BILA INGIN MENJADI TERPALING MELAYU. TAK KAN LAH PHD TAK PAHAM ? KIOK.



Norman Raduan



 BILA INGIN MENJADI TERPALING MELAYU






Dia ini bertaraf Dr Falsafah… tapi pemikiran tidak mencerminkan title tersebut. Kerjanya menghangatkan isu2 perkauman malah terlebih Melayu dari Melayu.


Saya pun keturunan Cina, Abdullah Chong nama sebenarnya keturunan, tidak pasti cuma yg pasti dtg dari Ghuangzhou. Tidak pernah mereka menghina agama lain walaupun mereka memeluk agama Islam.


Ridhuan Tee ini faham tak maksud bahasa kiasan itu apa? Mcm mak bapa kita dulu, “ Mengaji dulu lepas tu lantak le nak main sampai pengsan”.


Bukanlah bermaksud mak bapa kita suruh kita main sampai pengsan tapi maksud mereka selepas itu mainlah sepuasnya. 


PMX kata ‘ buat lah kuil banyak mana pun’, itu tentulah maksudnya nak bina kuil buat pemohonan lesen dari PBT, jika sesuai barulah diterima. Bukannya tanah org atau tanah kerajaan sesuka hati buat kuil.


Kita bila bersama Islam, bukan suruh menghina agama lain. Islam mengajar kita menggunakan pendekatan diplomasi. 


Allah ceritakan kpd kita bagaimana Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun utk mendatangi Firaun dan berbicara dgn kata2 yg lemah lembut. Tak tahu Ridhuan belajar dgn siapa tentang Islam… sebab terlebih Melayu.


Jika ada title Dr tu bercakap dgn ilmu, joint Islam bukan suruh joint Melayu. Waktu PAS jadi kerajaan kenapa kamu tak bising pasal kuil ini? Masa tu tertidur atau bertapa dlm gua?




No comments: