WAHAI PMX..SUDAH SUDAH LAH DOK BUI KE KELANTAN...BUKAN NAK UCAP TERIMA KASIH PUN.,.MAKI HAMUN LAGI ADA..TERUTAMA WALAUN PATTI JALANG.


 Pertemuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud semalam mencuri perhatian netizen, namun bukan semata-mata kerana agenda pembangunan yang dibincangkan.






Sebaliknya, ramai melihat pertemuan itu dengan rasa geram bercampur kagum terhadap kesabaran Anwar yang tetap menerima dan melayan baik kerajaan Kelantan, ketika beliau dan Pakatan Harapan berdepan kritikan keras daripada PAS dalam gelanggang politik.


“Ternyata kami memang kurang sabar dan takkan mampu nak cecah level kesabaran PMX,” tulis seorang netizen. Seorang lagi menyifatkan kepimpinan bukan dibina atas emosi, sebaliknya kebijaksanaan, prinsip dan kemampuan melihat jauh ke hadapan.


Ada juga yang secara sinis mempersoalkan bagaimana Anwar masih mampu melayan pihak yang dianggap mereka tidak pernah berhenti menyerangnya. Namun di sebalik rasa geram itu, rata-rata komen tersebut melihat tindakan Anwar sebagai membezakan pertarungan politik dengan tanggungjawab seorang Perdana Menteri.


Dalam pertemuan semalam, Nassuruddin sendiri berkata beliau membawa hasrat, keperluan dan kepentingan rakyat Kelantan kepada Anwar. Kedua-duanya membincangkan kerjasama melibatkan infrastruktur, ekonomi, pertanian, pendidikan, kesihatan dan kemudahan sosial. MB Kelantan turut menegaskan bahawa kepentingan rakyat mengatasi segala perbezaan. 


Lebih menarik, layanan Putrajaya terhadap Kelantan bukan sekadar kemesraan di meja pertemuan. Peruntukan pembangunan Persekutuan kepada Kelantan meningkat daripada RM1.55 bilion pada 2022 kepada RM3.19 bilion pada 2025, sebelum Anwar mengumumkan peningkatannya kepada RM8 bilion bagi 2026. 


Anwar sebelum ini turut menegaskan bahawa Kelantan, Kedah dan Terengganu antara negeri yang menerima peruntukan lebih tinggi di bawah Kerajaan MADANI berbanding pentadbiran sebelumnya, dengan agihan dibuat berdasarkan keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat, bukannya parti yang memerintah. 


Mungkin itulah yang membuatkan sebahagian netizen “geram” melihat kesabaran Anwar. PAS boleh terus menjadi lawan politiknya, tetapi rakyat Kelantan tidak pernah dijadikan lawan Perdana Menteri. Bagi mereka, di situlah garis pemisah antara membalas serangan politik dengan memikul tanggungjawab memimpin sebuah negara.


#NextStepMalaysia





No comments: