𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗞𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷 — 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮?


Ahmad Mursi



Ramai orang takut keluar parti beridentiti agama sebab dianggap lari dari 'perjuangan Islam' dan bimbing dipulau.


Soalan yang patut ditanya: mana lebih mudarat antara keluar dari parti agama, atau berterusan berada dalam kelompok ghuluw, takfir dan cenderung ke arah manhaj Khawarij?


Hakikatnya, menyertai parti politik hanyalah satu wasilah (jalan) yang bersifat ijtihad dan furu’ (cabang). Tak ada dalil qat'i yang kata wajib.


Manakala menjauhi fahaman Khawarij, ghuluw dan takfir adalah tuntutan Usul (prinsip), dengan banyak dalil qat'i, demi menjaga kesucian akidah dan ukhuwah Islamiyah. 


Berterusan berada dalam kelompok seperti itu mendatangkan mudarat besar kepada masyarakat (perpecahan) dan diri sendiri (takfir adalah dosa besar).


Ikut kaedah fikh, wajib memilih mudarat lebih ringan untuk elak mudarat lebih besar.


Maka meninggalkan kumpulan ghuluw sebenarnya adalah satu tuntutan agama apabila ruang islah telah tertutup rapat, bukan pengkhianatan seperti didoktrinkan.


Ini lebih utama berbanding mempertahankan kesetiaan kepada organisasi yang sudah lari dari landasan sederhana (Wasatiyyah).


Hal parti politik ni termasuk dalam ruang furu‘ dan ijtihad — iaitu perkara yang boleh berubah (mutaghayyirat) atau kadangkala mesti berubah untuk elak mudarat, mengikut keadaan dan maslahat. 


Ia bukan perkara usul yang tak boleh berubah (thawabit) seperti rukun iman, bukan syarat sah Islam, dan bukan ukuran seseorang itu beriman atau tidak.


Islam tidak mewajibkan istiqamah kepada jenama parti, tetapi mewajibkan istiqamah kepada kebenaran.


Maka keluar parti bukanlah dosa. Yang menjadi dosa ialah apabila seseorang melanggar prinsip agama — walaupun masih berada dalam parti agama.



No comments: