Ahmad Mursi
Setiap kali pemimpin PAS dikritik, kita diingatkan bahawa kita jahil berbanding mereka.
Orang alim tetaplah alim, tetapi mereka tidak maksum. Salahkah orang jahil menegur kesilapan orang alim? Tidak.
Kata Imam Malik: “Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali penghuni kubur ini,” sambil beliau menunjuk ke arah kubur Nabi ﷺ.
Jika sebagai Tok Guru Al-Quran menjadikan seseorang kebal daripada kritik, ingatlah Khawarij Ibnu Muljam — pembunuh Saidina Ali — juga seorang ahli al-Quran pada zaman sahabat.
Masalahnya bukan pada ilmu, tetapi lumrah politik yang sering menjadikan manusia ghuluw dan takfir, tanpa mengira latar agama.
Apabila orang alim berpolitik lalu menjadikan status alim sebagai perisai daripada kritikan, itu berbahaya.
Saidina Umar sendiri banyak dikritik; beliau tidak menjadikan kedudukannya sebagai salah seorang daripada “10 yang dijamin syurga” sebagai perisai, bahkan menerima teguran.
Jika dakwaan besar dalam agama dibuat oleh pemimpin PAS itu benar, kritikan tidak akan melemahkannya.
Jika dakwaannya salah, kritikan boleh menyelamatkan pengikut yang taksub daripada terjerumus ke lembah kultus.
Apabila dakwaan dibuat secara terbuka kepada awam, pembetulan juga mesti dibuat secara terbuka.
Mengharapkan teguran daripada ahli parti sendiri hampir mustahil, kerana mereka akan dilabel “tidak wala’”, “derhaka”, dan seumpamanya.
Agama tidak pernah melarang kritikan; yang dilarang ialah fitnah dan qazaf — malangnya inilah yang sedang berleluasa.
No comments:
Post a Comment