TEDIA.... KENAPA KELUAR DEWAN.... DAH KANTOI

 



Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid ‘tercerita’ mengenai perkara yang berlaku di sebalik tindakan Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) keluar Dewan ketika sidang khas RCI Tabung Haji.





Dalam satu perbualan di TikTok, Rosol mendedahkan bahawa tindakan tersebut bukan berlaku secara spontan, sebaliknya telah dirancang dan diarahkan secara kolektif.


Menurutnya, idea untuk PN tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan keluar Dewan secara beramai-ramai datang daripada Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin.


“Saya tahu apa yang berlaku sangat memberi imej tidak baik kepada kita. Cuma idea nak buat benda ini sebenarnya bermula daripada Ketua Pembangkang.


“Saya tak tahu apa agenda beliau,” katanya.


Rosol berkata arahan itu tetap dipatuhi walaupun nama beberapa Ahli Parlimen PN telah dihantar untuk mengambil bahagian dalam perbahasan.


“Apabila diarahkan secara kolektif supaya kita ‘walkout’, walaupun nama telah dihantar, maka kita akur dengan apa yang berlaku,” katanya.


Pendedahan Rosol itu sekali gus mengesahkan bahawa tindakan PN meninggalkan sidang khas RCI Tabung Haji telah diputuskan lebih awal oleh kepimpinan, bukannya dibuat secara spontan oleh Ahli-Ahli Parlimen di dalam Dewan.


Tindakan tersebut sebelum ini menerima kritikan kerana pembangkang memilih untuk meninggalkan Dewan ketika isu melibatkan pengurusan dan amanah simpanan jutaan pendeposit Tabung Haji sedang dibahaskan.




No comments: