Pusat arah berjimat, MB Kedah anjur Rumah Terbuka untuk 80,000 tetamu


 


Walaupun Kerajaan Pusat membuat keputusan untuk manangguhkan majlis Rumah Terbuka untuk semua pemimpin dan GLC di bawahnya bagi menjimatkan belanja ekoran perang di Timur Tengah, ia tidak diendahkan oleh Pas.

Di Kedah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Mohd Nor membuat rumah terbuka di Sri Mentalon, rumah rasmi MB Kedah semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Rumah Terbuka MB Kedah, Datuk Ustazah Siti Aishah, pihaknya membuat persiapan untuk 80,000 orang menyertai Rumah Terbuka ini.


Di Kelantan, Pas negeri turut menganjurkan rumah terbuka dengan dihoskan oleh Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yacub.

Majlis Rumah Terbuka sambutan Aidilfitri juga dianjurkan di Terengganu (gambar atas) di peringkat negeri dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antaranya DUN Ladang dan DUN Tepoh yang dikuasai oleh Pas.

Pada 11 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dua arahan penting kepada seluruh jentera kerajaan Malaysia ekoran kesan ekonomi daripada konflik Timur Tengah yang semakin memuncak — tiada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun ini, dan semua perjalanan luar negara perlu dikurangkan.

Anwar menegaskan bahawa semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diarahkan untuk tidak mengadakan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini.

Selain itu, semua menteri dan ahli pentadbiran turut diarahkan untuk mengehadkan perjalanan ke luar negara, kecuali bagi perjalanan yang telah dijadualkan dan wajib dihadiri.

Bagi bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad, rumah terbuka telah dibudayakan dalam sambutan Aidilfitri di Malaysia



No comments: