PUTAR LAGI KAH LIM SIAN SEE ?

 


Ahmad Faizudin


Lim Sian See dah block akaun kawan admin sebab persoalkan poster manipulator dia.






Koyak dengan kebenaran?


Nak buat poster politik tak salah. Tapi kenapa perlu auta?


Poster LSS bagi gambaran seolah-olah Khazanah dah tinggal pegang satu syarikat saja. Bila semak laporan rasmi Khazanah, pengumuman Bursa Malaysia dan laporan tahunan syarikat, ceritanya tak macam tu.


Sebab itu min hasilkan infografik baru jawab manipulator LSS menggunakan data yang telah disemak, bukan tangkap muat.


Yang masih ada, tulis masih ada. Yang dah dikurangkan, tulis dah dikurangkan. Yang berubah, cakap berubah.


Tak perlu tambah, tak perlu kurang.


Kita boleh berbeza parti, berbeza pendapat. Tapi fakta tetap fakta. Jangan kerana nak menang hujah, kita sanggup mengelirukan orang.


Semak. Banding. Baru percaya. Itu lebih baik daripada kongsi sesuatu yang sedap dibaca tetapi tidak tepat.


Johor Ke Depan,

Undi Harapan.




No comments: