DASAR APATEID DALAM SOLAT DI MALAYSIA


Dasar mini 'Aparteid' di tanahair ku


NORMAN RADZUAN


HANYA VIP BOLEH SOLAT JUMAAT DI MASJID?

Hingga hendak menunaikan solat Jumaat pun layanan manusia ke atas manusia (marhaen-kayangan) di tanah air ku berbeza. Rumah ini dipanggil rumah Allah tidak dipanggil rumah manusia atau rumah Mail, rumah Din atau rumah Zuraida. Rumah Allah bermaksud disisiNya manusia adalah sama tanpa mengira pangkat, keturunan, harta dan warna kulit.

Video viral ini bila melihatnya kita berasa sgt terhina dan marah. Kita tidak kisah jika golongan konon perasan kayangan ini dtg awal dan dibenarkan masuk tetapi mengapa rakyat marhaen yg dtg awal dan sudah berminggu minggu gagal solat Jumaat dinafikan utk berbuat demikian.

Saya mengajak pemuja2 kerajaan Melayu bertepuk tangan ramai2. Ini yg kalian mahukanDescription: 👏Description: 👏Description: 👏. Dah lama saya menyampah kebanyakkan Jawatankuasa Masjid letakkan papan tanda parking kereta utk Pengerusi, Timbalan dan AJK Masjid. Kita suruh jaga rumah Allah dan fungsinya bukan nak tunjuk lagak dkt org ramai kononya depa ini VIP Masjid.

Rakyat miskin hanya curi petai, curi sardin, curi susu dipenjarakan. Tapi jika golongan lagak kayangan jika curi RM 1 billion boleh pulangkan separuh utk dibebaskanDescription: 😂 Kes boleh dibuang begitu sahaja.

Rakyat marhaen pelbagai SOP dibuat menghalang mereka ziarah ibu bapa yg nazak. Tapi kayangan boleh makan durian beramai ramai. Rakyat marhaen jika mask jatuh di bawah hidung disaman tapi kayangan tak pakai mask pun tak mengapa.

Skg hingga nak beribadat pun layanan berbeza... rosak dah negara kita ini. Mari kita ketawa ramai2. Ini dasar aparteid di tanahair ku...adakah ini Islam ala parti lebaiDescription: 🤣

Kadang2 saya terfikir kenapa golongan kayangan ini bila mati rakyat marhaen suruh je geng2 kayangan mereka uruskan mandikan jenazah, usung keranda, korekkan lubang kubur dan talkin mereka. Kenapa bila mati org yg dihalang masuk ke masjid inilah yg dipanggil utk membantu oleh pihak keluarga.

 

 

0:00 / 0:52


Surau Wak Johar – Muhaimin Sulam

 

Surau Wak Johar – Muhaimin Sulam

Surau ini pernah menjadi surau tempat ustaz-ustaz Pas membuat dalam kuliah pengajian mereka. Antara yang memberi pengajian berkala dan tidak berkala ialah Ustaz Sidek Noor, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Sulaiman Mantap dan banyak lagi. Apabila tiba giliran mereka membuat pengajian, ramailah penyokong Pas datang ke surau tersebut. Meriahlah surau tersebut dengan program-program pengajian yang disusun oleh jawatankuasa surau.

Nama surau ini ialah Surau As Saadah tetapi orang Pas lebih mengenali dengan nama Surau Wak Johar. Saadah adalah nama ibu kepada Wak Johar. Tapak surau itu merupakan wakaf Wak Johar atas nama ibunya. Nama Saadah juga diabadikan sebagai nama salah satu lorong yang berdekatan surau itu.
Kampong Padang Tembak diteroka oleh orang Bagan Datoh yang terdiri dari orang Jawa dan Banjar. Mereka diberikan tanah seluas dua ekar untuk dibangunkan dengan aktiviti pertanian. Sebahagiannya meneroka kampong sebelah, Kampong Selabak.

Sebelah surau Wak Johar ada sekolah rendah Islam al Munir. Anak-anak saya bersekolah di situ juga. Tambahan pula, pengasas sekolah tersebut ialah Cikgu Sanusi dan isterinya. Mereka adalah pimpinan Pas pada masa itu.

Jika ada program pengajian yang diisi oleh pimpinan Pas, para pelajar akan menerima handbill program tersebut. Biasanya anak saya bawa handbill untuk diberikan kepada saya. Begitu juga anak-anak orang lain. Pada peringkat awal, ramai penyokong Pas yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut tetapi lama kelamaan sekolah tersebut diterima oleh semua pihak tanpa mengira parti politik. Antara doktrin politik yang kuat pada masa itu bahawa sistem pendidikan di sekolah biasa adalah sekular dan tidak Islamik.
Wak Johar bertanding dalam pilihanraya umum 1982 untuk dun Changkat Jong. Wak Johar dapat undi 1055 dan BN melalui Dato Arshad menang dengan mendapat undi 7746 undi.  Jika dilihat mata kasar, Wak Johar bertanding atas dasar perjuangan. Meski beliau sekadar orang kampong biasa, tuntutan perjuangan pada masa itu memaksa untuk beliau bertanding. Wak Johar bukan ahli perniagaan, ahli politik, ulama atau tokoh tempatan.

Wak Johar berasal dari Sungai Sumun, Bagan Datoh. Saya sempat berjumpa dan bersembang dengannya. Wak Johar humble dan selalu berbaju Melayu, berkain pelikat dan berkopiah putih. Masa itu, Wak Johar sudah tua. Janggutnya putih beruban dan seorang pendiam. Susuk tubuhnya tidak jauh beza dengan Tuan Guru Haji Ahmad Chenderong Balai yang pernah jadi calon Pas di parlimen Hilir Perak peringkat awal.

Selepas itu, Pas Teluk Intan diketuai Haji Samsuddin Tamyes yang tinggal di Kampong Bahagia. Perwatakannya dengan Wak Johar tidak banyak berbeza. Kedua-dua berketurunan Jawa dan memiliki ramai ahli keluarga mereka yang menyokong Pas.

Anak saudara Wak Johar, Kapten (B) Hj Aris Bakri adalah Yang Di Pertua Pas Bagan Datoh dan bertanding beberapa kali dalam pilihanraya umum. Seorang anak saudara Wak Johar adalah Shamsuri bin Omardi, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Perak.

Pada masa itu, tulang belakang Pas Teluk Intan ialah di cawangan Padang Tembak. Semasa bawah kepimpinan Ustaz Hir Damanhuri, Pas Teluk Intan mula membina markaznya di sebuah tapak yang mereka kongsi membeli bagi mewujudkan sebuah penempatan ahli Pas. Ustaz Hir Damanhuri juga berasal dari Bagan Datok. Kampong asalnya di Sungai Batang, tempat saya lahir di rumah datuk saya, Kiyai Haji Yasin al Bakri.

Sekembalinya saya dari United Kingdom pada 2011, Pas Teluk Intan jemput saya untuk memberi pengisian usrah bulanan kawasan di markaz tersebut. Saya lupa apa topik yang menjadi tajuk usrah pada masa itu. Markaz Pas itu hanya dua pelaung dari rumah saya. Jika ada ceramah, boleh dengar terutama bila malam yang sepi.

Banyak kali juga saya berceramah di situ. Ceramah politik mudah. Bantai musuh politik kaw-kaw. Mereka yang datang mendengar akan bersemangat dam bertakbir.

Penceramah kena memiliki kemahiran berpidato seperti Sukarno, Dato Asri atau Ustaz Hadi. Mereka memiliki magnet untuk pengikut yakin segala isi pidatonya.

Sayangnya saya bukan kaki pidato atau seorang orator.

Saya suka mendeklamasikan puisi mengarang kata untuk membina negara dan bangsa. Sayang pula, ramai pendengar pula tidak berahi dengan kata-kata puitis. Mereka mabukkan kata-kata beracun lagi berbisa. Mereka tidak minat sains politik tetapi suka politik emosi.

Oleh sebab itu, kita sebagai anggota masyarakat sepatutnya memberi pendidikan politik warga negara dapat bertanggungjawab memelihara keharmonian dan kemajuan negara. Ini merupakan tanggungjawab semua pihak tanpa mengira parti politik, kaum dan lapisan masyarakat. Untuk peringkat awal, golongan intelektuallah yang terlebih awal melangkah ke hadapan. Memecah ruyung. Tetapi jangan sampai tinggalkan mereka yang lambat faham dan bergerak. Hulurkan tangan kamu, kawan.

Pengarang adalah penyelidik antropologi politik kampong dan buku terbaharunya ‘Menang dan Terbuang. Demokrasi, ‘Deep State’ dan Darurat’ akan berada di pasaran pada Oktober 2021. Buku tersebut boleh didapati dengan klik  http://bit.ly/bukumuhaimin.

Sumber:

Ustaz Abdul Wahab Dawam
Kapten (B) Aris Haji Bakri
Nawawi Nordin

MAKSUDNYA WALAUN TEGAR YANG KEROSOT AKAI

 

Pas eksploitasi tegar agama demi kepentingan politik


Pas eksploitasi tegar agama demi kepentingan politik


11 September 2021

1. Sebaik sahaja PAS mendominasi kementerian agama di Putrajaya dengan pelantikan menteri dan timbalannya dari PAS, satu cadangan sensasi dan kontroversi telah dieksploitasi oleh PAS untuk politiknya.

2. Cadangan empat undang undang Syariah baru “Pengawalan dan Pengawasan Penyebaran Agama Bukan Islam” tanpa memberi sedikit pun bayangan atau maklumat atau perbincangan peringkat awal tentang cadangan tersebut

3. Bukan sahaja pihak bukan Islam tetapi orang awam Islam pun tertanya tanya dan Presiden Patriot- Persatuan Bekas Parajurit, Mohd. Arshad Raji, telah membuat bantahan atas kenyataan tidak bertanggungjawab terbabit apatah lagi apabila cadangan tersebut belum pun dibawa kepada Mesyuarat Raja Raja Melayu yang menjaga hal ehwal Agama Islam. Secara konsep dasar awal pun belum dibentang kepada Majlis Raja Raja Melayu.

4. Jadi untuk apa pengumuman tidak bertanggungjawab dan gelojoh tersebut dibuat jika tidak untuk tujuan politik semata mata?

5. Tahun 2017, Akta RUU 355 undang undang Islam telah dibawa sebanyak 3 kali ke parlimen untuk dibahas tetapi PAS menjawab masih belum bersedia untuk bahas. Sebelum itu berbagai demonstrasi politik puluhan tahun diadakan termasuk di Padang Merbok seolah olah hukum hudud mesti diluluskan dan dilaksanakan segera.

6. Sejak menjadi sebahagian dari kerajaan, RUU355 atau isu hukum hudud tidak pernah disebut lagi oleh PAS.

7. Isu judi dan arak pun belum ditangani malahan cabutan judi MAGNUM ditambah dari 8 hinggga ke 22 setahun sementara Menteri Pelancongan mengucap “syukur” Pusat Judi Kasino Genting telah boleh di buka baru baru ini.

8. Ada pihak lain menyatakan krisis Covid-19 ini adalah peluang untuk menutup pusat judi termasuk Kasino Genting. Ini satu lagi sandiwara politik PAS menunggang isu agama untuk politik.

9. Kalau yang berpuluh tahun hukum hudud di canang dan di gembar gembur sehingga memecah belahkan sesama Islam dengan isu kafir mengkafir, kini isu cadangan undang undang separuh masak akan memecah belahkan pula Islam dan bukan Islam semasa negara dan ekonomi ini tenat dilanda Covid-19.

10. Kalau dahulu amanat Haji Hadi di Banggol Peradong pada tahun 1981 telah “mengkafirkan” ahli UMNO dan memporak peranda sesama Islam dan orang Melayu, cadangan separuh masak baru oleh menteri dan timbalan menteri agama dari PAS akan menghancurkan hubungan antara Melayu-Islam dengan bukan Melayu Islam pula.

11.Banyak isu PAS lama masih tergantung dan tidak dilaksanakan, hendak bawa pulak undang undang “isu senjata politik” baru.

12. PAS kini kelihatan sebagai parti politik perosak masyarakat dan negara.

13. Anehnya, sejak PAS menjadi sebahagian dari kerajaan, Amanat Haji Hadi telah dipadamkan dari portal rasmi JAKIM tanpa apa apa penjelasan sehingga berbulan lamanya selepas ramai menuntut pada penjelasan menteri.

14. Amanat Haji Hadi tersebut telah diistiharkan “ajaran sesat” oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan diluluskan oleh Majlis Raja Raja Melayu.

15. Bolehkah menteri dan timbalan menteri PAS mengeluarkan kenyataan tentang Fatwa Haji Hadi dari Portal rasmi JAKIM tanpa persetujuan Majlis Raja Raja dan Majlis Fatwa Kebangsaan?

16. Adakah PAS merupakan autoriti utama mutlak agama kerajaan hari ini mengenepikan peranan pihak lain?

17. Sudahkah Perdana Menteri memberi “sub kontrak” autoriti terus penuh kepada PAS untuk membuat sesuka hatinya dalam isu Agama hari ini?

18. Mungkin tidak perlu undang undang baru penyebaran agama lain jika PAS melaksanakan betul betul pengagihan duit zakat , seperti contoh di Kelantan dan Terengganu, kepada yang benar benar miskin serta berhak dan memerlukan kerana dua negeri ini kaya duit zakat tetapi pengagihannya dan salahguna duit zakat amat amat lemah dan mendukacitakan.

19. Isu pengagihan secara sistem adil adalah isu lama lapuk dan ada pihak miskin terpaksa meminta dari pihak agama lain.

20. Cermin diri dahulu atas kelemahan sendiri.

21.Undang undang baru tidak akan menyelesaikan masalah lama selagi sikap lama perlaksanaan lemah membuat orang meminta dan berjinak dengan pihak lain.

22. Kerana itu Islam menekankan bantuan dan sumbangan zakat yang adil dan menyeluruh untuk banteras kemiskinan kerana kemiskinan boleh membawa kesesatan.

23. Bersikap lebih bijaksana, sabar, adil dan jangan ekploitasi isu agama dan perkauman murahan semata mata untuk politik.

24. Sikap PAS mengekploitasi Islam serta gila kuasa politik dan bertindak tergesa gesa bukan gambaran terhadap ajaran Islam yang mulia.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu

ADAKAH KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KESAN VAKSIN TERHADAP RAKYAT ?


ZIE HAN


Ramai je yang tak anti B£ksin persoalkan tahap keselamatan B£ksin..pertikaikan kenapa kerajaan tak bertanggungjawab dengan efek B£ksin kepada penerima B£ksin macam negara maju buat???

Jepun bayar pampasan 500ribu yen kepada siapa yang terkesan,singapore bayar pampasan 700ribu dolar singapore,tapi kenapa M'sia tidak???Adakah rakyat m'sia bukan manusia???Adakah nilai nyawa rakyat M'sia sama dengan binatang???

 



Anti-Vaksin: Satu Kebodohan Yang Dahsyat! - Majalah Kesihatan

RASUAH




RASUAH 3

Rasuah melibatkan semua lapisan masyarakat dari setinggi Kayangan sampailah ke peringkat balaci upahan berbayar bawahan.Sape tak tahu emak TENGKU ZAFRUL dapat PROJEK AIR KEDAH RM 550 juta.Kayangan mane terlibat projek bina 6 kapal TLDM LCS yg masih terbengkalai melibatkan RM billion ringgit.Kayangan mane yg menjual darjah kebesaran negeri sendiri kepada taikun2 untuk sejumlah wang yg tinggi.Parti mane yg tunggang agama sampai pimpinannya kaya raya luarbiasa sedangkan rakyatnya serba kemiskinan hidup melarat beberapa generasi.Parti mana yg ramai ketua2 bahagiannya level jutawan apelagi yg MP2 mereka.Kalau dah sampai 10 buah Lamborghini berderet di laman rumah dan belasan motor mewah kuasa tinggi itu kalau takde unsur rasuah takkan menabung dari kecil?

Sebab salah guna kuasa dan rasuah jurang antara yg kaya dan miskin semakin jauh ketara sedangkan kekayaan itu milik semua warganegara yg lahir di Malaysia.Setiap 32.7 juta rakyat MALAYSIA berhak ke atas semua hasil kekayaan negara dari pelbagai sumber yg ade di muka bumi ini tidak kire AGAMA,KAUM,BANGSA,KETURUNAN.Persoalannya kenapa masih ada rakyat Malaysia yg takde privilege? Padahal Malaysia begitu kaya dengan sumber asli mmg cukup untuk semua rakyat sampai ada yg mampu beli Lamboghini 10 biji siap berlagak menunjuk nunjuk kekayaanlah macam bangsawan selatan tu atau kayangan elit politikus tertentu yg ade

Pemimpin yg baik jujur dan ikhlas tidak akan biarkan rakyatnya kelaparan,hidup merempat,miskin beberapa generasi seperti ape yg terjadi 61 tahun bawah BN UMNO.UMNO sudah di beri 6 dekad peluang ternyata mereka gagal serba serbi.Dalam tempoh yg same itu Singapura,Brunei,Vietnam,Indonesia,Thailand jauh meinggalkan kita di belakang.Sebab itu ratusan ribu rakyat kita setiap hari berulang alik ke Singapura untuk mencari rezeki dengan gaji yg lebih lumayan.Belum di kire berape puluh ribu lagi rakyat yg dah berpindah ke negara2 lain.Diskriminasi melampau,kerenah birokrasi tak sudah,undang2 dua darjat antara yg jadikan kita kekal negara mentaliti kelas ketiga bukan kedua pun.Kes2 pembunuhan luarbiasa melibatkan warga tempatan dan warga asing antara yg menjadi misteri sekian lama.Kalau bukan tangan2 ghaib yg bertanggungjawab pasti kes2 itu dah lama selesai.

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government

 

BILA KUASA DITANGAN, APA PAS BUAT?

TETAPKAN HARGA SATU KEZALIMAN


May be an image of 3 people


MOHD MUKHLIS

Saya tertarik nak nak ulas komen rakan FB saya di post YB Amin Ahmad. YB Amin tunjuk perbezaan harga ayam masa zaman PH dan Zaman PN. Yang rakan tadi marah YB suruh jangan politikkan harga barang dan harga komoditi. Lepas itu dia bagi contoh Venuzuela yang kawal harga barang tapi gagal; dia juga selitkan hadis nabi tentang kezaliman untuk tetapkan harga barang.

Nak faham sesuatu isu kena faham dari segi holistik kalau tidak jadi macam sekawan orang buta hendak terangkan macam mana fizikal gajah. Orang buta pertama pegang belalai, dia kata gajah macam ini. Orang buta kedua pegang ekor dia kata macam ini. Yang ke tiga pegang kaki dia kata lain lain pula. In the end depa bergaduh dan seorang pun tak tahu gambaran gajah yang sebenarnya.

Nak faham mafhum sesuatu itu kena ikut konteks semasa hadis itu di tuturkan oleh Nabi SAW. Macam ayat al-quran ada yang Makiah ada yang Madaniah. Kita tak boleh jadi literalis dalam agama. Kalau tak jadilah macam walaun dalam PAS. Dulu waktu saya mula-mula berjinak dalam politik, saya pun termasuk dalam golongan yang sama. Saya waktu naif itu percaya kalau buat hudud, terus rahmat datang ke dalam Malaysia. Tapi alhamdulillah pepecahan dalam PAS sampai tertubuhnya Amanah itu sebenarnya ada rahmat. Baru kita lihat yang hudud yang mereka jaja selama ini pun hanya jadi modal politik, dan hendak wujudkan baldatul wa tayibbatun wa rabbul ghafur itu banyak cara, bukan hanya dengan hudud!

Berbalik pada konteks tetapkan harga barang betul sebab zaman nabi tak ada konsep subsidi secara rasmi. Kalau misalnya Nabi benarkan penetapan harga, sudah tentu peniaga akan rugi. TAPI kena ingat zaman Saidina Umar juga berlaku kemarau yang panjang. Ingat balik konsep ekonomi demand and supply yang awak tulis.

Adakah saidina umar hanya berdiam diri dan suruh rakyat bersabar? Ada 2 perkara yang Saidina Umar buat, satu kepimpinan melalui teladan. Saidina Umar siap haramkan dirinya makan lemak. Saidina Umar terus bersumpah tidak akan menyentuh sebarang daging mahupun lemak sehinggalah dia berjaya membantu rakyatnya. Pernah satu ketika khadamnya membelikan kepada beliau sedikit lemak dan susu di pasar. Sampai sahaja ke rumah, Saidina Umar terus mengarahkan untuk disedekah kepada orang lain:

“Macam mana aku nak faham apa yang rakyat rasa, jika aku tak rasa apa yang mereka rasa!?”

Saidina Umar mengajar kita contoh empati yang perlu ada pada pemimpin.

Ini bukan dengan kerajaan PN, dah la tak ada empati, dengan kabinet yang membusung, lantik duta makan gaji buta, adakah sama dengan Saidina Umar?

Kedua sebagai khalifah, Saidina Umar meminta bantuan dari wilayah yang lain untuk membantu tanah arab.

Pada tahun 638, Tanah Arab mengalami kemarau dan diikuti dengan kebuluran. Kebanyakan kaum Badwi mula mati akibat kelaparan dan wabak. Lama kelamaan, rizab makanan di Madinah pula semakin berkurangan, dan Umar mengutus surat kepada gabenor di Syria, Palestin, dan Iraq untuk menghulurkan bantuan. Keadaan darurat diumumkan di Madinah dan Semenanjung Tanah Arab.

Sebaik sahaja bekalan catuan mencukupi di Madinah, Umar mengerahkan orangnya untuk ke laluan Iraq, Palestin, dan Syria agar bekalan yang lain dihantar ke kawasan pedalaman Arab yang kemudiannya menyelamatkan jutaan nyawa daripada kebuluran. Bagi pelarian yang memohon perlindungan di Madinah pula, Umar mengadakan makan malam setiap hari dan dianggarkan lebih dari seratus ribu rakyat yang hadir untuk menumpang makan. Menjelang awal tahun 639, keadaan semakin pulih. Tanah Arab mula menerima hujan dan Umar sendiri menyelia perpindahan semula pelarian. Mereka diberikan catuan makanan yang mencukupi dan dikecualikan daripada zakat untuk tahun tersebut dan tahun seterusnya.

Even di zaman sahabat dulupun konsep asas ekonomi itu telah ada dan peranan pemerintah adalah untuk mentadbir hal kebajikan rakyat. Sebab itu di zaman mereka sudah ada konsep zakat dan baitulmal. Itu sendiri salah satu bentuk subsidi bersasar ( asnaf-asnaf zakat)

Lepas itu dia hendak compare dengan Venuzuela juga tidak tepat. Ya, Venuzuela adalah negara sosialist yang mana kerajaan akan banyak bagi subsidi. Kita demokrasi. Subsidi in general baik tapi kalau keterlaluan tidak bagus. Tapi masalah besar di Venuzuela bukanlah subsidi tapi KORUPSI. Sayapun bukan rajin membaca tapi saya suka tengok dokumentari di youtube tentang isu ekonomi dan sosial dunia.

Masalah Venuzuela in secara umum adalah negara yang kaya dengan sumber minyak macam kita, tapi sebab korupsi, salah tadbir, subsidi yang melampau sebab janji populis pilihanraya menyebabkan negara dia jadi bangkrup. Lepas tu Bank Negara mereka cetak duit macam monoppoli ( macam Senator Tabyyun cadang) lepas itu jadilah hyperinflation. Bila dah jadi hyperinflation, kerajaan dia kawal harga barang pun tak guna. Sekarang ini mereka berurus niaga pakai US Dollar dan bukan matawang sendiri.

Kawal harga barang ini banyak mekanisma. Apa yang PH buat dulu adalah betul dengan kenal pasti supply chain harga barang. Contoh harga ayam naik sebab apa? Biasa sebab dedak naik harga. Jadi kerajaan kalau dia nak kawal harga ayam, dia kena kawal juga harga dedak.

So either kerajaan bagi rebat tax atau subsidi secara direct kepada pengimport dedak, cara itu boleh menstabilkan harga ayam. Lagi satu contoh, kerajaan boleh juga import ayam dari Thailand misalnya ( ikut keadah saidina umar) untuk bagi supply sama banyak dengan demand. Tapi kalau guna cara ini, long term penternak ayam kita rugi, bila dah rugi mereka nanti tak mahu berniaga. Kalau mereka tak mahu berniaga, kebergantungan industri makanan kita pada negara luar akan meningkat. Ini yang bahaya.

Satu negara kena ada sistem makanan yang boleh mandiri dan sustain. Sebab itu kalau kita lihat Singapore sebenarnya dah cuba untuk self sustain, mereka banyak bagi dana dan insentif untuk pekebun buat tanaman sayur secara hidroponik di ruang tertutup sebab kekurangan tanah. Tapi kita di mana? Beras kita pun banyak bergantung pada negara luar.

Lagi satu, adalah tugas setiap kerajaan untuk pastikan kebajikan setiap rakyat tak kira kaya atau miskin. Subsidi bersasar adalah langkah yang tepat. Contoh Air percuma Selangor yang dulu jadi manifesto kini sudah jadi bersasar. Saya pun okay sahaja walaupun nilai RM15 sebulan itu nampak kecil bagi kita, tapi besar bagi mereka yang dalam lingkungan B60.

Lagi satu subsidi bukan perkara yang hina. Dalam mana-mana negara pun subsidi tetap ada. Cuma kalau untuk syarikat depa bagi nama insentif, kat rakyat depa bagi nama subsidi. Biasanya benda ini dapat di beri kalau sistem percukaian kita bagus. GST misalnya adalah sistem percukaian yang lebih bagus berbanding dengan SST TAPI kalau telus. Zaman Najib dia buat GST tapi tang bayar balik itu dia tak buat. Itu yang jadi masa PH, terpaksa settle balik pembayaran semua GST.

Kesimpulanya, nak faham setiap perkara kita kena faham secara menyeluruh dan tak semua benda dari luar negara kita boleh terus implement ke dalam negara kita sebab sosio budaya kita berbeza.

WAllahualam.

 

ADA PERKARA YANG KELAKAR BILA DENGAR HUJAH MOPTI

 




MOHD MUKHLIS


Ada perkara yang kelakar bila dengar hujah Mopti.

Mod tanya soalan tentang kalau pilih antara muslim yang korup dan non-muslim yang jujur; yang mana lebih adfal.

Boleh pula dia jadi emotional sampai marah orang tanya soalan macam itu, siap tanya siapa yang taja soalan macam itu. Well awak kan ada PHD, tunjuk la kebijaksanaan sarjana kedoktoran awak tu menjawap soalan yang sukar. Kalau semua soalan nak mudah, semua orang boleh ada PHD kan? Lepas tu boleh pula main falasi strawman, twist soalan.

Soalan yang kedua dia kata mana-mana parti politik kalau naik pun sama tetap akan jatuh satu sama lain, rasuah dia jadikan agenda untuk raih modal sokongan. Jawapan macam orang putus asa. Tapi yang pelik bukan dia ke yang jamin kerajaan PN dulu bebas rasuah? Bila PN bebaskan perasuah mana janji dia nak kritik?

Eh sebijik la macam argument perempuan yang selalu kena tipu dengan lelaki buaya, lepas tu main pukul rata kata lelaki semua sama. tapi part dia nak lelaki jahat , lelaki kaya ( tak cakna latar belakang kewangan) , dan handsome ( tak kisah akhlak buruk). You pray for the rain, you gotta deal with the mud too.

Ingat dulu di pernah tuduh kata Anwar rakus, dalam masa yang sama dia boleh sertu Muhyidin padahal tak ada nama dalam perjanjian. Padahal Anwar yang nama dia ada dalam perjanjian PH, kalau nak ikutkan memang dia patut dapat baiah. Tapi Mopti hasut Mahathir supaya khianat perjaniian sampai tunggang istikharah, kata jawatan itu bukan hak individu kononnya. Sekali Allah SWT tunjuk akibat dan ibrah dari mereka yang berkhianat pada perjanjian, sampai huru-hara satu negara.

Ingat nak buat reform ini bukan kerja mudah. Dan DS Anwar telah buktikan dengan suri teladan yang baik yang dia tak sanggup bersetongkol demi dapat kuasa, dia juga tidak rakus macam yang di tajassus oleh SSST. At least Anwar tahu politik kita tak betul dan di berani masuk dalam arena politik. Ini suruh cabut jubah mopti tak mahu, tapi sibuk sertu kiri kanan, depan belakang. Kalau sertu betul takpa juga, macam joki main kuda, main tak reti tapi sibuk duk bet pakai duit orang. Bila kalah tak dapat cuci, duk persalah DAP.

Demikianlah TokPeti.

Bayangkan ahli panel sendiri kata dia tak profesional, tapi tak hairanlah. Dengan Puan Mona dulupun dia main ad-hominem, attack peribadi. Kalau orang ajak forum panggil orang PHD, dia expect akan dapat jawapan level sarjana kedoktoran. Tapi takat main attack peribadi, tak ada beza lah mereka dengan orang yang sekolah atap. At least orang yang sekolah atap tak reti nak tunggang jawatan demi kepentingan diri sendiri.

 

Dr Asri - Allah bersama Pemimpin Yang Adil, Sekalipun Dia Kafir?Bila tanya dia melenting keh..keh


Kita mungkin boleh hidup di bawah pemimpin yang kafir tetapi adil, tetapi kita tidak boleh hidup dibawah pemimpin yang Muslim tetapi zalim. Rujuk video penuh di : http://www.youtube.com/watch?v=Axs8IE...

MASJID DI NEGARA KAPIR MANA LAK NIH-MENTERI AGAMA TOLONG BAGI KOMEN SIKIT ? KA MASJID UMNO WAL FULUS APA KA DEPA KATA...

 May be an image of one or more people and text that says "Ahmad Sharill Sharill PAS Malaysia 2h Friends Of Abdul Manan 3h Follow Masjid mana ni?... 2 Like 11 Comments 4 Shares Comment Share"

BUAT DULU BARU SEMBANG : Kabinet setuju laksana 7 pembaharuan untuk kestabilan politik


Diterbitkan 
Dikemaskini 9:31 p

Mesyuarat Kabinet hari ini setuju untuk melaksanakan sejumlah pembaharuan parlimen dan pentadbiran, menurut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ia termasuk kebanyakan pembaharuan yang dijanjikan Muhyiddin Yassin bulan lalu, ketika bekas perdana menteri itu cuba mendapatkan sokongan pembangkang.

Ismail berkata, komitmen itu bagi mengembalikan kestabilan politik negara untuk menangani wabak Covid-109 dan memulihakan ekonomi.

Ini selaras dengan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu tentang peri pentingnya sebuah pentadbiran yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis," katanya.

Tujuh pembaharuan tersebut adalah:

  • Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti di Parlimen.
  • Pelaksanaan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dalam masa terdekat.
  • Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.
  • Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
  • Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.
  • Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).
  • Ketua pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.

Tujuh pembaharuan diumumkan Ismail Sabri itu, hampir sama dengan cadangan rangka persefahaman rentas parti diumumkan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin pada 13 Ogos lalu.

Rangka persefahaman itu dikemukakannya ketika dia cuba mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen pembangkang dalam undi percaya ke atasnya.

Undi percaya itu bagaimanapun tidak sempat berlaku apabila dia meletakkan jawatan tiga hari kemudian.

Dalam rangka persefahaman itu, Muhyiddin turut menawarkan tujuh janji pembaharuan, sekiranya usul undi percaya kepadanya diluluskan ahli-ahli parlimen.

Ketujuh-tujuh pembaharuan diumumkan Ismail Sabri tadi terangkum dalam tujuh janji yang ditawarkan Muhyiddin, dengan hanya sedikit perbezaan.

Janji Muhyiddin, termasuklah:

  • Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti di Parlimen (janji ketiga).
  • Pelaksanaan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang mengambil masa (janji kelima).
  • RUU pindaan perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja (janji ketiga).
  • Separuh daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dipengeruskan oleh ahli parlimen pembangkang (janji keempat).
  • Setiap RUU termasuk RUU perbekalan (Belanjawan) yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirundingkan terlebih dahulu dengan semua ahli parlimen (janji keenam).
  • Libat urus dengan parti pembangkang untuk mendapatkan input dan cadangan bagi menambah baik Pelan Pemulihan Negara (janji kedua).
  • Ketua pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri kanan (janji ketujuh).

Janji pertama Muhyiddin - peruntukan tahunan yang sama kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik - bagaimanapun tidak termasuk dalam pembaharuan diumumkan Ismail Sabri.

Juga sedikit berbeza, ketua pembangkang diberikan saraan dan kemudahan setara menteri di dalam pembaharuan Ismail Sabri, berbanding menteri kanan di dalam janji Muhyiddin.

Tawaran Muhyiddin itu bagaimanapun ditolak pembangkang.

Untuk rekod, pengkritik berpendapat janji-janji yang dikemukakan Muhyiddin itu sebahagiannya berasal daripada tawaran dibuat Pakatan Harapan (PH) sebelum ini,

malah sesetengahnya sudah diusahakan dan dalam peringkat pelaksanaan, seperti Undi18.

BACAAN UMUM UNTUK PENYOKONG PA$


Kak Ida Abdullah


Pas yang CIRIT


Semasa 22 bulan Zaman PH


Menteri Agama Amanah berjaya bawa 3 Akta berkaitan Islam ke Parlimen untuk diluluskan


2 lulus, 1 tersekat kerana tebuk atap


Namun, di luar macam2 fitnah Pas terhadap Menteri Agama Amanah


Sekarang dah masuk 19 bulan, Menteri Agama PN, sekarang dari Pas


Tiada akta berkaitan Islam dibawa ke parlimen


Kenapa tak bawa?


Kerana Menteri Pas kecut berhadapan dengan Menteri dari MCA, MIC, PBS, STAR dan GPS


Lihatlah bila PBS secara angkuh menentang akta yang akan dibawa oleh Menteri  Agama Pas


Cirit habis Menteri dan Timbalan Menteri Agama  Pas


Diam tak terkata, rupanya dah cirit


Bukan sahaja Menteri dan Timbalan Menteri Agama Pas cirit, pemimpin Pas yang lain pun cirit habis


Sebab itu, bila ada yang bertanya kenapa Menteri dari Amanah berani  cadang dan berjaya turunkan cabutan judi 4D kepada 8 kali


Kenapa pula Menteri dari Pas tak berani bersuara bila cabutan judi 4D dinaikkan kembali kepada 22 kali


Jawapannya, Menteri-Menteri Pas dah cirit sebelum masuk mesyuarat kabinet


Tambah bila digertak MCA, dijeling PBS, di renung MIC


Makin bertambahlah cirit Menteri2 Pas


Sebab itu, Menteri Pas hanya boleh berlakon dihadapan pengikut dan walaun dengan kosmetik Islam


Cuba lihat kosmetik Menteri Agama Pas


Hanya dengan berkhutbah dan menjadi ahli Panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam


Walaun dan pengikut Pas dah meleleh air liur


Itu sahaja sudah cukup bagi mereka walaupun itu bukan tugas seorang Menteri


Di hadapan walaun dan pengikut Pas, pemimpin Pas hebat berdegar2 meremang bulu roma berbau peluh jantan


Namun, di hadapan pemimpin MCA, MIC dan PBS tunduk menikus berbau juga


Ingatkan apa, rupanya


CIRIT


MNI