Kecoh! Pemimpin PAS pro-UMNO dan pro-Bersatu makin teruk bertembung

 


Kecoh! Pemimpin PAS pro-UMNO dan pro-Bersatu makin teruk bertembung

Perpecahan dalam PAS di antara kelompok pro-PPBM dan pro-Umno semakin melebar sejak parti Islam itu menyertai gabungan kerajaan setahun lalu, kata dua sumber terdekat dengan kelompok berkenaan.

Satu kelompok dikatakan menyokong gabungan Perikatan Nasional (PN), manakala yang satu lagi mahu kerjasama Muafakat Nasional (MN) diperkukuhkan.

Salah seorang sumber memberitahu FMT bahawa keretakan semakin melebar susulan sokongan yang diberikan kepada PPBM dan juga tindakan sebahagian pemimpin PAS yang tidak mengendahkan beberapa pemimpin Umno.

“Satu kelompok lagi kekal menyokong Umno.

“Seolah-olah PAS kini mempunyai dua pemimpin. Seorang agresif, manakala seorang lagi yang menyokong Umno memilih untuk berdiam diri,” jelasnya.

PAS yang merupakan salah satu parti dalam gabungan PN turut menjalin kerjasama dengan Umno di bawah MN.

Kelompok pro-PPBM berharap kes mahkamah melibatkan pemimpin Umno yang didakwa terbabit dengan skandal rasuah dipercepatkan sebelum pilihan raya umum ke 15 bagi merealisasikan keinginan untuk melihat pemimpin Umno yang terbabit diketepikan daripada arena politik.

“Ada gerakan yang menggesa pilihan raya diadakan menjelang September, atau selepas kes membabitkan pemimpin Umno selesai, “ tambah beliau.

Sumber itu turut memberitahu, susulan perpecahan yang berlaku, Umno dan PAS belum mencapai kesepakatan berhubung isu pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya akan datang.

Sebelum ini dilaporkan bahawa perebutan kerusi dijangka berlaku dalam gabungan MN dengan keadaan tegang di sekurang-kurangnya empat negeri, iaitu Terengganu, Johor, Perak dan Selangor.

Dilaporkan Umno mahu meletakkan calon di semua kerusi di Terengganu.

FMT sebelum ini memetik sumber yang menghadiri mesyuarat Umno di Janda Baik minggu lalu berkata, antara yang disepakati ialah untuk tidak menjalin kerjasama dengan PPBM dan menolak jawatan timbalan menteri jika ditawarkan.

Bagaimanapun tiada sebarang keputusan dibuat mengenai kerjasama dengan PAS dalam MN.

Namun sumber dalaman PAS berkata, pemimpin parti yang rapat dengan PPBM tidak mahu Umno menikmati monopoli yang dimiliki parti itu sebelum ini.

Pada PRU 14, PAS menang 18 kerusi Parlimen, dengan majoritinya di Kelantan dan Terengganu.

Satu lagi sumber memberitahu FMT bahawa kelompok yang menyokong Umno telah diingatkan supaya tidak mencetuskan keretakan dalam parti.

“Sebaik kes di mahkamah selesai, pemimpin PAS yang rapat dengan PPBM akan kembali bersama kami dan menyokong Muafakat Nasional. Kami dimaklumkan begitu,” kata beliau.

Namun katanya, ketegangan itu mula dirasai apabila semakin ramai anggota akar umbi mengetahui mengenai keretakan yang berlaku dalam kepimpinan PAS.

Kali terakhir PAS berdepan perpecahan ialah ketika pemimpinnya berbelah bahagi untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Ini menyaksikan sebahagian pemimpin PAS keluar parti untuk membentuk Amanah dan menyertai Pakatan Harapan (PH), gabungan yang menggantikan PR. 



KENAIKAN KOMPAUN LANGGAR SOP PKP ADALAH BERITA BAIK BUAT RAKYAT

 

Di mana-mana ketika ini banyak kedengaran rakyat bersungut dan tidak setuju dengan tindakan kerajaan menaikkan kadar kompaun terhadap pelanggaran SOP ketika PKP dilaksanakan.

Bermula 11 Mac depan, kadar kompaun individu yang selama ini RM1000 akan dinaikkan kepada RM10 ribu.

Bagi syarikat atau pertubuhan yang melanggar SOP pula, mereka boleh didenda sehingga maksimum RM50 ribu.

Apa pun alasan untuk menaikkan kadar tersebut, ramai yang melihat ia sebagai tanda kegagalan kerajaan sendiri dalam menguatkuasakan SOP yang ditetapkan selama ini.

Kegagalan itu antararanya disebabkan tindakan kerajaan sering berubah-ubah dan tidak konsisten dalam SOP yang mereka tetapkan.

Ia akhirnya menjadikan rakyat keliru dan tidak menentu.

Lalu, menaikkan kadar kompaun dilihat sebagai pilihan untuk menutup kegagalan tersebut serta bagi memastikan SOP yang ditetapkan benar-benar dipatuhi.

Lebih buruk lagi, dalam menguatkuasakan SOP itu juga kerajaan menampakkan sikap pilih kasih yang ketara antara rakyat biasa dengan golongan kayangan atau menteri-menteri.

Ada beberapa menteri yang sudah berkali-kali didedahkan media melanggar SOP, tetapi tetap tidak dikenakan apa-apa tindakan sehingga kini.

Kalau rakyat biasa yang didapati melanggar SOP terus saja didenda RM1000, tetapi menteri yang juga bersalah melanggar SOP kononnya perlu kebenaran Pejabat Peguam Negara terlebih dahulu sebelum tindakan dapat diambil.

Ehh…apa ni?

Apa istimewanya menteri berbanding rakyat biasa dari sudut undang-undang?

Kalau denda RM1000 pun ramai menteri-menteri yang terlepas daripada tindakan, apakah selepas denda dinaikkan kepada RM10 ribu, mereka akan diambil tindakan?

Atau kenaikan denda RM10 ini hanya untuk menekan lagi kehidupan rakyat bawahan yang memang sudah sedia tertekan kehidupan mereka ini?

Dalam hal ini, ada yang berkata, jenis kerajaan apakah yang kita ada sekarang ini di mana ketika rakyat dibelenggu dengan pelbagai kesukaran mencari rezeki, namun ditekan lagi dengan ancaman denda yang semakin tinggi?

Apakah kerajaan sudah begitu miskin dan tiada wang sampai mahu mengambil duit daripada saku rakyat sebagai perbelanjaan?

Walaupun kadang-kadang ada luahan yang diperkatakan itu tidak masuk akal, yang nyata itulah petanda kemarahan mereka yang sudah tidak tertahan lagi.

Dengan harga barang sentiasa naik seolah-olah tiada kawalan atau pemantauan dan petrol pula menaik setiap minggu, kenaikan kadar denda yang diambil kerajaan ini benar-benar tidak dapat diterima.

Ia jelas memburukkan lagi tahap keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan yang dipimpin Muhyiddin Yassin sekarang ini.

Di media sosial dan perbualan dalam grup Whatsapp, jelas boleh dilihat kemarahan yang memuncak itu sehingga terkeluar kata-kata kesat dan makian terhadap kerajaan.

Beserta deretan pelbagai kegagalan lain, menaikkan denda ini pada hakikatnya hanya menambah-burukkan lagi tahap kegagalan kerajaan di mata rakyat.

Begitu pun, sebenarnya semua ini adalah berita baik belaka untuk rakyat yang sedang derita dan sengsara ketika ini.

Ini pasti akan membuatkan mereka tidak berfikir dua kali untuk menjatuhkan Muhyiddin dan PN di peti-peti undi bila sampai waktunya nanti.

Dalam penilaian majoriti, PN ini adalah segagal-gagal kerajaan yang pernah wujud di negara ini dan cukuplah mereka beroleh kuasa melalui cara khianat, tetapi tidak sama sekali melalui undi rakyat.

 (Shahbudindotcom 27/02/2021)




ASAL BUKA MULUT MESTI MACAM LUPA MAKAN UBAT

 

IBRAHIM MAT ISA


Lagi-lagi muka ketat pak haji ini yang bercakap. Kalau cakap benda lurus tak apa, tapi bila dia buka mulut seolah-olah silap makan ubat, atau terlebih dos ubat. Merapu tak ada titik!

Gini ye haji mereng. Dulu hang kutuk UMNO, hang kafirkan UMNO, sampaikan kelahi merata kampung, tak makan sembelihan, nikah di tangan orang UMNO tak sah, tanam di kubur lain-lain, sembahyang berimamkan orang UMNO tak diterima. Banyaklah kalau nak ditulis!

Sekarang dengan UMNO tu kau berpeluk cium.

Sama juga perjuangkan hudud. Hudud nyawa kami, kami akan laksanakan hudud sebelum ayam berkokok subuh, dan segala macam kecaman terhadap siapa yang halang hudud PAS. Berpuluh tahun menyanyi natang tu saja. Asasnya boleh ke laksanakan hudud dalam tekanan pemerintah sekular?

Akhirnya apa jadi? Dalam muktamar diumumkan siapa yang persoalkan bab hudud itu suara syaitan!

RUU355 tambah lah satu liabiliti kepada PAS. Berjuang bermati-matian dengan gerombolan seluruh negara pakai baju burung ungu. Sementara lebai kampung siap kempen tanam Kak Wan di jirat Cina kalau tak sokong. Wala'un apatah lagi bersemangat gila tuduh orang tu, tuduh orang ni jadi kafir kalau tak sokong RUU355.

Akhirnya apa jadi? Dah diberi peluang masa di parlimen untuk pembentangan, last sekali kau sendiri tangguh!

Kau lupa semua tu?

Soalan aku, adakah ini maksud istiqomah pada pemahaman kau wahai haji mereng?

Atau kau cuma berdiri dengan jubah kembang, serban bak bakul, bercakap macam kakak tua dikikis lidah, guna agama sebagai tunggangan tapi dari segi perjuangan, seolah-olah lelaki mengaku gagah diranjang macam dia sorang ada kote, tapi dapat bini pancut awal.. bini pun lari tinggalkan kau..

Maaflah, tulisan aku ini agak keras dan unsur tidak sihat terpaksa aku hidangkan kerana pada anggapan aku, cara itu sesuai untuk menangkis kenyataan haji mereng macam dia ni.

Cakap konon dialah beristiqomah, padahal dialah jantan lidah bercabang.. cakap tak serupa bikin!

 




KENAPA PIMPINAN PN BISU BAB TITAH AGONG..

 

Kenapa agaknya mereka, termasuk Hadi Awang dan lain2 pemimpin Pas juga masih bisu

 dan kelu lidah masing-masing?

Adakah pemimpin kerajaan, termasuk Muhyiddin, sedang derhaka dalam diam?


May be an image of text that says "Najib Razak 48 m Adalah amat luar biasa bahawa tiada seorang dari pihak kerajaan pernah memberi apa-apa maklum balas kepada titah Yang di-Pertuan Agong sehingga kini. Kenapa ya? Berita Seksye Parlimen boleh bersidang semasa darurat, titah Agong Dikemas kini hari yang lalu Diterbitkan pada 24 Feb 2021 4:46PM 0 Komen"

 

SINGAPURA ADA PAMPASAN VAKSIN, MALAYSIA BILA LAGI?

 

Selepas Proton dan Tesco, kini giliran AirAsia dikuasai orang luar

 Selepas Proton dan Tesco, kini giliran AirAsia dikuasai orang luar


AirAsia Group Bhd mengumumkan Dr Stanley Choi sebagai pemegang saham penting kumpulan melalui entiti milik penuhnya, Positive Bloom Ltd pada 18 Februari 2021.

Beliau memperoleh 167.1 juta saham AirAsia melalui tahap pertama penempatan persendirian, yang meningkatkan pegangan sahamnya dalam kumpulan itu kepada 332.5 juta saham bersamaan dengan 8.96 peratus.

Choi adalah Pengerusi Head & Shoulders Financial Group, selain Pengerusi dan Pengarah Eksekutif International Entertainment Corporation (IEC), sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Hong Kong.

Beliau juga satu-satunya ahli pengasas bersama dari Hong Kong bagi YunFeng Capital, sebuah syarikat ekuiti swasta yang ditubuhkan pada 2010 oleh sekumpulan usahawan dan pemimpin industri berpengaruh.

YunFeng Capital dinamakan sempena pengasas bersamanya iaitu pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma dan dan pengasas Target Media, David Yu.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Target Insurance (Holdings) Limited dari 2014 hingga 2019; Pengarah ZhongAn Online P&C Insurance Co Limited dari 2013 hingga 2016; dan Pengarah Eksekutif Media Asia Group Holdings Limited dari 2011 hingga 2015.

Dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya, Choi memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam perkhidmatan kewangan dan projek penggabungan dan pengambilalihan, dengan tumpuan khusus pada pelaburan ekuiti swasta.

Beliau juga pelabur awal untuk Kidswant, sebuah syarikat permulaan dari China yang kini menjadi peruncit produk ibu, bayi dan kanak-kanak terkemuka di China bernilai lebih daripada AS$3 bilion.

“Saya berasa sukacita untuk menjadi salah seorang pemegang saham penting dalam AirAsia Group – syarikat tambang rendah terbaik dunia dan salah satu jenama yang paling terkenal di Asia yang kini turut menjalankan perniagaan digital.

“Saya percaya cabaran terburuk dalam sejarah industri penerbangan kini sudah berlalu. Saya yakin perjalanan udara akan pulih dan di bawah kepimpinan Tan Sri Tony (Fernandes) dan Datuk Kamarudin (Meranun), serta pelaksanaan vaksin di seluruh Malaysia, AirAsia mempunyai masa depan yang amat cerah.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan semua orang di AirAsia,” kata Choi dalam satu kenyataan dikeluarkan AirAsia.


TERDESAK SUNGGUH KERAJAAN TEBUK ATAP NI RUPANYA

 

Langkah terdesak kerajaan hilang majoriti dengan ugutan, tawar habuan


Langkah terdesak kerajaan hilang majoriti dengan ugutan, tawar habuan



AMALAN DUA DARJAT DENDA SOP.

 1. Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 pada 25 Februari 2021 telah dipinda untuk menaikkan jumlah kompaun kesalahan kepada individu sehingga RM 10,000 manakala bagi kesalahan oleh syarikat atau pertubuhan pula hingga RM 50,000.

2. Walaupun ianya cuba ditonjolkan seolah-olah kerajaan ingin bersikap tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah akta ini, namun ianya memberikan isyarat lebih jelas bahawa Kerajaan Perikatan Nasional langsung tidak mendengar rintihan, teguran dan desakan yang sering diutarakan oleh rakyat kebelakangan ini.

3. Telah berkali-kali teguran serta singgungan rakyat secara terbuka kepada Kerajaan Perikatan Nasional agar pendekatan 2 darjat dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) dihentikan terlebih dahulu sebelum sebarang perubahan dilakukan dilihat seperti tidak disambut baik oleh kerajaan.

4. Siri pendedahan berhubung tindakan Menteri serta Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang melanggar SOP kebelakangan ini seperti tidak dilayan apabila tiada tindakan dikenakan terhadap mereka. Berbeza pula jika kesalahan tersebut dilakukan oleh rakyat, kompaun dan tindakan akan segera diambil bagi menghukum rakyat yang melakukan kesalahan.

5. Ketidakpuasan hati rakyat tambah membuak sebaik sahaja Perdana Menteri pulang dari Indonesia awal bulan ini, terus sahaja diberi kebenaran terhadap Jemaah Menteri untuk menjalani kuarantin hanya selama 3 hari selepas kembali dari sebarang lawatan rasmi luar negara berkuatkuasa pada 9 Februari 2021.

6. Segala tindakan 2 darjat Kerajaan Perikatan Nasional memberi gambaran seolah-olah menteri dan rakyat punyai 2 set undang-undang yang berbeza. Oleh sebab itulah apabila ordinan ini dipinda bagi menaikkan jumlah kompaun secara tidak langsung telah memberikan kerisauan kepada rakyat berhubung sejauh manakah elemen keadilan akan diaplikasikan dalam penguatkuasaan tersebut.

7. Sehubungan itu, kerajaan digesa bersikap adil dalam pelaksanaan peraturan yang ditetapkan. Amalan 2 darjat perlu dihentikan supaya rakyat dapat terus meletakkan keyakinan terhadap undang-undang negara walaupun jurang keraguan kepada Kerajaan Perikatan Nasioan hari ini semakin melebar.

Sekian.

AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

26 Februari 2021.




CERITA MATA LEBAM ANWAR ANGKARA TUN/ANWAR DI PUKUL [PIDATO DATUK EZAM GE...

Parah sanggat ke kewangan negara hingga kerajaan perlu naikkan denda lan...

UMNO TERTEMBAK KAKI SENDIRI






"Menurut kenyataan KPM, proses penerbitan buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 telah melalui proses kawalan mutu yang ketat merangkumi pemetaan kandungan, penulisan manuskrip, penyediaan dan penyemakan pruf muka surat, naskhah sedia kamera, pemerakuan naskhah sedia kamera, naskhah contoh, apresiasi kulit buku teks dan kelulusan naskhah contoh bagi menyediakan naskhah edar. “Proses ini melibatkan Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM, Jawatankuasa Peningkatan Mutu Buku Teks, Jawatankuasa Pembaca Luar dan Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 KPM.









KASIHAN BETUL..DENGAN BANGSA SENDIRI PUN PAS TIPU...

 


Dewan Himpunan Pendukung PAS akan tarik sokongan bukan Islam sokong PN

Dewan Himpunan Pendukung PAS akan tarik sokongan bukan Islam sokong PN

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kedah menerima sebanyak 417 kad keahlian baharu ekoran pertambahan permohonan menjadi ahli sayap PAS terbabit.

Pengerusi DHPP Kedah, K Kumaresan berkata, selain itu sebanyak 121 borang keahlian baharu diserah kepada Pengerusi DHPP Pusat, Senator N Balasubramaniam.

Katanya pertambahan ahli DHPP itu hasil kerjasama semua pihak termasuk DHPP pusat, negeri dan kawasan serta pemimpin PAS Kedah yang banyak membantu.

“Kami berharap sokongan pemimpin PAS di setiap peringkat bagi membantu DHPP menarik sokongan pengundi non Muslim memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kad keahlian itu itu diserah Pengerusi DHPP Pusat pada majlis ringkas di Pejabat Agung PAS Pusat di Kuala Lumpur semalam.

K Kumaresan juga berkata, DHPP Pusat turut melantiknya sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya DHPP menggantikan S Barathidasan yang tidak lagi bersama DHPP.

“Pelantikan tersebut bagi mengisi kekosongan jawatan itu sejak tahun lepas bagi menggantikan penyandang sebelum ini,” ujarnya.

S Barathidasan sebelum ini juga bekas Setiausaha DHPP Pusat. Jawatan itu sekarang dipikul S Selvendran dari Johor.

Kumaresan yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Kedah merakam ucapan terima kasih kepada pengerusi dan ahli jawatankuasa DHPP Pusat kerana memberi kepercayaannya memikul jawatan yang begitu mencabar.

DHPP Kedah juga sedang berusaha memperkembangkan sayap badan itu ke seluruh Kedah sebagai usaha membina kekuatan sokongan terhadap PAS dan PN.



ADOIII HINANYA BILA MENYOKONG PADA KUMPULAN SENDIRI YANG KITA SUKA...

 


Samsuri puji kerajaan PN telah lakukan tugas dengan baik

Samsuri puji kerajaan PN telah lakukan tugas dengan baik

Selama hampir setahun memegang tampuk pemerintahan negara, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walau berdepan dengan detik sukar seperti penularan pandemik Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi, namun kerajaan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, setakat ini telah melakukan tugas mereka dengan baik.

“Kita (PN) mengambil kerajaan di peringkat pusat dari kedudukan yang sukar, termasuk keadaan ekonomi pun sebelum ini sukar, banyak perkara-perkara terpaksa dibatalkan dan sebagainya..

“Dalam masa yang sama kita berdepan dengan pandemik, jadi saya rasa dalam tempoh setahun ini kerajaan PN di peringkat pusat telah melakukan yang terbaik, termasuk berjaya mengeluarkan Malaysia daripada suasana yang tidak harmoni, iaitu sekitar tahun 2018 dan 2019,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran Program Imunisasi Vaksin Covid-19 peringkat negeri, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu hari ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai dakwaan Umno ingin ‘merampas’ semula Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti, Ahmad Samsuri yang juga naib presiden PAS berkata masih terdapat ruang perbincangan untuk kedua-dua pemimpin parti, menyelesaikan isu tersebut.

“Itu biasalah semua orang ada hasrat masing-masing. Pada saya, kita masih lagi boleh runding dan bincang, sama ada di peringkat negeri atau pusat, jadi proses itu belum lagi berakhir,” katanya. .




SAMAN JA LID....TERKINI! TEMBERANG JAHAT TOMMY THOMAS TERDEDAH? KAWAN SENDIRI YANG BUKA ...


Sembang Politik ni tak habis Lid. Saman je si Tommy Thomas tu dah tak puashati.

Dangkal hujah Lid nak penyokong DSAI terima dan percaya apa shj tuduhan TT pd DSAI dan Kak Wan sbb ramai yg percaya tuduhan pd SAKATua?

Ini memoirlah. Tak semestinya tepat. Apa yg dia tuduh SAKA Tua memg jd rahsia umum tapi tidak begitu bg DSAI dan Kak Wan. So?

Saman je lah TT, Lid ooii kalau dah tak puashati dan kata dia bohong.

- Zus Din

27 Februari 2021



HARGAI MASYARAT PELBAGAI KAUM..IANYA ADA DALAM PKR

 NORMAN RADZUAN


May be an image of 5 people and people standing


Jika kau berhimpun berdiri seperti di gambar dgn parti2 lain samada UMNO, PAS, Amanah, MCA, MIC, Bersatu dan lain2 parti kau akan rasa dikelilingi dgn semangat kaum atau kenegerian. Sekeliling kau hanyalah org2 Melayu utk parti Melayu atau org2 Cina utk parti Cina mahupun org2 India utk parti India. Atau parti2 Borneo yg dikeliling mereka dari negeri masing2.

Tapi jika hadir himpunan dgn parti PKR ( seperti di dlm gambar ) kau akn rasa jiwa Malaysia, semangat perpaduan kaum dan semangat tolenrasi agama.

Sebab yg berdiri di sebelah kau adalah bangsa Cina, India, Kadazan Dusun, Dayak, Iban, Bajau, Sungai dan pelbagai lagi. Mereka berdiri menjerit bersama sama menuntut keadilan dgn laungan Reformasi utk satu tujuan... Malaysia baru. Moral di himpunan itu tiada sifat perkauman, anti agama dan yg ada semuanya bersikap profesional kerana cintakan negara.

Sdgkan parti2 lain masih sibuk berbicara semangat bangsa dan semangat negeri, PKR bercerita soal perpaduan, ekonomi dan memulihkan sistem perundangan negara yg rosak teruk.

Akhirnya konon parti 'bangsa', sdgkan mereka menipu atas nama bangsa. Akhirnya mereka parti2 Melayu bergaduh dan berebut kuasa sesama sendiri. Ada parti mengaku pula sebagai parti agama. Sejak bila agama ini berparti dan akhirnya agama ini diperdagangkan dgn harga yg cukup murah.

Kata pemimpin utamanya Anwar... anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Iban anak saya, anak Dayak anak saya, anak Kadazan anak saya.... yg susah semua kita bantu. Islam agama kasih sayang... Hak Melayu dipertahankan.... tapi bangsa2 lain tidak diabaikan.


 EJAAN RINGKAS TIDAK DAPAT DI EDIT



MENGAKU TAK BOLEH LAKSANAKAN...

 

MOHD SHAH RIM

Hadi ni kalo sembang, seolah olah PAS tu Islam, sedangkan PAS lah punca segala masalah Islam dinegara ini kerana ditunggang sebagai alat berpolitik semata mata..


May be an image of 1 person, sitting and text



Pemandu Proton Waja rempuh kenderaan diberkas, seorang lagi diburu

 

Umavathi Ramayah
Pemandu Proton Waja rempuh kenderaan diberkas, seorang lagi diburu
Polis masih lagi mengesan seorang lagi rakan suspek, dikenali sebagai 'Bob Mah Sing', berusia 40-an yang masih lagi bebas. - Foto ihsan PDRM
PETALING JAYA: Seorang pemandu kereta Proton Waja yang merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, di sini sehingga memaksa polis melepaskan beberapa tembakan, berjaya diberkas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di kawasan perumahan Desa Aman, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian."Berdasarkan semakan, suspek mempunyai lapan rekod lampau berkaitan kes dadah.
"Pun begitu, polis masih lagi mengesan seorang lagi rakan suspek, dikenali sebagai 'Bob Mah Sing', berusia 40-an yang masih lagi bebas," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari, kedua-dua lelaki tidak mengendahkan polis ketika diminta keluar daripada kenderaan ketika pemeriksaan dilakukan.
Sebaliknya kata beliau, mereka bertindak memecut kenderaan berkenaan lalu merempuh beberapa kenderaan yang berada di hadapan laluan yang sama bagi meloloskan diri.
"Cubaaan mereka untuk merempuh kereta peronda polis berhampiran Bulatan Sierramas, Sungai Buloh, memaksa salah seorang daripada anggota melepaskan tembakan ke arah kedua-dua tayar kenderaan itu.
"Kenderaan suspek kemudian cuba memecut ke arah Kuala Selangor-Sungai Buloh, namun begitu kereta itu ditinggalkan di tepi jalan ekoran kebocoran pada tayar," ujarnya.
Nik Ezanee memberitahu, polis turut merampas satu bungkusan plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 1.7 gram dalam kenderaan yang ditinggalkan itu.
Beliau memberitahu, suspek yang dtahan itu akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah reman.
Polis tembak kenderaan, pemandu bertindak ganas
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian atau seorang lagi suspek yang masih bebas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Chew Yong Hoa di talian 014-3929448 atau balai polis berhampiran dengan segera.

KERAJAAN MELAYU ISLAM?

 



ZUWAIRI MOHD YUSOFF


Kerajaan majoriti MP-MP MELAYU ISLAM BUMIPUTERA BN UMNO PAS PPBM dan GPS punya haprak hancing hanyir dan hawau mak kau hijau punya auta dan propa tebuk atap serta masuk pintu belakang.Begitu ghairah rakus mereka buat sesuka hati cuma kalian boleh hentikan semua ini di peti undi PRU15 di semua 222 parlimen.Ingat semua derita,segala kepayahan,kesusahan kalian tempuhi sejak mereka merampas kuasa bulan 3 tahun 2020 akibat SAKA96 tibe2 letak jawatan dan tumbangkan kerajaan mandat rakyat PH.Pedulikan,abaikan semua lakonan air mata dan pura2 prihatin mereka ketika ini.Setiap undi anda beri pada mane2 calon dari BN UMNO,PAS,PPBM,GPS atau bebas mendekatkan kamu kepada

1.Rasuah

2.Salah guna kuasa

3.Undang2 dua darjat

4.Kemiskinan hidup

5.Perkauman melampau dan sempit

 



AMANAH SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN UMNO PULA??

 



1) Anda boleh baca sendiri laporan penuh berkenaan di : https://malaysiadateline.com/amanah-sedia-timbang.../

Saya hanya berminat memetik isi penting yg disebut Salah Din dlm beberapa para yg saya anggap relevan utk diulas :

SALAH DIN : “Saya beranggapan bahawa, atas parameter tertentu, demi rakyat dan negara, kita pula sedang hadapi Covid-19, kita boleh mengadakan kerjasama dengan siapa sahaja".

“Mungkin selepas PRU 15, mungkin berlaku atas dinamika politik, atau orang sebut hari ini penjajaran baru politik di Malaysia,” kata bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Bagi Salahuddin, semua pihak harus menghentikan politik permusuhan.

“Kita harus melihat ke hadapan tentang dinamika ini dan parti-parti sekecil mana pun penting untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana ini yang diperlukan rakyat sekarang".

“Letakkan noktah kepada langkah Sheraton atau langkah yang memalukan seumpama itu".

“Jadi untuk dengan Umno ini kita boleh membuka ruang dan dengan parameter tertentu kita boleh bekerjasama dalam beberapa agenda penting untuk negara".

“Saya sangat optimis, bukan sahaja dengan Umno bahkan dengan mana-mana parti politik, bahawa dengan panjajaran baru politik Malaysia ini bukan sahaja menjadikan politik Malaysia lebih dinamik dan yang untungnya adalah rakyat dan negara kita Malaysia,” kata Salahuddin lagi.

“Kepada ahli politik, saya berharap juga berlaku penjajaran pemikiran politik di kalangan pemimpin politik negara samada AMANAH, PKR, Bersatu, Umno, Pas hatta DAP supaya kita dapat melihat penjajaran politik baru tetapi dengan parameter yang jelas supaya rakyat tidak rugi kerananya,” kata

2) APA yg mereka nampak skrg? Dulu kemain MENOLAK KERJASAMA sesiapa shj selain parti dalam "PH Plus" yg tak wujud itu?? Kita jangan lupa DinKula pernah membayangkan DSAI mahu bekerjasama dgn Bersatu malah mereka menolak sebarang perjanjian atau kerjasama dgn Bersatu malah UMNO juga yg bukan dari parti anggota "PH Plus". DSAI pernah menjawap tohmahan itu sebagai Agenda "Kelompok Kemaruk Kuasa" - #K3

3) LGE juga pernah melenting dan kata tidak akan ikut DSAI jika bekerjasama dengan UMNO. Anda boleh lihat sendiri cara mereka serang DSAI. Bunyi shj "khabar angin" DSAI akan disokong oleh Ahli-ahli Parlimen UMNO maka DSAI akan dituduh mahu bekerjasama dgn Parti UMNO. Lihat gelagat Anai2 PANtuk Nangoi2 KARTEL Oren Masam....mereka akan mencanang-canangkan yg DSAI mahu bekerjasama dgn UMNO. Malah ada Anai2 PANtuk Negara Selatan yg terus menerus mencanangkan KUNUNnya Amanah dikambing hitamkan semata-mata kerana DSAI mahu bekerjasama dgn UMNO. FITNAH ini terus dimainkan tanpa henti. Taktik "Blame game".

4) Walau ada video yg jelas dlm PC DSAI berkata beliau disokong oleh MP-MP pelbagai parti tapi DSAI terus menerus ditohmah dan difitnah. Berkali-kali DSAI ulang sebut bahawa dia tidak sekali-kali akan menggadai prinsip atau memberi tawaran atau tunduk kpd "demand" mana-mana MP yg mahu menyokong beliau, malangnya dari dalam PH sendiri asyik memburuk-burukkan DSAI.

5) Mereka ni acah-acah berprinsip maka DSAI dilarang utk bekerjasama dgn MP-MP UMNO terutamanya Najib dan Zahid sdgkan inilah DUA org "KEPALA MP" dari UMNO BN. Tanpa mereka, MP-MP UMNO pasti menikus dan tidak berani mahu sokong DSAI walau mereka tidak sokong Abah Kau Mooyiddin sekalipun.

6) SEKARANG puak Oren Masam mahu U-turn dan sanggup bekerjasama dgn UMNO selepas PRU15? Mereka mahu dihentikan permusuhan dan terbuka pula kpd "Penjajaran Politik Baru"?? BUKANKAH ini adalah "Politik Konsolidasi" yg cuba dibawa oleh DSAI dan DHM tapi mereka diserang bertubi-tubi tanpa henti oleh puak Anai2 PANtuk Nangoi2 KARTEL Oren Masam?? Bukankah berkali-kali saya tulis bahawa kita perlu hentikan Politik Benci, Dendam dan Permusuhan sambil beralih kpd Politik Perdamaian atau Konsolidasi demi Rakyat dan Negara? Puak tu tetap buat pekak bdadak walau Dr. Mujahid Yusof Rawa dah nasihatkan.

7) Apa yg disebut oleh Salah Din itu sebenarnya adalah pendirian asal DSAI, DHM dan pendokong-pendokong PH yg memahami bahawa politik negara ini perlu direset atau dijajar semula kerana kerosakan yg berlaku angkara pengkhianatan. Sejak beberapa minggu yg lalu Dr. Mujahid Yusof Rawa turut berulangkali menyebut akan hal ini dan mahu PH bergerak ke hadapan tanpa OT95 a.k.a AtuSAKATua.

8) OT95 pun sanggup bekerjasama dgn Bersatu mahu pun UMNO jika kena dengan syarat yg diberikannya. Yg ini puak Oren Masam macam Khalid Samad nak kata apa? Boleh? HALAL? Kalau DSAI kata mcmtu kompom HARAM, tak boleh? Sebijik mcm perangai lebai PA$. Asal untung kedia...buleh selalu?? Perhatikan juga menurut Salah Din, PH boleh mencari Koalisi Baru (New Coalition) selepas PRU15. Bukankah ini telah kita para penyokong PH pro DSAI dah sebut sejak dulu SEANDAINYA PH GAGAL bekerjasama lalu lebih baik bertanding dgn logo masing2?

9) Apa yg mereka #K3 Oren Masam sudah nampak sebenarnya? Adakah mereka sudah gayat, cuak dan bimbang PKR akan bekerjasama dgn UMNO tanpa mereka nanti? Hari-hari Anai2 PANtuk Nangoi2 KARTEL Oren Masam mengutuk-ngutk DSAI dan PKR. Anda rasa? Keberangkalian PKR bergrak sendiri itu tetap ada JIKA Amanah masih mahu melekap kpd OT95 dan tidak memberi tumpuan dan keutamaan kpd gerak kerja PRU15 secara bersama dgn PKR dan DAP dlm PH.

10) Yang tambah mencuit hati saya dan rasa kelakar ialah kenyataan ini : “Kita akan memastikan Datuk Seri Anwar adalah Perdana Menteri selepas pilihan raya nanti sebagaimana yang telah kita janjikan,” kata Salahuddin dalam satu wawancara khas dengan beliau.

11) ANDA PERCAYA? MAAF bukankah mereka beriya-iya mahukan OT95 atau Mat SEBULU jadi calon PM?. Di mulut kata mahu DSAI jadi PM tapi perbuatan terus mendewa-dewakan dan mengangkat OT95 dan Mat SEBULU. Sehingga saat ini anda boleh lihat Anai2 PANtuk Nangoi2 yg jadi ahli Amanah mengutuk2 DSAI dan PKR setiap masa di SocMed. PN bukan musuh mereka tapi DSAI dan PKR jadi sasaran. Dah banyak kali saya kata, saya sudah HILANG PERCAYA kpd puak Oren Masam. Mereka mesti ada agenda utk mengangkat OT95 mendahului atau sailang DSAI. Berhati-hatilah.

12) SUDAH berkali-kali saya sebut dan saya kekal dengan pendirian bahawa : "TRUST IS TO BE EARNED AND NOT GIVEN". Oleh itu, pada saya, selagi mana tidak terbukti, puak PANkhianat dan KARTEL Oren Masam TIDAK BOLEH DIPERCAYAI...!!! Mesti ada "reserve" dah berhati-hati terhadap puak yg sudah merosakkan muafakat dan keyakinan dalam PH.

Wallahualam

- Zus Din

26 February 2021

 

Isu semasa: Antara dua Mudharat, PH dan PN?

24-02-2021 Dr Rozaimi | Dr. Musa : Vaksin Covid-19, Menjawab Dakwaan Palsu.