Tajuk khutbah Raya ; Korban ibadah yang ditunggang!!!



Ridzwan Abu Bakar


Di Malaysia, ibadah yang paling teruk ditunggang adalah 'korban', ia adalah tuntutan aini (terhadap individu), tetapi lama dulu menjadi amalan para politikus untuk turut 'berkorban' menggunakan dana awam.
Maka, diumumkan PM beri 70 ekor atau 260 ekor dan sebagainya.
Ya! Betul ada 'helah' fiqh untuk mengabsahkan kerja buat tu, tapi jenuh tergeliat lidah la juga 'Tok Mufti' untuk berikan 'irsyad hukum'.
Sudah²lah tunggang amal ibadah untuk naikkan rating politik, kalau ikhlas sekalipun, syarat kedua 'ittiba' tu tak berlaku.
Dalam hal ni, PMX, Saifuddin Nasution, Amir Selangor, NuC dan Ayah Kaq sama saja ..... Dalam hal lain, depa berbeza banyak !!!!
Bagi subsidi 'lembu korban' pun helah saja !!!
Korban untuk orang yang mampu
Kerajaan kena ramaikan orang yang mampu.... Baru betoi .
Tak tambah iman aihhh, kalau guna dana awam untuk korban.
Tak kurang iman aihh, kalau tak guna dana awam untuk korban.





Mark MK
π™†π™Šπ™π˜½π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™ˆπ™„π™ˆπ™‹π™„π™‰
.
Korban dengan binatang korban daripada pemimpin boleh dilaksanakan oleh rakyat melalui beberapa kaedah:
.
1) Binatang diserahkan untuk dikorbankan bagi pihak pemimpin
.
Binatang korban diserahkan oleh pemimpin kepada pihak tertentu untuk disembelih dan diagihkan bagi pihaknya. Dalam keadaan ini, pihak yang menerima binatang tersebut bertindak sebagai wakil untuk melaksanakan sembelihan dan pengagihan daging mengikut mandat yang ditetapkan oleh pemimpin.
.
2) Binatang dihadiahkan/disedekahkan kepada rakyat untuk mereka berkorban
.
Jika binatang itu dihadiahkan atau disedekahkan kepada sebahagian rakyat agar mereka melaksanakan ibadah korban, maka penerima-penerima hibah/sedekah hendaklah ditentukan secara jelas. Dalam situasi ini, korban tersebut menjadi milik penerima hibah/sedekah, manakala pemimpin hanya memperoleh pahala hibah atau sedekah, bukan pahala korban.
.
3) Korban dengan peruntukan khas negara/negeri
.
Mazhab Syafi‘i membolehkan pemimpin melakukan korban untuk rakyatnya (kaum muslimin) menggunakan perbendaharaan negara (baitulmal).
.
“Korban yang dilakukan oleh pemerintah bagi pihak kaum muslimin menggunakan harta baitulmal, iaitu ketika baitulmal berada dalam keadaan mampu dan luas (mempunyai kecukupan harta), maka ia adalah harus sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Mawardi.”
(Mughni al-Muhtaj, 4/368).
.
Dalam keadaan ini, pihak pelaksana bertindak sebagai wakil pemimpin. Jabir RA menceritakan: Nabi SAW pernah mewakilkan Saidina ‘Ali RA untuk menyembelih binatang-binatang korban baginda (Soheh Muslim: 1218).
.
4) Binatang korban daripada syarikat
.
Binatang korban daripada syarikat dianggap sebagai korban pemilik syarikat, lalu pelaksanaannya tertakluk kepada dua kaedah di atas berdasarkan mandat yang ditentukan oleh pemilik syarikat. Namun, jika pemilik syarikat terdiri daripada ramai individu, hendaklah dipastikan setiap seorang memiliki sekurang-kurangnya 1/7 bahagian korban.
.
Rujukan:
1) Islamweb Fatwa 130548
2) Islamweb Fatwa 139487
3) Mughni al-Muhtaj, 4/368.
4) Fiqh Ibadah Korban — Ahmad Adnan Fadzil.
.
Ahmad Adnan Fadzil, AQIS.





No comments: