Tiba di Langkawi, Kedah bagi menghadiri beberapa program yang dirangka untuk memperkukuh hubungan Kerajaan dengan rakyat serta memastikan setiap dasar dan inisiatif terus berpaksikan keperluan mereka.
Dalam kesempatan ini, saya turut melakukan tinjauan di Jeti Kuah untuk melihat sendiri mutu perkhidmatan yang disediakan, selain mendengar pandangan serta keperluan para pengguna.
Jeti Kuah memainkan peranan penting sebagai pintu masuk utama ke Langkawi, bukan sahaja menghubungkan pergerakan rakyat dan pelancong, tetapi juga menyokong kegiatan ekonomi setempat.
Kerajaan MADANI akan terus memastikan kemudahan awam seperti ini diperkasa demi keselesaan, keselamatan dan kepentingan rakyat keseluruhannya.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja









No comments:
Post a Comment