Jamzuri Ardani
Tersebar poster kononnya seorang Exco bukan Islam dari DAP hadir mesyuarat berkenaan pengurusan agama Islam di Negeri Sembilan sebagai PEMANTAU.
Naratifnya mahu membina persepsi bahawa urusan agama Islam DIPANTAU oleh DAP.
Cerita sebegini memang mudah trigger emosi. Apatah lagi sebelum ini masyarakat Melayu memang sering disajikan dengan cerita-cerita palsu dan fitnah serupa bagi mengukuhkan persepsi politik berasaskan benci dan prasangka.
Tidak hairanlah poster ini mudah viral dan disebarkan. Komen netizen pun bukan main. Ayat-ayat maki, hamun, cerca, carut, dan takfir pun dikumandangkan seolah-olah tidak wujud soal dosa pahala, tidak penting adab susila, tidak kisah lagi benar atau dusta.
Nafsu amarah, benci, dan taksub melulu menjadi nakhoda mengemudi jiwa ... akal dibungkus dan dibuang entah ke mana.
Padahal majlis itu adalah majlis taklimat yang dihadiri oleh Tuan Yamtuan Besar, dan baginda sendiri menitahkan supaya semua exco termasuk yang bukan Islam hadir ke majlis tersebut.
It was an innocent event and innocent attendance. In fact it was a commendable attitude for both sides, the invitee and attendees.
Tapi isu diputar sedemikian rupa hanya untuk membakar emosi marah dan benci. Kononnya ini mencabar sensitivi penganut agama Islam.
Janganlah jadi dungu atas nama agama. Ia hanya melakar wajah buruk ke atas agama. Padahal Islam itu indah dan mulia. Kamu yang cuba menjadikannya buruk dan hina.
Anehnya ... ini bukan fitnah dan bohong kali pertama. Sudah acapkali perlakuan serupa tetapi ramai tetap dungu dan alpa.
Fitnah larangan azan. Fitnah sepupu komunis. Fitnah mahu tegak negara Kristian. Fitnah larangan takbir di sekolah. Fitnah hapuskan Islam sebagai agama persekutuan, fitnah hapuskan persijilan halal ... panjang senarai kalau nak tulis semua fitnah dan bohong.
Memfitnah dan berbohong kononnya untuk mempertahan agama adalah perbuatan tonggang agama yang keji. Ianya memalukan dan memualkan.
Cukup-cukuplah. Pandang ke cermin dan malulah pada diri sendiri.

No comments:
Post a Comment