TOKOH DUNIA APA KEBENDA, MASA ANWAR ADA SEKALI PUN KO TAK PERNAH HADIR KOT NAK LAWAN NGAN ANWAR...SEMBANG DEPAN PENYOKONG SENDIRI







 Hebat betul sesetengah tokoh politik kita ni. Belum buat apa-apa pun penyokong dah angkat macam tokoh dunia. Kalau boleh, nak diarak satu Malaysia. Gelaran pula bukan main panjang. Baca nama penuh pun boleh habis satu nafas.

🤣
Yang kelakarnya, bila orang mula tanya tentang prestasi sebenar, terus berubah cerita. Jangan persoalkan tokoh kami! Beliau orang hebat! Beliau disegani! Beliau ada ilmu! Habis tu, siapa yang pertikai semua itu?
Dr RORA baru-baru ini membangkitkan persoalan menarik. Beliau menyentuh tentang orang yang diangkat dengan pelbagai gelaran dan dianggap macam tokoh dunia, tetapi apabila dilihat rekod kehadiran di Parlimen, timbul pula persoalan tentang kelayakannya sebagai wakil rakyat.
Haa, bahagian ini yang pedas. Sebab gelaran dan sanjungan penyokong tak boleh menggantikan rekod kerja. Orang boleh panggil kita macam-macam, tapi kerusi Parlimen tetap kena duduk juga kalau dah terima mandat rakyat.
Aku kadang-kadang pelik dengan perangai penyokong taksub. Tokoh mereka buat apa pun dianggap hebat. Kalau hadir program, dipuji. Kalau bagi ceramah, dipuji. Kalau duduk diam pun mungkin boleh keluar poster bertajuk Kehebatan Seorang Negarawan Dalam Diam. 🤣
Tetapi bila prestasi sebenar dipersoalkan, mulalah keluar macam-macam alasan. Seolah-olah gelaran yang panjang itu sudah menjadi sijil pengecualian daripada dinilai oleh rakyat.
Sepatutnya kalau kita benar-benar sayangkan seseorang pemimpin, kita mahu dia menunjukkan prestasi yang baik. Bukannya sibuk mempertahankan kelemahan sampai benda yang patut ditegur pun dianggap satu penghinaan.
RORA tidak menamakan individu tertentu dalam contoh kehadiran yang dibangkitkannya. Jadi tak perlulah kita pandai-pandai menuding jari. Cuma kalau ada pemimpin yang selama ini dipuja melambung, eloklah penyokongnya tengok juga rekod kehadiran di Parlimen. Barulah pujian itu ada asas.
Sebab akhirnya, gelaran itu orang boleh bagi. Penghormatan itu orang boleh tunjuk. Tapi prestasi kerja, diri sendiri kena buktikan.
Jangan sampai gelaran sudah bertaraf antarabangsa, tapi rekod kerja masih kena disorok belakang almari. Malu juga kalau orang semak nanti! 🤣

No comments: