
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) wajar merebut peluang semaksimum mungkin dengan pembatalan terusan Kra di Thailand bagi kekal relevan dengan cabaran industri maritim global.
KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Keputusan kerajaan Thailand membatalkan projek Terusan Segenting Kra atau “Land Bridge” bernilai lebih USD38 bilion susulan syor jawatankuasa kerajaan yang mendapati projek tersebut dijangka mengalami kerugian secara keseluruhan berbanding unjuran awal yang menjangkakan pulangan ekonomi tinggi, wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh Malaysia untuk menggerakkan ekonomi negara.
Keputusan tersebut menyebabkan kekalnya status Selat Melaka sebagai laluan perkapalan utama dunia yang dilalui lebih 100,000 kapal setahun atau sekitar 250 hingga 300 kapal setiap hari, menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut China Selatan sebagai laluan utama perdagangan antara Asia, Timur Tengah, Eropah hingga Afrika.
Para operator pelabuhan di Malaysia wajar merebut peluang mengukuhkan kedudukan Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pelabuhan-pelabuhan lain sebagai hab logistik serantau tanpa ancaman laluan alternatif.

Tanpa Thailand dengan pembatalan projek berkenaan yang kini mempertimbangkan alternatif menaik taraf Pelabuhan Ranong serta rangkaian keretapi kargo, Malaysia perlu bergerak pantas memperkukuh projek seperti ECRL bagi memastikan sambungan Pantai Timur-Pantai Barat kekal kompetitif dan tidak ketinggalan dari segi kecekapan operasi pelabuhan.
Ketiadaan ancaman terusan alternatif membolehkan Malaysia menumpukan pelaburan kepada peningkatan kapasiti pelabuhan sedia ada, teknologi automasi pelabuhan, serta menarik lebih banyak pelaburan asing langsung (FDI) dalam sektor logistik dan perkapalan.
Malah, kestabilan jangka panjang laluan Selat Melaka turut membuka ruang untuk Malaysia memperkukuh kerjasama serantau ASEAN dari segi keselamatan maritim, sekali gus mengukuhkan kedudukan diplomatik dan ekonomi negara di rantau ini.

Kita tidak boleh alpa dengan keputusan berkenaan walaupun buat masa ini atas keputusan negara gajah putih itu semata-mata kerana apa sahaja boleh berlaku dalam sekelip mata.
Langkah terbaik ialah meningkatkan kecekapan dan masa kontena di pelabuhan serta memaksimumkan penggunaan teknologi canggih seperti di negara maju bagi membolehkan pelabuhan negara terus berdaya saing di peringkat global.
No comments:
Post a Comment