Twitter : PKR Jawab Utusan Malaysia




LAPORAN MUKA DEPAN UTUSAN MALAYSIA 26 MAC 2011 ADALAH FITNAH

KEADILAN mengecam laporan muka depan Utusan Malaysia bertarikh 26 Mac 2011 bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” yang jelas satu fitnah dan tidak berpandukan etika kewartawanan yang baik.

Laporan itu berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda UMNO yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan twit ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.

Saya sertakan di sini bukti-bukti dari petikan skrin akaun Facebook Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya seperti berikut:

1. 21 Februari 2011, 1040 malam: “Inshaallah”

2. 21 Februari 2011, 1049 malam: “That’s ds Najib’s plan. Our task: pursue reform agenda”

3. 21 Februari 2011, 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”

4. 21 Februari 2011, 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”

5. 21 Februari 2011, 1058 malam: “Bisa”

6. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Waras”

7. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Ada ruang bias ja”

8. 21 Februari 2011, 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM”

9. 21 Februari 2011, 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat Selective Tweets. Oleh yang demikian, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghantar 9 pesanan ke akaun Twitternya diantara jam 1038 malam hingga 1106 malam seperti petikan skrin yang dilampirkan disini.

Pada masa ini jugalah iaitu diantara 1020 malam hingga 1041 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik. Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menontot rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter.

Pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.

Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya juga ingin mengemukakan bukti yang mematahkan fitnah yang disiarkan oleh blog-blog yang dibiayai UMNO termasuk yang dipetik oleh Utusan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter. Ini adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Dato’ Seri Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook 2 minit kemudian.

Maka, pesanan yang dibuat pada jam 12.22 tengahari 26 Mac 2011 [File timestamptwitter.gif] di laman Twitter (mengenai rakaman penuh pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati) dicatat waktunya sebagai 12.24 tengahari 26 Mac 2011 di laman Facebook [File timestampfb.gif].

Penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu UMNO.

Dengan pendedahan ini, KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog UMNO tersebut.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

26 MAC 2011

MRT: Kerajaan masih tak belajar dari kesilapan lama?

Saya menulis makalah ini setelah sedikit kecewa dan gagal menjadi penyemak-imbang yang berkesan di Dewan Rakyat, khususnya tentang MRT setelah mendengar jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz. Berdepan dengan realiti kedegilan bercampur keangkuhan pihak kerajaan, saya serah kepada rakyat; tuan dan boss yang sebenar, untuk menilai serta membuat keputusan yang muktamad.

Dalam majalah The Edge, sedikit waktu dahulu (Ogos 16, 2010), wartawan M Shanmugan dalam kolumnya Big Money berkebetulan membuat "Cover Story" tentang projek Bakun, menonjolkan perihal kepincangan dan kebejatan pengendalian projek mega tersebut. Penulisan beliau seperti biasa menarik, cukup bermaklumat serta analisisnya mendalam.

Berdepan dengan satu lagi projek mega yakni Mass Rapid Transit (MRT), amat wajar bagi semua, khususnya pihak pimpinan tertinggi BN supaya meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna beliau. Itu pun kalau kerajaan PM Najib benar-benar menghayati slogannya bahawa "Era kerajaan tahu semua telah berlalu".

Kalau tidak, maka sah seperti dikatakan sifu pengurusan "kemuncak kebebalan adalah mengulangi kerja yang sama dan pada setiap kali ulangan mengharapkan natijah yang berbeza". Kerajaan Najib, kalau tidak mengambil tindakan tegas ke arah penambahbaikan, semakin jelas sedang mengulangi ketempangan pengurusan lama, kalau tidak lebih buruk lagi.

Fasa Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SG-K) yang mempunyai landasan sepanjang 51 km dengan membabitkan 9.5 km landasan bawah tanah, jelasnya adalah projek infrastruktur paling mega yang pernah dijalankan kerajaan BN. Sejak sebulan perancangan projek ini dipamerkan untuk mendapat maklum balas rakyat dan pengguna, maka banyak juga yang akhirnya terdedah setelah hampir setahun cadangan MRT ini pertama kalinya dibentangkan kepada kabinet oleh Gamuda-MMC.

Dengan Putrajaya berharga RM20 billion sementara KLIA pada RM10bilion, maka MRT SB-K yang pada asal adalah RM26.5 bilion dan kini dianggarkan oleh banyak pihak akan menelan RM50 bilion, adalah projek infrastruktur paling mahal dan mega. Penulis ketika mengasak Menteri JPM yang menggulung perbahasan Titah, ingin memberitahu umum bahawa semua hal tentang harga adalah tentatif dan "guesstimate", tidak muktamad seperti yang diberitahu Menteri. Itu hakikat yang semua perlu tahu.

Untuk ingatan semua, pertama-tama diumumkan projek MRT ini semasa PM Najib sebutkan dalam pelancaran RMK-10, kemudian dalam NKRA seterusnya dalam NKEA dan akhirnya menjadi antara mercu-tanda projek EPP atau Entry-Point-Project dalam Economic Transformational Program atau ETP (Program Peralehan Ekonomi). Tegasnya, projek sama yang telah diulang sebut dalam kesemua perancangan Najib.

Mengikut laporan awalnya, ia adalah pelaburan pihak swasta, mungkin sebagai "Domestic Direct Investment atau DDI". Itulah kali terkahir ia disebutkan sebagai projek pelaburan swasta sesuai dengan hasrat kerajaan Najib untuk membuktikan bahawa target penambahan pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion atau peningkatan 12.5% dalam 5 tahun RMK-10 yang bakal beliau capai KPInya.

Kini umum tahu dan mana-mana kerajaan di bumi ini juga tahu, bahawa projek infrastruktur khususnya pengangkutan awam darat keretapi, sukar untuk dimajukan pihak swasta. Sebabnya mudah. Projek seumpama MRT ini mempunyai pulangan komersial yang rendah tetapi pulangan ekonomi yang tinggi justeru kesan berganda dan limpahan ekonominya. Secara lebih khusus kadar pulangan dalaman ekonominya atau economic Internal Rate of Return (IRR) adalah 25%, sementara kadar pulangan dalaman komersialnya atau commercial IRR hanya 4%.

Ini menyebabkan kaedah memajukan projek ini secara penswastaan adalah tidak menarik kecuali, seperti biasa kerajaan terpaksa membuat pelbagai insentif. Kalau mahu juga dilakukan secara penswastaan, kerajaan akan terpaksa mengulangi kesilapan lama dengan menjanjikan tarif yang tinggi, subsidi dan juga "pampasan" andainya tidak memenuhi sasaran target pungutan pendapatan seperti penswastaan lebuhraya, sektor tenaga (IPP) dan penswastaan sektor air.

Sebab itu antara perkara awal yang mesti dijelaskan oleh kerajaan ialah bahawa projek ini adalah pembiayaan kerajaan dan bukan swasta. Adalah amat menasabah mengapa tidak satu pihak swasta pun yang mahu untuk memiliki dan menjadi operator MRT ini. Prasarana Berhad, sebagai syarikat milik Kementerian Kewangan juga akan dipertanggungjawab untuk menjalankan operasinya dan memilkki sekaligus.

Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya, bagaimanakah kerajaan mahu membiayai projek mega MRT ini? Kerajaan tidak perlu berselindung lagi meskipun tidak mahu menjawab secara telus dan terus dalam parlimen. Jawapannya mudah. Hutang. Berhutang samada dari pinjaman pasaran bon dan kewangan tempatan mahupu antarabangsa.

Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengumumkan tentang menerbitkan "sovereign bond" untuk menampong defisit belanjawan 2011 dan untuk membayar hutang bon kerajaan Pusat yang sudah matang (maturing debt papers). Antara RM 86 sehingga RM88 bilion akan diterbitkan oleh kerajaan Malaysia dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan Sekuriti Kerajaan malaysia (MGS). Mek menasabah untuk menjangkakan bahawa sebahagian dari pinjaman ini adalah untukmenampong keperluan membangunkan infrastruktur pengangkutan.

Dengan perbelanjaan sebesar ini, sekaligus meningkatkan lagi pinjaman kerajaan Pusat yang kini berada pada paars RM362 bilion atau 52.3% KDNK, maka adalah layak rakyat mahukan supaya projek MRT ini menjadi satu yang benar-benar membawa menafaat besar seperti yang diunjurkan dalam pulangan 25% IRR di atas. Pihak swasta hanya berminat untuk bina kerana labanya besar dalam fasa pembinaan seperti biasa. Hampir semua projek mega-mewah kerajaan mengalami nasib yang sama.

Amat wajar kerajaan Najib dingatkan sekeras-kerasnya bahwa pada kali terakhir perbelanjaan mega dan besar dibuat bagi membina sistem pengangkutan awam dalam gelombang penswastaan pertama dahulu, yang didapati rakyat setelah RM10 bilion dibelanjakan, ialah apa yang ada hari ini.

Dengan sistem "Light Rail Transit" dulunya milik swasta - Putra dan STAR, KL Monorail dan sistem bas Rapid-KLnya, kesemua gagal menghasilkan satu sistem pengangkutan yang bertaraf dunia! Cuba bandingkan dengan negara jiran seperti Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan. Malu kita.

Apa yang telah berlaku? Mudah sahaja hukuman dibuat setelah semua gagal dan perlu diselamatkan oleh kerajaan kembali dengan satu "bailout" yang menelan perbelanjaan hampir RM9 bilion. STAR LRT sebanyak RM3.3 bilion, Putra LRT sebanyak RM4.5 bilion, KL Monorial sebanyak RM882 juta bas Rapid-KL sebanyak RM200 juta.

Jumlahkan untuk mengetahui berapa banyak yang kini ditanggung oleh Prasarana Nasional Berhad. Bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh Prasarana akan hutang-hutang syarikat-syarikat ini sahaja mungkin mencecah RM300 juta setahun!

Kesimpulan dari kritik M Shanmugam dalam makalah The Edge itu boleh diringkaskan sedemikian yakni kepincangan dalam perancangan yang teliti termasuk aspek impak alam sekitar (EIA), jauh sekali untuk menyiapkan satu "blueprint" bagi memahami kesan berganda ekonomi setelah pelaburan besar dibuat dalam projek mega seumpama Bakun bakal akan berulang. Pelbagai pihak, bukan sahaja pembangkang, bahkan dari BN sendiri dan NGO, merakamkan hal yang sama.

Ternyata pengurusan MRT SG-K telah menampakkan riak dan isyarat akan ditimpa nasib dan kesudahan yang sama. Kegagalan dan ketiadaan ketelitian merancang semakin terserlah apatah lagi setelah dibuat pameran tentang cadangan MRT-EIA di kesemua pejabat DOE, librari awam dan tujuh pejabat bandaraya di DBKL, PJ, Selayang, Shah Alam, Kajang, Bangsar dan termasuk pejabat SPAD di Menara Dayabumi.

Kaedah terbaru "Rakan Penyampai Projek" yakni "Projek Delivery Partner" atau PDP diperkenalkan dalam menangani projek mega MRT ini. Namun PDP juga bertindak sebagai PMC atau "Project Management Consultant" dan juga selaku "Turnkey Contractor"nya. Apabila penulis bertanya Menteri JPM semasa penggulungan, beliau segera menjawab bahawa Gamuda-MMC hanya akan diberikan projek pembinaan terowong kerana kepakaran mereka.

Persoalan paling besar yang perlu dijawab kerajaan ialah mengapa cadangan Gamuda-MMC ini dipersetujui terlalu pantas dan tergesa-gesa. Benar, Gamuda-MMC mungkin punya pengalaman dalam hal-hal tertentu seperti kerja-kerja terowong. Mungkin juga mereka punya kekuatan kewangan yang mantap dan kukuh yang tidak dipertikaikan.

Tetapi untuk menganugerahkan projek mega ini perlu penelitian bahkan pembida-pembida lain juga bersedia membida dan harga yang lebih kompetitif. Mungkinkah perlu digunakan kaedah "Swiss Challenge" - satu mekanisme dalam membida projek infrastruktur mega, contohnya dalam projek Landasan Berkembar, sedikit waktu dahulu?

Lagi pun terlalu banyak isu yang masih belum selesai termasuk pertikaian tentang kos, kapasiti serta alignment dan design jalan dan tren MRT itu sendiri termasuk kesan impak alam sekitar dsbnya. Inilah ulangan kesilapan yang diingatkan M Shanmugam, tetapi kesemua bakal berulang tampaknya.

Ketika penulis selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor membangkitkan tentang "cost overrun" atau "kos lebihan" satu penyakit lama yang mencirikan semua projek mega kerajaan BN terutamanya Bakun, Menteri segara menjawab bahawa ia akan ditanggung oleh Gamuda-MMC selaku PDP. Mudah dan yakin sangat bunyinya.

Sayugia dingatkan bahawa mengikut kajian Professor Flyvberg dari Oxford University, bahawa "cost overrun" dalam pengalaman membina MRT di seluruh dunia ialah 30-40% dari kos asal. Mampukah ditanggung oleh PDP?

Ini satu jumlah yang besar dan adakah Gamuda-MMC sanggup ataukah terpaksa sanggup kerana hendakkan projek tersebut, tetapi lepas "kos berlebihan" membelon maka ia akan kembali diselamatkan atau "bailout" oleh wang rakyat mengulangi tabi’at lama hampir semua projek mega kerajaan BN.

Seperkara lagi yang penulis bangkitkan ialah tentang projek penambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang yang telah pun diwawarkan sedikit waktu dahulu, yang kini telah dipintas oleh MRT.

Pendeknya projek ini yang bakal menelan belanja RM7 bilion tiba-tiba menjadi sepi dan tak menentu selepas pusingan pertama - "prequalification round" dibuat bagi mengenalpasti syarikat-syarikat yang membida secara terbuka.

Projek penyambungan LRT Kelana Jaya akan menelan belanja RM3.6 bilion untuk kedua-dua fasa 1 dan 2 sepanjang 9.2 km dan LRT Ampang menelan belanja RM3.4 bilion dan menyambung sepanjang 7.4 km.

Persoalan yang penulis bangkit ialah mengapa tiba-tiba senyap dan tiba-tiba dipintas oleh MRT Sungai Buloh-Kajang? Ini yang peliknya semacam ada pihak yang menjadi "boss" yang menentukan arah kerja atau keutamaan SPAD.

Bukankah SPAD diberi tanggungjawab menyusun dan merangka satu sistem pengangkutan awam darat yang integrated dan punya "connectivity" dalam semua sistem darat itu?

Amat malang sekali belum pun SPAD merumuskan satu "blueprint" untuk pengangkutan awam seluruhnya, Gamuda-MMC telah siap dengan cadangan MRT SB-K. Lebih mengejutkan apabila dikatakan bahawa projek akan bermula pembinaan pada 16 Julai tahun ini.

Sebuah badan bukan kerajaan, NGO yang memfokas bidang kerjanya terhadap pengangkutan awam serta memuatkan seluruh penyelidikan, forum dan perbincangan tentang pengangkutan awam dalam sesawang mereka di www.transitmy.org.

Cukup baik, bermaklumat dan profesional. Pelbagai cadangan mereka senantiasa meletakkan rakyat pada perhitungan utama yakni dengan izin, "rakyat-centric" sementara tidak mengabaikan matlamat untuk membina sebuah sistem pengangkutan awam yang "integrated" dan punya "interconnectivity" seluruh jenis pengangkutan awam termasuk bas secara berkesan dan efisien.

Bolehkah kerajaan BN belajar dari kesilapan? Katanya "Era kerajaan tahu semua telah berlalu". Bukan begitu ke?

*Tulisan ini dipetik dari blog Dzulkefly Ahmad (gambar kiri), ahli parlimen Kuala Selangor-PAS.

Was it a big fat lie, Mr PM?

Was it a big fat lie, Mr PM?

Was Anwar’s bid to takeover Putrajaya on 16 September 2008 a “big fat lie” as
Najib has claimed? P Ramakrishnan reminds us about a certain trip to Taiwan.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was reported by The Sunday Star (20
March 2011) as having said that PKR had gone to the extent of telling the
‘biggest political lie of the century’ when it announced it would take over the
government on 16 September 2008.
“We have to keep repeating this because human memory is short and they forget,
but we must remind the people that it was the biggest political lie of the
century,’ he said.
He said PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had made the Barisan Nasional
worried when he claimed that more than 30 of the coalition’s elected
representatives would cross over, “But in the end, it was all a big fat lie’ he
added.
I must thank the PM for jogging my memory. The only truth in his statement was
that “Datuk Anwar Ibrahim had made the Barisan Nasional worried when he claimed
that more than 30 of the coalition’s elected representatives would cross over”.
That was a fact. The rest of Najib’s claims about what transpired cannot be said

to be the “biggest political lie of the century”. They are Najib’s claims of
what happened and they are his lies.
Again, Najib is correct in stating, “We have to keep repeating this because
human memory is short and they forget…”
Indeed we have to repeat the past incidents and recall what actually happened so
that people can remember the truth.
If the cross over on 16 September 2008 was deemed to be a lie, why did the BN
take this lie so seriously by sending some 50 MPs to Taiwan? They were sent, we
were then told, on an agricultural tour of Taiwan. But the truth was that the BN
was running scared of the possibility of its own MPs switching sides. It did not
trust its MPs absolutely.

That was the only reason why the BN wanted to keep these 50-over MPs away from
Malaysia. It desperately wanted them to be away from Anwar who was trying to
entice some 30 over BN MPs to defect to his side in his campaign to unseat the
BN government.
The BN knew that there was this real possibility that its MPs could have
provided Anwar the majority that was required to topple the BN government.
There was no other convincing reason why these MPs had to be kept away from
Malaysia on 16 September. They could have been sent to Taiwan or to Timbaktu on
any other date for whatever course but the BN wasn’t prepared to take any
chances by keeping them in Malaysia on 16 September!
So on 8 September – 8 days before 16 September – these MPs were packed off to
Taiwan on a “blur blur” tour. One BN MP mentioned that this trip was planned
months ago while another contradicted him by claiming it was all so sudden!
Lim Kit Siang alluded to this as “a national shame that BN MPs should be treated


like delinquent children who have to be packed off overseas and secluded from
mischief – treating BN MPs as no better than chattel. Poor BN MPs!”
John Roberts in an article entitled, “Political power struggle in Malaysia
continues unabated” had this to say:
In the lead up to September 16, the government took the extraordinary step of
sending nearly 50 BN parliamentarians on a paid trip to Taiwan to study farming
techniques. Few believe that farming issues were the reason behind the trip.
Among those sent were parliamentarians regarded as most susceptible to being
courted by the opposition. PKR secretary general Salehuddin Hashim described the


expedition as “kidnapping,” saying it was “a very clear sign of the anxieties
and insecurities inside Barisan”.
If the BN had not taken this extraordinary precaution by sending its own MPs
away to Taiwan, and on 16 September if Anwar’s bid for power had failed, only
then Najib could boast that “it was all a big fat lie”.
Since the BN did not dare take that chance to test the integrity of its own MPs,


Najib’s story is nothing but a “big fat lie”.
P Ramakrishnan is president of Aliran

With very warm regards,
RAMA

2 DITAHAN DICERAMAH ANWAR



Ceramah Anwar tukar ‘hodoh’, polis didakwa ganggu diserang

March 26, 2011

GOMBAK, 26 Mac — Majlis pelancaran “Datuk Najib Altantuya (DNA)” anjuran PKR di sini malam tadi berubah menjadi ‘hodoh’ apabila anggota polis cuba menghentikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah malam tadi, telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap.

Kira-kira 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan untuk mengawal tempat majlis itu diadakan. Kebanyakan hadiirin, penyokong PR mula membaling kerusi dan botol air ke atas polis ketika cuba untuk menghalang Anwar daripada meneruskan ucapannya.

Anwar (gambar) sendiri telah berusaha untuk menenangkan hadirin tetapi suaranya tenggelam dalam kekecohan pada majlis dihadiri sekitar 800 orang.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengesahkan pihak polis menahan beberapa ahlinya. “Ada tahanan, anggota Angkatan Muda PKR ditahan di balai polis Taman Melawati,” kata Shamsul Iskandar kepada pemberita.

“Cara mereka (polis) bertindak, cuba untuk menahan beliau (Anwar) malam ini adalah sesuatu tidak wajar,” kata beliau.

“Kesabaran rakyat ada batasan,” kata beliau. Anwar tidak ditahan dan kemudian meninggalkan majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membuat serangan berhubung skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” dengan mendakwa pentadbiran Najib berkonspirasi untuk mengakhiri kerjaya politiknya.

Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui melakukan pendedahan tersebut Isnin lalu.

Ketiga-tiga memberikan keterangan kepada polis semalam dan kelmarin. “Abdul Rahim adalah penjenayah, perogol dan beliau dijadikan pemimpin... mereka merakamkan bahan lucah dan mereka bebas,” kata Anwar.

“Saya ditahan dan dilayan macam anjing tetapi anda membiarkan mereka bebas selepas kenyataan dirakamkan,” kata Anwar lagi, dipercayai merujuk kepada penahanan beliau pada September 1998 dan Julai 2008.

Sehubungan itu katanya, sokongan rakyat diperlukan untuk menolak Umno dan menyampaikan mereka “satu pengajaran.” “Mereka ingat kita ini bodoh, ajar pemimpin-pemimpin Umno dan BN... beritahu mereka itu bodoh dan tolol,” kata Anwar lagi.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda Selangor Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, pihaknya meluahkan rasa kecawa dan mengecam tindakan pihak polis yang mengganggu majlis pelancaran DNA di Taman Melawati malam tadi.

“Tindakan ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan. Lebih malang adalah apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan di kawasan persendirian.

“Pihak polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi.

Kata beliau, tindakan seperti ini membuktikan bahawa Umno-BN diketuai Datuk Seri Najib Razak takut kepada kebangkitan rakyat dan kebenaran akan terpancar menutupi fitnah yang cuba ditaburi dalam kes Saiful Bukhari dan video seks “Datuk T”.

“Di akhir kenyataan ini, AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno-BN. polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN,” katanya lagi.

Kerajaan Selangor Tidak Abai Penduduk Rumah Panjang PJS 1, Petaling Jaya




SHAH ALAM 25 MAC : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad menegaskan kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan nasib penduduk rumah panjang PJS1, Petaling Jaya yang terpaksa berpindah dari penempatan mereka ekoran projek pembinaan sekolah kebangsaan di kawasan tersebut.

Iskandar berkata, sebaliknya kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat telah menyumbang RM14,285 kepada setiap 29 keluarga peneroka bandar sebagai bantuan sewa dan kos perpindahan pada 12 Mei 2010.

Tegas Iskandar, hasutan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang dilaporkan media cetak Umno-Barisan Nasional ini hanya memikirkan bertujuan menjaga kepentingan politik mereka dan bukannya untuk kepentingan penduduk rumah panjang atau kepentingan seluruh penduduk PJS1.

Menurut Iskandar, bantuan sewa dan perpindahan ini juga akan ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pemaju.

"Kerajaan Negeri mahu penduduk rumah panjang itu berpindah keluar agar mereka dapat tinggal di dalam keadaan yang lebih sempurna," katanya.

Sebelum ini, 29 keluarga peneroka bandar ini terpaksa menetap di rumah panjang sebagai penempatan transit sehingga rumah kos rendah mereka siap untuk didiami.

Bagaimanapun menurut Iskandar, pembinaan rumah kos rendah yang mula dibina dalam tahun 2004 mendapat bantahan dari penduduk tempatan sehingga mengakibatkan tindakan mahkamah diambil untuk memberhentikan projek tersebut.

Namun pada tahun 2009, atas usaha berterusan kerajaan negeri berjaya mendapatkan persetujuan pemaju untuk membina rumah kos rendah di tapak alternatif yang bertentangan dengan rumah panjang tersebut yang gagal dilaksanakan kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini.

Jelas Iskandar, tapak tersebut diperlukan untuk membina sebuah sekolah kebangsaan.

Menurut Iskandar, bagaimanapun tawaran Kerajaan Negeri ini ditolak oleh penduduk pada 2 Mei 2010.

Akibat dari keengganan penduduk untuk berpindah maka Kerajaan Persekutuan pada 11 Ogos 2010 telah menangguhkan pembinaan sekolah kebangsaan itu.

Iskandar berkata, untuk penyelesaian terbaik bagi penduduk rumah panjang PJS1 harus menerima bantuan kewangan yang ditawarkan serta berpindah keluar dari kawasan terbabit dan menunggu sehingga rumah kekal mereka siap dibina.

Tambah Iskandar, kehidupan penduduk rumah panjang dilihat terlalu dhaif untuk dibaikpulih dan dengan penyelesaian ini, penduduk akan dapat menikmati kediaman yang lebih sempurna dan sebuah sekolah akan dapat dibina untuk ribuan pelajar-pelajar di PJS1.

Saifuddin : Mahathir Dan Najib Perlu Bertanggungjawab





Ditulis oleh shuaib ayob
25/03/2011


PETALING JAYA 25 MAC : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menggesa Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turut
serta memikul tanggungjawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes fitnah video lucah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Saifuddin, kedua-dua tokoh tersebut memainkan peranan penting dalam menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada individu-individu yang sanggup menjadi alat kepada Umno untuk mengekalkan kekuasaan.

"Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk
terus berkuasa.

"Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno,
bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab," tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Saifuddin mengimbau kembali konspirasi 1998 yang dikepalai oleh Mahathir menunjukkan individu terlibat menjatuhkan Anwar, mendapat ganjaran besar.

Beliau memberi contoh kenaikan pangkat luar biasa Pegawai penyiasat kes fitnah pertama, Tan Sri Musa Hassan sehingga menjadi Ketua Polis Negara serta

Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Abdul Ghani Patail yang menjadi Peguam Negara selain beberapa hakim yang terlibat dalam menjayakan dan memporak-perandakan
sistem kehakiman Malaysia.

"Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan."

"Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka
juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

"Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan," kata beliau.

Saifuddin yakin Najib kini menggunakan taktik sama seperti Mahathir selepas tuduhan rekayasa Anwar meliwat Saiful Bukhari Azlan serta 'kemunculan semula' Ummi Hafilda.

Beliau memberi contoh betapa pengakuan terbuka seorang ahli perniagaan, Baginda Minda oleh yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.

"Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga
akan dilindungi.

"Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia," kata beliau.

Negara pada Isnin lalu dikejutkan dengan tayangan video lucah secara terbuka di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Dalang kepada siri tayangan video lucah itu walau bagaimanapun tidak dikenakan sebarang tindakan perundangan meskipun perbuatan mereka menyalahi Seksyen 292 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 kerana menayang bahan lucah kepada awam.

Mereka juga hanya disoal siasat selama 5 jam berbanding tempoh 10 jam yang diperuntukkan untuk soal siasat ke atas pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock
yang akhirnya membawa kematian kepada mendiang.

RAHIM THAMBI ..SILA LETAK JAWATAN PENGERUSI RISDA

Eskay Minta Saya Bekal Anggota UTK, Kata Bekas Pegawai Megat Junid

Eskay Minta Saya Bekal Anggota UTK, Kata Bekas Pegawai Megat Junid
Ditulis oleh Naem Raffi
25/03/2011 Share


KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Shazryl Eskay dilaporkan memohon khidmat empat anggota Unit Tindakan Khas beberapa hari sebelum beliau menayangkan sebuah video seks untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Pengawal Peribadi kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, Mohamad Mahti Abdul Rahim, berkata Eskay memintanya mendapatkan khidmat anggota UTK itu untuk sebuah projek yang dipersetujui oleh “orang nombor satu’ negara.

Mahti berkata beliau telah turut dibawa berjumpa dengan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim namun akhir mengambil keputusan tidak mahu terbabit dalam sebarang perancangan mereka.

Eskay, Shuaib dan mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik menggelar diri Datuk T yang bertanggungjawab menayangkan video lucah berkenaan.

"Pada malam itu, beliau membawa saya ke rumah (Shuaib)untuk bertemu, dan pada ketika itu, beliau memberitahu saya, dia lakukan semua ini kerana NO 1,” kata Mahti.

“Saya tidak mahu campur, saya tidak mahu mengetahui lebih lanjut (jadi)saya terus pulang," tambah beliau.

Mahti mendedahkan pada 8 Mac, Eskay, seorang ahli perniagaan dari Kedah, turut memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan hadir memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman RM20 juta.

“Beliau (Eskay) memberitahu saya, biar apa pun terjadi, dia akan jatuhkan Anwar,’ Mahti memberitahu pemberita di Kuala Lumpur petang tadi.

Eskay berkongsi kemarahannya itu dengan Mahti semasa mahkamah berhenti rehat ketika perbicaraan itu.

Mahti berkata beliau tidak mengetahui pembabitan Eskay dalam video lucah itu secara terperinci namun beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan dendam Eskay terhadap Anwar.

"Beliau (Eskay) sangat marah dengan Datuk Seri Anwar sebab Anwar tidak mahu menjadi saksi" kata Mahti.

"Bagi saya, Eskay ini adalah si Kitol yang memporak-perandakan negara. Saya tidak sanggup rakyat diperbodohkan oleh dia" katanya.

Si Kitol dikenali dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti berkata majikannya Allahyarham Megat Junid yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri telah memperkenalkan Eskay kepada tokoh-tokoh politik termasuk Anwar dan Mahathir Mohamad.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid dari tahun 1984 hingga 2000.

Shazryl sebelum ini memfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan.

Eskay menuntut bayaran itu kerana mendakwa mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Eskay Bak Si Kitol Dendam Anwar, Kata Bekas Pegawai Megat Junid


RAWANG 25 MAC : Bekas Pegawai Peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob tampil untuk mengesahkan Datuk Shazryl Eskay “berdendam” terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Mohamad Mahti Abdul Rahim berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman RM20 juta membabitkan ahli perniagaan itu.

“Beliau (Eskay) memberitahu saya, biar apa pun terjadi, dia akan jatuhkan Anwar,’ Mahti memberitahu pemberita di Kuala Lumpur.

Eskay menzahirkan kemarahannya itu kepada Mahti semasa mahkamah berhenti rehat ketika perbicaraan itu pada awal bulan ini.

Eskay adalah satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.

Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim.

Mahti berkata beliau tidak mengetahui pembabitan Eskay dalam video lucah itu secara terperinci namun beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan dendam Eskay terhadap Anwar.

"Beliau (Eskay) sangat marah dengan Datuk Seri Anwar sebab Anwar tidak mahu menjadi saksi" kata Mahti. "Bagi saya, Eskay ini adalah si Kitol yang memporak-perandakan negara. Saya tidak sanggup rakyat diperbodohkan oleh dia,"katanya.

Si Kitol dikenali dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti berkata majikannya Allahyarham Megat Junid telah memperkenalkan Eskay kepada tokoh-tokoh politik termasuk Anwar dan Mahathir Mohamad.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid dari tahun 1984 hingga 2000.

Shazryl sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan.

Eskay menuntut bayaran itu kerana mendakwa mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Berita lanjut menyusul......

Video seks: TERKINI : ORANG CAKAP SOAL MORAL DITAHAN :Dua lelaki ditahan, lokasi rakaman dikenal pasti

Video seks: Dua lelaki ditahan, lokasi rakaman dikenal pasti

TERKINI @ 04:29:50 PM 25-03-2011
March 25, 2011
Datuk Shazryl Eskay (kiri) and Tan Sri Rahim Tamby Chik telah mengaku peranan mereka dalam penyiaran video tersebut. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 25 Mac — Dua lelaki telah ditahan berkaitan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan pemimpin kanan Pakatan Rakyat melanggan pelacur asing.

Timbalan Komisioner Polis Datuk Ghazali Md Amin dari Bukit Aman berkata beberapa barang yang boleh dijadikan bukti juga dirampas daripada kedua-dua lelaki berkenaan.

“Salah seorang juga berkata di mana rakaman itu dibuat dan kami telah menghantar pasukan forensik bersama pegawai penyiasat ke lokasi,” kata beliau dipetik The Star Online hari ini.

Kedua-dua dibebaskan dengan diikat jamin.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita bahawa mereka sedang cuba untuk mengenal pasti karakter-karakter dalam video sama ada individu terbabit bertanggungjawab memasang kamera untuk tujuan rakaman.

Laporan awal menyebut ia dirakamkan di ibu negara pada 21 Februari lalu.

Semalam, Abdul Rahim yang merupakan bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno menyerahkan video aksi seks terbabit kepada polis.

Beliau menyerahkan video asal itu setelah disoal siasat selama lima jam di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini.

Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan jenama Omega, dikatakan milik lelaki berkenaan yang diambil dari bilik sebuah hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Turut disoal siasat ialah Shazryl.

Kelmarin, Rahim mendedahkan kepada media bahawa beliau bersama Shazryl dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang menggelarkan diri sebagai “Datuk T” bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

Dipertontonkan klip video seks: cheGuBard, selepas Johari dan Zaid

Dipertontonkan klip video seks:
cheGuBard, selepas Johari dan Zaid

|

Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai cheGuBard hari ini tampil untuk membuat pengakuan bahawa dirinya antara pemimpin PKR yang dipertontonkan klip video seks, selepas pendedahan Johari Abdul, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR merangkap ahli parlimen Sungai Petani, semalam.

Zaid Ibrahim (gambar kanan) yang menyandang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum keluar parti, turut mendedahkan dalam blog, bahawa beliau juga dipertontonkan klip video seks tersebut. Berbeza dengan Johari dan cheGuBard, Zaid Ibrahim memilih untuk berselindung - sejauh manakah beliau yakin bahawa lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim seperti yang didakwa, atau sebaliknya.

Ia bukan lagi rahsia apabila dalang di sebalik tabir "video seks" ini menampilkan diri semalam. Sama ada penglibatan Rahim Thamby Chik cukup untuk mengheret UMNO, atau membuktikan penglibatan Perdana Menteri Najib Razak dalam percaturan politik ini boleh dipertikaikan. Tapi apa yang jelas, penayangan "klip video seks" ini bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politik Anwar Ibrahim, PKR malah Pakatan Rakyat.

Mengapa Johari Abdul?

Namun mungkin sesuatu yang menarik seandainya dikaji individu yang terpilih sebagai ahli politik yang dipertontonkan video seks tersebut, mengandaikan pengakuan mereka adalah benar. Pemilihan Zaid Ibrahim tidak mengejutkan, memandangkan bekas calon Timbalan Presiden PKR ini masih berdendam terhadap Anwar Ibrahim. Tetapi peranan Ketua Parti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) ini mungkin tidak sebesar mana - paling banyak beliau meyakinkan umum bahawa orang yang tidak sehaluan dengan Barisan Nasional turut meragu-ragu, malah tidak menafikan bahawa lelaki dalam video itu Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, pemilihan Johari Abdul mungkin lebih berstrategi. Selain hubungan persaudaraan Johari Abdul dengan salah seorang Datuk T, Shuib Lazim, kedudukan Johari Abdul dalam parti adalah lebih "bernilai". Johari Abdul meninggalkan UMNO semasa zaman Reformasi pada akhir tahun 1990-an, kini terpilih sebagai Majlis Pimpinan Pusat PKR dengan undi kelima tertinggi. Beliau mungkin antara beberapa sahaja yang kekal bersama Anwar dalam PKR selepas lebih daripada satu dekad - menyaksikan seorang demi seorang meninggalkan PKR.

Seandainya ahli parlimen Sungai Petani ini keluar parti selepas dipertontonkan klip video tersebut, maka ia akan digambarkan sebagai satu lagi tamparan kepada Anwar Ibrahim. Strategi ini mungkin bukan sesuatu yang baru, tetapi ia bakal menggoyah keyakinan umum apabila babak sebegini berulangan.

cheGuBard: Keluar atau tidak?

Meskipun dikatakan sebagai perantara "Datuk T" dengan Wan Azizah Wan Ismail untuk membawakan video tersebut kepada Wan Azizah, namun pemilihan cheGuBard sebagai orang yang dipertontonkan turut memperlihatkan motif di sebaliknya.

Sebagaimana yang diketahui, ruang cheGuBard (gambar kanan) dalam parti semakin sempit, selepas ditewaskan Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam pertandingan jawatan Ketua Angkatan Muda KeADILan pada November 2010. Sungguhpun akur dengan kekalahannya, namun cheGuBard enggan mengiktiraf keputusan pemilihan tersebut. Lantaran daripada itu, beliau menolak jawatan Timbalan Setiausaha Agung yang ditawarkan kepada dirinya selepas itu.

Sepanjang pemilihan PKR lalu, cheGuBard dikaitkan dengan Zaid Ibrahim, calon Timbalan Presiden yang jelas bertentangan dengan Anwar, dan Zaid menarik diri sebelum tiba ke garisan penamat. Malah, sebelum itu, cheGuBard dipertikaikan kerana dilihat rapat dengan Mohd Ezam Mohd Nor, sebelum bekas Ketua AMK ini keluar dan menjadi musuh PKR.

cheGuBard antara pemimpin PKR yang aktif sebelum dan selepas pilihan raya umum dan pemilihan PKR. Beliau ditewaskan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO kini) di kawasan parlimen Rembau, dengan majoriti 5,746 undi, walaupun dikhabarkan menang satu ketika sebelum keputusan rasmi diumumkan, dalam PRU pada 8 Mac 2008. Beliau masih aktif di kawasan pengundian tersebut, malah sering menghadiri ceramah politik sebagai panel selepas tewas dalam pemilihan parti.

cheGuBard mungkin tidak senang dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dalam parti. Terbaru, beliau merungut dalam blog-nya, bahawa beliau diserang kerana komennya terhadap klip video seks dipetik The Star, berbunyi "Outspoken PKR leader Badrul Hisham Shaharin, who is known as che'GuBard, said if the politician was really involved in the scandal he should quietly step down."

Beliau mempertikaikan reaksi yang berbeza pemimpin dalam parti terhadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, yang membuat komen yang hampir sama dengan beliau. Kali ini, cheGuBard mempertahankan Ketua Umum PKR-nya, apabila tegas bahawa lelaki dalam video seks tersebut bukan Anwar. Persoalannya, sejauh manakah cheGuBard akan kekal dalam PKR?


Merdeka Review BM Fans Club

Kenyataan Media Datuk Johari Abdul

DRAMA VIDEO...,DatoT & Anwar Conspiracy

Video Seks : Polis Tahan Dua Lelaki

Video Seks : Polis Tahan Dua Lelaki
25/03/2011 Share

KUALA LUMPUR 25 MAC : Dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan seks video di mana seorang lelaki yang dikatakan mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur asing.

The Star Online yang memetik setiausaha polis, Bukit Aman, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bahan bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.

Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.

Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut.

Semalam, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Rabu lalu, Rahim dan Eskay mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah 'Datuk T' yang di sebalik tayangan video seks tersebut.

Mereka telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Rahim dijadual mengadakan sidang akhbar di bangunan Risda, Jalan Ampang pada jam 3 petang ini. Beliau adalah pengerusi agensi kerajaan itu.

Anwar : Jangan Terpesong Dari Misi Selamatkan Rakyat


KUALA LUMPUR 25 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Rakyat dan masyarakat supaya tidak terpesong dari perjuangan dan jatuh dalam perangkap keji Umno menggunakan fitnah video lucah untuk memecahbelahkan gagasan itu.

"Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga. Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ianya akan merugikan kita.

"Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ianya ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya," kata Anwar selepas majlis solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi.

Buku Jingga adalah program yang merangkumi pembaharuan ekonomi, politik dan sosial yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika diberi mandat menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada pilihanraya umum akan datang.

Sejak dua hari lalu, Umno melancarkan pusingan terbaru serangan peribadi terhadap Anwar, kali ini menggunakan bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik untuk mendalangi penerbitan sebuah video seks lucah.

Rahim dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mendakwa video itu kononnya merakamkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel pada 21 Febuari lalu.

Dalam usaha untuk mempengaruhi pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Rahim dan Eskay menunjukkan video itu kepada sekurang-kurangnya dua pemimpin parti – Datuk Johari Abdul dan Badrul Hisham Shaharin secara berasingan Isnin lalu.

Kedua-dua mereka menolak bahawa orang dalam rakaman itu adalah Anwar dan mengutarakan hujah-hujah sama bagi menyokong rumusan mereka.

Anwar berkata fitnah terbaru yang dilontarkan menjelang pilihanraya negeri Sarawak tidak harus mengalihkan tumpuan Pakatan untuk membebaskan rakyat di negeri itu daripada pemerintahan zalim Barisan Nasional sama ada di Sarawak mahupun di peringkat nasional.

Menurut Anwar, fitnah video seks yang cuba dikaitkan kepada beliau sejurus sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak menjatuhkan imej Umno.

Video 21 minit itu didalangi oleh Rahim, mantan Ketua Menteri Melaka yang terpalit dengan tuduhan rasuah dan merogol gadis bawah umum pada tahun 1994.

"Mereka (BN) sangat terdesak. Orang macam ini (Rahim Thamby Chik) kalau kategori saksi pun tidak lulus. Ternyata ini cukup jijik dan jahat. Kali ini kepimpinan Umno habis kerana Tamby Chik. Penayangan video lucah adalah jenayah selain mengugut saya dan Azizah untuk letak jawatan," tegas Anwar.

Anwar berkata satu cara berkesan untuk menangkis dakyah dan fitnah Umno ialah menerusi penggunaan Twitter, Facebook dan Blog secara meluas di kalangan generasi muda.

Penggunaan media alternatif itu akan membolehkan rakyat mendapatkan lebih banyak maklumat dan penerangan secara langsung dari kepimpinan Pakatan Rakyat memandangkan media arus perdana dikawal sepenuhnya oleh pemerintah.

Sebelum itu, Johari dan Badrul memberi ucapan ringkas menceritakan pengalaman menonton video lucah fitnah itu.

Badrul berkata, dalang video berkenaan adalah kroni kuat Umno-BN dan menggesa rakyat untuk memperkukuhkan ketahanan mental dan fizikal kerana Umno dijangka memperhebatkan penyebaran fitnah dan dakyah mereka.

"Mereka rasa mereka boleh kawal keadaan. Ini adalah cabaran penting dan besar. Ini bukan perjuangan Anwar seorang tetapi adalah perjuangan rakyat. Saya minta kita bersedia mental dan fizikal untuk dicabar lebih teruk. Prinsip kita harus jelas," ujarnya.

Eskay : Saya Lurus, Bukan Homoseks Macam Saiful




Ditulis oleh shuaib ayob
24/03/2011


Dalam keghairahan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay semalam mendedahkan bahawa pengadu kes liwat fitnah dua, Saiful Bukhari Azlan adalah pengamal hubungan seks sejenis.

Bagaimanapun ahli perniagaan itu menegaskan ‘beliau bukan seperti Saiful ” kerana telah mengerjakan umrah dan haji.

Saya telah menunaikan umrah dan haji. Saya rasa saya telah lama dipergunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bukan macam Saiful, saya lurus saya bukan homoseks.

Eskay tidak mendedahkan sumber maklumatnya atau pun sama ada beliau mengenali Saiful secara peribadi. Beliau membuat kenyataan mengejut itu pada sidang akhbar semalam.

Ketika memberi keterangan di mahkamah bulan lalu, pakar kimia Seah Lay Hong mengesahkan kehadiran beberapa sampel DNA dari individu berlainan dalam dubur Saiful.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul menjelaskan bahawa fitnah video lucah diketengahkan ketika ini bagi memastikan UMNO mempunyai modal yang cukup untuk mengaibkan Anwar dalam menghadapi pilihanraya umum.

Ini kerana perbicaraan fitnah liwat terhadap Anwar mungkin akan selesai dalam sedikit masa dan UMNO akan ketandusan fitnah untuk menyerang moral ketua pembangkang itu.

"Pilihan Raya Sarawak makin dekat. Kes Mahkamah semakin hampir habis. Perlu ada isu berlarutan. Beberapa keputusan sudah tidak berpihak kepada kerajaan. Dan buku jingga pun dia orang (Kerajaan) dah tak larat nak berdebat. Jadi kena buat isu baru….kena cipta perkara lain,” kata Johari .

Video Lucah : Empat Kamera, Tapi Muka Pelakon Tak Jelas

Ditulis oleh Radzi Razak

PETALING JAYA 24 MAC : Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul hari ini mendedahkan video lucah "Datuk T" sepanjang 21 minit tidak jelas menunjukkan wajah pelaku lelaki sungguhpun dirakam menerusi lensa empat kamera yang di pasang di bilik hotel berkenaan.

Sebaliknya apa yang jelas hanyalah tubuh badan lelaki dan wanita yang melakukan hubungan seks pada 21 Febuari lalu.

"Last sekali dah habis masa tu dia hadap kamera tapi dia tunduk dan bangkit. Masa tu nampak badan tapi tak nampak muka. Tapi minda kita dah tentukan nak cari Anwar contohnya kalau cerita dalam bilik ni ada hantu, tak nampak, tapi siling tiba-tiba jatuh kita kata sah memang ada hantu. Kerana minda kita nak pastikan," kata beliau dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat hari ini.

Semalam bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengakui beliau , ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim yng mengelar diri mereka sebagai Datuk T mengaku bertanggungjawab terhadap video berkenaan.

Johari adalah Ahli Parlimen PKR yang pertama menonton video itu pada Isnin lalu.

Beliau semalam menolak fitnah Rahim dan Eskay bahawa video itu kononnya jelas merakamkan Datuk Seri Anwar sebagai mengadakan hubungan seks.

Hari ini Johari menyatakan secara terperinchi kenapa dakwaan itu fitnah semata-mata.

Beliau berkata dakwaan bahawa video itu jelas menunjukan kehadiran Anwar adalah rekayasa manakala kenyataan Eskay bahawa rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Kuala Lumpur juga amat mencurigakan.

"Dia kata dia bimbang sangat-sangat kalau Pihak Berkuasa Thailand akan mengambil kesempatan untuk ugut Anwar. Bila saya tanya Hotel di mana dia kata di KL. Maknanya semua ini afterthought. lepas dengar PC saya semalam mereka reka cerita," terang Johari.

Menurut Johari lagi, sidang media 'Datuk T' semalam menimbulkan lebih banyak persoalan dari menjawab kemusykilan umum, contohnya kenapa Hotel Carcosa di pilih untuk menayangkan video itu kepada wartawan. .

"Kenapa buat di Carcosa Sri Negara dengan sekuriti ketat seolah-olah sedang tunjukkan sebuah formula senjata nuklear yang takut didedahkan kepada negara asing, sedangkan nak tengok video sahaja. maksudnya ada motif" sindir beliau.

Johari berkata beliau yakin Rahim Thamby Chik menerima restu pucuk pimpinan tertinggi Umno kerana orang yang hendak di fitnah adalah seorang tokoh politik. .

"Samada ada arahan di atas saya tak tahu tapi mengenali Tan Sri, saya yakin ada arahan dari seseorang. Sebab yang dia nak 'frame' Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan Pak Ali Nasi Lemak. Cakap pasal Anwar mesti ada implikasi politik di Malaysia dan rantau asia. Ia makan kos banyak. Jadi mesti sekurang-kurangnya dia dah berbincang dengan pemimpin tinggi UMNO yang lain.

Eskay Adalah Pembohong, Kata Wan Azizah






KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyifatkan sebagai pembohongan, dakwaan Datuk Shazryl Eskay bahawa Presiden PKR itu kononnya meminta beliau untuk salinan video seks fitnah membabitkan suaminya.

"Saya tidak pernah meminta dan tidak berniat untuk melihat video itu. Ianya haram," tegas Wan Azizah kepada pemberita di Kuala Lumpur. .

“Saya tahu video itu adalah satu pembohongan, jadi kenapa harus saya tengok benda fitnah,” tambah beliau.

Wan Azizah menyifatkan tindakan Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim menyebarkan video fitnah semata-,mata tujuan politik sebagai tidak bermoral.

Beliau menyeru mereka supaya menghentikan perbuatan itu dan bertaubat.

Semalam Eskay mendakwa kononnya beliau diminta oleh Wan Azizah untuk memberikan video itu bagi mengesahkan sama ada benar suaminya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel.

Namun, menurut Eskay, beliau tidak mahu menyerahkan video itu atau pun memberi satu salinan kepada Wan Azizah kerana bimbang ia akan “disalahguna.”

Alasan itu bagaimanapun dangkal kerana jika pun salinan itu disalahguna, Eskay mempunyai rakaman asal untuk membuktikan segala dakwaannya itu.

Konspirasi Ke- 2 : Pihak Pendakwaan Tawar Najib Dan Rosmah Sebagai Saksi

Ditulis oleh Hadri Yaziz
24/03/2011 Share






KUALA LUMPUR 24 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara 73 saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan dalam kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut mengisi senarai nama saksi pendakwaan adalah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hasan serta senator Muhamad Ezam Mohd. Nor, beberapa kenalan Anwar dan tunang Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim mahkamah tinggi kuala lumpur, Zabidin Mohd Diah sebelum ini menolak permohonan peguambela Karpal Singh untuk mempertimbangkan semula keputusan menerima tiga barang yang diperolehi dari lokap D9 Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur sebagai bahan bukti.

Sehubungan itu pihak pendakwaraya memanggil semula bekas ketua forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Supritenden Amidon Adnan dan ahli kimia, Nor Aidora Saedon untuk menandakan barangan tersebut sebagai bahan bukti pendakwaan.

Tiga barangan tersebut adalah sehelai tuala muka 'good Morning, berus gigi dan botol air mineral.

Semua barangan ini diperolehi daripada sel Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.

Chegu Bard Sahkan Video Lucah Rekayasa, RTC Pembohong


KUALA LUMPUR 24 MAC : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa fitnah video lucah yang direkayasa oleh tiga individu bergelar Datuk T.

Bercakap selepas menonton video itu, Badrul yang dikenali atas ketegasannya berhubung isu-isu prinsip, berkata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik juga berbohong mengenai video itu pada sidang akhbarnya semalam.

Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard dipelawa menonton video itu apabila dibawa berjumpa dengan Tan Sri Rahim dan Datuk Shazryl Eskay di sebuah hotel lima bintang pada Isnin lalu.

Beliau menonton video itu dua kali bersama Rahim dan Eskay serta seorang lagi yang tidak dikenali.

“Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar,” kata Badrul.

Badrul menegaskan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak harus tampil memberi penjelasan kerana nyata “ini permainan politik kotor kea rah menyelamatkan Umno menjelang pilihanraya yang semakin hampir.”

Badrul dilihat antara pemimpin muda yang berwibawa walaupun tidak sehaluan dalam beberapa isu dengan kepimpinan PKR.

Pada sidang akhbarnya petang tadi, Badrul turut mendedahkan bahawa Rahim memberikan kenyataan berbeza-beza dalam tempoh 24 jam lalu.

Pada sidang media semalam, Rahim menjual dirinya sebagai terlibat secara langsung dalam video itu. Namun , beliau memberitahu Badrul sehari sebelum itu beliau belum melihat rakaman berkenaan kerana baru pulang dari luar negara.

“Kami dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mac 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan (Eskay). Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menontonnya,” kata Badrul.

Beliau kemudian diminta untuk membawa salinan video berkenaan untuk ditunjukkan kepada isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail supaya Presiden PKR itu dan Anwar berundur dari politik.

“Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah,” kata Badrul,

“ Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah (Eskay) meminta untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah,” jelas beliau.

Badrul berkata dakwaan Rahim Thamby Chik kononnya Datuk T merujuk kepada beliau sendiri, Eskay dan Bendahari Perkara Shuaib Lazim mencurigakan.

Dalam pertemuan tersebut (di Hotel Shangri-La) Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim pun memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Badrul percaya selain ketiga-tiga individu yang menggelar diri Datuk T, video lucah yang direkayasa itu sebenarnya membabitkan lebih ramai orang dan “mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond.”

Beliau juga berkata nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput beliau dan rakannya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi. Badrul bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Beliau turut mendedahkan Eskay, Rahim, Datuk Aliasak dan Datuk Yusuf Nor pernah digambarkan bersama melawat sebuah kilang di selatan Thailand pada tahun lalu.

“Adakah mereka yang terlibat dalam kes ini juga mempunyai kepentingan dalam pembekalan baja ke Risda dari selatan Thailand,” tanya Badrul. Rahim adalah Pengerusi Risda yang dilantik oleh Datuk Seri Najib Razak pada Jun tahun lalu.

“Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang langsung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Anwar : Rahim Guna Umno Dan Video Fitnah Untuk Balas Dendam






Ditulis oleh shuaib ayob
24/03/2011 Share


KUALA LUMPUR 24 MAC - Pengakuan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa beliau seorang daripada pendalang video seks fitnah menzahirkan pembabitan Umno dalam konspirasi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, pengakuan Rahim turut mencerminkan dendam yang disimpan terhadap beliau susulan perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim terpaksa melepaskan jawatan itu selepas terpalit dengan tuduhan beliau merogol seorang gadis berusia 15 tahun – dakwaan yang disahkan oleh nenek gadis itu.

Pertuduhan terhadap Rahim itu bagaimanpun digugurkan kemudian oleh Peguam Negara atas alasan bukti tidak mencukupi sungguhpun ada kenyataan terbuka mangsa dan neneknya.

"Sekarang ini orang yang terlibat termasuk Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dulu dikaitkan dengan kes rogol di Melaka. Walaupun tidak didakwa, kertas pendakwaan telah ditandangani sendiri oleh Tan Sri Ghani Patail (ketua pendakwaraya ketika itu),” kata Anwar.

“ Walaupun tidak didakwa, kes rasuahnya melibatkan puluhan juta, tetapi sekarang dia menjadi seorang tokoh moral baru, tetapi dia melakukan kesilapan kerana dia mendedahkan satu video yang direkayasa sebegitu rupa dan kemudian cubaan untuk mengaibkan orang semata-mata untuk membalas dendam,” tegas Anwar.

Rahim menyalahkan Anwar di atas peletakan jawatan itu. Semalam beliau mendakwa mendedahkan video itu kerana mahu menegakkan kebenaran tetapi kemudian mengimbas balik perletakan jawatannya dengan sekali lagi menunding jari kepada Anwar.

Anwar berkata pembabitan Rahim yang diangkat menjadi Pengerusi Risda dua tahun lalu oleh Perdana Menteri Najib Razak hanya menzahirkan penglibatkan Umno dan Perdana Menteri Najib Razak sendiri.

"Ini bagi saya memperkuatkan hujah kita dari peringkat awal, Umno memberi tahu mereka tidak terlibat. Sekarang Umno secara langsung terlibat.

“Ahli Parlimen Sungei Petani Datuk Johari Abdul malah menyebut bahawa kesediaan Rahim Tamby Chik bawa dia untuk menemui Datuk Sri Najib. Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

"Saya tidak tahu bagaimana Menteri Dalam Negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” tambah beliau.

Semalam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang keatas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.

Anwar berkata hakikat adalah walaupun Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang mengaku mengeluarkan video berkenaan beberapa jam selepas identiti mereka dibongkar oleh PKR, masih bebas dari tindakan polis.

"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas),” kata Anwar.

Dalam pada itu, Anwar berkata tidak timbuil soal beliau di sebalik perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka.

"Itu dendam dia (Rahim). Saya pada masa itu Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak ada kuasa untuk mengugurkan dia sebagai Ketua Menteri, Itu kuasa Presiden Umno dan Perdana Menteri. Saya diarah untuk menyampaikan pandangan Dr Mahathir. Tentu Dr Mahathir kata dia lupa kerana dia menghidapi amnesia atau peringatan terpilih" kata Anwar.

Anwar berkata beliau tidak kesal dalam melaksanakan tanggungjawabnya dahulu walaupun terpaksa menghadapi fitnah dan dendam Rahim Thamby Chik sekarang.

“ Saya tidak merasa kesal atau salah kerana meminta beliau meletakkan jawatan walaupun saya tahu bidang kuasa saya tidak sehingga boleh minta mana-mana menteri atau ketua menteri untuk meletak jawatan. Ini semua orang tahu. Anda tanya Mahathir tentu dia tidak ingat,” tegas Anwar.

"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.

Fitnah Video Lucah � Najib jumpa Datuk T?

Fitnah Video Lucah � Najib jumpa Datuk T?
24/03/2011 Share

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berjumpa dengan ketiga-tiga individu yang mendalangi video seks fitnah sebelum mereka tampil mengakui bertanggungjawab atas rakaman itu semalam, kata Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Nik Nadzmi Nik Ahmad.

Pertemuan antara Najib, Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Shuaib Lazim dikatakan berlangsung di Bangunan Parlimen petang semalam.

Ia menguatkan hujah bahawa penyiaran video fitnah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan konspirasi politik tertinggi Umno, kata Nik Nadzmi.

“PKR dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam,” kata beliau.

“Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas,” tambah beliau.

Seperkara lagi yang menguatkan wujudnya konspirasi berkenaan adalah ketangkasan pertubuhan bukan kerajaan upahan Umno seperti Pekida mengadakan tunjuk perasaan menuntut penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat rakaman itu.

Tuntutan itu dibuat walaupun Rahim dan juak-juaknya belum pun menuntut penubuhan badan itu. Mereka hanya berbuat demikian selang beberapa jam setelah PKR membongkar identiti mereka sebagai dalang di sebalik rakaman lucah fitnah itu.

Nik Nadzmi menegaskan keengganan kerajaan bertindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit, hanya menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa sekali lagi ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, seperti mana yang berlaku pada tahun 1998.

“Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini,’ kata Nik Nadzmi.

Dalam pada itu pengakuan Datuk Eskay bahawa dia turut dirakam dalam video seks fitnah hanya menguatkan hujah bahawa ahli perniagaan itu sendiri terbabit dalam rakaman berkenaan dan bukannya “menjumpai” video itu di sebuah hotel, kata NIk Nazmi.

“Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato’ Eskay sendiri,” kata beliau .

“Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungei Petani) semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman,” kata Nik Nadzmi.

Datuk Johari yang menyaksikan video itu Isnin lalu memberitahu wartawan, beliau yakin 100 peratus orang yang dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina bukan Datuk Seri Anwar.

Selain faktor paras bentuk badan (termasuk perut) yang tidak menyerupai Anwar, Johari juga merujuk kepada “pelakon” video yang mirip muka Anwar memasuki bilik berkenaan ketika ketika peralatan rakaman video itu di pasang oleh seorang lelaki lain.

Semalam, Eskay mengakui beliau sendiri muncul dalam rakaman itu untuk menguatkan dakwaannya bahawa video itu tidak diolah dalam apa bentuk jua.

Namun pengakuan Datuk Eskay itu menimbulkan keraguan besar kepada jalan cerita asalnya iaitu beliau kononnya disuruh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut, tambah beliau .

“Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal,” kata Nik Nadzmi.

Anwar : Rahim Guna Umno Dan Video Fitnah Untuk Balas Dendam


KUALA LUMPUR 24 MAC - Pengakuan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa beliau seorang daripada pendalang video seks fitnah menzahirkan pembabitan Umno dalam konspirasi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, pengakuan Rahim turut mencerminkan dendam yang disimpan terhadap beliau susulan perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim terpaksa melepaskan jawatan itu selepas terpalit dengan tuduhan beliau merogol seorang gadis berusia 15 tahun – dakwaan yang disahkan oleh nenek gadis itu.

Pertuduhan terhadap Rahim itu bagaimanpun digugurkan kemudian oleh Peguam Negara atas alasan bukti tidak mencukupi sungguhpun ada kenyataan terbuka mangsa dan neneknya.

"Sekarang ini orang yang terlibat termasuk Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dulu dikaitkan dengan kes rogol di Melaka. Walaupun tidak didakwa, kertas pendakwaan telah ditandangani sendiri oleh Tan Sri Ghani Patail (ketua pendakwaraya ketika itu),” kata Anwar.

“ Walaupun tidak didakwa, kes rasuahnya melibatkan puluhan juta, tetapi sekarang dia menjadi seorang tokoh moral baru, tetapi dia melakukan kesilapan kerana dia mendedahkan satu video yang direkayasa sebegitu rupa dan kemudian cubaan untuk mengaibkan orang semata-mata untuk membalas dendam,” tegas Anwar.

Rahim menyalahkan Anwar di atas peletakan jawatan itu. Semalam beliau mendakwa mendedahkan video itu kerana mahu menegakkan kebenaran tetapi kemudian mengimbas balik perletakan jawatannya dengan sekali lagi menunding jari kepada Anwar.

Anwar berkata pembabitan Rahim yang diangkat menjadi Pengerusi Risda dua tahun lalu oleh Perdana Menteri Najib Razak hanya menzahirkan penglibatkan Umno dan Perdana Menteri Najib Razak sendiri.

"Ini bagi saya memperkuatkan hujah kita dari peringkat awal, Umno memberi tahu mereka tidak terlibat. Sekarang Umno secara langsung terlibat.

“Ahli Parlimen Sungei Petani Datuk Johari Abdul malah menyebut bahawa kesediaan Rahim Tamby Chik bawa dia untuk menemui Datuk Sri Najib. Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

"Saya tidak tahu bagaimana Menteri Dalam Negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” tambah beliau.

Semalam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang keatas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.

Anwar berkata hakikat adalah walaupun Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang mengaku mengeluarkan video berkenaan beberapa jam selepas identiti mereka dibongkar oleh PKR, masih bebas dari tindakan polis.

"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas),” kata Anwar.

Dalam pada itu, Anwar berkata tidak timbuil soal beliau di sebalik perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka.

"Itu dendam dia (Rahim). Saya pada masa itu Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak ada kuasa untuk mengugurkan dia sebagai Ketua Menteri, Itu kuasa Presiden Umno dan Perdana Menteri. Saya diarah untuk menyampaikan pandangan Dr Mahathir. Tentu Dr Mahathir kata dia lupa kerana dia menghidapi amnesia atau peringatan terpilih" kata Anwar.

Anwar berkata beliau tidak kesal dalam melaksanakan tanggungjawabnya dahulu walaupun terpaksa menghadapi fitnah dan dendam Rahim Thamby Chik sekarang.

“ Saya tidak merasa kesal atau salah kerana meminta beliau meletakkan jawatan walaupun saya tahu bidang kuasa saya tidak sehingga boleh minta mana-mana menteri atau ketua menteri untuk meletak jawatan. Ini semua orang tahu. Anda tanya Mahathir tentu dia tidak ingat,” tegas Anwar.

"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.

Bila Rahim Thamby Chik Tidak Dapat Sembunyikan Dendamnya Pada Anwar

Ditulis oleh Wira Arjuna
24/03/2011 Share



KOMENTAR : Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda, masih mendakwa beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Ketika menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di Hotel Carcosa, Datuk Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel itu dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur berkenaan.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Datuk Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca’, kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,’ kata beliau.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada Ahli Parlimen PKR Johari Abdul SEBELUM beliau menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Datuk Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Datuk Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan Barisan Nasional, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Datuk Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Tan Sri Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Eskay berkata beliau menghubungi Tan Sri Rahim kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik kerana beliau tidak mahu “membabitkan polis”.

Malah, jutawan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri “bukan orang KL” tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Datuk Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Di sebalik sifat “patriotiknya” itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar ketika itu “walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah” atas tuduhan merogol gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta “kecil” seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau, malah tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah ketika itu memutuskan “tidak cukup bukti” untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya “dari hujung rambut hingga ke hujung kaki” amat mencurigakan, sepertilah video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Datuk Eskay.

Seperkara lagi: pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada Perkasa serta Presiden KITA Zaid Ibrahim.

Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu SALINAN kepada Ketua Pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan di Star yang juga ahli Puteri Umno untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum di hantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Datuk Seri Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim Thamby Chik.