US TIRU RUSSIA.

 

Mazlan Mohamad


US tiru Rusia? Radar-radar US yang makan kos berbillion dollar banyak musnah dalam perang dengan Iran lalu.






Dalam minggu pertama perang sahaja, lebih 3 bilion dollar radar pertahanan udara mereka habis musnah. Ini termasuk dua sistem radar mudah alih THAAD yang canggih. 


Terdesak, US dikatakan sedang kaji sistem radar yang pernah mereka pandang sebelah mata, untuk ganti sistem mereka yang musnah.


Ia adalah sistem radar mudah alih S300 dan S400 milik musuhnya Rusia.


Dikatkan antara kelebihan sistem radar ini  berbanding sistem radar US, ia boleh kesan pesawat, dron, peluru berpandu dan sebahagian peluru berpandu balistik. 





Sistem THAAD pula direka khusus untuk ancaman peluru berpandu balistik sahaja. Jadi tidak serba boleh.


Sistem radar Russia juga guna radar berlapis.


Ia ada beberapa jenis radar untuk kesan sasaran pada jarak dan ketinggian berbeza.


THAAD pula tak dapat kesan dron yang terbang rendah. Dan dronlah yang banyak musnahkan radar US ini.



No comments: