MACAM MANA INDUSTRI DAGING TAK HALAL SELUDUP BERKEMBANG DI MALAYSIA?
Macam mana industri daging tak halal seludup berkembang di Malaysia?
Sampai RM30 juta daging haram, siap diedar seluruh Malaysia. Belum disahkan lagi ada negeri terkecuali daripada menerima daging ini. Kena tunggu keputusan rasmi.
Saya dah seru ahli keluarga sendiri, mula pulaukan segala mak nenek yang berkait DAGING BEKU. Semua kena ditahan serta-merta. Fastfood, pasaraya, restoran, warung, kedai mamak, food apps, makanan proses sejuk beku, SEMUA.
KECUALI, mereka yang declare daging masing-masing dapat dari mana dan dokumen sekali. Kalau berani, semua kedai makan declare daging kalian datang dari mana. Kalau berani, tunjuk resit dari mana. Dari pasaraya mana.
Tak pasal Majlis Mufti nak kena bersidang lepas ni untuk setkan status daging yang dah beredar.
Sekarang ni baru aku faham, kenapa orang Bangladesh Muslim yang merantau ke Malaysia bermati-matian tak mahu daging beku. Kau bagi makan free fast food pun dia tengok kita atas bawah.
Baru kau faham, kenapa mereka sanggup pikul ayam hidup naik motor/lori. Sanggup sembelih sendiri dalam toilet asrama mereka, sampai jiran mengadu bunyi ayam bising. Sanggup buat tempat sembelihan tak berlesen di belakang kedai-kedai runcit bangsa mereka.
Kerana…
Orang mereka sendiri menjadi saksi kepada perjalanan daging beku di tanah air kita ini.
Aku percaya, berapa pihak dah ‘tertampar’ muka masing-masing kerana kes ini. Dari atas sampai ke bawah. Dari pemegang resit sampai ke stereng. Dari tangan ke tangan. Habis maruah Malaysia dan JAKIM sebagai leader No 1 sijil halal dunia. Habis lebur maruah tanahair.
Kesian kedai-kedai makan halal. Dahlah ekonomi tengah semput sekarang ni. Habis satu Malaysia kena tampor. Tali barut nak lari pun kemain senang, pintu gate terbuka luas.
UMNO PERAK DIBAYANGI ZAHID, NAJIB?
Umno Perak dibayangi Zahid, Najib?
Oleh: Pentadbir
Ipohmali
Sejak awal bila diumumkan Peja dijatuhkan..Bagi aku tidak lah mengejutkan.. Rasa tak puas hati UMNO ni dah lama dah.. aku dah tulis dari awal, Berani kah Peja Melawan UMNO..Silap hari bulan dia kena heret SPRM…
Najib dah bagi hint hal Penjualan Tanah KLK Kepong..Walaupun bagi aku.. si Najib ni cuma memecahkan tembelang dan jahat UMNO sendiri.. hakikatnya, Peja tak sunyi dari projek bandar dan luar bandar yang dikuasai oleh kroninya..
Sebahagian besar kontraktor yang mengelilingi Peja adalah memang Kontraktor sejak zaman UMNO sendiri… Itu sebabnya bila DAP desak menutup taman Tema MAPS..Mendakwa mereka yang terlibat.. Kesilapan Peja..Melindungi kelompok UMNO yang bawa kerugian besar pada kerajaan Negeri..
Peja tak lah jahat sangat…Tapi dia dikelilingi orang jahat..Kontraktor2 UMNO dan akhirna dia sendiri terperangkap… hatta ada Adun yang terpaksa ikut Bersatu atau UMNO..Memang terperangkap dengan Projek Kerajaan negeri ni lah…
Stail Ugut musuh Politik ini.. Guna SPRM untuk jatuhkan musuh Politik bukan baru..Kita masih ingat watak Imran Abdullah ? Kalau kita belajar dari Sejarah rampasan kuasa Zahid dan Najib pada 2009… Mungkin kita masih ingat bagaimana 2 EXCO PKR di heret atas tuduhan Rasuah dan kemudian dibebaskan.. Mesti Kita ingat watak Posmen dan Kapten Pencen..
Kita juga masih ingat bagaimana ada adun ,Ahli Majlis yang diheret atas tuduhan seks dengan GRO zaman Perak dirampas tahun 2009.. dan ketika zaman PH.. sekali lagi tuduhan rogol dan seks berlaku bila Exco DAP dikaitkan kononnya merogol orang gajinya.. jangan kata orang Politik..Ketua Hakim Syariah pun kena dakwa dan dikaitkan dengan rasuah GRO dan Seks..Hakim Syariah ini ada kaitan dengan Kes seorang Menteri hari ini..
Siapa yang faham sejarah Politik UMNO Perak faham lah.. Itu sebabnya tak hairan kenapa Almarhum Tok Guru Nik Aziz mengangkat tangan Doakan hanya dua nama ini..Sedangkan itu zaman Pemerintahan Paklah Badawi… Hari ini kita faham..Doa Tok Guru lebih 11 tahun dulu masih relevan.. Wataknya Sama.. Zahid dan Najib..
Kata TG Nik Aziz..2 Orang ni..Kalau 2 orang ni ada bakat jadi baik..Berikanlah Nikman Iman dan Islam.. Kalau takda bakat dah jadi baik..kerja Kacau Sokmo.. Turunkan Bala bagi semua orang gerun nak tiru apa Semua…
Seakan Nampak jelas apa yang di Doakan TG Nik Aziz.. 🙂
HANYA UNDI TIDAK PERCAYA BOLEH UBATI EKONOMI MERUDUM
Hanya Undi Tidak Percaya boleh ubati ekonomi merudum
Oleh: Redzuan RF8 Media
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan untuk mendesak Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membenarkan usul Undi Tidak Percaya agar dibentang di Dewan Rakyat berikutan kemerosotan ekonomi negara yang semakin parah akibat ketidakyakinan komuniti kewangan antarabangsa terhadap urus tadbir Kerajaan Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden PH, kemerosotan penarafan dari AAA- ke BBB+ oleh Fitch Ratings kelmarin menjadi bukti kerajaan PN tidak mampu menguruskan ekonomi dan politik negara.
“Demi menamatkan spekulasi berkaitan ketidaktentuan halatuju politik, merancakkan semula pertumbuhan ekonomi dan mengembalikan keyakinan terhadap pentadbiran negara, Majlis Presiden PH berpendirian bahawa kerajaan perlu menyegera dan mengutamakan usul Undi Tidak Percaya yang telah dibawa Ahli-ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sehingga 17 Disember ini,” kata kenyataan Majlis Presiden.
Kata kenyataan itu lagi, penurunan penarafan menunjukkan dengan jelas kerajaan, khususnya Menteri Kewangan gagal dalam perancangan dasar serta tatakelola pentadbiran, lanjutan dari ketidaktentuan politik yang berlarutan sejak perubahan kerajaan pada Mac lalu.
“Kesan penurunan ini terhadap ekonomi negara masih belum dapat ditentukan sepenuhnya, namun apa yang jelas adalah langkah-langkah yang diusahakan Menteri Kewangan selama ini telah gagal memberi keyakinan sehingga berlakunya penurunan penarafan yang cukup serius.
“Perdana Menteri seharusnya mengangkat prinsip ketelusan dan tatakelola yang baik dengan pelaksanaan langkah-langkah seperti tender terbuka dan pelantikan profesional, bukannya ahli-ahli politik ke dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), antara lainnya.
“Malangnya, ini tidak berlaku di bawah pentadbiran sedia ada,” kata kenyataan itu lagi.
Pada 4 Disember lalu, Fitch Ratings telah menurunkan penarafan Malaysia dari AAA- ke BBB+. Penurunan itu adalah yang terburuk semenjak krisis kewangan Asia 1998.
GANDINGAN BERSATU DAN PAS BUKAN SAJA BOLEH TOLAK SHARANI, MALAH BILA2 MASA BOLEH JATUHKAN MB UMNO
Dalam mesyuarat Majlis Tertingginya semalam, Bersatu membuat pendirian sebarang keputusannya mengenai penubuhan kerajaan baru di Perak akan dibuat bersama dengan Pas.
Ini bermakna, dengan Bersatu mempunyai 5 Adun dan Pas 3 Adun, gabungan kedua-duanya memiliki jumlah 8 Adun kesemuanya.
Walaupun besar kemungkinan Bersatu akan menerima pembentukan kerajaan baru itu nanti, tetapi bersamanya parti itu dengan Pas dalam ketetapannya memberi erti suatu keadaan yang bahaya dan tidak selamat buat UMNO.
Bersama UMNO yang mempunyai 25 Adun, persetujuan Bersatu yang bergabung dengan Pas dengan sendirinya memperlihatkan kerajaan baru boleh dibentuk semula berdasarkan gabungan tiga parti itu mempunyai jumlah 33 Adun daripada 59 Adun keseluruhannya.
Dengan berpadunya Bersatu dan Pas dalam kerajaan baru itu nanti, setidak-tidaknya dua bahaya sedang menanti UMNO:-

Pertama, Bersatu dan Pas boleh berkeras menolak calon Menteri Besar yang telah diputuskan UMNO, Sharani Mohamad.
Hujah bahawa Sharani telah mengetuai dan merancang pengkhianatan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja boleh saja menjadi alasan yang cukup kuat bagi Bersatu dan Pas untuk sepakat menolak Adun Kota Tampan itu.
Penolakan Bersatu dan Pas itu tentu saja akan membuatkan Sharani terhalang daripada mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.
Sebagai tawar menawar, Bersatu dan Pas boleh pula meletakkan syarat bahawa sokongan mereka hanya akan diberikan untuk membentuk kerajaan baru jika Adun UMNO selain Sharani yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar.
Keadaan ini mungkin akhirnya membuka peluang kepada Adun Pangkor, Zambry Abdul Kadir atau Adun Rungkup, Shahrul Zaman Yahya untuk dinamakan sebagai calon baru Menteri Besar Perak.
Kedua, melalui penggabungan Bersatu dan Pas itu juga akan mejadikan mereka sebagai “king maker” dalam kerajaan baru yang diterajui UMNO nanti.
Melalui 8 kerusi daripada 33 kerusi yang membentuk kerajaan negeri, Bersatu dan Pas bukan saja boleh menuntut pengagihan jawatan yang seimbang dalam pelbagai posisi, malah bila-bila masa boleh meletakkan Menteri Besar dalam ugutan mereka.
Kalau Menteri Besar UMNO enggan tunduk kepada kemahuan mereka, tidak mustahil nantinya sokongan akan ditarik dan akan menyebabkan jatuh lagi kerajaan negeri.
Akhirnya, meskipun melalui usul undi percaya yang dirancang berjaya membuatkan UMNO menduduki kerusi Menteri Besar Perak yang diidam-idamkan, pergantungan nyawa talian hayat tetap kepada Bersatu dan Pas.
Paling malang, mungkin ini akan membuatkan Sharani terlepas rezeki sekali lagi untuk menjadi Menteri Besar Perak, setelah sebelum ini dikhabarkan sudah tiga kali ditimpa nasib yang sama.
(Shahbudindotcom 08/12/2020)
POLITIK MALAYSIA DEWASA INI
ENG HUAT KOH
Gegaran politik di Perak telah membuka ruang dan menampakkan kematangan politik tanahair.
Sehubungan dengan perkembangan ini, berkemungkinan berlakunya penjajaran semula politik Malaysia. Untuk itu, kami berpandangan, demi membawa Negara Malaysia ke mercu kegemilangan, asas penjajaran semula harus berpaksi kpd kemanusian spt mana kehendak penciptanya dari aspek berikut:-
1) Hormat menghormati antara kaum - sesungguhnya kewujudan perbezaan di antara jantina, kaum, darjat dsbgnya adalah untuk kamu saling memahami dan berperanan memupuk kesatuan atau mencari titik persamaan
2) Setiakawan - agar kamu saling mengenali dan sesungguhnya untuk kesatuan manusia sejagat
3) Keikhlasan didalam memimpin - Darjat dan anugerah adalah untuk kamu meminpin dan bukan utk kamu memporak perandakan
KetigaX2 kriteria ini harus dan wajib diterap ke dalam dunia politik baru Malaysia. Perlu ditegaskan parti tidak bersalah, kesalahan adalah disebabkan pengemudinya
Menimbang penjajaran semula politik Malaysia
Oleh ADAM ADLI ABDUL HALIMDecember 8, 2020
Jika ada satu tema besar buat politik Malaysia sekarang, tentu sekali adalah apa yang kita panggil sebagai penjajaran semula politik – political realignment.
Ia menghiasi tajuk-tajuk perbincangan, dengan latar cerita seperti percubaan Anwar Ibrahim merampas Putrajaya dan kejatuhan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau Peja di DUN Perak.
Kerja-kerja penjajaran semula politik yang berkait dengan keadaan hari ini sebenarnya telah bermula sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lagi, dan kerana penjajaran semula politik tersebut, Barisan Nasional (BN) tumbang sebagai Kerajaan Persekutuan buat kali pertama dalam sejarah negara.
Sehingga jam tulisan ini dikarang, penjajaran semula politik kita masih belum habis. Masih jauh dari selesai. Malah, mungkin baru masuk pusingan kedua.
Penjajaran semula politik ini bukan perkara yang baru berlaku. Ia bukan suatu perkara asing dalam amalan politik kita. Ia sudah berlaku sejak sebelum Merdeka lagi.
Ketika British masih memerintah, apabila Malayan Union ditolak, ia jadi tanda awal kemelesetan kuasa politik British di sini. Untuk membetulkan keadaan, British ambil keputusan untuk membenarkan negara ini ditadbir sendiri anak tempatan.
Kemerdekaan dianugerahkan buat Tanah Melayu. Kuasa politik kini diserahkan kepada Umno yang lebih dipercayai berbanding parti-parti nasionalis dan kiri Melayu lain.
Dunia baru sedekad meninggalkan perang besar, England sendiri masih sedang dibangunkan semula, maka punca ekonomi ketika itu lebih berat nilai pertimbangannya berbanding politik.
Dari situ, British telah melakukan sebuah penjajaran semula – melepaskan kuasa politik, agar mereka masih dapat mengawal punca ekonomi untuk sedekad dua lagi. Langkah yang sama turut diambil di banyak jajahan-jajahan lain.
Begitu juga apabila Parti Perikatan hampir kehilangan kuasa; kalah undi popular dalam Pilihan Raya Umum 1969, dan melalui tempoh-tempoh getir sehingga tercetus rusuhan kaum.
Tun Razak yang menggantikan Tunku Abdul Rahman tidak punya banyak pilihan selain menghimpunkan rakan dan seteru dalam politik termasuk parti-parti berhaluan kiri seperti Gerakan dan Parti Progresif serta Parti Islam Se-Malaysia, diikuti kemudiannya oleh parti-parti lain dari Borneo.
Langkah ini melahirkan BN, dan mereka menang semula dengan lebih selesa dalam pilihan raya seterusnya.
Itu juga penjajaran semula, antara paling besar dalam sejarah politik kita. Hasil penjajaran besar tersebut, BN muncul sebagai kuasa politik paling utuh di rantau ini untuk tempoh yang sangat lama.
Di Indonesia hari ini, penjajaran semula juga turut menjadi latar kepada politik mereka. Tamat pemilihan presiden yang lepas, Presiden Jokowi membentuk sebuah Kabinet yang sama sekali jauh bezanya dengan kabinet yang pernah dibina beliau pada 2014.
Jika 2014 menyaksikan sebuah Kabinet yang menghimpunkan wajah-wajah segar, reformis yang tidak lahir dari rahim elit politik Jakarta, yang dipanggil media sebagai outsider atau orang luar; kabinet hari ini adalah kabinet yang langsung bertentangan dengan Kabinet outsider 2014 Jokowi.
Bukan sahaja Prabowo yang ditumpaskannya turut diangkat sebagai Menteri Pertahanan, malah watak-watak yang terkenal sebagai elit dan pembesar politik Jakarta mula menghiasi Kabinet Jokowi.
Anak-anak pembesar politik, adik beradik pemimpin parti politik dan persatuan-persatuan massa menjadi pilihan Jokowi.
Dalam erti kata lain, ada pertimbangan besar yang sedang dibuat Jokowi sehingga mengambil posisi yang jauh terpesong dari nilai yang digalasnya selama ini.
Hasil dari penjajaran semula politik Jokowi ini masih belum dapat ditelah sepenuhnya, namun yang jelas ia sekarang membuka kembali penentangan dan kritik terhadap kerajaan seperti zaman Orde Baru dahulu. Jalanan di Jakarta sendiri mulai terbakar semula.
Politik itu resminya sentiasa berubah-ubah, dinamiknya mengikut rentak sama ada masyarakat pengundi mahupun elit-elit politik.
Penjajaran semula politik akan sentiasa berlaku, hatta dalam kalangan orang-orang yang paling berprinsip, misalnya parti-parti kiri dalam politik Malaysia.
Gerakan menyertai BN, Parti Rakyat Malaysia bergabung dengan Parti Keadilan Nasional untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat, atau Parti Sosialis Malaysia bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat.
Kecil atau besar, apa sahaja percaturan politik yang berlawanan dengan nilai-nilai asal entiti politik tersebut, dengan tujuan mencapai sebuah maksud yang lebih besar, boleh kita anggap sebagai sebuah penjajaran semula.
Tidak perlu diingatkan juga bagaimana Pakatan Harapan (PH) menyerap masuk kumpulan yang memberontak dalam Umno – termasuk musuh tradisi paling ketat Pakatan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menimbang baik buruk penjajaran semula politik selalunya perlu disandarkan kepada maksud besar yang ingin dicapai. Tidak semestinya setiap yang dicapai melalui penjajaran semula itu bersifat kekal dan akan sentiasa membuahkan hasil seperti yang pernah dicapai BN.
Tinggal lagi seperti berjudi, jika besar taruhannya, besar juga habuannya. Kadangkala jika gagal, besar pula kerugiannya.
Ada juga yang membandingkannya dengan penjajaran roda kenderaan. Mahu tidak mahu, memang perlu sentiasa dibuat agar kenderaan dapat dipandu lebih baik, malah dapat mengelakkan kerosakan lain yang bakal lebih merugikan.
Tidak dapat dipastikan kalau penjajaran semula politik boleh diperbandingkan sedemikian. Politik tidak mudah untuk diibaratkan seperti kenderaan – ada kompleksiti yang tidak boleh sewenangnya diabaikan.
Politik adalah perkumpulan manusia, bukan mesin. Misalnya, apa berlaku dengan nilai, prinsip, ideologi, atau rencana-rencana entiti politik itu sendiri?
Penjajaran semula politik selalunya melibatkan kompromi dan pengorbanan nilai. Pasti ada yang perlu diubah atau langsung ditinggalkan.
Apakah memang kita memerlukan penjajaran semula yang sedang setiap hari dibincangkan ini? Apa maksud besar yang ingin dicapai oleh kita sehingga kita sedia menelan setiap gelap dan hitam yang bakal hadir bersama dengan rencana penjajaran semula ini?
Benar bahawa kita sendiri bukan sempurna baik sifatnya – kita semua adalah pemain politik, pencatur kuasa. Setiap hari kita hanya mengumpul dosa politik.
Namun persoalannya, apakah memang ada keperluan, dan berbaloikah penjajaran semula ini? Atau kita hanya sedang keliru dan masih mabuk dibelai enaknya kuasa semalam?
*ADAM ADLI, bekas pelajar UPSI yang pernah aktif bersama gerakan mahasiswa hampir sedekad yang lalu. Beliau kini bergerak bersama Liga Rakyat Demokratik sebagai Pengerusi bagi sidang 2020-2022.
MENUNGGU PELUANG DAN KEUNTUNGAN PERIBADI, BUKAN BERJUANG UNTUK UMMAT
Terhimpit antara sekutu, PAS mesti tunggu peluang terbaik, kata penganalisis

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata PAS, yang terhimpit antara sekutu Umno yang keberatan dengan PPBM, akan terus mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” daripada menyebelahi mana-mana pihak.
Tetapi jika terpaksa memilih, parti Islam itu akan berpihak kepada PPBM, kata bekas ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan. PAS pragmatik dan sedar sepenuhnya mereka memerlukan sekutu untuk pilihan raya akan datang.
“Pendekatan tunggu dan lihat mereka amat berkesan setakat ini dan saya percaya status quo sesuai dengan mereka. Mereka akan lebih cenderung untuk berpihak kepada PPBM kerana rundingan kerusi akan lebih mudah, dan pertembungan kerusi akan menjadi minimum.”

Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan juga berkata, jelas PAS mahu ketiga-tiga parti itu bersatu. PAS juga sedar PPBM lebih memerlukan mereka berbanding Umno, yang sanggup bergerak sendiri.
“Jadi PAS akan mempunyai lebih banyak pengaruh dengan PPBM kerana mereka memerlukan rakan politik yang kuat terutama jika mereka perlu berdepan Umno,” kata Azmi. Kebergantungan PPBM kepada PAS bermaksud PAS dapat memiliki suara lebih besar dalam politik dan pentadbiran, dan akan memperkuatkan kewibawaan parti itu dalam kalangan pengundinya.
Azmi berkata, beliau percaya PAS akan mempunyai peluang lebih baik jika bekerjasama dengan Umno bukannya PPBM, tetapi ia bukan pertimbangan utama parti itu. Pada masa sama, katanya, selalu ada ruang untuk berdamai bagi PAS dan BN sekiranya mereka bertembung dalam pilihan raya.
“Tetapi pemimpin PAS mesti tahu, jauh di sudut hati mereka, mereka lebih kuat dengan Umno,” katanya.

Bridget Welsh dari Universiti Nottingham Malaysia percaya secara idealnya, PAS tidak mahu memilih antara Umno dan PPBM tetapi lebih cenderung memilih PPBM kerana meletakkan parti itu dalam kedudukan lebih besar melalui akses kepada kuasa persekutuan.
Beliau berkata, jika BN memilih untuk tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional, PPBM memerlukan PAS “lebih dari sebelumnya” untuk jentera pilihan raya mereka.
“(Tetapi) secara idealnya, PAS mahu semua orang bersama kerana ini untuk keuntungan mereka. Mereka sedar perpaduan antara parti politik Melayu adalah kekuatan bagi mereka. Ini sebahagiannya mengapa terdapat banyak penekanan terhadap naratif menyatukan semua orang bersama.”
UGUTAN UMNO PERASUAH BEBAS
Salam,
Ternyata..serangan serta ugutan-ugutan yang bertalu-talu dan bertubi-tubi dari pimpinan UMNO terhadap kepimpinan Yiddin, kini telah membuahkan hasil. Kejayaan menjatuhkan Peja (PPBM) di Perak...mendatangkan rasa gerun kepada Yiddin. Akhirnya...satu demi satu pemimpin-pemimpin UMNO di bebaskan dari tuduhan-tuduhan rasuah.
Bijak, bijak (walaupun ternampak hodohnya)...itulah permainan politik mereka yg berpengalaman dalam setiap percaturan ketika Yiddin kini tersepit untuk terus berkuasa.
Maka, jelaslah juga kini..Yiddin telah mempengaruhi setiap tindakan terhadap jabatan-jabatan penguatkuasaan undang-undang. Tiada lagi 'SEPARATION OF THE POWER' bila ketua eksekutif mula menyalahgunakan kuasa.
Yang tersepit, adalah rakyat-rakyat marhaen yg di jadikan kambing hitam oleh pemain-pemain Politik yang sudah gila babi. "Kami berjuang demi kepentingan rakyat!!" Kata mereka...tetapi segala keuntungan, di sapu oleh mereka juga.
Sebab itulah PAS memilih bersama-sama kumpulan jahat ini kerana PAS juga ingin mengambil kesempatan untuk bermewah-mewahan. Kepada Pimpinan PAS, "korang jgn cakap lagi pasal agama, kerana..agama yg kamu anuti hanya sekadar untuk di catatkan di dalam IC.
Hari ini...yang jahat itu, tetaplah jahat seperti dahulu. Tiada perubahan kerana rakyat Malaysia terutama orang-orang Melayu adalah jenis yang suka di suap dan terlalu mengharapkan subsidi. Orang Melayu mahu cepat jadi kaya tanpa perlu berdikari. Orang Melayu..suka untuk mendapatkan simpati dan sememangnya orang-orang Melayu mudah sangat di beli..kadang-kadang hanya dengan nilai RM50. Ini fakta...sebab itu, apabila di suapkan bantuan-bantuan dari KERAjaan yang seciput jer pun...mereka sudah menganggap Yiddin sebagai 'TUHAN'.
Melayu boleh berubah ker?....hmmmmm, tepuklah dada dan tanyalah iman. Akal korang ada kan?. Jadi, gunakanlah...jgnlah sampai mengharap agar akal korang pun di berikan subsidi.
Tq.
Ikhlas tapi dekat,
Mohd Asri Bakar.
MELAYU VS MELAYU PELABUR DAN TAUKE CABUT DULU
Asalamualikum sahabat semua,semoga kita di rahmati Allah dunia dan akhirat...
Hamdan Taha
Jika kemarin saya berjumpa dengan dua pimpinan kawasan dan negeri orang pas tetapi semalam saya pula berjumpa dengan dua orang taukeh cina yang mempunyai rakaian perniagaan macamacam tetapi semalam perbincangan saya tentang getah dan sawit,seorang dato seri dan seorang lagi anak kepada tan sri anak muda...
Kami minum dari jam 5 sampai jam 7 sekitar dua jam...agak lama perbualan kami,saya pula dengan seorang sahabat yang kepakarannya tentang getah...
Pendapat dua orang ini tentang PM malaysia dan pengalaman mereka dengan PM dan ahli politik malaysia...
1. Tun Dr M bagi mereka PM paling hebat dan luarbiasa kerana di zaman tun m ramai di kalangan cina dan melayu jadi betul betul kaya raya. Seorang PM yang sign beliau sangat power dan tidak menipu. Dapat sahaja berjumpa bermakna projek pasti dapat....semua ahli perniagaan yang kaya kaya sayang pada Tun dr M...kerana hampir semua cina kaya tun m ada jasa pada mereka
2. Tun Abdullah badawi, mudah jumpa baik tapi tidak mendatangkan faedah jika dapat berjumpa pun. Tanda tangan senang dapat tapi tidak ada harga kerana dia boleh tanda tangan 50 kali perkara yang sama. Perniaga di zaman pak lah bagi ahli politik ialah jual tanda tangan PM. Anak dan menantu pak lah sangat menguasai kerajaan dan terlalu tamak mengambil projek orang lain. Dato seri ini rugi puluhan juta kerana projek di ambil secara rampas kuasa oleh KJ di zaman pak lah. Taukeh cina kaya raya sangat tidak suka pada pak lah sehingga pilihanraya 2008 mereka mulakan serangan pertama...
3. Dato Najib sangat bijak tetapi untuk dapat projek mudah tidak susah yang susahnya kehendak komisen atau tol yang perlu di bayar terlalu tinggi dan di minta secara terbuka. Laluan untuk dapat projek tidak terlalu sempit boleh guna saluran isteri haiway paling besar dan beberapa rakan rapat najib. Senang jumpa dan yang pening adalah jumlah yang di minta
4. Muhyuddin....baru 8 bulan tapi tak susah kerana ada laluan haiway dua yang besar,anak perempuan dan menantu....ke dua jumpa Hamzah zainuddin seperti jumpa muhyuddin....
Antara kata kata yang cukup memberi kesan pada saya ialah....
1. Malaysia sekarang dan akan datang krisis kaum bukan lagi antara orang melayu dan cina atau india. Tetapi pergaduhan yang akan rakyat malaysia lalui ialah pergaduhan dan perperangan sesama melayu...mereka jangkakan pergaduhan sesama melayu ini lebih menyebabkan negara tidak aman dan tidak selamat. Kerajaan yang di bentuk hanya melayu sahaja adalah sebuah kerajaan yang menakutkan orang cina kerana kerajaan itu tidak kuat dan boleh berpecah dan berperang lebih extrim dari lain bangsa....
2. Masalah kita di malaysia pdrm dan pegawai kerajaan di mana mana terlibat rasuah termasuk di sprm. Contoh geng scamer yang baru di tangkap oleh sprm tetapi tak boleh di buat pendakwaan kerana rasuah terlalu besar dan boleh meruntuhkan lima ejensi kerajaan jika di dedahkan di mahkamah. Kes selesai dan tamat begitu sahaja....
3. Orang kaya kaya dari bangsa cina yang ada duit ratusan juta ke bilion sudah tidak ada lagi di malaysia,duit semua sudah di bawa keluar dan tidak ada dalam negara. Yang ada sekarang dalam negara ialah orang kaya kaya melayu dan duit hasil hasil rasuah orang melayu masih ada sedikit tapi juga telah ada di luar negara...
4. Tahun depan dan tahun berikutnya adalah tahun yang tidak ada harapan dengan polisi kerajaan yang tidak membantu. Rasuah akan meningkat dan menjadi jadi....kerja kerja haram akan meningkat kerana kerja kerja halal tidak berjalan lancar....
Peladangan seperti getah dan sawit merudum teruk,kenaikan harga sawit di sebabkan dua perkara bukan merana menteri itu hebat. Satu musim sawit melawas dan lebih dasyat lagi pekerja ladang kurang 40 peratus kerana pekerja asing tak ada dan yang di hantar pulang tidak dapat di ganti. Covid menyebabkan pekerja lagi berkurangan kerana seludup pekerja pun sudah tidak ada....satu perkara yang orang tak sedar ialah kecendurangan taukeh taukeh kaya buang sawi dan getah untuk di gantikan dengan durian....ramai orang kaya cina sekarang buat ladang durian secara besar besaran...
Akhir sekali mengejutkan saya ialah beberapa ejensi kerajaan yang menjaga negara kita ni 95 peratus yang jawatan no 1 di daerah akan dapat pendapatan sebulan 170 ribu sebulan...yang jaga negeri akan dapat 350 ribu sebulan. Yang jaga di bukit dan gunung tu sejuta sebulan......dan itu benar benar belaku bukan cerita cerita kosong.....
Lebih menarik lagi semua negeri termasuk kelantan tanah tanah yang di panggil hutan kekal tapi dah tak ada hasil balak namanya hutan simpan kekal miskin....semua adalah di milik 99 peratus taukeh taukeh cina di malaysia....sama ada tanam getah atau pun hasil hasil lainnya.....malah dia sebut di kelantan lah palinh banyak hutan simpan kekal yang dah miskin di milikin syarikat singapore dan cina dan malaysia tetapi semua orang cina....
Apakah kita boleh salahkan orang cina.....di akhir perbualan dia pula sebut kat saya....jika ada duit dan u nak tanah kerajaan di mana mana di malaysia kecuali johor bagitahu saya saya boleh dapatkan dalam tempoh dua bulan keluar surat kelulusan.....berapa ribu ekar pun kita boleh aturkan.....tak pening kita dengar....
Kita malaysia ada syarikat no 1 di dunia berkaitan getah....tapi satu jenis tayar pun kita tak mampu buat.....dan kerajaan tidak fokus kepada perkara perkara sebegitu....hanya tumpu politik bodoh sepanjang hidup
Pendapat mereka itu tidak semestinya betul dan tepat. Saya hanya menulis berdasarkan kenyataan mereka ikut pandangan mereka. Kita hanya ambil pengajaran sahaja kisah ini..
Peja jatuh: Menantu Hadi kecewa dan sedih....KAH.....
PERAK INSIDE
December 8, 2020
“Siang malam kami (kerajaan PN Perak) fikir bagaimana hendak tangani kesusahan rakyat akibat Covid-19, tiba-tiba Menteri Besar Perak pula yang ditukar. Secara peribadi, saya kecewa, sedih dengan apa yang berlaku di Perak ketika ini.”
Itu luahan hati memantu Hadi Awang, Mohd Akmal Kamaruddin kepada Sinar Harian semalam.
Mohd Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama berkongsi luahan hatinya susulan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa meletakkan jawatan setelah gagal memperoleh sokongan majoriti ADUN Perak dalam sidang DUN, Jumaat lalu.
Menurut Setiausaha Pas Perak itu, sejak tercetusnya pandemik Covid-19 bermula gelombang pertama lagi, kerajaan PN Perak pimpinan Ahmad Faizal benar-benar bekerja keras bagi memastikan kebajikan rakyat Perak yang berdepan kesukaran atau kehilangan pekerjaan, terbela.
“Sepanjang Covid-19, kita hanya menumpukan isu membaik pulih ekonomi negeri dan hidup rakyat yang terjejas teruk memandangkan ramai dalam kalangan mereka menangis saat ini memikirkan bagaimana hendak mencari sesuap nasi.
“Saya berharap dengan terbentuknya kerajaan baharu kelak, tidak kisah membabitkan parti apa sekali pun, semua pihak dapat mengurangkan atau menghentikan terus usaha politiking agar nasib ribuan rakyat Perak yang hidup susah dapat dibela,” katanya.
Sepanjang pengalaman berkhidmat dalam kerajaan ditadbir Ahmad Faizal, Mohd Akmal mengakui ADUN Chenderiang itu sentiasa memastikan barisan Exco dan pegawai kerajaan negeri dapat bekerjasama sebagai satu pasukan.
“Paling penting, beliau sentiasa memesan kami untuk bekerja kuat menaikkan institusi Istana Negeri dan tidak mengenepikan nasihat baginda Tuanku Sultan Perak apa jua keputusan yang menentukan hala tuju pembangunan negeri.
“Secara peribadi, saya tiada masalah bersama Peja (Ahmad Faizal), bahkan dalam rancangan membentangkan usul Belanjawan Negeri Perak 2021, beliau komited memberikan peruntukan terbesar kepada portfolio Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan buat pertama kalinya.
“Peruntukan besar yang sepatutnya diagihkan kepada portfolio saya itu penting bagi memartabatkan agama Islam melalui usaha menaik taraf lebih banyak sekolah agama rakyat selain menyemarakkan lagi agenda dakwah di seluruh Perak,” katanya.
Ditanya sama ada tiga ADUN Pas akan menyokong UMNO membentuk kerajaan baharu, Mohd Akmal menegaskan ketiga-tiga ADUN Pas Perak akan menyerahkan segala keputusan berhubung hala tuju politik mereka di negeri itu kepada pucuk kepimpinan Pas Pusat bagi membuat keputusan lanjut.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/113628/BERITA/Politik/Siang-malam-fikir-rakyat-susah-tiba-tiba-MB-ditukar
UMNO MASIH ‘MUKA TAK MALU’, BERSATU LEBIH ADA ‘AIR MUKA’
Susulan kemelut politik di Perak, UMNO dan Bersatu mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi pada waktu yang hampir sama malam tadi.
Dalam mesyuarat tersebut, UMNO antara lain memutuskan agar kerajaan PN di Perak yang melibatkan UMNO, Bersatu dan Pas hendaklah terus dikekalkan.
Dalam erti kata lain, bermakna UMNO, walaupun telah bertindak menjatuhkan seorang Menteri Besar daripada Bersatu, namun masih mengharapkan parti itu menyokong mereka membentuk kerajaan negeri yang baru.
Lebih mudah untuk difahami lagi, UMNO nampaknya masih “bermuka tak malu” mengharapkan lagi kerjasama Bersatu di sebalik mereka telah bertindak memalukan parti tersebut.

Tapi, berbeza dengan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di mana mereka tidak menyebut langsung untuk terus bekerjasama dengan UMNO, tetapi khusus memberi penekanan melibatkan kedudukan Bersatu dan Pas serta gabungan PN saja.
Apa yang lebih Bersatu tekankan, sebarang keputusan yang akan mereka ambil, ia akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan gabungan PN, khususnya Pas.
Malah untuk mengekalkan kestabilan politik di Pusat dan Perak, Bersatu hanya mahu memperkukuh hubungannya dengan Pas melalui PN semata-mata.

Lebih jelas, ternampak yang menjadi keutamaan Bersatu ialah gabungan PN dan hubungannya dengan Pas, bukannya kedudukan kerajaan PN yang turut ada UMNO didalamnya.
Dengan tidak menyebut sama sekali untuk terus bekerjasama dengan UMNO, selain menunjukkan Bersatu amat kecewa dengan UMNO, Bersatu terlihat lebih mempunyai “air muka” berbanding UMNO.
Setelah dimalukan oleh UMNO, Bersatu kini hanya ingin terus menambat hati Pas agar terus bersama mereka.
Yang penting, sebarang keputusan yang akan diambil Bersatu adalah ketetapan bersama parti itu dengan Pas.
Di mana UMNO dalam hubungan “cinta tiga segi” ini?
Dengan semakin berjaya menambat hati Pas, Bersatu tidak mustahil sedang merancang sesuatu untuk terus mengenepikan UMNO.
(Shahbudindotcom 08/12/2020)
SAMUN BALAK ATAU 'HIKAYAT 43 TRILION'..??


BOB KELANANG
Baca berita kat portal Harakah tadi, kononnya ada hasil mineral
bernilai 43 trillion. Bila MB umum macam tu... tak tahu tahap apa IQ MB depa
ni... boleh jadi setanding bani Melayu yang ditipu scammer di luar sana...
Depa tahu tak, Perolehan Petronas hat depa teroka laut dalam,
Gerudi Minyak Seluruh Dunia pun setahun baru RM260 billion tapi Kedah tiba tiba
ada hasil 43 triliion... 1 trillion tu bersamaan 1000 billion iaitu paras
hutang negara maksudnya bersamaan hasil Petronas dekat 200 tahun lah kut... kalah
kekayaan Emir dan negara Qatar...
Bila MB dia kata, hasil ni banyak terletak di bawah kawasan yang
dah dibangunkan... yang boleh diteroka hanya kawasan bukit dan hutan... bila
dia cakap bukit dengan hutan... faham-faham lah...
Taktik macam ni bukanlah baru. Di Kelantan pengumuman macam ni
dah dibuat lama dah... depa ada jumpa emas... ada cuma gas dan minyak atas
darat... ada jumpa batu kapur, Karbon Kredit, last last apa jadi, projek entah
ke mana, yang hilang hutan dan balak… itu jer depa mampu fikir... dah tebang
balak, Syarikat Perkayuan Kelantan depa pun gulung tikar... begitu juga PBMK
Sawit...
Di Kelantan, Syarikat Perlombongan Emas KelGold Mining yang
dianugerahkan tanah seluas mata memandang, depa jual 100% kepentingan dengan
nilai hanya RM 2.5 juta pada CNMC Goldmine syarikat dari Singapura dan China...
bayangkan syarikat perlombongan emas dia jual RM2.5 juta... last-last berkibar
bendera China di Kelantan dapat kawasan emas... Kelantan dapat apa..??
Kalau kat Kelantan tu syarikat dan hak perlombonga emas pun depa
gadai macam tu... apalah sangat hasil mineral lain... dulu macam tu juga, umum
nak bina Lebuhraya Rakyat... derma mintak, lebuh raya tak nampak tapi abis
cerah kawasan balak... hat Karbon Kredit tu jangan kata lah dia punya bohong...
Di Taiping tu.. ada satu kawasan tadahan tempat air mineral, ada
satu syarikat... nama dia Spritzer... dia uruskan air mineral jer... tapi
perolehan setahun depa lebih RM350 juta... bayangkan urus air mineral perolehan
depa beratus juta... sebab apa? ini orang pangil Al Qawwi Al Amin... sebab depa
pandai...
Tak payah banding Singapore... di Pulau Pinang tu satu tadahan
air pun takda tapi pengurusan dan air depa paling murah dan bersih di
Malaysia... hat Penang ambil air dari kawasan tadahan Kedah... masalah air kat
Kedah jauh lebih teruk... di Penang kawasan balak pun takda... tapi hasil dan
rezab simpanan depa antara paling tinggi...
Lebai PAS ni jangan kata urus bahan mineral... urus balak dan
hasil mahsul pun fail/gagal… urus sawit pun bankrap... air pun kotor... jadi
tak payah sembanglah nak urus hasil mineral hat bawah tanah tu... sembang kari
jer lah... cakap jer nak tibai balak... - Ipohmali, edited by papa
KAH....KAPAL TAK LANDING
HAMDAN TAHA
Kelakar dua parti politik ni....Pas dan Bersatu...dalam beberapa hari kenyataan bertukar tukar. Semua takut hilang kuasa,gerak kes Perak....tapi kot bergaduh dengan Umno bimbang kerajaan pusat jatuh....yer tak yer Pas dan Bersatu buat kenyataan berlegar legar perkara yang sama ....tapi tak landing....

Umno Perak tidak mahu DAP jadi Exco

Oleh MALAYSIA DATELINEDecember 7, 2020
Umno Perak tidak mahu DAP memegang jawatan eksekutif sekiranya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Syarat Umno untuk membentuk kerajaan Perak yang baharu adalah dengan menuntut hanya PKR dan AMANAH menyertai barisan Exco.
“Permintaan ini sama sekali tidak logik,” kata sumber dipetik Malaysiakini.
DAP Perak mewakili 16 kerusi DUN sekali gus blok kedua terbesar selepas Umno yang menguasai 25 daripada jumlah keseluruhan 59 kerusi.
Selain Umno dan DAP, Bersatu dan AMNAH masing-masing mempunyai lima kerusi, PKR (3), Pas (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad mengesahkan kehadirannya ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini.
Mesyuarat yang akan dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu akan disusuli dengan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) esoknya diikuti Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Muafakat Nasional (MN), lusa.
Subscribe to:
Posts (Atom)