FINAL BELUM LAGI APASAL KERAJAAN PN GEMBIRA SANGAT?

 

PUSINGAN SETERUSNYA UNDI BELAH BAHAGI WAJIB


PELUANG MENYATAKAN PENDIRIAN MASIH TERBUKA






 Semalam Parlimen menyaksikan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 lulus di peringkat dasar, dan seterusnya akan memasuki perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin, 30 November ini sehingga undian terakhir pada 15 Disember kelak.

Semestinya rakyat Malaysia terutama dari kalangan yang cukup terkesan akibat kehilangan kerja atau pendapatan menerima baik pengumuman Menteri Kewangan tersebut beserta peruntukan tambahan bagi Sabah, golongan nelayan dan petani, petugas barisan hadapan COVID-19 dan para pekerja yang mengharapkan bantuan segera.

Walaupun rakan-rakan khususnya YB Lim Guan Eng dan YB Mohamad Sabu merasakan perlu dibuat undi belah bahagi pada waktu itu, saya telah membuat keputusan sebagai Ketua Pembangkang serta Pengerusi Pakatan Harapan untuk meminta ketua-ketua whip parti pembangkang tidak berbuat demikian.

Ini supaya Ahli-Ahli Parlimen dapat meneliti secara terperinci dan mendalam keseluruhan pengumuman Menteri Kewangan.

Ahli-Ahli Parlimen berhak mempersoal apakah peruntukan-peruntukan ini adalah tambahan kepada yang telah diumum atau terhasil dari pemotongan mana-mana Kementerian lain, apakah jumlah sebenar Belanjawan, serta kesan terhadap situasi kewangan negara, selain isu golongan yang masih mendambakan bantuan seperti pemandu teksi, pengusaha kantin dan ramai lagi.

Beberapa mekanisme termasuk berkenaan pengeluaran dana dari KWSP dan moratorium bank juga perlu diteliti.

Peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa dalam minggu-minggu akan datang.

Perlu saya nyatakan di sini bahawa dalam sejarah perjalanan Parlimen Malaysia belum pernah suatu belanjawan dipinda dengan jumlah atau dengan cara seperti ini.

Ini adalah tanda kesediaan Perikatan Nasional melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, termasuk melanggar duluan (precedent) Parlimen.

ANWAR IBRAHIM/KETUA PEMBANGKANG. 27 NOVEMBEr 2020.




Anwar mengaku buat keputusan tolak undi belah bahagi

 

Anwar mengaku buat keputusan tolak undi belah bahagi


Anwar meng

SOAL JAWAB ANTARA YANG TAHU DAN TAK TAHU...

 

TUKANG TANYA  : Bajet tu dah lulus secara dasar. Perincian ni takde kene mengena lagi dah. Rm320 billuon yang kerajaan PN nak belanjakan tahun depan dah lulus. Awat tak pernah jadi kerajaan ka sampai tara ni peningnya?kah kah kah

TUKANG TANYA  : allah mak aih.... dah dasar lulus. Nak sembang perincian apa. Semalam lah waktu yang tepat utk undi belah bahagi. Selepas ni cuma bincang secara jawatankuasa sahaja. Kalau dasar dah lulus takkan lah bila ada penambah baikkan dalam jawatankuasa selepas desakan dan bantahan pembangkang bajet tak lulus pulak?

TUKANG TANYA :Semalam pun bacaan kali kedua. Peringkat jawatankuasa bacaan perincian dimana speaker akan berindak sebagai pengerusi sahaja. Takde la pernah berlaku bantahan pada peringkat jawatankuasa akan batalkan keseluruhan bajet yang sudah dipersetujui oleh majoriti dari 220 orang MP semalam.

TUKANG JAWAB : dah kalau perincian tu tak dipersetujui macam mana? Mmg sesetengahnya belum ada perincian, contohnya budget jasa kpd jkom, brp jumlah baru, brp yg dikurangkan

TUKANG TANYA : bila tak setuju perincian kementerian akan pinda pinda pinda pinda dan pinda sehingga setuju. Bajet dah lulus. Pindaan kepada bantahan sahaja yg akan didebatkan. Apa ingat bila ada pindaan dan kita tak setuju mesti bajet terus tak lulus lah ye? Amboii kalau tak pernah jadi kerajaan ok je bang cakap macamtu. Kah kah kah

TUKANG JAWAB : awk atau kwn yg tak faham ni? Bila berlaku ketidaksetujuan dlm perbahasan mana2 yg berkaitan dgn perbekalan, jika ia membawa kpd undi belah bahagi, ketidaklulusannya membawa kpd jatuhnya kerajaan

TUKANG JAWAB even klu pakej rangsangan dibawa ke parlimen (bkn bajet tp ia tetap perbekalan), klu tak lulus akn membawa kpd maksud undi tak percaya

 TUKANG JAWAB : jd perbahasan peringkat kementerian ini samalah dgn pakej rangsangan, ia bkn bajet penuh tp tetap dlm kategori perbekalan

TUKANG TANYA : kah kah kah bajet tu dah lulus. Tu je soal utamanya. Apa sahaja selepas ini tidak akan menjustigikasikan bahawa bajet kerajaan PN bolrh dibatalkan lagi. Adoiiii...jadi kerajaan dulu pun teruk macamni jugak kita pun. Ingat walaun ada dalam pas saja. Kakakakaa

TUKANG JAWAB : Ouhhh mcm tu, u pulak walaun siapa? Sblm smlm fokus tertumpu kpd bajet akan lulus atau tdk, sbbnya? Klu tak lulus muhyiddin akan jatuh. Jd concernnya lebih kpd muhyiddin jatuh atau tdk, bkn bajet tu patut lulus atau tdk. Bila concernnya terlalu ke situ, kita kena tarik handbrake, sbb ada org nak menangguk di air keruh, kita bkn tak biasa kena sailang. Soal nak jatuhkan Muhyiddin tu byk lg peluang lain, bkn smlm je

 

TUKANG TANYA : i rest my case la bang. Trying very hard sangat nak membenarkan apa yang tidak ni jadi mual pulak. Ikut awaklah . Betul dah tu apa kata wak bang. Demi hormat pada persahabatan kawan tarik hand brake. Tak sanggup kawan nak gelakkan awak yang memang kawana hormat dari kawan muda belia melihat awak berjuang ni. Carry on bang. Kawan setuju je dengan awak.

 

2021 BUDGET VOTING: A GAME? GAME IN? GAME OUT? KENA GAME? GAME CHANGER? OR NOT A GAME AT ALL?




Apa pun; ia berjaya menunjukkan sekuat mana orang tua yang bernama Dr. Mahathir bin Mohamad itu, orang yang satu ketika pernah mengata 66 ahli parlimen menyokongnya, orang yang satu ketika pernah mengata yang dia sudah tidak mahu menjadi Perdana Menteri, tetapi ada orang yang tetap mahu dia terus mengambil jawatan tersebut.


Jangan klimaks awal. Perbahasan bajet belum tamat. Selepas perbahasan peringkat kementerian tamat, dan selepas bacaan ke-3 akan ada pengundian sekali lagi. Harus diingat juga, dalam sidang Parlimen kali ini banyak usul undi tidak percaya dihantar, cukup untuk salah satunya sahaja dibahaskan, Muhyiddin akan kembali tidak senang duduk. Kalaulah usul yang satu itu menang dan Muhyiddin jatuh, sekurang-kurangnya Bajet telah lulus dan tidak perlu dibentangkan semula.


Zukri Aksah

Ketua Komunikasi Nasional

Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98


#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia #lawantetaplawan #keadilan21tahun #dsai4pm #reformasi98 #gerakanreformasi98 #gerak98

Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan Gerakan Reformasi Nasional



HADI AWANG ADALAH PEMBOHONG BERSIRI… ?


Bob Kelanang


"Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Dimana rakyat diminta bercakap benar. Kalau pemimpin itu tak betul, beritahu tak betul, pemimpin itu salah, beritahu salah!"

Maka izinkan saya untuk memberitahu kepada Hadi  dan semua wal'auntanya bahawa terlalu banyak perkara yang tidak betul atau salah yang telah Hadi  lakukan selama ini.

Terlalu banyak pembohongan yang keluar dari mulut seorang yang bernama Hadi , seorang yang diakui sebagai Tok Alim. Malah ada yang mengangkatnya sebagai Tok Wali yang mempunyai karamah… 

Apa-apalah yang korang mahu 'ampu' mengenainya. Cuma nak ajak korang sama-sama fikirkan apakah senarai penipuan Hadi  yang saya paparkan di sini ada kebenarannya atau semata-mata fitnah. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sekelumit sahaja yang mampu saya utarakan.


1) Hadi  memfitnah gunapakai nama al-Qaradhawi kononnya telah berkata, tubuh parti Islam ke-2 adalah haram. ?

Sampai sekarang dia tidak mampu tunjuk bukti mengenai dakwaannya tersebut apabila dicabar. Waima, kenyataan al-Qaradhawi adalah sebaliknya.

Menurut Ustaz Ghani Shamsudin, dalam pertemuannya dengan Syaikh Ali Qaradaghi di Hotel Westin di KL Awal bulan 11/2015 yang lalu, beliau antara lain telah menegaskan bahawa:

Tidak ada fatwa bertulis oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi tentang pengharaman parti Amanah Negara di Malaysia seperti yang diwarwarkan oleh orang orang tertentu.

2) Hadi  pernah akui sewaktu mesyuarat JKPP nak curi adun PKR untuk bentuk kerajaan Pas-Umno di bawah Khalid Ibrahim; Hj Hadi menawarkan jawatan MB Selangor kepada Azmin. Cerita ini telah dilaporkan oleh Malaysian Insider.

Siapa bohong? Hadi atau Malaysian Insider. Kalau Malaysian Insider berbohong, kenapa Setiausaha Politiknya sekadar buat kenyataan penafian tetapi tidak berani ambil tindakan mahkamah ketika itu?

3) Dato Husam juga turut mencabar Hadi mengenai isu ini tapi Hadi  tidak berani untuk menafikannya kerana Husam ada ramai saksi kerana kejadian itu berlaku sewaktu dalam mesyuarat JKPP. 

4) Hadi berbohong bila berkata, PAS tidak pelahap nak jadi MB Selangor, bilamana dia sendiri telah menghantar tiga nama ahli PAS ke Istana sebagai calon MB Selangor. 

5) Hadi  mengatakan bahawa Unity Government (UG) lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam dialog di kalangan kepimpinan Pas Pusat. Tapi Almarhum TGNA telah menafikannya seraya berkata “Ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan dari Pas.” Terbukti, Hadi Bewok berbohong.

6) Hadi  mendakwa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh PKR dan DAP. Tetapi Anwar dan LKS telah menafikannya. 

7) Pada 28 Jan 2012 lalu, dia tawarkan diri untuk berundur, tapi tetap juga bertanding pada PRU13 dan kekal sampai sekarang sebagai ahli parlimen.

8 ) Dalam Amanatnya, dia berkata: 

“Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang BN, bukan kerana BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh sebab itu kita menentang mereka ….”

Tetapi KINI dia mempertahankan perlembagaan tersebut kerana setiap Ahli Parlimen kena mengangkat dan menandatangani sumpah bahawa akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Apa hukumnya Hadi  menyokong untuk mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah?

9) Hadi  pernah berkata, “DAP Berhak Tolak Hudud”. Dia adalah berbohong kerana apabila DAP menolak hudud ditempelaknya tuduh DAP memusuhi Islam. Malah mereka dituduh sebagai anjing dan serigala yang menyalak.

10) Dia suruh golongan profesional yang tidak sehaluan dengannya supaya keluar parti dan tubuh parti sendiri.

Tetapi bila mereka keluar dan tubuh parti baru Amanah, Hadi  jadi menggelabah lalu menuduh mereka sebagai pengkhianat yang perlu bertaubat atau dihapuskan.

Adakah bila seseorang itu masuk Pas, maka dia tidak boleh lagi keluar dari parti tersebut? Kalau keluar Pas, maka orang itu jadi penghkianat!

Ternyata Hadi  telah berbohong kerana dalam perlembagaan Pas Fasal 15, jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.

11) Hadi  fitnah calon PKR sebagai penjual pil kuda, komunis bagai. Tetapi Hadi Bewok terlepas dari dakwaan mahkamah kerana tidak menyebut sebarang nama, namun mahkamah mendapati kata-kata yang disebutnya dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah berunsur fitnah. 

12) Hadi  menuduh Saari Sungib dan Hasnul Baharudin sebagai pengkhianat walhal yang sebenarnya Hadi Bewok sendiri yang berkhianat untuk mengUGkan Selangor dalam kemelut MB Selangor dulu!!!

Selangor hampir 'kembali' semula kepangkuan Umno jika tidak kerana Saari Sungib dan Hasnul menyokong Dr Wan Azizah. Mereka berdua adalah penyelamat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hadi Bewok adalah pengkhianat yang sebenarnya.

13) Hadi  kata mahu membela rakyat tetapi ternyata dia berbohong kerana sering ponteng persidangan Dewan Rakyat. Dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di parlimen. 

14) Dia pernah berkata, bekerjasama dengan Umno umpama memikul biawak hidup!

“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita… lebih baik kita bersendirian… " kata Hadi .

Tapi dia KINI semakin tergila-gila nak pikul biawak hidup merangkap mahu menjadi penasihat pula! Hadi Bewok pelawok besar! 

15) Dia berbohong dengan tidak mengaku telah berjumpa dan berbincang dengan Umno secara gelap. Tapi tembelangnya pecah kerana Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah mengaku telah menemuinya sebanyak tiga kali untuk bincang pasal UG.

16) Ketika kunjungan Pemuda PR pada 12 Sept. 2014, Hadi membuat pengakuan "Pas kekal bersama PR, tiada kerjasama dengan Umno."

Ternyata kata-katanya itu adalah bohong semata!

Hadi  yang arahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar untuk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dengan DAP." 

17) Hadi  kata, "Berlaku pertindihan calon PAS dengan PKR pada PRU13 ini adalah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat."

Hadi  berbohong bila mana keputusan adalah sebaliknya. Tindakan Hadi itu telah memberikan kemenangan kepada Umno akibah perpecahan undi dalam pertandingan tiga penjuru tersebut.

18) TPPA dimulakan oleh Umno dan bukan DAP tetapi Hadi  berbohong dengan menuduh bahawa DAP sokong TPPA kerana orang cina dikatakan menguasai perdagangan di negara ini. Kenapa Hadi tidak mengecam Umno tetapi sebaliknya mengecam DAP?

19)  Ketika kempen pemilihan, Ustaz Ahmad Awang mencabar Hadi Hadi sebagai presiden parti. Hadi telah memfitnah Ustaz Ahmad Awang sebagai pemimpin pilihan DAP. Antara kata-kata fitnah Hj Hadi :

"Dua-dua ada ulama'; cuma hok satunya DAP nok. Hok dua sajer. Satunya DAP tak nok. Saya nak beri peluang kepada pilih samaada yang hok DAP nak ker, hok kita sendiri kita nok. Saya beri bebas kepada orang Pas samada pilih pemimpin yang DAP nok cara dia ataupun kita sendiri. 

20) Hadi  telah mengelirukan rakyat dengan RUU yang mahu dibentangkan di parlimen itu adalah hudud. Hadi Bewok dengan bertegas mahu melaksanakan hudud di Malaysia hingga menyebabkan Pakatan Rakyat berbalah sesama sendiri dan akhirnya berpecah.

  Malah Pas sendiri berpecah dan ramai ahlinya yang keluar parti kerana mahu isu hudud ditangguhkan dahulu dan menumpukan soal-soal keadilan sosial dan kebajikan rakyat terlebih dahulu.

Ternyata Hadi  berbohong ketika dia berkata "Akan bentangkan draf perlaksanaan hukum hudud di parlimen sebelum 9 April 2015!"

Setelah berbohong RUU yang mahu beliau dibentangkan itu hudud, kini berhempas pulas menjelaskan RUU itu bukan hudud tetapi hanyalah untuk meminda hukuman dera dan denda akta 355.

21) Tetapi ketika mengumumkan mahu berkawan dengan parti 'Ikatan', Hadi  mengakui mahu menangguhkan hudud dengan berkata, "Hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di parlimen bukan untuk melaksanakan hudud...

22) Pada majlis pelancaran manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru lalu, Hadi Bewok  berkata, walaupun bertanding pada PRN kali ini, parti itu tidak berminat merampas kuasa, sebaliknya mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ dalam urus tadbir kerajaan negeri.

Bagaimana mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ urus tadbir di Sarawak sedangkan Pas hanya yakin akan menang satu kerusi sahaja?

Hadi  berbohong ! Dia sebenarnya hanya mahu mengacau daun sebab Amanah bertanding sama.

23)  “PAS bukan parti pengampu,” parti itu akan menentang habis-habisan jika dasar yang mahu dilaksanakan menekan rakyat.

Kata-kata Hadi  itu adalah bohong! Di Terengganu Hadi  dan PAS gagal melaksanakan ‘sistem semak dan imbang’ walaupun PAS mempunyai 14 kerusi berbanding Umno/BN yang mempunyai 17 kerusi.

24) Hadi  berbohong dengan tujuan mahu menakut-nakutkan ahli partinya supaya terus taat kepadanya. Dia kata, "Tidak taat pada Pas, (baca tidak taat kepada Hj Hadi), seperti hilang akidah!"?

Hadi  jadi menggelabah kerana ramai ahli Pas keluar parti untuk menyertai Amanah, yang sebelum ini dianggapnya sebagai parti nyamuk...

25) Hadi mendakwa bahawa partinya akan menyokong perkara yang benar dan menyanggah apa yang salah.

Ternyata Hadi  berbohong apabila sanggup menyokong Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam skandal RM2.6 bilion. Dia kata tiada bukti!

26) Hadi  kata dia mahukan Umno dan Barisan Nasional tumbang. Tetapi dia siang malam menyerang Amanah dan DAP dengan menuduh mereka anti Islam, anti hudud.

Adakah Umno akan tumbang dengan serangan Hadi  terhadap Amanah dan DAP? Ternyata Hadi Bewok hanya berbohong nak tumbangkan Umno/BN kerana dia tetap mempertahan Najib dan tidak menyerang Umno sebagaimana dia lakukan ke atas Amanah dan DAP.

27) Hadi  menuduh Amanah sebagai mengikut telunjuk DAP tanpa menunjukkan sebarang bukti mengenainya.

Hadi  adalah berbohong kerana dia sebenarnya yang menjadi boneka dan khadam Umno kerana mengambil alih kerja-kerja Umno menyerang Amanah dan DAP.

28) Hadi berbohong dan memperbodohkan orang kampung dengan menuduh Amanah bersekongkol dengan DAP membantah pembentangan usul RUU355 di parlimen. Hadi   tuduh Amanah dan DAP mahu menghalang perlaksanaan syariat Islam.

Walhal yang sebenarnya DAP dan Amanah cuma tanya speaker kenapa usul itu didahulukan, bukannya menghalang perlaksanaannya.

Usul itu pula bukan dibentang untuk dibahaskan. Hadi sendiri yang minta supaya pembentangannya ditangguhkan ke lain masa

Sebagai penutup, ingin saya panjangkan pertanyaan dari seorang fesbuker yang bertanyakan seperti berikut  :

Betul ke, aku dengar cerita, Hadi Awang baru terima hadiah peribadi berupa dua buah kenderaan mewah, iaitu pacuan empat roda (4X4) Land Cruiser dan sebuah MPV Toyota Fortuner... 

Anggaran nilainya lebih kurang RM700,000 sahaja... Dia juga dikatakan menerima hadiah berupa sebuah rumah baru khusus untuk isteri keduanya. Betul ke...?

Apabila ditanya, Hadi  kata, 2 buah kenderaan mewah dan rumah baru itu adalah hadiah dari anak muridnya.

Macam bohong je...!!!Adakah fitnah?

Dengar cerita lagi, setelah diselidiki, rupa-rupanya dua buah kenderaan baru itu adalah pemberian seorang kontraktor yang telah berjaya mendapat projek dari Putrajaya bernilai RM684 juta, hasil pertolongan Hadi yang melobi Najib melalui panggilan telefon... kerana itu, dia memberikan hadiah itu kepada Hadi  sebagai tanda ucapan terima kasih dan mahu membalas budi dan jasa Hadi Awang hingga dia berjaya dapat projek... betul ke...?

Saya tanya je... takkan tanya pun sampai kena taubat nasuha.

Setelah kalian melihat siri pembohongan Hadi  di atas itu, apakah layak dia di anggap sebagai seorang ulama? 

Layakkah Hadi terus memimpin sebuah gerakan harakah Islamiyah ?

Jawapan itu hanya ada pada diri kalian. Buktikan apa yang saya dedahkan di atas adalah bukan fitnah. Jangan jadikan diri kalian terus diselubungi oleh penipuan daripada melihat kebenaran yang nyata di depan mata. Jangan taksub membabi buta.


Maka fikir-fikirlah bersama.




KALAU IKUT PUTERI GUNUNG LEDANG PN BERMASALAH SELEPAS NI


PN HADAPI UNDI BELAH BAHAGI PERBAHASAN BAJET 2021 SETERUSNYA – ANWAR


MUHYIDDIN TIDAK MENANG,ANWAR TIDAK KALAH,CUMA MAHATHIR KIAN TERSISIH JAUH

 

Ramai yang terlihat kecewa dengan keputusan PH menolak undi belah bahagi bagi pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021 semalam sehingga menyebabkan ia diluluskan hanya berdasarkan kuatnya suara Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong.

Sehubungan itu, tidak kurang yang menyalahkan Anwar Ibrahim atas kegagalan menolak belanjawan tersebut.

Mereka itu, sebahagian besarnya penyokong PH sendiri, dengan lantang menempelak dan mengecam Anwar sehingga menyeret kepada andaian bahawa Presiden PKR itu sudah tidak layak lagi untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Hakikatnya, walaupun belanjawan telah diluluskan di peringkat dasar semalam, ini tidak bermakna Belanjawan 2021 telah lulus dan perjuangan blok pembangkang untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin sudah berakhir.

Kelulusan semalam hanyalah untuk bacaan kali kedua dan bermula Isnin nanti, akan bermula perbahasan yang diikuti pengundian di peringkat jawatankuasa atau kementerian, seterusnya akan dilakukan bacaan kali ketiga serta pengundian sekali lagi.

Selepas lulus semua pengundian itu, barulah dikira Belanjawan 2021 telah diluluskan untuk dibawa ke Dewan Negara bagi pengesahan, seterusnya boleh dibawa untuk perkenan Yang Dipertuan Agong.

Dalam erti kata lain, Muhyiddin belum lagi boleh diisytiharkan menang dalam perjuangaj belanjawan ini dan Anwar atau juga tidak kalah secara mutlak.

Perjuangan masih diteruskan dan laluan untuk belanjawan ini diluluskan masih lagi panjang, malah boleh dikata tetap berliku.

Walaupun penolakan jika dilakukan semalam, adalah baik untuk memberi gambaran bahawa Anwar dan PH tidak berkompromi dengan kedudukan kerajaan yang tiada keabsahan serta majoritinya diragui, tetapi persoalan penting harus difikirkan, apakah kemenangan boleh diperolehi memandangkan BN telah membuat ketetapan menyokong belanjawan di saat-saat akhir berikutan tuntutan pengeluaran KWSP akhirnya dipenuhi oleh kerajaan?

Sebelum ini, selain Tengku Razaleigh Hamzah yang dilaporkan hampir pasti berkecuali, beberapa Ahli Parlimen BN, khususnya Najib Razak dan yang lain-lain juga cenderung untuk menolak belanjawan kiranya tuntutan yang mereka minta tidak dipenuhi.

Malah, dalam perbahasan, Najib dan Anwar senada bahawa sokongan mereka terhadap belanjawan adalah mengambil kira sama ada kerajaan sedia memenuhi tuntutan berkaitan KWSP, moratorium wajib enam bulan lagi serta dana untuk propaganda Jasa dimansuhkan.

Makanya, oleh kerana tuntutan itu sedia dipenuhi kerajaan, Najib selaku Pengerusi BNBBC dan Zahid Hamidi atas kapasiti Pengerusi BN mengambil keputusan untuk menyokong belanjawan itu.

Apabila tuntutan itu dipenuhi, bererti bukan saja desakan Najib dan BN telah dipenuhi kerajaan, bahkan desakan Anwar juga turut didengari.

Bayangkan, apa jadi setelah tuntutan itu dipenuhi kerajaan, tetapi Anwar masih juga bersikap menolak belanjawan?

Sudah pasti, beliau akan dikecam dan dianggap tidak mengambil kira keperluan rakyat dan dinilai secara semberono menolak belanjawan.

Lebih-lebih lagi, berdasarkan BN sendiri menyokong belanjawan, penolakan Anwar dan PH jauh sekali untuk membuahkan kejayaan.

Dengan kalah di peringkat dasar lagi, ia akan lebih menyukarkan jika Anwar berhasrat untuk terus menolak belanjawan di peringkat jawatankuasa atau selepas bacaan kali ketiga nanti.

Tetapi, dengan membiarkan belanjawan diluluskan di peringkat dasar terlebih dahulu, Anwar dan PH boleh memfokuskan perjuangan mereka selepas ini untuk peringkat jawatankuasa atau kementerian serta membangkitkan isu-isu peruntukan tidak perlu atau yang tiada kaitan dengan Covid19, seterusnya memohon pengundian belah bahagi bagi tujuan tersebut.

Harus difahami, ada berpuluh-puluh perbahasan di peringkat jawatankuasa atau kementerian bermula Isnin ini dan jika kerajaan tidak mendengar semua bantahan yang disuarakan, kemungkinan ada yang gagal diluluskan lantaran tidak mustahil ada Ahli Parlimen BN turut tidak setuju dengan beberapa perkara dalam belanjawan di peringkat jawatankuasa.

Dalam posting di laman Facebooknya malam tadi, Najib juga menyatakan beliau masih menunggu butiran lanjut mengenai pengeluaran KWSP yang dibenarkan kerajaan dan membayangkan tidak teragak-agaknya untuk menolaknya di peringkat jawatankuasa jika kebenaran yang diberi kerajaan masih tidak memenuhi sebagaimana yang diminta.

Selain itu, strategi menolak pengundian di pertingkat dasar semalam juga bermakna Anwar tidak mendedahkan angka sebenar sokongan yang dimilikinya.

Menyembunyikan buat sementara perkara itu akan menjadikan Muhyiddin sentiasa dalam keadaan tidak menentu dan resah yang berpanjangan.

Ia turut menjadikan Muhyiddin sentiasa bergantung untuk sentiasa memenuhi tuntutan Najib dan BN bagi memastikan kerajaan pimpinannya tidak ditumbangkan.

Akhirnya, keadaan itu menjadikan UMNO dan BN terus menekan Muhyiddin sehinggalah PRU akan datang.

Dalam waktu yang sama, sementara Anwar sebelum ini telah mengadap Agong dengan membawa surat sokongan daripada Najib dan Zahid Hamidi, lulusnya belanjawan semalam tidak bermakna usaha mahu mengambil alih kerajaan sudah berakhir.

Perkara boleh terus berlaku bila-bila masa, sama ada ketika sidang Parlimen ini tengah berjalan atau selepasnya nanti.

Sekali lagi, ini juga menimbulkan keresahan dan jiwa kacau buat Muhyiddin.

Yang nyata, selain Muhyiddin belum menang dan Anwar juga belum kalah, hanya Tun Mahathir Mohamad yang jelas tersandung semalam kerana terbukti beliau semakin tiada sokongan, tersisih dan tidak relevan lagi untuk kembali sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga.

Sebab itu, tidah hairan, selain Tun Mahathir, para pentaksub bekas Perdana Menteri itu juga jadi agak emosi dan melenting dengan strategi Anwar semalam.

Hakikatnya, Anwar bukan saja telah berjaya menjadikan Tun Mahathir termalu sendiri kerana sokongan terbukti amat kecil di belakangnya, ia juga menunjukkan Presiden PKR itu lebih ke depan dalam permainan strategi politik.

Kemarahan Tun Mahathir lewat petang semalam melalui tulisannya dengan menempak wakil rakyat pembangkang kerana menolak undi belah bahagi adalah bukti jiwanya sedang sengsara dan terluka.

Sementara Anwar kekal tidak melayan walau sepatah cecehan Tun Mahathir terhadapnya, tetapi dalam diam-diam beliau membuktikan kehebatannya. (Shahbudindotcom 27/11/2020)


PELAN TUKAR KERAJAAN KE LAUT?

Md Zulaimi Kazim


 1. Kalau siapa bawa agenda TOLAK Belanjawan untuk jatuhkan kerajaan PN sudah tentu kecewa amat sangat dan peluang ini diambil sepenuhnya mereka yang anti Anwar dalam PH.

TAPI....

2. Kalau kita nak pastikan belanjawan ini untuk memenuhi keperluan rakyat dengan kata lain mengutamakan rakyat maka kita menerima mana bajet untuk rakyat dan kita akan bahas dan tolak mana-mana bajet untuk hanya kepentingan politik PN dan beberapa kerat tokey besar kita tunggu AP kita bahas dan desak Menteri kewangan pinda atau kita akan buat undi belah bagi tolak bahagian-bahagian yang tidak manasabah dalam bajet yang dibentang.

3. Untuk bacaan kali kedua yang berakhir semalam pun kita telah berjaya mendesak PN menerima pindaan terhadap pengeluaran KWSP dan Moratorium. RAKYAT wajar berterima kasih kepada PH dan ucap tahniah kepada AP yang main peranan. 

4. Sejak moratorium ditamatkan, jualan produk bagi mana usahawan terasa berkurang sehingga 60% betapa rakyat tidak mampu berbelanja selain untuk barang dapur. Ekonomi dalam tenat ramai rakyat hilang pekerjaan, rakyat memang marahbod kerajaan tapi pilihan rakyat hari ini lebih kepada servival hidup bersama keluarga. Rakyat tahu tukar kerajaan hari ini dan ekonomi tetap ambil masa untuk pulih.

5. Apa yang Anwar arahkan pada ahli parlimen PH semalam menunjukkan beliau bukan terdesak nak jadi PM lagi, utamakan rakyat dulu. Anwar tetap dipersalahkan, kalau mengetuai undi berbelah bagi semalam akan kata Anwar ini gila nak jd PM dan bila sebaliknya Anwar akan dihentam spt mereka hentam Anwar dr petang semalam tanpa henti sampai sekarang.

6. Soalnya... apakah bila berjaya tolak bajet semalam secara otomatik kerajaan bertukar?



Adakah Mahfuz tidak tahu atau buat-buat tidak tahu?




Dendam kpd Anwar hilang rasional berpolitik

MAHATHIR TAK SANGKA DIMALUKAN PH


Tidak perlu saya ulas mengapa PKR, DAP dan Warisan menolak undi belah bahagi yg dibuat oleh Mat Sabu kerana rata kita telah membaca sebab2 tersebut. 


Ramai yg kecewa kerana seperti saya juga inilah peluang utk menjatuhkan kerajaan PN. Kita kecewa kerana kita sebelum tidak tahu dan ambil tahu bagaimana proses perbelanjaan di Parlimen berlaku kerana inilah kali pertama kita ingin ambil tahu. Dlm mahu ambil tahu byk benda kita tak tahu akhirnya kita marah2 mcm kita serba tahu.


Malah ramai yg menghentam Anwar terutamanya walaupun Syafie Apdal sekutu Mahathir dan MPnya tidak bangun. Lebih pelik Mat Sabu dan Timbalannya Salahuddin juga tidak bangun tetapi Anwar tetap dipersalahkan... itu tandanya kita prejudis. 


Ramai penyokong Amanah menghentam Anwar kerana dendam mereka Anwar tidak mahu menyokong Mahathir sebagai calon PM buat kali ketiga😅... itu sahaja.


Saya mulanya terkejut mengapa MP2 PH tidak berdiri menyokong Mahfuz. Saya ambil pendekatan tenangkan diri dan tunggu sebab2nya. Mesti ada sebab lebih 90% MP pembangkang tidak bangun...Selepas 2 jam baru saya mendapat penjelasan dari rakan2 di KL. 


Apa implikasi daripada keputusan semalam kpd PH?


Pertama berkisah kpd nombor. Selama hari ini ramai menyindir Anwar tiada nombor tapi mereka yakin Mahathir ada nombor. Terbukti Mahathir tiada nombor. Lebih memalukan Mahathir hanya mampu membawa 13 MP menyokongnya.


Kedua... semalam MP PN/BN hampir semua berada di Parlimen. Sehari sebelum ini kita telah melihat gambar keriangan pemimpin2 UMNO bersama Zafrul. Kita kena belajar politik Malaysia ini berubah setiap jam. PH tahu UMNO sudah membuat uturn buat sekalian kalinya. Ia bukan setakat kesanggupan PN memenuhi permintaan mereka tetapi kita yakin ada rundingan disebalik rundingan ke atas individu2 terbabit.


Ketiga ia satu kemenangan moral kpd kerajaan PH apabila PN akur dgn kemahuan PH atau Anwar agar kerajaan fikirkan tentang Moratarium dan KWSP. Bayangkan jika kita menolaknya di saat ratusan ribu rakyat memerlukan wang tersebut... setiap hari siang dan malam media atau Berita memburukkan PH hanya pentingkan kuasa bukan rakyat. DAP menderhaka kpd raja. Anwar gila jawatan dan sebagainya. Ia memberi kesan buruk jangka panjang utk PH. 


Bola tanggung yg diharapkan PN gagal. Sekaligus ia membuktikan kpd rakyat PH benar2 ikhlas memperjuangkan nasib rakyat. Yg mana baik kita sokong dan bukan menolak mentah2 kebaikan dari belanjawan itu. Inilah kemantangan politik atau seni politik. Membaca gerak geri musuh hingga saat2 akhir.


Keempat ia kemenangan moral kpd Anwar dan sekaligus idea licik Mahthir digagalkan dlm dua kemungkinan. Pertama kita semua mengetahui Mahathir ada rundingan dgn Ku Li dgn angan2 jika kerajaan PN jatuh dia mahu menjadi PM buat kali ketiga. Kedua kemungkinan Mahathir ingin memalukan Pengerusi PH tidak mencukupi nombor. Semua org tahu kelicikan Mahathir jika tidak takkan lah MP2 Amanah seperti menganggap Mahathir sebagai rakan dan individu penting utk mereka dlm berpolitik. Malah semalam membuktikan betapa kuat kerjasama mereka bersama Mahathir dan rakan2nya.


Persoalannya skg kita ingin bertanya adakah Mahfuz tidak mengetahui arahan Anwar? Adakah pemimpin2 Amanah tidak melihat Presiden dan Tim Presiden mereka tidak berdiri? Adakah Mat Sabu tidak memaklumkan kpd MP2 Amanah? 


Adakah Mahfuz bertindak sendirian walaupun  sudah mengetahui arahan Anwar semata mata utk mengambil hati Mahathir? Adakah MP2 Amanah yg sejak kebelakang ini sentiasa berbeza pendapat dgn Anwar sengaja melakukannya? Ini isunya yg kita tunggukan hari ini utk wartawan bertanya kpd Mahfuz. 


Lebih penting Mat Sabu patut bertanggungjawab kenapa ia berlaku dan dia patut membuang sidang khas utk memaklumkan kpd penyokong yg skg bercakaran sesama sendiri. Bukannya lagi bertanya kenapa PH tidak menyokong kerana Anwar Ibrahim dan Athony Loke telah menjelaskan semalam.


Saya kagum apa yg dikatakan Ngeh Koo Kham dari DAP. Katanya kita hanya mempunyai satu Jeneral ( Anwar ) yg keputusan akhirnya adalah dari Anwar. Jika prinsip yg sama ada pada MP Amanah saya yakin tidak akn berlaku undi belah bahagi semalam yg hanya menimbulkan perbagai fitnah sesama penyokong PH.


Tanya saya... ada bagusnya selepas ini kekuatan sesebuah kerajaan itu tidak terlalu melebar. Bila berlaku keadaan 50-50 pemimpin2 berlumba lumba bersetuju menerima permintaan rakyat. Tidak lah seperti dahulu rayuan rakyat tidak diendahkan oleh pemimpin2 BN.


Akhir kata kemenangan moral utk Anwar kpd Mahathir yg cuba memecah belahkan PH gagal. Sekaligua membuktikan permuafakatan PH bakal kembali seperti dahulu. Politik dendam Mahathir memang wajar dijauhi PH kerana adalah baik PH fokus membelas rakyat daripada melayani karenah Mahathir yg terkenal semua org tak betul.


Norman Radzuan



MARUAH ANWAR JATUH JIKA GAGAL BUKTIKAN ANGKABYANG MENCUKUPI

 Salam....


First round pun dah kalah...MEMALUKAN!!!. 🤣😅😅


"Ooooo..itu semua perancangan atau strategi DS Anwar jer tu!". Oiii! Perancangan kebenda mcm tu?. Cam hanat jer aku nampak.


"Sabar sedare...DS Anwar sengaja nak pinggirkan dan tolak Tun M". Tu ker taktikalnya?. Habis tu, yang duk julang2 nama bakal di angkat menjadi PM tu buat hape?. Nak bodoh-bodohkan penyokong2 PH?.


Ada yg bagitahu..."ada kesilapan semasa pembentangan pertama tu. MP Amanah tak faham signal dari Anwar dan terikut-ikut dgn emosi. Don't worry bang...ada lagi 2 kali lagi pengundian". 


Bro...kamu ingat team @ MP2 UMNO tu ikhlas ker? Ko ingat GPS nak sokong DS Anwar ker?. Kalau taktik DS Anwar camni...moral MP2 pun dah kelaut la bhai. Nak menang hapenyer lagi?. 


Sebenarnya, tiada kesepakatan dan tiada hala tuju di dlm perjuangan PH a.k.a pihak pembangkang ni. Bila bertemu dgn rakan2 PH mlm tadi..apa yang mereka cakap?. "kita tunggu PRU-15 jer la bang. Tapi, boleh pakai lagi ker pemimpin2 PH kita nih?. Cakap berdegar-degar mcm nak runtuh tembok besar China. Tapi..hapah pun takde!. Buat malu kita jer laa!!!".  


Tak payah cakap banyak lah..undian ke 2 dan ke 3, KEPUTUSANNYA tetaplah sama. PN akan terus berkuasa ketika pemimpin2 PH dah hilang arah dan TAK SEDAR DIRI kerana berjaya di perbodoh2kan serta telah di permalukan oleh barisan KLEPTOKRASI!!!.


Maaf, bangang dan bodoh itu..bukannya milik kami. Kami lebih bijak dari pemimpin2 atau pemain2 politik yang kini lebih cenderung memiliki KETOLOLAN YG NYATA!!. 


TQ.


Yang ikhlas, jujur dan benar.


Mohd Asri Bakar.




MASIH ADA PELUANG UNTUK UNDI MENOLAK BELANJAWAN 2021?








Seperti yg saya katakan dalam posting sebelum ini secara PERIBADI saya TIDAK bersetuju dgn tindakan DSAI hari ini dari sudut usaha menumbangkan TSMY dan KERAMITA PN.

Namun saya boleh menerima dari sudut keprihatinan beliau terhadap kebajikan dan kepentingan rakyat. Cara DSAI ini juga dapat mengelakkan propaganda lebih dahsyat terhadap PH bila dilihat tidak prihatin dengan kesusahan rakyat. Oleh itu saya tetap beri "Benefit of the Doubt" kepada DSAI.

Meskipun saya berpendapat bahawa undi belah bagi di peringkat Jawatankuasa / Peruntukan kpd Kementerian TIDAK akan menggugat kedudukan TSMY sebagai PM dan kedudukan KERAMITA PN, NAMUN.....DSAI mungkin ada idea berbeza, akan menolak pada peringkat BACAAN KALI KETIGA kerana Tajuk Panjang akan dibacakan semula pada peringkat ini dan Undian Kali KEDUA akan dibuat.

Bacaan Kali Ketiga ini adalah untuk sesuatu Rang Undang2 diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum layak dibawa ke Dewan Negara.

Oleh itu TSMY dan KERAMITA PN masih belum boleh menarik nafas lega?? DSAI dan pimpinan PH mungkin dapat mengesahkan ini.

Wallahualam.

- Zus Din

26 November 2020

Kredit : Nizam Husin atas info.

 

WISEL PENAMAT BELUM DIBUNYIKAN


Kalau tanya pendapat saya secara peribadi, saya setuju bajet ditolak awal-awal lagi kerana kerajaan ini kerajaan pintu belakang dan PM nya tiada sokongan majoriti sewaktu pembentangan bajet.

Namun, dari awal ketetapan PH melonggarkannya kerana menghormati titah Agong yang menyeru agar bajet ini diluluskan demi Covid. Tetapi PH ada pendirian tegas iaitu meletakkan beberapa tuntutan sebagai syarat utama jika mahu bajet ini disokong. Begitu juga dengan pendirian Umno. Atas tekanan ini, akhirnya kerajaan pintu belakang terpaksa akur kerana takut kehilangan kuasa maka mereka menunaikan beberapa syarat utama yang dituntut oleh PH termasuk Umno iaitu berkaitan memotorium, KWSP dan peruntukan kepada JASA.

Memandangkan semalam hanya pengundian di peringkat dasar dan banyak lagi peringkat perbahasan dan pengundian oleh kementerian-kementerian yang tentunya lebih terperinci serta memenuhi janji PH untuk menyokong bajet jika kerajaan akur dengan beberapa syarat utama tadi, maka PH tiada pilihan di peringkat ini selain dari menerima kelulusan bajet semalam. PH tidak mahu dianggap mementingkan diri sehingga menolak nasihat Agong tanpa alasan yang munasabah dan dilihat memungkiri janjinya. PH menyedari perlawanan seterusnya akan berpanjangan sehingga 17 Disember nanti dan untuk pengundian seterusnya Anwar berkata PH akan meminta pengundian secara berbelah bahagi. Ertinya bajet ini belum muktamad.

Bayangkan jika PH menolak bajet tersebut dan kita tewas di dalam pengundian kerana MP-MP dari Umno pasti akan menyokong bajet kerana dua tuntutan utama mereka telah ditunaikan. Jika ini berlaku, apa yang kita dapat adalah persepsi rakyat bahawa PH tetap menentang bajet rakyat walaupun beberapa tuntutan PH telah diikuti. Anwar akan dicop kemaruk kuasa sehingga tergamak menentang bajet rakyat. Tentunya imej PH amat buruk kerana dengan sengaja melanggar nasihat Agong sedangan tuntutan-tuntutan kita banyak yang ditunaikan walaupun tidak semua. Bak kata Anwar, utamakan kepentingan rakyat dahulu bukannya kepentingan politik.

Apakah bajet yang diundi semalam lulus tanpa ada undian bermakna sokongan kepada PM itu kukuh? Jawapannya tidak. Sokong bajet rakyat bukan bererti sokong PM. Ramai di kalangan MP Umno tidak sokong Muhyiddin tetapi mereka sokong bajet. Sebab itu kita lihat bila Speaker umumkan bajet diluluskan tanpa undian, yang bertempik bersorak di dalam dewan semalam hanya MP-MP yang menyokong Muhyiddin sahaja seperti Shahidan Kassim, Azeez Baling, Anuar Musa dan MP-MP dari Bersatu. MP-MP dari Umno tidak bersorak dan bangun dari dewan dengan wajah tawar. Mereka sedar untuk bajet ini Muhyiddin terpaksa akur dengan kehendak mereka, tetapi bagaimana dengan tuntutan-tuntutan dari Umno yang tiada kaitan dengan bajet? Contohnya jawatan TPM, Menteri Kanan dan beberapa tuntutan jawatan penting di dalam kabinet Muhyiddin? Ertinya, kerajaan Muhyiddin belum selamat.

Berundur setapak ke belakang untuk mara dua tiga tapak itu adaah pilihan yang Anwar buat. Memang ada calar sedikit pada imej PH dengan tindakan yang tidak pernah kita buat selama ini sebagai Pembangkang, tetapi tindakan bijak ini dapat mengelakkan dari calar yang lebih teruk. Anwar tidak memilih cara berfikir Mahathir yang memang dikenali suka membuat keputusan ikut emosi dan dendam, mahu tolak bajet bulat-bulat. Bila Mahathir kata, PH mengkhianati rakyat kerana tidak menolak Bajet, kita minta Mahathir cermin muka dia lebih dahulu. Kemelut ini berpunca dari beliau serta kumpulan pengkhianat. Apakah Mahathir mahu Anwar tolak Bajet membuta tuli dan akhirnya Anwar akan dikutuk rakyat kerana menggagalkan bajet yang telah memenuhi syarat utama PH dan dicop tidak mendengar nasihat Agong? Jika itu tujuan Mahathir, jelas beliau gagal. Jelas, Mahathir tiada sokongan di Parlimen.

Di dalam tempuh seminggu dua ini, bermacam perkara boleh berlaku. Apa yang pasti, Muhyiddin tidak kekal menjadi PM sehingga PRU15. Apa yang pasti, kerajaan pintu belakang ini terbukti amat lemah sehinggakan di dalam tempuh 24 jam, bajet yang dibentangkan itu terpaksa dipinda dengan banyak sekali.

Tahniah kepada semua MP dari PH juga dari Warisan dan Bebas, termasuk yang bangun untuk meminta undian belah bahagi. Kamu semua telah melaksanakan tugas dengan baik meskipun sedikit sebanyak berbeza pandangan di antara satu sama lain. Yakinlah, kerajaan tanpa mandat rakyat tidak akan kekal lama. InsyaAllah.

WFAUZDIN NS

 


SEBAB-SEBAB MENGAPA BELANJAWAN TIDAK DITOLAK DI PERINGKAT DASAR


 1) Ramai yang amat kecewa dan tertanya-tanya mengapa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan khususnya DAP dan PKR tidak bangun untuk meminta undi belah bahagi untuk menolak Belanjawan 2021 di Parlimen petang tadi.

2) Yang pertamanya, adakah Belanjawan 2021 telah diluluskan di Parlimen hari ini? Jawapannya, TIDAK! Hari ini, Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hanya lulus peringkat bacaan kedua atau di peringkat dasar. Selepas hari ini, perbahasan akan masuk peringkat Jawatankuasa mulai hari Isnin depan. Maksudnya, perbelanjaan untuk setiap Kementerian perlu dibahaskan secara terperinci dan diluluskan. Mulai Isnin depan, setiap hari ada peluang untuk undi belah bahagi dipanggil oleh sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen.

3) Mengapa kita tidak undi belah bahagi hari ini? Sebabnya ialah kita tidak menolak keseluruhan Belanjawan tersebut. Ada perkara yang kita boleh bersetuju dan sokong seperti pembayaran gaji untuk kakitangan awam, elaun khas untuk frontliners, bantuan tunai kepada rakyat, subsidi gaji untuk majikan, peruntukan untuk pengangkutan seperti MY30 dan lain-lain peruntukan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

4) Namun, banyak juga peruntukan yang kita tolak seperti peruntukan RM85 juta untuk JASA, pemotongan peruntukan untuk pelbagai jenis aliran sekolah dan isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

5) Maka, kita akan membantah dan menolak peruntukan yang kita tidak setuju di peringkat jawatankuasa Kementerian masing-masing. Contohnya, kita akan minta undi belah bahagi untuk tolak belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana JASA merupakan agensi di bawah kementerian tersebut.

6) Bayangkan, kalau semua Ahli Parlimen pembangkang bangun memohon undi belah bahagi dan menolak pada petang tadi. Apakah serangan pula daripada pihak Perikatan Nasional pada malam ini? Mereka akan tuduh Pakatan Harapan ingkar kepada nasihat Yang Di-Pertuan Agong, tidak mahu gaji kakitangan awam dibayar, tidak menyokong bantuan kepada golongan B40, menyekat elaun hidup untuk petani dan nelayan. Mereka akan memainkan sentimen rakyat dengan pelbagai tuduhan tersebut.

7) Sebagai Ketua Parlimen untuk blok Ahli Parlimen DAP, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan saya untuk memberikan arahan kepada Ahli-ahli Parlimen DAP untuk tidak bangun meminta undi belah bahagi selepas mendapat mesej daripada pihak Ketua Pembangkang.

8) Saya faham ramai ahli dan penyokong DAP merasa amat kecewa terhadap keputusan ini dan mengecam tindakan kita. Saya memohon maaf secara terbuka sekiranya saudara dan saudari merasakan keputusan ini adalah satu keputusan yang salah.

9) Saya hanya boleh menjanjikan bahawa semua Ahli Parlimen DAP akan pastikan bahawa mulai Isnin depan…….”The fight will go on”

Salam Ikhlas,

Loke Siew Fook

Ketua Parlimen DAP

26 November 2020