TUUUU DIAAAAA.....MACAI KENA BACA NI- YANG DOK BUAT TIKTOK JADI CERDIK SIKIT. ‘NAJIB ARAH PINDA LAPORAN AUDIT 1MDB UNTUK LINDUNGI DIRINYA’


 Seorang pegawai SPRM hari ini berkata bekas perdana menteri Najib Razak ingin meminda laporan audit 1MDB pada 2016 atas tujuan melindungi dirinya daripada kesan undang-undang.

Hanif Lami berkata demikian ketika prosiding di depan hakim Mohamed Zaini Mazlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dia merupakan saksi pendakwaan ke-16 dalam kes pinda laporan audit 1MDB terhadap Najib dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Dia berkata itu merupakan kesimpulannya berhubung sebab Najib menggunakan kedudukannya selaku bekas perdana menteri untuk mengarahkan pindaan dibuat sebelum laporan dibawa ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016.

Katanya lagi, itu juga menjadi sebab kenapa Arul Kanda didakwa terlibat dalam meminda laporan tersebut.

“Keputusan siasatan saya mendapati perkara ini dibuat oleh tertuduh pertama dan kedua (Arul Kanda dan Najib) untuk melindungi diri mereka daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah berkaitan operasi 1MDB,” dakwanya.

Hanif yang merupakan pegawai siasatan bagi kes tersebut berkata Arul Kanda bersubahat dengan Najib dalam pindaan laporan audit 1MDB pada 24 Februari 2016 sebelum ia dibawa ke PAC.

“Tertuduh kedua (Najib) dalam kes ini mengarahkan Shukry Mohd Salleh, ketika itu ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri, untuk dapatkan laporan audit 1MDB dan serahkan salinan kepada tertuduh pertama (Arul Kanda), ketika itu CEO 1MDB, untuk diteliti,” dakwanya lagi.

Katanya lagi, Najib kemudian mengarahkan mesyuarat diadakan di pejabatnya pada 22 Februari 2016, yang turut dihadiri Ambrin Buang (ketika itu ketua audit negara) dan Ali Hamsa (ketika itu ketua setiausaha negara).

Ketika mesyuarat itu, dakwanya, Najib mengarahkan Ali untuk mengadakan mesyuarat antara Jabatan Audit Negara dan dirinya untuk membincangkan sebarang isu yang ingin dibangkitkannya dalam laporan itu, dan laporan itu tidak akan diterbitkan selagi dia tidak memberi lampu hijau.

Ia membawa kepada satu lagi mesyuarat dua hari kemudian, pada 24 Februari 2016, yang dipanggil oleh Ali dan dihadiri Arul Kanda, dakwanya lagi.

Susulan mesyuarat itu, dakwanya, pindaan dibuat terhadap empat isu dalam laporan, antaranya berhubung dua versi berbeza penyata kewangan 1MDB untuk 2014, dan isu kehadiran Low Taek Jho dalam mesyuarat lembaga 1MDB.

“Susulan mesyuarat itu laporan auditi 1MDB, yang dibentang pada PAC pada 4 dan 7 Mac 2016, dipinda ekoran arahan daripada tertuduh kedua,” katanya lagi.

Kenyataan saksi bertulis Hanif dibaca ketika pemeriksaan utama dengan timbalan pendakwa raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam.

Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Rahmat Hazlan, saksi menafikan siasatan terhadap tertuduh dibuat secara tergesa-gesa dan tidak adil.

Rahmat bertanya berkenaan dakwaan siasatan yang pantas terhadap Najib pada 2018, di mana laporan SPRM dibuat pada 26 November, kenyataan Najib dirakam pada 6 Disember, Najib ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 10 Disember, dan didakwa di mahkamah pada 12 Disember.

Rahmat: Ia berjalan dengan sangat pantas. Saya katakan yang Najib tidak diberi siasatan penuh dan adil.

Haniff: Tak Setuju

Perbicaraan di depan Zaini akan bersambung pada 18 Ogos, di mana pasukan pembelaan Najib dan Arul Kanda akan meneruskan pemeriksaan balas dengan Haniff.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk menjadikan Arul Kanda sebagai saksi utama terhadap Najib.

Pasukan pembelaan Najib belum menyelesaikan pemeriksaan balas dengan Arul Kanda dan ia akan disambung dalam perbicaraan akan datang.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/631859



ASAL BN PERINTAH MESTI ADA SKANDAL


TAK PERLU RCI, DAKWA TERUS PIHAK TERLIBAT SKANDAL KAPAL TLDM


WOIIIII MAMAT PEJA...HANG TAK PERLU SINDIR ANWAR, KALAU BERANI TUNGGU SAJA DI TAMBUN


Oooo...KDN...MASA PH DULU KES SAJAT AWAT SALAHKAN MUJAHID??


 

DI NEGARA CHINA PENDUDUK ISLAM DIA LEBIH RAMAI DARI MALAYSIA AGAKNAGAK GUNA BAHASA APA ?

 




KULI KATA PARTI PELACUR KALAU NAK BERTANDING SANGGUP BUAT APA SAHAJA...



 

PANDAI DIA BAGI PAHALA IKUT SUKA DIA...

 

Dapat pahala 700 kali ganda jika sumbang kepada parti ana…. Sumbanglah sekarang… Bobobobobo…




PIRATES OF CARRY BN...EPISOD LCS


 Zunar cartunisfan club.

TUU DIAAAA....ISLE TERANCAM LAGI NIH...LGBT TAK SELESAI...KAH..KAH.....

 


‘Tunggu dia balik, kita ambil tindakan’, menteri ulas wanita berpakaian ihram lelaki tunai umrah





Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita didakwa rakyat tempatan berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki.

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap wanita berpakaian ihram lelaki didakwa menunaikan umrah yang tular di media sosial, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Idris berkata, pihaknya sudah menghubungi Kementerian Dalam Negeri bagi memohon supaya siasatan lanjut dilakukan sebaik individu terbabit tiba di Malaysia.

“Saya mengambil berat perkara telah ditular dakwaan yang melaporkan seorang wanita yang mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki. Isu ini melibatkan hukum-hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan,” katanya di Facebook.

Pada masa sama, Idris memaklumkan, beliau telah menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mengambil tindakan tegas terhadap agensi yang menguruskan individu terlibat jika perkara itu didapati benar.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan seorang wanita yang didakwa rakyat tempatan berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki.

Tindakan itu mengundang kemarahan dalam kalangan warganet.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor meminta wanita terbabit bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata, perbuatan mempersenda dan mempermainkan agama adalah sifat orang munafik yang diancam dalam al-Quran dengan seksaan neraka yang dahsyat di akhirat kelak.

“Sesiapa melakukan tindakan sedemikian sesungguhnya telah kufur sebab dikira dia memandang ringan kepada agamanya,” katanya.



KAH..KAH...MACAI NAJIB DALAM TIKTOK BOLEH TOLANG JAWABKAN....NANTI AKU DEDAH MACAI TERUK NAJIB.

 

Adakah projek LCS hanya untuk bayar hutang lapuk BNS, Najib disoal




Mohamad Sabu dan Liew Chin Tong berkata jawapan Najib Razak akan
 membantu semua pihak memahami projek kapal tempur pesisir (LCS).

PETALING JAYA: Najib Razak dipersoal sama ada projek kapal tempur pesisir (LCS) dirancang dengan tujuan untuk membayar hutang lama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) daripada projek New Generation Patrol Vessel (NGPV).

Dalam laporannya mengenai LCS minggu lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata, BNS membelanjakan RM400 juta untuk menyelesaikan hutang lapuk membabitkan projek NGPV.

Bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu dan timbalannya ketika itu Liew Chin Tong menegaskan, tiada satu pun daripada RM9 bilion yang diperuntukkan untuk projek LCS sepatutnya digunakan untuk tujuan lain, mendakwa tindakan itu adalah jenayah pecah amanah.

“Ataupun perdana menteri keenam (Najib Razak) memang memulakan projek LCS secara rundingan terus dengan tujuan untuk membayar hutang lapuk NGPV?

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Jawapan Najib kepada soalan ini akan bantu kita semua memahami masalah projek LCS,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Menurut Mohamad dan Liew, jawapan Najib akan membantu semua pihak memahami projek LCS.

Mereka berkata, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah merancang untuk memperoleh 27 kapal peronda pada 1990, dengan cadangan dimasukkan dalam perjanjian untuk Perjanjian Penswastaan Naval Dockyard Sdn Bhd.

Projek NGPV, hanya menyaksikan enam daripada 27 kapal siap, melibatkan penswastaan Naval Dockyard Sdn Bhd pada 1995 di bawah kelolaan Najib yang ketika itu menggalas tugas sebagai menteri pertahanan, dari 1990 hingga 1995 dan kemudian 1999 hingga 2008.

Mereka berkata, Boustead Holdings Berhad kemudian menjadi pemegang saham majoriti syarikat yang keluar daripada penswastaan itu, seterusnya menamakan semula syarikat tersebut sebagai BNS pada 2006.

“Kontrak tambahan pertama yang ditandatangani pada 14 Dis 2001 tidak melibatkan kos tambahan.

“Selepas pengambilalihan PSC-NDSB oleh Boustead Holding Berhad, kontrak tambahan kedua ditandatangani pada 17 Jan 2007 dengan BNS, dengan tambahan nilai kontrak sebanyak RM 1.4 bilion iaitu daripada nilai kontrak asal RM5.35 bilion kepada RM6.75 bilion.

“Asas-asas peningkatan kos sejumlah RM1.4 bilion tidak dinyatakan dengan jelas dan tiada justifikasi kukuh untuk menaikkan nilai perolehan kontrak tersebut,” kata pemimpin Amanah dan DAP itu lagi.

Mohamad dan Liew berkata, PAC pada 2005 berpendapat projek NGPV tidak diuruskan dengan baik oleh kontraktor dan kementerian pertahanan.

Sementara itu, laporan Ketua Audit Negara 2006 berkata projek NGPV mempunyai banyak kelemahan kerana kerajaan dan Kementerian Pertahanan memberi PSC-Naval Dockyard “terlalu banyak peluang” walaupun terdapat masalah kewangan dan pengurusan.

YANG INI PEMBELIAN YANG MENGAMCAM NEGARA-KEH..KEH..SEMUA HILANG



ZUNA CARTOONIST FAN CLUB
 

KATANYA KEJADIAN ISLE TERANCAM DI KUALA LIPIS.- NASIB BAIK BUKAN ZAMAN PH.








 

TIKTOK. MENTERI MALAS BACA..MACAI LAGI LA...KIOK


 

TIKTOK- 2 VERSI SOSMA PAS


 

TIKTOK-HIKMAH LANGKAH SHERATON-MELAYU BOLEH BUAT BANDINGAN

 

APA YANG TAK SELESAI-

1. MABUK

2.ADIB

3.SAJAT LARI TERUS

4. ISLAM TAK DIBELA.

5.ARAK JENAMA TIMAH





KITA BACA BERITA LAWAK PEPAGI NI.- NAK IKUT QATAR LA BAGAI...AYIAQ COKLAT...NAH AIHHHH-NAJIB KEKAL....TEDIAAA....