Issshhhh...AWAT LAGU NI???

Saiz Teks: A A A

Abai keselamatan penduduk, satu kampung mahu keluar Umno


JOHOR BHARU 13 November: Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong di sini, mengancam untuk keluar Umno berikutan parti itu langsung tidak mempeduli keselamatan mereka.

Mengesahkan perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan lokasi pembuangan sampah.
“Sudah dua kali bertemu dengan MDBP dan pimpinan Umno tapi rayuan ditolak sedangkan lokasinya terletak berhampiran tempat tinggal mereka.
“Kalau ikutkan, tempat pembuangan sampah itu di atas bukit, tapi di lereng dan sekitarnya ada penempatan penduduk,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Zaihan berkata, kain rentang yang dipasang di satu persimpangan jalan sejak seminggu lalu dan tersebar di internet, menunjukkan mereka tidak akan berdiam diri dalam isu berkenaan.

Beliau percaya bila-bila masa sahaja penduduk kampung itu, akan keluar Umno.
“Ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno kerana kawasan itu  kubu kuat mereka. Setakat yang saya tahu, lebih kurang 30 peratus penduduk kampung itu sudahpun menyokong Pakatan,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39395
Saiz Teks: A A A

Hari Deepavali: Lawan kejahatan untuk peroleh keadilan – Anwar

(Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 18 November: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kaum India yang rata-ratanya penganut Hindu menjadikan sambutan Hari Deepavali sebagai panduan melawan kejahatan demi mendapatkan keadilan.

Beliau menyifatkan menentang kejahatan sebagai langkah pertama untuk mendapatkan keadilan sebelum mencapai kemenangan yang disimbolik melalui perayaan pesta cahaya.
“Tentang masalah bahasa mereka, kelayakan kewarganegaraan dinafikan, tahap kemiskinan dan permasalahan sosial dan ekonomi yang harus ditangani dengan baik.
“Sejarah sambutan ini punya kaitan kehebatan perlawanan antara yang membawa semangat kebaikan dan perubahan menumpaskan kejahatan.

“Kita harap mesej ini boleh memberi jaminan keadilan kepada semua  khususnya kepada masyarakat India,” katanya pada perutusan Hari Deepavali, hari ini.
“Hari Deepavali ini, saya menyerukan kita dapat raikan bersama menghormati budaya yang disambut oleh rakan-rakan masyarakat India terutama beragama Hindu,” katanya.

Ketua Pembangkang itu juga menyeru seluruh masyarakat untuk bersama-sama menghormati budaya semua kaum.
“Kita sambut dengan penuh cahaya dan tentunya dengan pakaian baru, dan mudah-mudahan ada petanda yang baik dan selamat,” katanya.

Pastikan Umno/BN kuburkan diri sendiri

Umno sedang gali kubur sendiri

Umno-BN sedang menggali kuburnya sendiri. Begitulah perkembangan politik mutakhir ini. Dalam beberapa isu besar yang berlaku akhir-akhirnya, Umno-BN dilihat lebih banyak bertahan daripada menyerang.

Ada beberapa isu yang dilihat bakal menyusahkan Umno-BN mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan tamat tempohnya pada 24 April 2013. 

Bacaan seterusnya, di sini:  Pastikan Umno/BN kuburkan diri sendiri

Putar belit kenyataan Izzah, media Umno tak siuman – Pengerusi Shura

(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 7 November: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin mempersoal tahap kewarasan media Umno apabila sanggup memutar belit kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sehingga ada yang mempertikai akidahnya.
Katanya, media Umno seolah-olah diperalat supaya memesongkan pemikiran rakyat kepada parti pemerintah semata-mata pilihan raya semakin hampir.
“Media Umno dah dekat-dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman mereka semakin rendah. Oleh kerana itu, kita kena check (semak) dulu apa yang disiarkan mereka.
“Kalau mereka tak tahu pasal agama, jangan berani putar belitkan kenyataan terutama melibatkan soal agama,” katanya ketika dihubungi.

Tegas beliau, tiada apa yang perlu diisukan berhubung kenyataan Nurul Izzah sedangkan beliau hanya menyebut perkara asas dalam surah al Baqarah mengenai beragama.
“Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu betul, cuma mereka (media) putar belit. Tindakan mereka mengaitkannya dengan isu murtad sama sekali tidak betul kerana isunya sekarang kebebasan agama.
“Murtad isu lain…maksudnya ia tertakluk kepada yang sudah beragama Islam. Jadi kenapa media kaitkan isu ini pula,” jelas beliau.

Abdul Ghani berkata, tujuan sebenar media kawalan Umno bukan mahu membela agama, tetapi demi menjaga pemerintah yang di ambang kebangkitan rakyat.
“Tujuan media Umno itu jelas, mereka dipulun setiap hari untuk cari kesalahan parti pembangkang. Sebab itu mereka gunakan media BN untuk burukkan Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39061

433 nama pemilih lenyap tanpa dipamer, data diubah sana sini

KUALA LUMPUR 7 November: KEADILAN hari ini membongkar satu lagi bentuk kejanggalan manipulasi daftar pemilih dengan tidak melalui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang dipamerkan di setiap suku tahun.
Menurut Naib Presidennya, Fuziah Salleh, kejanggalan itu boleh disifatkan sebagai kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ia dimanipulasi dengan sengaja oleh SPR.
“RDPT merupakan ‘audit trail’ di dalam daftar pemilih. Dan SPR wajib boleh ‘tally’ jumlah pemilih di dalam daftar pemilih setiap suku yang disahkan melalui cara ini.

“Sebaliknya didapati SPR gagal berbuat demikian. SPR sewenang-wenangnya masukkan nama dan keluarkan nama, pindahkan nama pemilih tanpa dipamer terlebih dahulu,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi yang turut disertai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.
Sebagai contoh, jelas Fuziah, hasil audit daftar pemilih di antara daftar pemilik induk Suku ke-4 2011 dan daftar pemilih induk Suku Pertama 2012 seperti yang dibekalkan SPR kepada PAC bagi Parlimen Kuantan (P083) mendapati, sebanyak 155 nama pemilih dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa melalui RDPT.
“Kita mendapati nama yang sudah dipamerkan sebagai pemotongan sebelum ini dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih P083 sedangkan tiada bantahan dibuat ke atas nama tersebut.

“Terdapat 40,000 nama di seluruh negara. Sejumlah 15 undi pos (polis dan tentera) dimasukkan tanpa dipamerkan.
“Terdapat juga nama dipindahkan masuk tanpa dipamerkan terlebih dahulu. Mereka ini merupakan pemilih di kawasan lain sebelum ini,” katanya dipetik Media Selangorku.

Kata Fuziah, sebanyak 433 nama pemilih hilang dari daftar pemilih begitu sahaja tanpa dipamerkan.
“Semakan kami menunjukkan jumlah yang besar terus hilang (tiada dalam rekod). Kalau meninggal sekalipun tidak mungkin sampai 400 lebih nama.

“Selain itu sejumlah besar dipindahkan ke kawasan Parlimen lain tanpa dipamerkan (hampir 100 nama) dan jumlah pemilih yang dipamerkan keluar terdiri dari pemilih awam dan pos,” sambungnya.
Justeru, beliau mahu SPR jelaskan mengenai perkara berkenaan.

Tegasnya, keadaan ini membuktikan SPR tidak membersihkan daftar pemilih dan kemungkinan besar ia dilakukan dengan sengaja untuk membantu Umno BN.

Peguam Perancis sah hadir Parlimen 22 Nov bongkar kes Scorpene

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 7 November: Dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.
Memaklumkan perkara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012.
Bagaimanapun, Bourdon dalam surat beliau bertarikh 29 Oktober meminta jaminan kerajaan agar kejadian beliau dihalang dari memasuki negara ini pada Julai 2011 tidak berulang.
“Hari ini, pejabat Ketua Pembangkang telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mendapatkan satu jaminan bertulis supaya membenarkan peguam-peguam tersebut untuk masuk ke negara ini tidak dihalang.
“Ini kerana Bourdon mengesahkan kehadiran dengan syarat tidak dihalang masuk atau disingkir oleh pihak berkuasa,” jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen.
Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.
Kapal selam itu dibeli dari Direction des Construction Navales Services (DCNS), Thales dan Armaris pada 2002.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pihaknya akan cuba membawa peguam DCNS bersama pada taklimat itu nanti.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=3

UNDI Bn BARANG NAIK



Semasa berucap di Lanchang Anwar sekali lagi meyakinkan rakyat bahawa dengan mengundi Pakatan Rakyat, akan dapat mengurangkan bebanan kenaikan kos sara hidup.Beliau yang berucap dihadapan 1000 hadiirn di pekan Lanchang memberikan contoh bagaimana negeri-negeri Pakatan Rakyat berjaya menyimpan dan menabung hasil selama sepenggal memerintah.

Beliau yang menjadi penasihat kerajaan negeri selangor juga menyatakan bahawa jika membenarkan lagi Barisan Nasional memerintah, harga barang akan turut dinaikkan apabila cukai kerajaan di kenakan keatas semua barang.”Saya menjadi menteri kewangan selama 8 tahun, harga barang tak naik pun, Najib jadi menteri kewangan utang 500 billion.Macam tu pandai ka dia jaga kewangan”, disambut gelak para hadirin.

“Jika Pulau Pinang dan Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, dan contohnya Kelantan yang telah 5 penggal sebagai model pentadbiran terbaik, maka apa lagi yang rakyat lihat tentang Barisan Nasional ini.? Berapa banyak Dato Nik Aziz ambil tanah bagi kepada anak beranak dan suku sakat?,Tan Sri Khalid , misalnya , Guan Eng di Pualau Pinang.Berapa banyak pula Menteri Bn sapu duit macam-macam yang kita dengar sekarang ini?jadi ADUN Lanchang pun dulu bukan main lagi.Saya tak mahu cakap dan jatuhan sesiapa, kita bukan datang untuk maki dan cerca orang .Kita datang bawa contoh,dan  maklumat yang baik bagi menjaga reputasi kita yang Insyallah kita akan ke Putrajaya dan kita juga akan tunaikan janji-janji kita untuk semua rakyat” jelas beliau lagi.

Anwar juga memuji sikap dan pandangan rakyat yang semakin berubah.Apabila rakyat di tekan dengan kenaikan harga barangan, maka sudah tentulah kenaikan ini membebankan.Oleh itu bagi mengurangkan bebanan ini, rakyat harus pandai memilih pemimpin parti mana dan undilah Pakatan Rakyat, Iaitu PKR,Pas dan juga DAP, yang sememangnya boleh dipercayai kerana parti-parti ini adalah parti yang bekerja untuk membantu  rakyat .Undi Umno/Bn tahun depan berlaku kenaikan harga barang mealui system GST keatas semua barangan keperluan .

Beliau mengakhiri dengan berpesan kepada rakyat dan meauangkan Reformasi.

LAWATAN ANWAR KE LANCHANG-SHAKAR BAKAL KECUNDANG





LAWATAN ANWAR DISAMBUT MERIAH






Ketibaan anwar dilanchang merupakan kali kedua beliau melawat DUN terpencil di Pahang.Walau Lanchang sebuah bandar kecil ,ala pekan koboi, namun cukup menampung keperluan masyarakat setempat.Antaranya Felda Lakum,Felda Bukit Damar,dan Felda Bolok, lain-lanya  adalah kawasan perkampungan tradisional yang kini telah mula mengalami perubahan dari segi pola penempatan penduduk .

Di awal tahun ini, Anwar telah melakukan lawatan yang tidak pernah beliau lakukan sebelum ini, Beliau telah melawat dan beramah mesra dengan penduduk mukim Felda Lanchang dalam usaha untuk meraih sokongan dan dengan PKR yang bertanding di DUN Lanchang,  ianya dilihat sebagai satu kawasan yang berpotensi untuk di tawan.

Penduduk melayu yang kebanyakkannya peneroka, dan bekerja sendiri ini pula , masih dalam keadaan takut-takut untuk menghadirkan diri disiang hari dengan alasan bahawa agak sukar kerana bekerja.Ketakutan mereka ini bukan kerana diugut atau di bayar untuk tidak menghadirkan diri, akan tetapi merasakan takut didalam keadaan yang tertekan dengan kedudukan sebagai peneroka dan anak-anak muda pula masih kurang yang mendapat maklumat , dan diketika mereka-mereka ini bersenang dirumah dan keluarga, seramai 30 orang asal menghadiran diri ,Namun kita percaya perubahan akan tetap berlaku apabila anak-anak muda di luar berhijrah membawa angin perubahan.

Ucapan pertama sebelum kedatangan Anwar ialah Cikgu Jalaludin Johan yang merupakan bekas AJK Umno bahagian Temerloh, dimana beliau telah meninggalkan Umno dan menyertai PKR dan kini giat berkempen dan berceramah. Cikgu Jalaluddin yang merupakan anak tempatan Lanchang mempersoalkan apa yang tidak ada pada orang Melayu, dimana semua rumah kedai dimiliki oleh bukan  Melayu.”Orang Melayu , kalau hendak berniaga hanya di tepi-tepi jalan sahaja”.Sebab utamanya ialah kerana tidak ada pemimpin Umno yang mahu dan mengeluarkan idea bagi membina kedai-kedai yang mampu dimiliki oleh orang Melayu.

Malah menurut Cikgu Jalaluddin lagi, di Lanchang ini orang Melayu hanya  mampu menjadi penonton sahaja dengan apa yang berlaku, terutamanya pembanggunan dan pusat untuk mendapatkan hasil di tepi-tepi sungai dimana pasir dikaut dan orang Melayu juga sebagai penonton.Beliau turut mengajak penduduk kampung dan orang Melayu yang tinggal di Felda Bukit Damar, Felda Lakum,Felda Bolok,Mempatih,dan kampung-kampung disekitarnya agar berubah bagi memilih pemimpin yang mahu membantu rakyat.

”Dengan negeri Pahang yang mengalami deficit 2.4 billion, mana mungkin Umno memburukkan negeri-negeri yang di perintah Pakatan Rakyat. Berdasarkan jangkaan sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR, banyak kerusi yang mempunyai kurang 70 % jumlah pengundi Melayu akan menghadapi persaingan sengit antara PR dan BN.” ini maklumat yang saya dapat dari laporan akauntan negara. Tambah beliau lagi



Penceramah kedua pula ialah Sdr Bob Manolan ,Timbalan Pengerusi biro orang asal dan juga felda PKR pusat menjelaskan bahawa rakyat Pahang Khasnya orang asal , harus berani menolak parti yang selama ini memperbodohkan orang asal,malah menurut beliau Menteri Besar Pahang tidak pandai, malah beliau yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari Menteri Besar Pahang, itu menghina orang asal dengan mulut celupar beliau memaki hamun orang asal dan mengatakan bahawa orang asal bodoh..Beliau mengajak semua orang asal di negeri Pahang agar menolak Adnan Yaakob yang dikatakan menghina orang asal.Orang asal kini sudah tahu  parti mana yang mereka mahu pilih untuk kebaikan mereka sendiri.

”Berdasarkan maklumat sayang saya dapat, kita boleh memenangi beberapa kawasan yang dulunya sukar
kerusi Dun yang PKR ada peluang cerah untuk menang : 1.   Damak2.   Teruntum3.   Semambu4.   Ceka5.   Benta6.   Jenderak7.   Lanchang

”Semua kawasan ini , sebahagiannnya ada pengundi orang asal yang akan menyokong Pakatan Rakyat bagi menolak kerajaan barisan Nasional yang lama dan angkuh sehingga menghina orang asal.”Demikian jelas beliau lagi.







Sejuta di kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari

Saiz Teks: A A A

Sejuta di kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari


KUALA LUMPUR 5 November: Timbalan Presidan PAS, Mohamad Sabu mengajak seluruh rakyat menyertai kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil 12 Januari depan.
Pengarah Program Himpunan Kebangkitan Rakyat itu mensasarkan sejuta rakyat akan bersama-sama pada himpunan yang bakal mencatat sejarah.
“(Ia adalah) perhimpunan seluruh rakyat yang menyokong tuntutan Bersih dan akan disertai tidak kira (penyokong) Hijau (Lynas), Merah (Royalti petroleum Kelantan), Oren (Felda) atau apa-apa warna sekalipun.

“Kalau kita tidak boleh duduk dalam stadium, kita himpun di luar stadium,” katanya disambut sorakan bersemangat lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Seremban Sabtu lalu.

Himpunan itu bagi merasmi siri program yang akan diteruskan ke setiap negeri sebelum berakhir di Bukit Jalil.
Program Himpunan Kebangkitan Rakyat bertujuan untuk meneruskan tuntutan pilihan raya bersih dan adil, selepas hampir 300,000 rakyat menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur 28 April lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38876

Rafizi ke Hong Kong minggu depan siasat skandal RM40 juta

Rafizi ke Hong Kong minggu depan siasat skandal RM40 juta


PUTRAJAYA 5 November: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli ke Hong Kong minggu depan untuk bertemu Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah (ICAC) bagi mendapat keterangan lanjut berhubung kes pemberian RM40 juta oleh jutawan balak Sabah, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datul Seri Musa Aman.

“Saya akan ke Hong Kong minggu depan atau minggu berikutnya. Kita nak dapatkan jawapan ICAC kerana sehingga kini tidak ada apa-apa kenyataan rasmi. Pada masa sama pihak (di Malaysia) berminat untuk dapatkan maklumat.

“Kita tahu ada media (Malaysia) hubungi ICAC. Hal ini melibatkan nama baik dan reputasi ICAC sendiri,” katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya selepas melaporkan kes itu petang tadi.

Rafizi berkata, ICAC sebelum ini dikata telah membersihkan nama Chia. Namun, penemuan baru di Malaysia berhubung pemberian wang RM40 juta kepada Umno Sabah kini melibatkan keluarga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

KEADILAN menuntut SPRM membuka fail siasatan terhadap Nazri apabila keluarganya mendapat manfaat dengan tujuan mempengaruhi keputusan membersihkan nama Chia.

“Akan berlaku konflik kepentingan. Sebab itu kita desak Perdana Menteri, Najib Razak arah Nazri bercuti. Berbeza dengan kes Shahrizat (Jalil) (NFC), Nazri adalah Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPRM,” jelasnya.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan wujud unsur rasuah apabila kenderaan mewah Hummer berharga RM479,000 diberikan kepada anak Nazri, Nedim seolah-olah untuk membersihkan nama Chia.
“Nazri sampai hari ini tak nafikan (pemberian Hummer). Nazri seperti tak rasa bersalah dengan hujahnya mengatakan dirinya tiada kaitan. Mengikut tafsiran kami, kes ini ada asas untuk disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Seksyen 16 (a).

“Sebelum ini dalam kes NFC, kita beri semua maklumat yang ada, termasuk transaksi kepada Jabatan Jenayah Komersil. Tapi SPRM tak pernah hubungi. Sebab itu kita alu-alukan semua pihak termasuk wartawan untuk berkongsi maklumat yang ada untuk membantu pembongkaran,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau bersedia dengan sebarang akibat dari pendedahan tersebut.
“Saya telah pertimbang risiko. Sebab itu saya kata, jika hal ini satu fitnah, Nazri Aziz boleh saman. Sekarang ini tidak ada sesiapa, meskipun Menteri, atau ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sekalipun, boleh sorokkan (sogokan).

“Mereka bukan sahaja perlu bersih, tetapi kelihatan bersih. Masyarakat perlu menuju ke arah itu,” tegas Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38937

KAUM IBU LAWAT PARLIMEN

Dear members of the press, radio and TV media as well as blog and website managers,

NEW Press Conference Alert
Press Conference Alert – Monday 5th November 2012

Mothers Turning their Anguish to Parliament to Stop Lynas
                               -   CHANGE OF THE TIME, SAME VENUE  -

Place: Federal Parliament, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur
Date: Monday, 5th November 2012
Time: 3PM

Journalists are hereby informed that a group of mothers from Kuantan will be travelling to the Federal Parliament to hand over a memorandum to the Prime Minister. They will be meeting with the minister in Prime Minister's Department YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz in the  parliament at 4.00pm.

The memorandum to be presented to the Prime Minister will be a complaint against the Atomic Energy Licensing Board (AELB) and the Minster for Science, Technology and Innovations (MOSTI) for failing in their public duty of care to exercise prudence to protect the children, the unborn and many future generations to come for issuing the relevant licences to facilitate Lynas to operate and dump toxic and radioactive waste near Kuantan.

Early last month in September, the AELB issued the temporary operating licence to Lynas Corporation.  A week later it was discovered by the media that the AELB has also issued the import licence and the licence to dump waste for Lynas to start polluting our beautiful shore and hometown.

The mothers and their supporters will gather outside the Parliament for some actions starting from 3pm onwards.  They will be available for media briefing and interviews in the Parliament as well.

For further information, contact:
SMSL hotline on
012-9823302

Jika anak semewah itu, bapanya?

Siapa yang tak kenal menteri mulut celupar (mulut limbah) Nazri Aziz. Menteri yang terkenal mempertahankan setiap undang-undang dan peraturan yang menekan dan menzalimi rakyat. Memang dah sinonim dengan Nazri.

Inilah menteri yang tidak pernah menunjukkan rasa simpati ke atas penderitaan rakyat. Segala undang-undang dan peraturan perlu mengikut telunjuk si mulut celupar ini. 

Bacaan seterusnya di sini:   Kemewahan terlampau anak Nazri...

PR: Jangan ada yang tiba-tiba nak jadi hero bodo...

Isu hudud & perpaduan jadi senjata BN

Dalam tempoh teka-teki tarikh pilihan raya umum ini, kelihatan BN cuba menyerang Pakatan Rakyat dengan isu air Selangor dan mengaitkannya dengan isu tajaan Soros.

Namun, kelihatan isu-isu kurang berjaya menggugat Pakatan dan kadang-kadang dilihat menjadi senjata makan tuan. Saya melihat ada dua isu yang menjadi senjata ampuh bagi Umno/BN yang dilihat mampu mengugat Pakatan, iaitu isu hudud dan isu perpaduan. 

Bacaan seterusnya di sini:   Awas PR: Jangan mudah jadi bodo..

PRU-13: SPR akan serah negara kpd pendatang asing

Hishamuddin Rais: PRU13 dan ayat songsang

Dalam tulisan kali ini saya ingin membawa ayat-ayat songsang. Saya ingin membuka surah yang telah di hafal tetapi tidak difahami. Saya ingin membuka bait-bait yang sering dilaungkan tetapi tidak dihayati.

Saya ingin melagukan syair kasar yang tidak akan menenteramkan jiwa. Surah dan bait-bait ini telah menjadi beban sejarah jika tidak saya dendangkan kepada orang ramai. 

Bacaan seterusnya di sini:  SPR & Penipuan Rakyat Umum Ke-13

Selepas 25 tahun Ops Lalang....

Operasi Lalang jadi batu asas kerjasama DAP-PAS hari ini

Berikut adalah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan sempena ulangtahun ke-25 Operasi Lalang hari ini:

DAP menyeru agar kerajaan Persekutuan meminta maaf kepada semua tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), segera melepaskan semua tahanan yang masih ditahan dan menjadikan Kem Tahanan Kamunting sebagai muzium ...


Bacaan seterusnya di sini: Operasi Lalang suburkan PAS-DAP

Giliran MCA membunuh Umno

Dulu UMNO dibunuh oleh pucuk pimpinannya, kali ini MCA akan membunuhnya

Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka.

Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agong parti itu, tiba-tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat dalam negerinya sendiri. 

Bacaan seterusnya, di sini:  Soi Lek & MCA permudahkan tugas PR

Mengapa AG masih gagal dakwa JJ?

Mengapakah Jamaludin Jarjis masih tidak didakwa?

Telah dua tahun sejak berita Datuk Jamaludin Jarjis yang didakwa meraba punggung pelayan di sebuah bar di Kuala Lumpur berlalu namun tidak ada apa-apa tindakan mahu pun komen dari pejabat Peguam Negara.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh tahun lalu mempersoalkan mengapa tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Duta Malaysia ke Amerika Syarikat itu berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang pekerja hotel pada 2008. 

Bacaan seterusnya (video berkaitan, di dalam):  Mengapa AG masih gagal dakwa JJ?

Kenali 'Teraju Utama' pertemuan Najib-Soros

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut -  yang mula-mula didedahkan oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim -  berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan. 

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut. Dan salah-seorang pemimpin tertinggi Umno berkenaan adalah merupakan Penasihat Utama Najib iaitu Datuk Seri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis, Ahli Parlimen Rompin.


DATUK SERI DR JAMALUDDIN MOHD JARJIS
AHLI PARLIMEN ROMPIN, PAHANG


BIODATA
  • Berasal dari Rompin, Pahang. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 di Pekan, Pahang.
  • Pernah menjadi pensyarah Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1974
  • Tahun 1984 meletakkan jawatan untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan kejuruteraan melalui syarikat yang diasaskannya secara bersama, J & A Associates.
PENGERUSI TNB
  • Menjadi pengerusi Tenaga NasionaL Bhd antara Ogos 2000 - 2002
MENTERI PUSAT
  • Dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 2004 – 2008
  • Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002
DUTA KE AS
  • Pada 2009 beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menggantikan Datuk Rajmah Hussain.

JJ ATUR PERTEMUAN NAJIB - SOROS?

JJ didakwa oleh banyak pihak telah mengaturkan satu pertemuan antara PM Najib Razak dan Yahudi penyangak mata wang George Soros di Hotel Plaza, Manhattan, New York pada 27 September 2010.
  • Sumber mendedahkan seorang pemimpin tinggi Umno menyertai Najib dalam pertemuan itu. JJ merupakan orang paling disyaki menemani Najib kerana beliau adalah penasihat Najib dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat ketika itu.
  • Pertemuan Najib - Soros didakwa sesetengah pihak bagi mendapatkan dana dari organisasi Yahudi.
  • Pertemuan tersebut tidak mustahil dirancang oleh JJ berikutan rekodnya sebelum itu menjadi orang tengah pembayaran jutaan ringgit kepada pelobi Jack Abrahamof bertujuan melobi Dr Mahathir menemui Presiden George W Bush di White House.
Guna pelobi Yahudi

JJ turut dikaitkan di dalam skandal Jack A. Abramoff. Abramoff adalah pelobi parti Republikan yang terlibat di dalam skandal “cash for access
  • Sebuah pertubuhan Malaysia - US Exchange Association yang diketuai oleh Tan Sri Megat Junid serta JJ dikatakan telah membayar AS$1.2 juta atau RM3.8 juta untuk mengatur pertemuan Dr Mahathir dengan Presiden George W Bush pada tahun 2002
  • Pada tahun 2006, Dr Mahathir mengaku bahawa wang telah dibayar kepada Abramoff untuk mengatur pertemuan
  • Skandal itu menjadi buah mulut pelbagai pihak, Mahathir menggunakan wang rakyat semata-mata untuk bertemu Bush tidak sampai sejam
JJ raba punggung wanita
Peristiwa berlaku di Kelab Havana hotel Maridien, di KL Sentral ketika seorang pelayan wanita sedang menyediakan minuman keras untuk Jamaludin Jarjis (JJ).
  • Dalam keadaan mabuk JJ memegang tangan gadis itu
  • Gadis itu memarahinya. Kemudian JJ didakwa mengekorinya dari belakang dan meraba punggung pelayan itu
  • Gadis tersebut membuat laporan polis pada 19 April 2008.
  • Dalam sidang Dewan Rakyat pada 2010, Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh menyoal mengapakah Peguam Negara tidak mendakwa JJ di mahkamah.
  • Kata Karpal, kalau gadis itu membuat laporan palsu maka beliau boleh didakwa kerana laporan yang tidak benar.
  • Sehingga hari ini kedua-dua mereka tidak pernah dibicarakan.
Elaun tertinggi
  • Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi sebanyak RM27,227.20 sebulan, atau RM326,726.40 setahun. Beliau juga menjadi pengerusi beberapa GLC dan mendapat bayaran lumayan.
JJ keluarkan lesen judi
  • JJ ketika menjadi Menteri Kewangan II pada 2002 didakwa telah meluluskan lesen judi kepada kroni Dr Mahathir, Vincent Tan
  • Lesen tersebut untuk operasi di casino Bukit Tinggi, Pahang yang dimiliki Vincent
  • Didakwa terdapat sekitar 2,000 buah mesin, seperti jack pot, baccarat dan roulette yang beroperasi di bawah lesen itu
Anak JJ dapat projek RM280 juta
  • Anak JJ, Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25 tahun, didakwa mendapat projek sistem kawalan trafik udara yang baru.
  • Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd
  • Tirai Variasi pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd (AATS) yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta.
  • Sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang yang dikawalselia AATS gagal berfungsi pada 12 September 2012
  • Fungsi radar dan radio tergendala menyebabkan semua penerbangan tergendala
JJ tak layak ketuai TNB

Beliau pernah mempunyai syarikat EPE Power Corporation Sdn Bhd yang terlibat di dalam bidang elektrik dan merupakan kontraktor kepada TNB.
  • EPE Power kemudiannya disenaraikan di papan kedua KLSE. Bagaimanapun ia jatuh merudum dan disenaraikan sebagai syarikat PN4 (syarikat gagal penuhi syarat kewangan untuk terus didagangkan)
  • Tetapi kerana hubungan baik dengan pemimpin tinggi Umno beliau tetap dilantik sebagai Pengerusi TNB! Beliau dikatakan sering menunggang kuda bersama PM Dr Mahathir ketika itu
  • Sebab hobi yang sama itu juga Dr Mahathir melantiknya sebagai Menteri Kewangan II ketika Mahathir menjadi Menteri Kewangan I
TNB pakai arang baru
  • TNB menggunakan gas asli menjana elektrik. Ketika itu 70 % penjanaan tenaga elektrik menggunakan gas asli. JJ memperkenal loji arang batu ketika jadi pengerusi TNB.
  • TNB bukan sahaja membeli arang batu dari Australia dan Indonesia, tetapi di bawah JJ, membeli lombong arang batu di Kalimantan, Indonesia pada 2001 dari Dynamic Acres Sdn Bhd dengan harga AS$85 juta. Pada tahun 2006, TNB menjual lombong itu pada harga AS$19 juta. Rugi AS$66 juta
  • Di bawah JJ juga, TNB disaman oleh bank UBS Warburg pada 2002 kerana melanggar kontrak berhubung urusniaga bon. TNB menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi tidak menyatakan jumlah yang dibayar kepada UBS Warburg.
Dipetik daripada:


Sumber: Orang penting di sebalik Najib - Soros

GURU TERANIAYA




Ustaz Abdullah Khairi yang telah di tukarkan dari Pulau Pinang ke Selangor,Beliau adalahseorang yang berkelulusan kejuruteraan dn kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Arab dan menjadi guru,


PRU13: PR kini pada situasi ‘simple majority’


KOTA BHARU: Berdasar kepada kaji selidik sebelum pergolakan Umno Sabah melanda, Pakatan Rakyat mensasarkan menguasai sekurang-kurang 105 kawasan parlimen, yakni kekurangan 7 lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah.

Namun kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli situasi itu tiba-tiba berubah selepas tsunami politik berlaku dalam Umno Sabah dengan menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti itu.

Hujah tersebut disokong pula penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir yang mengandaikan sekurang-kurang 10 kerusi di Sabah dan Sarawak sudah berada dalam tangan Pakatan Rakyat seandainya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru.

Rafizi berkata, berdasar kepada perkiraan Dr Jeniri yang mempunyai kepakaran perkembangan politik di Sabah dan Sarawak bermakna Pakatan sudah mengatasi BN dengan kelebihan sekurang-kurangnya 8 kerusi.

“Perkiraan ini dibuat bukan secara sekadar syok sendiri sebaliknya ada asas berdasar kepada beberapa petunjuk termasuk kajian beberapa badan penyelidik dan perkembangan semasa yang berlaku.

“Kalaulah andaian itu hanya sekadar syok sendiri, sudah tentu sejak dua bulan lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

“Namun Perdana Menteri masih lagi teragak-agak kemungkinan besar laporan daripada perisik Umno dan kerajaan masih memberi isyarat negetif,” katanya pada Wacana Perdana anjuran Urusetia Peneranan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Turut bertindak sebagai ahli panel anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Jeniri dari Unimas, manakala Dr Mazslee Malek (UIA) bertindak sebagai moderator.

Orang ramai memenuhi dewan konvensyen KTC biar pun pada waktu yang sama diadakan ceramah di 22 tempat di seluruh Kelantan termasuk di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Rafizi yang kemudian menjadi sasaran dihujani pelbagai soalan daripada penonton juga memberitahu sikap tiada keyakinan diri Perdana Menteri boleh ditengok kepada sejarah kehidupannya.

Menurutnya, Najib dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 26 tahun bagi meneruskan kesinambungan ayahnya Tun Abdul Razak. Kemudian berusia 29 tahun dilantik pula sebagai menteri kabinet.

“Manakala jawatan Ketua Pemuda Umno disandangnya selepas jawatan itu dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bermakna beliau tidak pernah melalui cabaran yang sengit bagi mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan.

“Berdasar kepada pengalaman itu maka tidak hairanlah sekarang Najib tiada keyakinan diri untuk mengisytiharkan pilihan raya, lebih-lebih lagi cabaran Pakatan begitu sengit sekali,” ujarnya.

Takiyuddin pula berkata, Najib menunggu masa yang begitu lama bagi mendapat mandat daripada rakyat  setelah menduduki kerusi perdana menteri, di mana sehingga sekarang lebih tiga tahun berbanding perdana menteri sebelumnya.

Sedangkan Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil masa empat bulan sahaja bagi membubarkan parlimen selepas dilantik perdana menteri, begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad lapan bulan, Tun Hussien Onn kurang dua tahun.

Dr Jeniri mengandaikan kesukaran Pakatan meluas di Sabah dan Sarawak kerana faktor rakyat tempatan masih mendapat sumber maklumat daripada televisyen dan radio berbanding sumber alternatif lain.

“Ini dapat dilihat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas Media Prima yang mengendali televisyen swasta di negara ini dikerah dengan bilangan petugas paling ramai bagi membantu kempen BN,” tambahnya.

- Aslani M. - Harakah Daily

Musuh 1Umno ialah ahli-ahlinya sendiri..

Jika ahli-ahli umno sendiri sudah semakin meluat dan bertindak mensabotaj parti yang mereka anggotai sendiri, apa lagi yang diharapkan oleh isteri Rosmah untuk mempertahankan kuasa di Putrajaya.

Ahli-ahli umno telah melakukannya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 yang lalu. Meraka akan terus melakukannya kali ini, dan pasti akan bertambah daripada jumlah pada PRU-12 yang lalu.

Saudara Aspan Alias menulis mengenai pengumuman Najib mengenai penubuhan jawatankuasa khas elak sabotaj parti 2008 berulang. 

Baca seterusnya dan pengumuman Najib mengenai JK Khas berkenaan, di sini:  Najib yakin ahli Umno akan sabotaj lagi..

DSAI: Tekad Kita Pertahankan Perlembagaan dan Keharmonian

“……. menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.” - Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu, 31 Ogos 1957

Pakatan Rakyat terbina di atas keringat rakyat yang dahagakan perubahan di negara ini. Bumi bertuah ini tidak kurang bakat dan khazanahnya. Malangnya jika gagal ditadbir urus dengan baik, semua potensi yang kita miliki akan hancur sia – sia akhirnya. 

Bacaan seterusnya, di sini:  DSAI: Kita Pertahankan Perlembagaan

Ke mana perginya tulur mereka ini?

Najib enggan ulas isu hilang kerja kerana hudud

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.

"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini. 

Bacaan seterusnya, di sini:    Najib tak berani, Fathul Bari ibarat tikus

JKuasa Pemuda Umno tumbuk guru

Sebuah badan bukan-kerajaan (NGO) Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Pelajaran menggesa dihentikan tindakan yang tidak profesional, penganiayaan dan kezaliman kepada para pendidik.

Tindakan ini berasaskan begitu banyak aduan yang diterima berhubung tindakan-tindakan tidak profesional pihak berkuasa pendidikan seperti menukarkan guru-guru secara yang tidak berperikemanusiaan daripada tempat asal ke tempat lain yang terletak beratus-ratus kilometer jauhnya. 

Penjelasan isu berkaitan dalam video di sini: Guru tumbuk guru di hadapan pelajar

Najib dah terpekik-terlolong tapi PRU bila?

Sangkakala untuk UMNO

Oleh Sakmongkol AK47

Marilah kita orang Melayu sedar, bahawa UMNO telah khianat kepada bangsa Melayu. Bukankah orang Melayu keluar berarak dan menentang Malayan Union dalam tahun 1946 kerana kerajaan kolonial mahu memberikan kerakyatan dan kewarganegaraan kepada bangsa asing? Itulah motivasi pertama mengapa UMNO diwujudkan dan menentang Malayan Union.

Hari ini apa sudah jadi? Prinsip dan pemangkin perjuangan orang Melayu sudah dikhianati UMNO.  Hari ini UMNOlah yang membenarkan 3 juta warga asing menjadi warga negara Malaysia kerana mahu menyelamatkan keadaan mereka. 

Bacaan seterusnya, di sini:  Najib terpekik sana-sini, bila PRUnya?

Najib dan pemimpin Umno kian meracau!

Ramai rakan saya bertanyakan- apa hal dengan bekas bos kamu? Menjerit dan terpekik terlolong sana sini? Saya cakap biasalah- tanda-tanda orang yang sudah sasau dan meracau.
 
Pemimpin UMNO tersangat cemas- PRU kali ini kemungkinan besar semboyan sangkakala ditiupkan oleh rakyat untuk mereka. Dunia akan kiamat untuk UMNO.

Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. 

Bacaan seterusnya, di sini:    Najib dan pemimpin Umno kian meracau!

Belanjawan 2013: Perbendaharaan mengakui ketepatan anggaran kos program Pakatan Rakyat

Saiz Teks: A A A

Belanjawan 2013: Perbendaharaan mengakui ketepatan anggaran kos program Pakatan Rakyat

Kenyataan Dato’ Seri Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II yang disiarkan oleh The Sun disambut baik oleh Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.
Ia mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius segala cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Ini membayangkan juga bahawa keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat dan kemampuannya merancang ekonomi negara turut dihormati dan digeruni oleh Barisan Nasional.
Oleh sebab itulah, sepanjang bermulanya persidangan Parlimen sesi ini, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional lebih gemar menghabiskan masa yang diperuntukkan membahaskan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013. Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri.
Tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Dato’ Seri Husni Hanadzlah sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat Pakatan Rakyat, seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.
Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salahguna kuasa berbentuk partisan, memandangkan perkara-perkara berikut:
1. Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat tidak diberikan akses sama sekali kepada semua data, angka dan statistik yang diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran yang membolehkan kami berdepan dengan pukulan curi seperti yang dibuat oleh Dato’ Seri Husni hanadzlah
2. Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat hanya dianggotai oleh 12 orang dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan yang kecil berbanding keseluruhan jentera kerajaan
3. Jabatan dan jentera kerajaan seperti pegawai-pegawai Perbendaharaan tidaklah boleh diarah untuk menjadi kakitangan parti pemerintah seperti Umno dalam menjawab cadangan-cadangan dasar. Tugas itu wajiblah dipikul oleh kakitangan ibupejabat Umno sendiri, seperti yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat
Oleh yang demikian, untuk merancakkan lagi amalan demokrasi di negara ini, kami mengesyorkan supaya sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen yang bebas dan tidak berpihak ditubuhkan. Pejabat ini bertanggungjawab menyediakan analisis perbelanjaan/belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli-ahli parlimen secara objektif supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus, bebas dan tepat.
Pun begitu, analisa yang dibuat oleh Perbendaharaan dan digunakan oleh Dato’ Seri Husni Hanadzlah sebagai bidasan ternyata memakan diri sendiri kerana ia mengesahkan bahawa anggaran kos yang digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi membiayai program-program ekonominya adalah tepat.
Angka-angka anggaran kos bagi program-program Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan Perbendaharaan adalah hampir sama dengan angka-angka anggaran yang digunakan Pakatan Rakyat selama ini. Malah, angka-angka terbaru mengikut analisa Perbendaharaan dan digunakan oleh Dato’ Seri Husni Hanadzlah adalah jauh berbeza dengan pelbagai angka yang digunakan oleh Barisan Nasional sebelum ini.
Kami merumuskan perbandingan kos ini di dalam Jadual 1 seperti berikut:
PROGRAM PAKATAN RAKYAT
ANGGARAN PR (RM bilion)
ANGGARAN PERBENDAHARAAN[2] (RM bilion)
ANGGARAN BN TERDAHULU[3]
Menghapuskan tol
6.0
6.0
50.0
Kos menyediakan pendidikan percuma
4.0
5.0
18.5
Kos menghapuskan hutang PTPTN
2.0
Tidak diperincikan, tetapi RM30b boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun pada kos RM2b setahun
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100
2.0
4.4

Tidak dinyatakan
Caruman Wanita Nasional
3.0
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
Tidak dinyatakan
Bonus Warga Emas
3.0
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
Tidak dinyatakan
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak
12.5
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
12.5
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta
2.0
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
8.0
Jadual 1: Perbandingan anggaran kos tahunan program-program Pakatan Rakyat
Mengambil kira bahawa Perbendaharaan telah diarahkan supaya mengkaji cadangan dasar Pakatan Rakyat dan setiap anggaran kos dengan teliti, angka-angka yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan menunjukkan bahawa ia (Perbendaharaan) bersetuju dengan anggaran kos yang dibuat oleh Pakatan Rakyat selama ini. Malah, ia juga membuktikan bahawa segala angka yang digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional selama ini adalah tidak tepat dan cubaan menakut-nakutkan rakyat semata-mata.
Jawapan kami kepada persoalan-persoalan khusus yang ditimbulkan oleh Dato’ Seri Husni Hanadzlah adalah seperti berikut:
1. Peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan.
Pakatan Rakyat telah menjelaskan bahawa kenaikan peruntukan gaji kakitangan awam sebanyak RM4 bilion atau purata 8% adalah mencukupi bagi menampung kenaikan gaji semua kakitangan awam, dengan syarat peruntukan bagi gaji ditambah dan peruntukan bagi faedah-faedah bukan kewangan berjumlah RM1 bilion disemak semula untuk menjimatkan kos.
Pakatan Rakyat percaya bahawa kenaikan peruntukan sewajarnya diagihkan terus dalam bentuk penggajian kepada kakitangan awam, bukannya tenggelam di dalam kenaikan kos bukan gaji yang disembunyikan di dalam angka besar.
Lagipun, rekod pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam yang terpaksa diberhentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, bonus tahunan yang dinikmati di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak adalah lebih baik berbanding bonus persekutuan.
2. Tiada peruntukan dibuat bagi dasar-dasar tertentu.
Dato’ Seri Husni Hanadzlah menuduh kononnya tiada peruntukan dibuat bagi membiayai pembatalan PTPTN, penghapusan tol, Bonus Warga Emas dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam.
Sebenarnya, peruntukan sepenuhnya telah dibuat di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bagi program-program, seperti yang diperincikan di dalam Jadual 2:
PROGRAM PAKATAN RAKYAT
ANGGARAN KOS (RM bilion)
Menghapuskan tol
6.0
Kos menyediakan pendidikan percuma
4.0
Kos menghapuskan hutang PTPTN
2.0
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100
2.0
Caruman Wanita Nasional
3.0
Bonus Warga Emas
3.0
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak
12.5
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta
2.0
Suntikan dana perumahan rakyat melalui Perbadanan Perumahan Negara
5.0
Elaun khas perguruan RM500 sebulan
2.4
JUMLAH
41.9
Jadual 2: Peruntukan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Peruntukan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa potensi penjimatan dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dan kronisme adalah besar dan mampu membiayai program-program tersebut.
Berdasarkan Belanjawan BN 2013, perbelanjaan-perbelanjaan berikut adalah perbelanjaan berbentuk perolehan, agihan melalui sistem tidak telus yang ditentukan oleh kerajaan atau pun caj hutang akibat keborosan berhutang – yang berpotensi untuk dipotong atau dijimatkan melalui pentadbiran yang telus:
JENIS PERBELANJAAN YANG DIKAWAL KERAJAAN SETIAP TAHUN
PERUNTUKAN (RM bilion)
Belanja Mengurus: Perkhidmatan dan Bekalan
33.7
Belanja Mengurus: Pembelian aset
1.1
Belanja Mengurus: Caj Perkhidmatan Hutang
22.2
Belanja Mengurus: Subsidi dan Bayaran Tetap
37.6
Belanja Mengurus: Kos perolehan badan kerajaan melalui geran kerajaan
7.0
Belanja Mengurus: Lain-lain
14.8
Belanja Pembangunan: Projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain
50.0
Perbelanjaan perolehan, kontrak dan pelaburan oleh PETRONAS dan syarikat-syarikat kerajaan
50.0
JUMLAH
216.4
Jadual 3: Perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan
Atas sasaran penjimatan 20% ke atas semua perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan ini dengan menghapuskan pembaziran, menghentikan ketirisan dan mencegah rasuah, Pakatan Rakyat percaya potensi peruntukan yang boleh digunakan untuk membiayai program pro-rakyat adalah RM43 bilion. Jumlah ini lebih tinggi dari kos untuk menampung program-program Pakatan Rakyat yang dimasukkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 iaitu RM41.9 bilion.
Lagipun, kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa penjimatan 20% ke atas perbelanjaan kerajaan boleh dicapai. Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim misalnya telah mencatatkan penjimatan 24% atau RM106 juta bagi kontrak-kontrak kejuruteraan awam dalam tempoh 9 bulan pertama 2012.
Penjelasan panjang lebar ini selari dengan anggaran kos yang dibuat oleh Perbendaharaan mengenai program-program Pakatan Rakyat. Batu penghalang kepada pelaksanaan program-program pro-rakyat adalah keborosan dan kecenderongan Barisan Nasional bergelumang dengan rasuah.

Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
Liew Chin Tong
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Dr Dzulkifly Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor
11 Oktober 2012

Tapak pasar malam tak cukup, Nong Chik abai peniaga Melayu

Saiz Teks: A A A

Tapak pasar malam tak cukup, Nong Chik abai peniaga Melayu

 

KUALA LUMPUR 10 Oktober: Tapak baru pasar malam Kampung Kerinchi tidak mencukupi untuk menampung lebih 60 peniaga, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.




“Hanya ada 30 tapak disediakan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Sedangkan pasar malam Kampung Kerinchi ada lebih 60 peniaga. Dan tapak yang disediakan hanya untuk jualan produk kering. Ini tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi peniaga,” kata Izzah kepada Keadilan Daily.
Beliau merujuk kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin bahawa peniaga pasar malam Kampung Kerinchi dipindahkan ke tapak berhampiran stesen LRT Universiti.


Tambah Izzah, pemakluman lewat kepada peniaga itu semalam menyebabkan perniagaan mereka terjejas kerana pendapatan mereka bergantung sepenuhnya kepada jualan di pasar malam.
“Kenapa tak maklumkan awal. Raja Nong Chik tak layan aduan sebelum ini. Ini menganiaya mereka. Peniaga pasar malam Kampung Kerinchi bukan pengemis,” tegas Izzah.



Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan akan bertemu dan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri bagi membawa aduan 54 peniaga Kompleks Niaga Utama (KNU) yang akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan UDA di Bangsar Utama.


“Kita jumpa Menteri (Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar), dia tak layan. Datuk Bandar DBKL pun tak dapat jumpa. Jaddi kita putuskan untuk jumpa Perdana Menteri terus. Ini isu penting,” tegas beliau.

Kes NFC: Shahrizat kelu, gagal jawab soalan peguambela

KUALA LUMPUR 10 Oktober: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil kelu dan beberapa kali gagal menjawab soalan mahkamah hari ini berhubung kes skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).

Wakil peguambela, Ranjit Singh dalam hujah balasnya bertanya dari aspek keluar
ga hingga ke isu dokumen berkaitan perniagaan suaminya.

“Setuju atau tidak, interaksi antara pasangan suami isteri itu penting sebagai pembangunan keluarga?,” soal Ranjit.

“Apakah anda sebagai Menteri Pembangunan Wanita mengaplikasikan prinsip itu?,” soal Ranjit lagi.

Shahrizat kemudian meminta Ranjit mengulangi soalan tersebut beberapa kali dan tidak menjawab seperti yang diarah.

Ranjit turut mempersoal kelayakan anak Shahrizat yang berkelulusan teknologi maklumat tetapi menjalankan bisnes jutaan ringgit dalam bidang pertanian.

Shahrizat memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera bahawa beliau tahu anaknya bekerja di Phileo Damansara tetapi tidak tahu apa pekerjaan anaknya.
“Tidakkah anda malu yang telah tersebar di seluruh negara bahawa suami anda mengambil wang dan menyebabkan kerugian besar?” soal Ranjit.

Shahrizat dalam keadaan tertekan menjawab “Tidak”.
Shahrizat merupakan pihak pendakwa manakala Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dinamakan sebagai defendan.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham ‘preference’ dipegang kerajaan Malaysia.

AES untuk rompak duit rakyat, bukan kurangkan kemalangan


AES untuk rompak duit rakyat, bukan kurangkan kemalangan

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 11 Oktober: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan cara yang betul untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya sebaliknya hanya helah kerajaan untuk mengaut duit rakyat.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mempersoal tindakan kerajaan BN menguatkuasakan sistem saman trafik elektronik ketika rakyat sedang menghadapi kemelut kenaikan kos hidup.
“Kalau nak kurang kemalangan jalan raya, bukan dengan menggunakan sistem AES. Kerajaan gunakan dua syarikat yang rapat dengan Umno dan MCA untuk menggalakkan kutipan saman.
“Ini membebankan rakyat,” kata Hee ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Abd Rahim Bakri bahawa semua imej yang dirakam kamera itu sedang dalam proses semakan dan pengesahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan.
“Syarikat yang membuat kutipan saman boleh buat ‘untung’. Jika saman kurang lima juta, syarikat tersebut dapat RM16 bagi setiap saman.
“Kalau saman lebih lima juta, syarikat akan berkongsi 50/50 dengan jumlah maksimum RM270 juta. Dari jumlah RM270 juta, dua syarikat tersebut akan mendapat 7.5 peratus dari keseluruhan kutipan saman.

“Pesalah trafik pula dipaksa menjelaskan saman dalam tempoh lima hari,” jelasnya.
Hee kesal dengan sistem saman yang tidak adil kepada pengguna jalan raya. Katanya, pesalah perlu dirujuk kepada mahkamah untuk membuat rayuan. Manakala saman pula dikeluarkan oleh bahagian trafik PDRM.

“Bayaran saman dikutip oleh kontraktor. Saman dikeluarkan oleh trafik dan rayu kepada mahkamah. Tiga pihak yang berbeza untuk bayar atau rayu. Ini menganiaya rakyat,” tegasnya.
Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd, yang mana kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun, lapor akhbar The Edge.

Isu penutupan pasar malam Kampung Kerinchi -Nong Chik bertanggungjawab


Isu Penutupan Pasar Malam Kampung Kerinchi yang setelah hampir 30 tahun bertapak dan memberikan khidmat kepada masyarakat sekitar akan tinggal lipatan sejarah selepas ini. Peniaga-peniaga di kawasan tersebut telah diarah untuk menutup perniagaan mereka tujuh bulan lalu.

Pada 2 April 2012, permohonan saya untuk penundaan penguatkuasaan penutupan pasar tersebut diluluskan oleh Pengarah Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja. Perniagaan para peniaga diteruskan di kiri dan kanan bahu jalan, Lorong Kerinchi Kiri 1.

Perniagaan berjalan seperti biasa sehinggalah pada 7 September 2012, bila para peniaga memaklumkan saya tentang kehadiran pihak Penguatkuasa DBKL untuk kerja penutupan. Perbincangan diadakan pada hari yang sama, dan diputuskan penyelesaian menerusi satu tapak alternatif berdekatan buat peniaga yang sudah berniaga berdekad lamanya di Kampung Kerinchi.

Malang, kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin pada 9 September 2012, hanya menyebut tentang peluang yang diberi kepada peniaga yang masih ingkar terhadap arahan tutup tujuh bulan lalu. Sekali lagi, pada 10 September 2012, saya hadir mengadakan sidang media berkenaan isu yang sama yang turut dihadiri Pengerusi JMB Flat PKNS 14 Tingkat, En Zamri dan Peniaga-peniaga yang menyatakan pihak DBKL perlu memberikan masa dan waktu penangguhan bagi menutup pasar malam berkenaan.

Sedang perbincangan berlangsung untuk mendapatkan penyelesaian terbaik, para peniaga dikejutkan dengan berpuluh pegawai penguatkuasa DBKL pada 5 Oktober 2012. Rundingan dengan pihak DBKL menghasilkan pembatalan sebarang kompaun dan saman keatas peniaga yang terus beroperasi. Hari ini, nasib para peniaga masih lagi tidak terjawab. Walau Projek Pembangunan Semula Flat 4
Tingkat PKNS sedang berjalan dan jika tapak pasar malam berkenaan menjadi penghalangnya, pihak berwajib bersama DBKL perlu melunaskan perkara-perkara berikut:

i. Laporan impak persekitaran dan tahap keselamatan di kawasan terbabit untuk diteliti dan dinilai oleh peniaga dan penduduk di kawasan tersebut, sekiranya benar menghalang pembangunan semula yang sedang berlaku. Ketelusan sebegini akan membantu peniaga-peniaga juga mendapatkan tapak alternatif yang selamat, tidak menghalang laluan dan memanfaatkan semua pihak. Hal ini juga penting memandangkan ada dua laluan masuk ke tapak projek selain laluan yang digunakan peniaga-peniaga pasar malam Kampung Kerinchi.

ii. Pengesahan dan kelulusan tapak alternatif bagi semua peniaga yang sedia ada. Para peniaga sudahpun memberi cadang balas untuk tapak alternatif bagi mereka meneruskan perniagaan. Sehingga tapak tersebut memuatkan para peniaga, maka saya meminta agar mereka diberi laluan untuk meneruskan aktiviti perniagaan di Kampung Kerinchi tanpa dihalau, ataupun disaman. Permohonan dibuat memandangkan kenyataan Menteri Wilayah sendiri untuk tapak alternatif buat peniaga. Lunaskan janji tersebut, jangan menghalau dan menuduh sembarangan.



Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

8 Oktober 2012

Skandal PKFZ berjaya bawa Tun M ke mahkamah

Pepatah Inggeris ada mengatakan, "Birds of a feather flock together,' yang membawa maksud, burung-burung yang memiliki bulu yang serupa, akan berhimpun bersama-sama. Inilah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan umno/BN selama ini. 

Yang paling ketara, bermula semasa era Mahathir hinggalah ke era Najib sekarang. Burung yang berhimpun bersama-sama ini akan melakukan perkara-perkara yang serupa. Apa yang kamu makan, itu yang aku makan. Cuma yang membezakannya, kuantiti makanan. Ada yang makan besar, makan sederhana, makan kecil. 

Bacaan seterusnya di sini:   Jika Ling sangkut, Dr M pun sangkut...