KO PONTENG MANJANG..HARAM MAKAN DUIT TAPI KERJA DAN TANGGUNG JAWAB TAK LAKSANAKAN. NAK BAHAS ATAU NAK BINCANG PASAL ANWAR....LINGKUP LA KALAU BAGI PADA PUAK NI.KIOK

 






Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakan Ahli Parlimen PAS keluar daripada Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan RCI Tabung Haji.

Menurutnya, pembangkang tidak perlu menyertai sidang berkenaan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir untuk menjawab sendiri persoalan mereka.
“Kalau kita hadir, kita dengar sahaja. Dia kena hadir, kena jawablah. Dia tidak boleh serah kepada orang lain,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila.
Hadi juga mendakwa sidang itu hanya berbentuk penerangan Menteri dan tidak memerlukan penyertaan pembangkang.
Namun, ketika PAS memilih keluar, ramai Ahli Parlimen lain termasuk wakil pembangkang kekal dalam Dewan dan berbahas mengenai Laporan RCI Tabung Haji sehingga malam.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Radzi Jidin antara Ahli Parlimen pembangkang yang menggunakan ruang tersebut untuk bertanya, mengkritik serta mendapatkan jawapan daripada Menteri.
Surat Setiausaha Dewan Rakyat bertarikh 30 Julai 2026 pula sudah menyatakan sejak awal bahawa sidang itu merupakan penerangan oleh Menteri. Speaker turut membenarkan Ahli Parlimen meminta penjelasan dan memberikan pandangan.
Anwar tidak hadir kerana menjalani pembedahan bagi merawat hernia perut, bukannya sengaja mengelak sidang berkenaan.
Namun bagi Hadi, apabila Anwar tidak hadir, PAS juga tidak perlu berada dalam Dewan.
Nampaknya bagi PAS, tanggungjawab membahaskan isu melibatkan wang lebih 10 juta pendeposit Tabung Haji bergantung kepada seorang individu.
Kalau Perdana Menteri tiada, mereka pun memilih untuk tiada.





No comments: