Seorang pemimpin Bersatu yang digantung keahliannya mendakwa, tindakan sebahagian besar pembangkang bertindak keluar Dewan ketika sesi sidang khas membahaskan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji sebelum ini, sebenarnya telah dirancang.
Ahli politik itu mendakwa, idea untuk pembangkang bertindak keluar Dewan sebenarnya bermula daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Perkara itu didedahkan menerusi satu perbualan di media sosial, yang disertai pemimpin politik berkenaan yang difahamkan adalah Ahli Parlimen Terengganu, Datuk Rosol Wahid.
Beliau turut mendakwa, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menghadiri taklimat di pejabat UMNO sebelum sidang khas berlangsung.
Menurutnya, taklimat itu mungkin menjadi antara faktor yang membawa kepada keputusan pembangkang untuk TIDAK berbahas dan bertindak keluar dari Dewan.
FB *Dato Dr Ismail Salleh*

No comments:
Post a Comment