UNTUN LE BUKAN BIASE BIASE.




 Seorang sahabat kepada Anwar Azeez, anak kepada bekas Pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, mencuri perhatian selepas menyifatkan rakannya itu sebagai seorang yang “bukan biashe-biashe”.


Menerusi satu video yang tular di media sosial, pemilik video dilihat berkunjung ke rumah Anwar bagi menghantar pek sumbangan Aidilfitri.


Dalam rakaman itu, suasana kediaman berkenaan memang nampak bukan biasa-biasa. Beberapa kenderaan mewah kelihatan di kawasan rumah, selain susunan pek sumbangan yang turut menarik perhatian.


Pada salah satu pek tersebut tertera ucapan “Selamat Hari Raya” daripada “Anwar Azeez & Keluarga”.


Pemilik video kemudian menggambarkan Anwar sebagai “BBB” atau “bukan biashe-biashe”, satu ungkapan yang nampaknya memang kena dengan suasana dalam video tersebut.


Apa pun, ini mungkin boleh dianggap satu lagi “pengiktirafan” kepada anak muda Melayu yang berjaya.


Bukan semua orang muda mampu sampai ke tahap rumah besar, kereta mewah dan sambutan raya macam ni.


Memang bukan biashe-biashe.


#unofficialinfo





No comments: