat bergantung untuk mengharungi masa depan politiknya.

Mujur juga kedudukan menterinya masih dikekalkan oleh Ismail Sabri Yaakob, meski telah keluar daripada Bersatu dan diasak berkali-kali oleh Mahiaddin Md Yasin agar segera diganti.

Jika tidak, pasti lagi malang nasib yang menimpanya.

Mahu tidak mahu, menjelang hari penamaan calon pada 5 November ini, Zuraida harus mencari jalan sehabis baik bagi menyelesaikan pertelingkahannya dengan Larry Sng berkaitan kepimpinan PBM itu.

Gagal berbuat demikian atau jika Larry Sng enggan berdamai dengannya serta akhirnya terpaksa bertanding atas tiket Bebas di Ampang dan bersendirian tanpa sebarang pakatan dengan mana-mana gabungan, harapannya untuk menang boleh dikira sudah melayang bak debu-debu berterbangan.

Masa depan politik beliau dengan itu tak ubah seperti sudah dikebumi sebelum pun kuburnya digali dan tanpa perlu menunggu tarikh pengundian pada 19 November nanti.

Adakah semua ini balasan Tuhan atas pengkhianatannya selama ini?

Dalam satu rakaman video selepas bertindak khianat kepada PKR dan seolah-olah berjaya menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri pada tahun 2020 dahulu, Zuraida pernah dengan bangga menyanyi sambil mengungkapkan kata-kata “bye-bye Anwar”.

Dengan nasib yang menimpanya sekarang, siapa lebih dulu bye-bye? – ShahbudinHusin 31/10/2022.




LEBIH BAIK POLIS CARI REMAJA INI TERLEBIH DAHULU. RAMAI YANG MARAH DAN MENGGESA CARI SAMPAI LUBANG CACING




LELAKI yang mengasari perempuan dan mengancam dengan menggunakan keganasan atau berkata kasar ke atas golongan hawa adalah lelaki yang bacul.

Golongan wanita seharusnya disayangi dan bukanlah dikasari. Jika berlaku pertelingkahan atau konflik seharusnya diselesaikan dengan cara yang sepatutnya.

Usahawan dan pelakon popular, Neelofa melalui Twitter miliknya pada Ahad berkongsi satu rakaman video memaparkan seorang pemuda melakukan keganasan terhadap seorang gadis.

 

Dalam video pendek berdurasi 18 saat itu memaparkan seorang gadis ditumbuk bertubi-tubi dan diterajang seorang remaja lelaki tanpa belas kasihan.

Lebih menyakitkan hati, pemuda berkenaan dilihat mengambil seliparnya yang terjatuh di atas lantai dan terus menampar kepala gadis tersebut beberapa kali.

Turut kedengaran wanita berkenaan menangis kesakitan.

Namun tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, tindakan pemuda tersebut mengundang rasa marah warga maya.

Seorang pengguna Twitter, @Armin berkata, wanita untuk disayangi, bukan dikasari apatah lagi dipukul bertubi-tubi.

"Tidak perlu pukul, patutnya berbincang elok-elok. Geram aku tengok," tulisnya.

Sementara itu, @bloomingsdale tidak dapat menahan kemarahan melihat rakaman video tersebut.

"Marah aku tengok video ini. Kalau dapat kat aku memang aku tampar dan terajang masuk. C****a betul, Tolonglah sesiapa 'tibai' si lelaki itu," katanya.

Belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

 

GEMPAR TERKINI🔥 RAFIZI CABAR KETUA PUTERI UMNO ? BONGKAR TERKINI ?

MACAI.,AUNS....TU DENGAR ARAHAN PEMIMPIN.....KENA MOHONG...


Zunar cartoonist fan club.



 Supaya senang mencuri, orang lain disalahi. Kita jangan tertipu lagi.

#PRU15 #tolakpenyamoon



Calon ‘orang’ Zahid, nama besar dalam UMNO bakal digugurkan?Antara nama yang perasan Khairy Jamaluddin dan Annuar Musa....bye-bye.....

 




Persiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai penyokong dalam parti yang setia dengan beliau sebelum ini.

 

Bayangan senarai ‘orang’ Presiden UMNO bakal terpilih dalam senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin menjadi kenyataan, menurut sumber parti.

Kenyataan terbuka Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini calon yang dipilih perlu ada disiplin tinggi dan tidak besar kepala adalah amaran keras diberikan kepada kumpulan yang tidak sehaluan dengan Presiden UMNO tersebut.

Walaupun parti lain sudah mula mengumumkan barisan calon masing-masing di setiap negeri, nampaknya belum ada satu wakil daripada UMNO diumumkan sebagai calon setakat hari ini.

Malah, pemimpin UMNO sama ada Ketua Bahagian dan penyandang kerusi Parlimen setakat ini tidak berani mengumumkan diri masing-masing bakal dicalonkan, malah ada yang berhati-hati daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pencalonan.

Senarai calon sudah dihantar semua Bahagian UMNO seluruh negara untuk dipertimbangkan, namun ia belum menjadi jaminan nama yang disenaraikan itu bakal dipilih sebagai calon.

Untuk rekod, Zahid kini merupakan individu paling berkuasa dalam parti kerana statusnya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), ia bermakna watikah calon hanya akan ditandatanganinya.

Malah, terdapat penyandang kerusi Parlimen yang sudah mula menghidu nama mereka tidak tersenarai sebagai calon pada PRU-15 kali ini, ia menyebabkan keresahan dikalangan mereka, khususnya mereka yang berada di kem Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Walaupun menyedari bakal tersingkir, terdapat penyandang kerusi Parlimen mengambil langkah awal dengan mempromosikan diri sendiri untuk diangkat sebagai calon, hampir setiap hari penyandang kerusi Parlimen UMNO memuatnaik video pendek atau pun gambar dalam akaun media sosial bagi menunjukkan kerelevanan mereka dikekalkan.

Pelbagai program dan kunjungan rumah ke rumah dijalankan untuk menunjukkan mereka buat kerja di kawasan ketika ini.

Namun, sumber parti mengesahkan terdapat beberapa nama besar dalam UMNO khususnya bukan ‘orang’ Zahid bakal tercicir daripada senarai calon.

“Adakah individu seperti Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan beberapa nama lain yang dilihat lantang terhadap Zahid akan disenaraikan semula?

“Kita tunggu sajalah nanti bila senarai calon diumumkan oleh Presiden,” kata sumber tersebut.

Untuk rekod, nama-nama disebut sumber diketahui umum sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Zahid, tidak kurang dikalangan mereka yang berani mengkritik secara terbuka.

Difahamkan, kelewatan BN mengumumkan senarai calon disebabkan beberapa pertimbangan dan risiko yang sedang dikaji bagi melihat sejauh mana implikasi kepada parti sekiranya mereka ini tidak dicalonkan.

Zahid menyedari PRU-15 kali ini adalah yang terpenting bukan sahaja kepada parti tetapi lebih penting buat dirinya yang sedang berdepan pendakwaan di mahkamah ketika ini.

Kes-kes Zahid masih sedang dibicarakan di mahkamah, jika kalah ia akan memberi kesan buruk kepada karier politiknya.

Bukan sahaja Datuk Seri Najib Razak yang sedang meringkuk dalam penjara akan susah hati, Zahid juga pasti akan lebih susah hati kerana bakal mengikut jejak sama rakan baiknya itu.

Penting untuk Zahid memastikan ‘orang’ yang sekutu dengan pendiriannya dipilih sebagai calon, ia juga boleh memudahkan dirinya diangkat menjadi Perdana Menteri Kesepuluh nanti.

Jadi, adakah ‘orang’ Zahid yang akan dipilih sebagai calon, atau ‘orang’ kem lain bakal menguasai pencalonan BN kali ini?

SIAPA YANG SILAP NAK BUNUH KARIER POLITIK ANWAR, KITA TANAM DIA IDUP IDUP...

 

Tambun akan jadi ‘tapak’ saya, bukan gelanggang ‘bunuh’ karier, kata Anwar.




Pada PRU15, Anwar Ibrahim, yang juga calon perdana menteri PH, dijangka bertembung di kerusi Parlimen Tambun dengan penyandangnya, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinannya memenangi kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, Tambun akan menjadi seperti “tapak” dalam perjuangan politiknya, sambil menolak tanggapan ia akan membunuh kariernya.

“Jika menang di Tambun, ini akan jadi ‘base’ saya. Tambun akan letakkan seorang perdana menteri buat pertama kalinya di Perak,” katanya ketika berucap dalam satu ceramah Jelajah Mega Harapan di Perak yang disiarkan secara langsung di Facebook.

“Ini keputusan saudara (sama ada jadikan) ‘Waterloo’, iaitu gelanggang untuk bunuh karier politik Anwar (atau tidak).”

Pada 20 Okt, Anwar diumumkan menjadi calon PH di Parlimen Tambun dan bakal menjadi perdana menteri jika gabungan itu menang pada PRU15.

Anwar dijangka bertembung dengan penyandangnya Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden Bersatu.

Pada PRU lalu, Faizal yang bertanding atas tiket PKR menang dengan majoriti 5,320 undi, menewaskan calon BN dan PAS.

Anwar berkata, beliau percaya dengan kebijaksanaan pengundi di Tambun untuk memilihnya.

“Setiap orang Melayu, Cina, India dan Orang Asli (mesti) faham keadaan ini dan tolong sampaikan (kepada yang lain).

“Kita tidak boleh hilang satu undi (pun) kerana ini bukan Port Dickson atau Ampang. Ini Tambun,” katanya sambil menyeru pengundi Tambun yang berada di luar kawasan agar turut pulang mengundi.



LANGKAH AMANAH LANGKAH SUMBANG. KISAH DITEMERLOH DULU...AMANAH BOLEH LANTIK PEGAWAI PPD YANG MEMANG UMNO KARAT WAKILI AHLI PARLIMEN SAMPAIKAN BANTUAN. TAK ADA ORANG LAIN KA NAK WAKIL YB.

 

Ahli tak puas hati Amanah hilang 3 kerusi, AJK Johor dakwa ‘pemimpin lemah’




AJK Amanah Johor Mazlan Aliman berkata sebelum ini kerusi DUN Puteri Wangsa dan Ayer Hitam turut diberikan kepada Muda dan DAP.

PETALING JAYA: Tindakan Pakatan Harapan (PH) menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada Muda mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli, kata AJK Amanah Johor Mazlan Aliman.

Beliau berkata, sebelum ini kerusi DUN Puteri Wangsa dan Ayer Hitam turut diberikan kepada Muda dan DAP.

“Meskipun penegasan telah diberikan kepada pimpinan khususnya presiden dan timbalan presiden Amanah, ia gagal dipertahankan.

“Kerusi pinjam di Parlimen Ayer Hitam pun gagal diambil semula. Nampaknya, ia menjadi milik DAP buat selama lamanya,” katanya dalam kenyataan.

Mazlan berkata, dalam parti komponen PH, kepimpinan Amanah dilihat lemah dalam menangani rundingan kerusi yang menimbulkan rasa tidak puas hati ahli dan penyokong parti.

“Sementara hari penamaan calon 5 Nov masih berbaki beberapa hari lagi, keputusan di Parlimen Tanjung Piai mesti dirunding semula. Kembalikan kepada Amanah seperti diputuskan sebelum ini,” katanya.

Katanya, Amanah mesti dilihat mengurus emosi dan moral ahli parti yang cukup terkesan dengan situasi penuh kontroversi itu.

“Barang diingat mandat kepimpinan diperoleh daripada ahli parti yang menjadi perwakilan dalam pemilihan. Bahkan, mereka yang bertungkus lumus dan berkorban apa sahaja bagi memenangkan parti setiap kali pilihan raya.

“Saya amat sedih dengan episod ini meskipun kita sentiasa merai dan menghargai rakan rakan DAP, PKR dan Muda,” katanya.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT. KANAK KANAK HILANG

 


Dalam Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang PDRM. 😥

.

Melalui portal tersebut juga, sehingga ke hari ini, seramai 34 kanak-kanak hilang di Sabah masih belum ditemui (28 Perempuan, 6 Lelaki). 

.

Semoga ibu-bapa sentiasa memberi perhatian kepada anak dalam jagaan masing-masing dan semoga kanak-kanak yang hilang ini sentiasa dalam lindungan Tuhan walau di mana saja mereka berada berada🤲.

.

Portal Rasmi Kanak-kanak Hilang (Sabah)

- https://knk2hilang.rmp.gov.my/MissingPerson/Search?contingentId=24

*Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat mengenai individu hilang, hubungi Balai Polis berhampiran atau pengawai penyiasat


HAIWAN POLITIK

 HAIWAN POLITIK 


Dalam omputih, ada istilah “political animal”. Nak tahu macam mana orang politik berfikir, boleh tengok haiwan juga. Ada lebih kurang sama. 


Haiwan paling jahat sekali dalam animal kingdom, ialah HYENA. Mereka ni kalau dalam satu geng, gaduh2 sama sendiri, sampai boleh bunuh membunuh. Melolong pun tak stop. 


Namun hyena ni akan berhenti gaduh dan bersatu kalau lalu makanan depan mata. Terus mereka bersatu semula. 


Haiwan kegemaran pula, buffalo/ seladang. Walau pun seladang tu besar mereka akan pakat menyerang, sampai seladang tu tumbang. 


Kalau seekor seladang berdiri sendiri, dengan kelompok hyena bersatu hati, kejap je la. Habis kena ngap. 


Hyena akan takut kalau sekumpulan seladang menentang mereka. Tak perlu banyak, cukup 2-3 satu team. Ntah2 belum apa2, hyena dah cabut lari. 


Dalam lanskap politik kita, hyena dah berhenti melolong dan bergaduh. Mereka nampak team seladang tadi dah berpecah banyak. Tinggal seekor2 pulak tu. Hyenas dah meleleh air liur. 


Kita yang tengok dari luar, nak kata good luck la seladang tu. Kami akan cuba la bantu sedaya mampu. Tapi apa2 jadi, jangan cakap kami tak bagitau. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



DASYATNYA PERANGAI PAS.

 Dari grup whatsapp :


Soalan : kenapa PAS tidak berkempen isu PH jual aset Tabung Haji lagi?


Jawapan : sebab PAS sedar selama ni PAS bohong je pasal PH jual aset Tabung Haji tu.


Soalan : kenapa sampai sekarang PAS masih tidak mahu dedahkan laporan RCI Tabung Haji yang dijanjikan akan bentang pada bulan September yang lalu?


Jawapan : sumber dalaman melaporkan, hasiil laporan RCI mendapati tiada satu pun salah laku di zaman PH, bahkan ia selari dengan laporan Ketua Audit Negara bahawa keputusan kerajaan PH adalah tepat dalam menyelamatkan aset TH.


Samada BN atau PH, undilah sesiapa sahaja asalkan bukan PAS.

:)


Ponteng Parlimen ✅

X bentang RUU355 ✅

Kapirkan Umno ✅

Jadi Duta X pi luar negara ✅

2 Imam 1 Masjid ✅

X makan sembelihan Umno ✅

Makan dedak Umno ✅

Kawan dengan DAP, MCA & Gerakan ✅

Berpeluk dengan PNyamun ✅

Berpeluk dengan PNgkhianat ✅

PNunggang Agama ✅

Bayar Belakang Sarawak Report ✅

Kena saman Fitnah Pil Kuda ✅

Fitnah PH Liberalisme ✅

Fitnah PH Komunisme ✅

Fitnah PH Anti-Islam ✅


#PASik

KELUAR PAS KONONNYA BENCI UMNO, AKHIRNYA BERSAMA UMNO UNTUK JATUHKAN KERAJAAN PH

 









YB Amiruddin Hamzah, MP Kubang Pasu. Beliau asalnya dari Pas, pegang AJK Pas Negeri Kedah. Beliau keluar Pas kononnya tidak lagi meyakini perjuangan Pas yang mesra kepada Umno. Beliau pun menyertai Bersatu dan bertanding di dalam PRU14 di bawah PH dan menang.

Sekarang, beliau di antara beberapa MP dari Bersatu yang mengikut Muhyiddin Yassin untuk menjadi pengkhianat kepada PH, bersama Umno untuk merampas kerajaan PH.

Sia-sia beliau keluar dari Pas kerana akhirnya bersama Umno juga.

Itulah orang politik yg mahu jaga perut tidak kira halal dan haram.

WFAUZDIN NS

 

RAMAI MENGUTUK KATA ANWAR LARI...TAPI YANG MENGUTUK TU PUN DUDUK TEMPAT LAMA JUGA...CIHHH...BUAT LECEH SEMBANG.LIHAT GAMBAR NI.





 THIS IS TAMBUN 


Malam tadi Anwar sekali lagi ke Tambun.  Kadangkala jeles juga bila Perak dan Tambun dapat menumpang tuah tokoh reformasi ini.  Untungnya orang Tambun.  Sebelum ini orang Port Dickson dan N.Sembilan merasa bertuah.  


Ismail Sabri kata Anwar tak berani kekal di Port Dickson sebab takut kalah.  Lojik akal, jika Anwar takut kalah kat Port Dickson, mengapa dia pilih Tambun, tempat berisiko? Bukankah Anwar boleh saja bertanding di Permatang Pauh, kubu asalnya dan kampungnya? Anwar boleh saja memilih untuk bertanding di Selangor atau wilayah, kawasan terkuat bagi PH.  


Nampaknya, Ismail Sabri mulai rasa bimbang apabila rakyat di Perak mulai bangkit dan bersemangat dengan kehadiran Anwar.  Anwar bukan macam Ismail Sabri, Najib, Zahid Hamidi atau Hadi Awang, yang tak pernah berani keluar dari gelanggang sendiri.  Berani berkokok dalam gelanggang sendiri saja.


Pemimpin yang baik adalah yang berani mengambil risiko.  


WFAUZDIN NS



INDEKS PERSEPSI RASUAH.





 INDEKS PERSEPSI RASUAH.

Pada tahun 2018, Malaysia berada di tangga 62. Selepas itu selama 22 bulan, ia turun kepada 51,. Namun naik balik ke tangga 62 selepas Langkah Sheraton. (indeks ini dikeluar setiap Januari)


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/indeks-persepsi-rasuah-malaysia-jatuh-lagi-kali-ini-dari-57-ke-tangga-62-pada-2021-343461

BERSATU YANG MEMBATU


. Ini posting terakhir hari ni, mengenai BERSATU.

Senang cerita, Parti Bersatu ini tertubuh kerana Najib Razak. Mereka tahu masa tu, UMNO sedang nazak. Skandal 1MDB sedang meletup di seluruh dunia. Najib liabiliti dan mereka rasa perlu selamatkan Malaysia.

Maka TS Muhy bergabung dengan PM lama. PRU14, Tun M jadi PM semula. Namun hanya kekal 22 bulan. Bila Kerajaan mandat rakyat PRU14 dikhianat.

Macam2 versi kita dengar. Buat kita confuse. Tapi satu yang tidak boleh terpadam. Bersatu keluar dan tubuh Kerajaan dengan Kluster Mahkamah. 17 bulan selepas itu Kluster Mahkamah yang jatuhkan dia. Kifarah Allah atau karma itu real. Pengkhianat dikhianat juga akhirnya.

Masa mereka berkuasa, bukan nak pikirkan negara. Dijatuhkan pelbagai Kerajaan negeri kerana nak berkuasa. Buat PRN Sabah juga sampai satu negara trigger. 2 MCO yang merugikan negara. Belum lagi cerita derhaka Raja.

Pada saya simple, ini semua berlaku kerana they slept with the enemy. Harimau ditanggung di belakang badan. Akhirnya mereka kena ngap.

Dua perkara saja yang saya boleh bagi merit. Satu, prinsip mereka melawan Kluster Mahkamah dan tidak tunduk dengan tuntutan mereka. Sampailah terpaksa hilang kuasa. Itu pada saya, suatu yang baik sekali.

Perkara kedua, personaliti PM Muhy disenangi kaum majoriti. Ramai Penjawat Awam pun suka dia. Mereka lihat Bersatu sebagai alternatif kepada UMNO. Abah ini juga puncanya.

Baru2 ini Merdeka Centre punya dapatan pun tunjuk dia calon PM nombor satu. Kalah Anwar dan Zahid. Di tempat kedua dan ketiga.

Cuma satu mengenai TS Muhy yang saya tak berkenan. Cara dia control media. Tiada langsung peluang wartawan nak buat sidang media secara terbuka. Semua hanya scripted saja. Apa yang ditakut , tak tahu pula.

Seperkara lagi, yang kita angkat kening. Besarnya budget PN kali ini. Mana datang sumbernya? Adakah wang negara juga? Adakah mereka berperangai Parti Keramat nombor dua?

Yang pastinya, Bersatu dilihat sebagai alternatif kepada UMNO sekarang. Melayu yang benci BN dan PH, akan undi mereka kerana mereka parti tengah2. Bukan extreme right or left. Cuma sokongan bukan Melayu susah nak datang. Kerana PAS ada di situ dan Gerakan tiada belang.

Kalau PRU ini PN can pull it through, Bersatu akan terus maju. Kalau kalah, besar kemungkinan mereka akan terus terkubur. Lainlah mereka nak swallow their pride.

Gabung semula sebagai Kerajaan Melayu Islam dengan BN. Kalau BN tak dapat majoriti. Tapi mungkin kali ini, TS Muhy tak jadi lagi Perdana Menteri. Nak dictate pun susah sekali. Takut Bersatu hanya mampu membatu di situ.

Worst case scenario, ditinggalkan kawan sendiri. PAS melompat dengan UMNO. Habis madu sepah dibuang, kata orang. Jadilah mereka seperti Semangat 46.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

PS- esok pagi saya buat wrap up posting: “Asal Bukan UMNO. Anything But UMNO”.

 

TINDAKAN AMANAH SANGAT MENGECEWAKAN…

 

TINDAKAN AMANAH SANGAT MENGECEWAKAN…







NORMAN RADZUAN

Di saat anak muda secara majoriti memilih PKR dan Muda utk mengundi… Amanah pula buat hal. Maaf menegur, saya lebih memihak Pengerusi Amanah Kedah, Pahrolrazi kwsn Melayu luar bandar sukar terima DAP walau 100 thn lagi.

Pahrolrazi sgt realistik dlm soal ini. Jangan beri peluru kpd musuh yg akn memainkan isu kononnya Amanah ini tunggangan DAP. Mengapa beliau dipecat?

Skg baru saya percaya tindakan Yb Fakhrulrazi Meru berhijrah dulu tepat. Anak muda ini sepatutnya menjadi pimpinan utama pelapis Amanah. Mana tidaknya Husam Musa, Nik Omar dan Tarmizi Mohd Jam juga bertanding atas parti komponen.

Sdgkan keempat empat mereka ini adalah nama2 besar atau aset parti yg patut dijaga oleh Amanah. Kenapa dibiarkan begitu sahaja.

Maaf bukan ingin masuk campur hal parti rakan tetapi saya sgt kecewa kerana ia mampu menggugat momentum PH yg mula mendapat sambutan rakyat. Percayalah pihak lawan akn mainkan isu ini dlm kempen2 mereka.

Saya bicara ini atas kapasiti peribadi sebagai penulis. Terpulang kpd anda utk bersetuju atau tidak. Saya tidak mahu jika tewas baru dikatakan baru sibuk menulis mahu mencari salah.

Masih ada masa Amanah dan DAP berbincang kembali demi utk mengelakkan hilang keyakinan org Melayu Kedah khasnya.

 

PRU15 DAN SEJARAH HEBAT YANG BAKAL DICIPTA KELUARGA ANWAR UNTUK NEGARA

 

Berdasarkan senarai calon PRU15 mewakili PKR yang diumumkan pada Jumaat lalu, keluarga Anwar Ibrahim dengan sendirinya telah mencatat sejarah buat negara, malah bakal mencipta lebih banyak sejarah jika PH menang dan berjaya menubuhkan kerajaan pada 19 November depan.

Selama ini, adalah perkara biasa bila ayah dan anak dipilih sebagai calon dalam sesuatu PRU – misalnya Tun Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir, Tun Ghafar Baba dan Tamrin Ghafar, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Gobind Deo, Taib Mahmud dan Sulaiman Taib serta Anwar dan Nurul Izzah – tetapi belum pernah tiga orang dalam satu keluarga dipilih sebagai calon.

Tetapi PRU15 ini akan menyaksikan sejarah baru tercipta bila mana tiga orang dalam sebuah keluarga iaitu Anwar, Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah, secara serentak dipilih sebagai calon untuk bertanding dalam PRU yang sama.

Walaupun sebelum ini, ketiga-tiganya sudah sedia memegang status sebagai Ahli Parlimen, tetapi mereka tidak pernah bertanding secara serentak.

Wan Azizah dan Nurul Izzah bertanding dan menang di Pandan serta Permatang Pauh pada PRU tahun 2018, manakala Anwar menjadi Ahli Parlimen Port Dickson melalui PRK pada 2019.

Dalam PRU15 kali ini, tiga pemimpin berkenaan akan bertanding serentak dan jika ketiga-tiganya menang, secara serentak pula mereka akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Sebelum ini, ketika Wan Azizah dan Nurul Izzah menjadi Ahli Parlimen, kedua-duanya juga boleh dikira mencipta sejarah kerana pertama kali seorang ibu dan anak perempuan secara serentak berada di Dewan Rakyat.

Meskipun kali ini Wan Azizah berpindah dari Pandan ke Bandar Tun Razak dan ramai yang mempertikaikannya kerana dianggap tidak wajar lagi diletakkan sebagai calon, dikatakan memadai dengan Anwar dan Nurul Izzah saja bertanding, namun kesediaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu terus bertanding adalah suatu pengorbanan yang cukup besar sebenarnya.

Beliau bukan diletakkan untuk bertanding di kawasan yang mudah, bahkan dalam misi untuk menyingkirkan pengkhianat parti iaitu Kamaruddin Jaafar yang pada PRU14 telah memenangi kerusi tersebut atas tiket PKR, tetapi kemudian melompat katak ke kolam Bersatu.

Oleh kerana memenangi satu kerusi adalah cukup penting, maka meletakkan Wan Azizah di Bandar Tun Razak adalah tepat, bahkan kesediaan beliau menggalas tugas berat itu seharusnya amat terpuji.

Isteri pemimpin-pemimpin lain sudah pasti tidak sedia melakukan pengorbanan dan perjuangan seperti itu kerana ramai yang lebih suka memilih kehidupan senang serta mewah tanpa melakukan apa-apa kerja yang susah.

Lantaran itu, keberadaan Wan Azizah sebagai calon, meski dalam usia 70 tahun haruslah diraikan serta dilihat dalam perspektif yang betul dalam usaha memastikan PH beroleh kejayaan.

Ini kerana sebagaimana disebut Anwar sendiri, PKR wajib merampas balik semua kerusi pengkhianat itu dan jika pimpinan utama tidak diletakkan sebagai calon, usaha mengalahkan mereka mungkin tidak menemui kejayaan.

Wan Azizah dalam hal ini nampaknya sehati sejiwa dengan Anwar yang sama-sama berpindah ke kawasan sukar iaitu Tambun bagi melonjakkan lagi harapan meraih kemenangan buat PH.

Dalam pada itu, Anwar dan Wan Azizah adalah satu-satunya pasangan suami isteri yang mencipta sejarah dalam negara ini kerana pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang serta Ahli Parlimen.

Barangkali boleh diucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir kerana memecat Anwar pada 1998 dahulu, tanpa pemecatan itu tidak mungkin Wan Azizah terlintas untuk menceburi dunia politik secara aktif sehingga pencapaiannya yang luar biasa itu.

Pada PRU kali ini, jika ditakdirkan PH menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri selepas 20 November nanti, banyak lagi sejarah baru bakal tercipta.

Melaluinya nanti akan tercipta sejarah di mana Anwar sebagai Perdana Menteri, manakala isteri Perdana Menteri ialah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Ketua Pembangkang.

Juga akan tercipta sejarah di mana Anwar sebagai Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri adalah seorang Ahli Parlimen.

Semua ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana era kepimpinan Perdana Menteri yang terdahulu.

Pada 19 November nanti, tidak mahukah kita menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada terciptanya sejarah hebat itu? – ShahbudinHusin 30/10/2022.


UMNO TIPU MELAYU PERAK-DAH 12 TAHUN UMNO TAK BINA RUMAH DI IPOH PERAK


 

BERTABAHLAH TIAN- IKUT NASIHAT PAKCIK INI


 

KESIHAN NASIB POLITIK SI PENGKHIANAT MAKLAM


 

NAIB PRESIDEN BERSATU LETAK JAWATAN